Kisah Aku dan Ziyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di FS. Minta maaf kalau korang rindu dekat aku. Hahaha.

Kali ni, aku bukannya nak bercerita. Tapi, aku tolong sampaikan satu kisah daripada salah seorang sahabat di alam maya. Siapa dia? Hmm. Dia taknak didedahkan identitinya. Yang pernah baca cerita yang aku kongsikan di laman sosial Facebook, mungkin kenal dengan pemilik nama Fina.

Segala cerita ini adalah kepunyaan penulis, dan aku cuma edit sikit je yakni pada nama setiap watak. Maknanya, semua nama tu adalah olok-olok sahaja. Tapi, semua ni kisah benar.

Senang hati aku nak intro panjang-panjang sebab risau korang cakap aku claim cerita orang lain kang. Baik aku bagitau awal-awal.

Okay. Kita mulakan.

‘Tok tok tok,’ bunyi pintu bilik AP 01-06 diketuk. Lantas aku mengangkat wajah untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke bilik di kala aku dan rakan bilik sedang beristirehat. Terpacul wajah Ziyah, teman rapatku ketika aku di semester satu. Kalau korang nak tahu, selepas aku tamat mengikuti kursus pra diploma, aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di pantai timur semenanjung Malaysia.

“Assalamualaikum,” itu ucapan pertama Ziyah sewaktu melangkah masuk ke bilik kami. Adilah, Farhana dan Sherry adalah rakan bilikku untuk semester pertama.

“Waalaikumussalam” serentak kami semua menjawab.

“Ada apa Ziyah, datang bilik?” aku bertanya.

Aku lihat, Ziyah adalah gadis biasa, sama seperti aku, tapi aku tidak tahu mengapa diri dia dilanda gosip lesbian. Mungkin disebabkan kecenderungannya untuk berkawan dengan Adilah, ia menjadi buah mulut pelajar asrama Impian. Manakan tidak, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia datang ke bilik aku untuk melepak dengan Adilah. Pernah juga aku bertanya secara terus dengan dia soal gosip lesbian tu, tapi dia mengatakan hanya mahu berkawan, tiada niat lain. Jadi, aku pun okay saja dengan dia memang tiada yang mencurigakan pun.

“Saja nak borak-borak, lepak-lepak” jawab Ziyah. Aku dan Adilah pun apa lagi, rancak bersembang berkenaan itu ini. Sekali sekala, Sherry dan Farhana turut menyampuk jika topik itu menarik minat mereka. Sembang punya sembang, boleh pula termasuk bab hijab terbuka. Ziyah memberitahu bahawa hijab melihat dan mendengarnya terbuka. Waktu ini hijab melihatku masih belum terbuka, jadi aku hanya mendengar cerita orang berkenaan makhluk halus yang dapat dilihat oleh golongan istimewa ini.

“Yaka Ziyah boleh nampak hantu?” soal aku.

“Ya, Ziyah boleh nampak. Macam sekarang, Ziyah nampak harimau putih yang ada di depan pintu bilik dengan yang ada di atas katil Fina.” Jawab Ziyah panjang lebar.

Terpempan juga aku bila Ziyah berkata begitu. Rakan bilikku bertanya berkenaan harimau putih yang diperkatakan oleh Ziyah.

“Fina tahu moyang ada saka, tapi tak sangka pula kena kat Fina. Fina tak nak pun benda-benda ni, menyusahkan Fina je nanti. Jangan risau, benda ni tak kacau orang. Korang janganlah rasa takut nak berkawan dengan Fina.” jawab aku panjang lebar di samping memberi jaminan mereka takkan diganggu benda-benda begini.

Sewaktu aku memulakan pengajian ini, aku sedang bercinta dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan ada rupa. Aku berkenalan dengannya sewaktu membuat kerja part time di dobi. Kebetulan pejabatnya bersebelahan dengan dobi aku kerja, jadi aku berkawan sehinggalah terjatuh hati. Heheheh.

Time ni, digelar cinta monyet. Yelah, aku muda lagi kot masa tu. Sedangkan lelaki tu dah menginjak ke umur 27 tahun. Aku yang ketika itu belajar di pantai timur, manakala si dia bekerja di utara, jadi kami mengamalkan hubungan jarak jauh. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya tidak.

Hubungan aku dengan dia mula bergolak. Dia secara tiba-tiba menghilangkan diri. Sms tidak dibalas, aku buat panggilan tidak dijawab, dan facebook aku diblock. (Apeni)

Aku mula pelik. Kalau tak suka, terus terang dengan aku, berkata jujur, aku tidak akan marah. Tetapi masalahnya dia dah beri aku harapan! Tiba-tiba menghilang, aku pun benganglah. Aku usaha juga untuk cari dia melalui kawan-kawan dia. Setelah puas aku desak, desak dan desak, akhirnya terjawab semuanya.

Rupa-rupanya dia dah bertunang! Apa?! Kenapa tak pernah beritahu dirinya sudah ada yang punya? Waktu itu, aku rasa tertipu sangat sehingga aku melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Akibat dikecewakan buat pertama kalinya, aku hilang pertimbangan. Aku terlalu mengikut perasaan kecewa sehingga aku melupakan Allah.

Aku yang ketika itu sedang duduk menghadap meja belajar, terpandangkan gunting yang ada diatas meja. Aku ambil gunting tersebut, dan aku amati ia. Aku meraup jariku di mata gunting untuk merasakan ketajaman gunting tersebut.

Setelah berpuas hati, aku menadah lengan kiriku dan mulakan menoreh tanganku. Menoreh tangan?! Ya, aku menoreh tanganku. (Automatik aku pegang lengan sendiri)

Aku mula membentukkan satu persatu abjad sehingga menjadi nama dia dengan cara menoreh lenganku. Perkataan yang aku bentukkan ialah H – A – I – K – A – L.

Perlahan-lahan aku toreh sehingga kelihatan darah keluar. Sakit, pedih tidak aku hiraukan. Aku terus leka menoreh lenganku. Ketika aku menoreh tanganku ini, aku langsung tidak memberi tindak balas akan keadaan sekeliling.

Semakin lama, semakin banyak darah yang keluar. Melihat darah mengalir keluar membuatkan aku semakin galak menoreh dan menoreh lenganku ini. Kini, torehan aku telah siap. Aku amati, aku usap setiap luka yang kelihatan. Sekarang aku puas!! Aku puas dengan menyakiti diriku sendiri. Hahahahahahahahaha! (Erkk)

Rakan bilikku yang terlihat akan perlakuanku itu, terus buka connection door untuk panggil kawan yang lain bagi meyedarkan aku akan perbuatan yang tidak baik ini.

Melihatkan aku tidak mempedulikan mereka, terus mereka memanggil Ziyah, kerana ketika itu, Ziyah merupakan teman rapatku.

“Fina, apa yang Fina buat ni? Fina sedar tak apa yang Fina dah buat ni?” tanya Ziyah dalam nada terkejut. Terkejut kerana tidak menyangka aku akan melakukan perbuatan tidak elok itu.

“Sedar, tapi hati Fina puas bila tengok luka ni. Dia tipu Fina, dia dah bertunang, Zi!!” jawab aku sambil tersenyum.

“Ya Allah, Fina. Kenapa sampai tahap nak lukakan diri sendiri? Tak baik buat macam tuh. Dah, jom kita pergi tandas, cuci luka tu. Bawa gunting tu sekali, cuci kesan darah yang ada.” Ziyah menegur akan kesalahan aku dan mengarahkan aku membersihkan luka torehan tadi.

Sesampai di tandas, Ziyah menasihati aku lagi. Sewaktu membersihkan luka tersebut, barulah aku mula merasa sakit dan pedihnya.

Sesudah yakin bahawa lukaku telah bersih, kami bergerak semula untuk masuk kebilik. Tiba-tiba, Ziyah berhenti didepan bilik aku.

“Kenapa Ziyah tiba-tiba berhenti?” soalku yang kehairanan.

”Fina masuk bilik dulu, nanti Ziyah masuk kemudian.” Jawab Ziyah tanpa mengalihkan wajahnya yang melihat ke arah sesuatu. Aku yang merasa tidak sedap hati, hanya membuka pintu bilik, dan berdiri di sebelah Ziyah. Apa yang aku lihat sekarang, pandangan Ziyah seolah marah campur takut, beserta sedih.

”Ziyah, kenapa ni? Ziyah okay tak?” terus aku pegang bahunya, bila melihat mata Ziyah terbeliak besar. Tidak semena-mena, Ziyah menjerit! Ziyah menjerit sambil menutup mata dan telinga. Aku panik!

Aku kaget! Ramai kawan-kawan datang ke arah aku dan Ziyah, begitu juga dengan jiran bilik yang terintaiintai untuk cari tahu apa yang berlaku.

”Kenapa dengan Ziyah, Fina?” tanya salah seorang kawanku.

”Tak tahulah, Ziyah tiba-tiba menjerit.” Terangku kepada mereka yang ada. Rakan bilik Ziyah turut membantu aku untuk aku menenangkan Ziyah yang tiba-tiba menjerit.

”Ziyah, mengucap Zi, ingat Allah. Lawan dia.” Antara ayat kata-kata semangat untuk Ziyah.

Rontaan Ziyah semakin menjadi-jadi. Semakin ganas dan tidak terkawal. Secara tiba-tiba sahaja Ziyah lari dari kami semua. Ziyah lari megelilingi blok asrama Impian. Ketika kami di tingkat 4, dia berada ditingkat 2.

Bila kami di tingkat 2, Ziyah berada di tingkat bawah sekali. Adegan kejar mengejar berlarutan selama 20-30 minit. Akhirnya, Ziyah berjaya ditangkap. Ketika tu, dia kat tingkat 1. Aku segera datang ke arah Ziyah, dan menutup telinga dia. Manakala yang lain menutup mata dan pegang tangannya. Ziyah dibawa kebiliknya.

Beberapa orang pensyarah berada kat dalam bilik termasuk kakak Ziyah. Ziyah dipeluk.

Aku yang sedang panik, terus membuka mp3 surah Yassin dan letak kat telinga Ziyah. Secara tiba-tiba, Ziyah mengambil telefon bimbitku dan menghempaskannya kelantai. Bersepai telefon aku. Kelam kabut aku mengutip telefon dan sambungkannya kembali (Nokia C3).

Kelihatan kakak-kakak senior, para pensyarah dan rakan-rakan cuba menenangkan Ziyah. Manakala aku pula hanya mampu memandangnya.

Hatiku sayu melihat keadaan Ziyah begitu. Dalam aku memerhati mereka menenangkan Ziyah, Ziyah bangun berdiri tegak sambil merenung tajam ke arah aku.

”Kau!!” jerit Ziyah dengan jari telunjuknya ke arah aku. Mengertilah aku sekarang bahawa, apa yang jadi sekarang ada kena mengena dengan aku.

Setelah keadaan kembali reda, Ziyah sudah tidur, aku dan lain-lain balik ke bilik untuk berehat memandangkan esok ada kelas pagi. Keesokkan harinya, aku lihat Ziyah seperti telah kembali kepada keadaan biasa.

”Ziyah dah okay? Ada apa-apa yang tak kena?” aku bertanya untuk mengetahui keadaannya.

”Ziyah okay je ni haa. Sihat” katanya sambil tersenyum.

”Baguslah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa, begi tahu cepat-cepat, okay.” pesanku kepada Ziyah.

Ziyah mengangguk. Setelah tamat waktu kelas, aku yang ketika itu baru merebahkan badan di atas katil, rakan bilik sebelah berlari ke arah aku dan beritahu Ziyah kena balik. Aku pakai tudung semula, dan terus berlari ke arah bilik Ziyah. Kelihatan kakak Ziyah dan pensyarah lain ada untuk menenangkan Ziyah.

Apabila Ziyah melihatkan aku, pandangan matanya terus tertancap pada aku. Merenung tajam.

Setelah keadaan kembali tenang, kakak Ziyah dan pensyarah ingin membawa Ziyah berubat. Lantas, aku menawarkan diri untuk ikut sama. Pada mulanya, mereka tidak benarkan, tetapi setelah aku menerangkan ini semua berpunca dari aku, dan aku berkeras nak ikut juga, akhirnya mereka setuju.

Pada waktu ini, aku merasa bertanggungjawab diatas apa yang berlaku dan tidak mahu melepas tangan.

Melihat kawan sakit kerana aku, membuatkan aku rasa bersalah. Petang itu, kami menunaikan solat asar dan maghrib secara berjemaah.

Selepas menunaikan solat maghrib, kami bertolak ke rumah perawat tersebut. 2 orang pensyarah, Aminah (roommate Ziyah), Ziyah dan aku, lima orang kesemuanya.

Sesampai di rumah perawat tu, kami disambut oleh seorang perawat wanita tua. Kami bersalaman dan dijemput naik ke rumah. Pensyarah kami menceritakan apa yang berlaku kepada mak cik tersebut sebelum memulakan rawatan. Pada waktu ini, Ziyah kelihatan resah, namun cuba menenangkan diri.

Ziyah diarah duduk berhadapan dengan mak cik tersebut. Aku dan Aminah pula duduk di satu sudut berdekatan dengan pintu, kedudukan itu membolehkan aku melihat perubahan di wajah Ziyah. Manakala
pensyarah kami duduk di atas sofa, memerhati dari situ.

Sewaktu mak cik itu memulakan rawatan (tak dapat dengar apa yang mak cik tu baca sebab dia baca perlahan sangat), aku lihat Ziyah seperti hendak menangis. Aku turut dapat melihat bagaimana mak cik tu berinteraksi dengan makhluk yang rasuk Ziyah.

Hanya menandang ke dalam mata Ziyah, tanpa mengeluarkan sebarang kata. Selepas itu, kelihatan dia membaca sesuatu sebelum meraup wajah Ziyah. Kelihatan mak cik itu melayarkan tangannya pada setiap anggota badan Ziyah. Setelah selesai, kedengaran Ziyah melepaskan helaan nafas yang panjang, nafas kelegaan apabila telah kembali sedar dan semangatnya dikembalikan.

Kemudian, mak cik itu memanggil aku.

”Tengok tangan tu.” arah mak cik itu. Aku menghulurkan lengan aku sambil dia memerhatikan luka-luka dilengan aku.

”Seronok ke buat macam tu? Dapat apa?” tanyanya lagi dan aku hanya diam membisu.

Kemudian, mak cik tadi mengambil sebotol minyak dan dituang ke telapak tangannya. Kemudian minyak itu disapu ke lukaku. Rupa-rupanya, minyak angin panas yang dia sapu. Hampir mengelejat aku kat situ apabila minyak mula meresap masuk kedalam lukaku. Pedih amat. Aduhai, time buat tak pula rasa sakit, dah sapu ubat, baru rasa sakitnya.

Setelah selesai semuanya, kami bergerak pulang ke kolej. Ketika di dalam kereta, aku mengadu pedih pada Ziyah. Ziyah jawab, “Padan muka”. Hahahaha, padan muka aku.

Keadaan kini telah kembali normal. Kami menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa.

Sedang aku leka layan movie pada laptop aku, tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh ke belakang dan melihat Ziyah berdiri di belakang aku. Butang pause ditekan, headphone aku tanggalkan dan duduk di atas katil, lalu aku menarik tangan Ziyah untuk duduk sekali.

“Ziyah dah okay ke ni?” terus aku tanya tanpa sempat dia buka mulut untuk bertanya pada aku.

“Dah okay dah. Fina macam mana? Luka tu okay dah?” ditariknya tangan aku untuk lihat luka yang telah aku lakukan tempoh hari.

“Okay dah, luka dah kering. Apa yang Ziyah nampak hari tu? Boleh ceritakan tak?” disebabkan rasa ingin tahu, aku terus menanyakan soalan itu.

Ziyah yang pada mulanya kelihatan seperti tidak mahu menceritakan, tetapi melihatkan kesungguhan aku, akhirnya dia bercerita juga.

“Waktu Ziyah masuk bilik Fina, Ziyah nampak ada seorang perempuan berdiri kat sebelah Fina. Dia berpakaian serba putih lusuh yang dah koyak (lain kali mintak sumbangan), rambut panjang mengerbang (Pergi saloon pls), berwajah hitam (Pakailah Qu Puteh) seperti terbakar, matanya merah seperti biji saga dan terdapat darah megalir kat muka dia. Dia tengok Fina toreh tangan pada masa tu. Dia sebenarnya nakkan darah yang keluar dari luka-luka Fina tu.

Bila Ziyah suruh Fina cuci luka dan gunting tu, dia marah pada Ziyah kerana kacau ‘kerja’ dia (Dia yang menyibuk). Itu sebablah Ziyah suruh Fina masuk bilik dulu.”

Menurut Ziyah lagi, perempuan tu menghalang dia untuk masuk ke bilik. Ziyah cuba melawan, namun entah macam mana, datang sekumpulan lembaga yang menakutkan dan ngeri, mengeluarkan bunyi yang sangat bising sehinggakan membingitkan telinga (Tak gentle langsung bawak gang. Heh. Senyum sinis).

Disebabkan itu, Ziyah menjerit sambil menutup mata dan telinga kerana tak dapat menerima semua itu yang melebihi kemampuannya.

Kesian Ziyah, walaupun dia dah biasa melihat benda-benda tu semua, tetapi ada hadnya juga. Semoga dirimu terus terpelihara wahai kawan.

Sekian cerita daripada aku. Bagi korang mungkin tak seram, tapi, bila korang dah tengok dengan mata kepala sendiri, entah macam manalah, kan?

Kalau korang pula macam mana, kalau hijab tu dah terbuka? Hehehehe. (Jangan gelak gitu pls)

Setakat ini dahulu perkongsian pengalaman aku. Ini merupakan pengalaman ‘mistik’ aku yang kedua. Aku akan kongsikan pengalaman keempat aku dikemudian hari.

Mana pergi pengalaman ketiga? Pengalaman ketiga telah aku kongsikan pada ceritaku yang pertama. Hehehehehe. Jadi sedikit pesanan dari aku, jangan bertindak mengikut kata hati sangat. Berfikir sebelum bertindak. Tengok apa yang aku dah lakukan, telah melibatkan orang lain walaupun bukan niat aku untuk mengheret Ziyah. Terima kasih atas sokongan dan nasihat yang diberi. Ppsstt, aku perhati je apa yang korang komen kat pos Kasyaf Mahmud tu, silent readerlah katakan. Sebarang pertanyaan akan aku jawab melalui Kasyaf, okay.

โ€ขโ€ขโ€ข

Oh yeah. Maaflah kalau aku spoilkan mood korang baca cerita. Aku edit ni malam-malam, masa tu aku tutup lampu bilik. Nak bukak, rasa macam jauh pulak suis dia walaupun kat kepala je suis lampu. Hakhak.

Jadi, untuk kurangkan rasa takut, aku pun spoilkan cerita. Maaf kepada owner cerita sebab menjadikan kisah ni jadi tak menarik. Minta maaf sangat.

Okaylah, owner tanya, kalau kita pulak terbukak hijab macam mana? Hijab tudung tu eh? Haha. Gurau. Kalaulah aku yang terbukak hijab (mintak jauh), aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana kehidupan aku ni. Al-maklumlah, mokcik pakai telekung lalu depan rumah masa balik isyak pun aku dah terkejut ingatkan pocong, inikan pulak kalau tengok benda tu depan mata.

Apa yang penting, pelihara iman kita. Benda tu saja je nak buat kita kurang rasa takut kepada Allah. Biasalah tu. Jadi, banyakkan ibadah kepada Allah, insya Allah, benda tu takut dekat kita.

Dahlah, aku ni kalau bab menaip, memang tak reti nak berenti. Okay, itu je buat setakat ni. Kalau korang tanya mana cerita aku sendiri, ada. Cuma cerita kali ni banyak pulak halangan aku nak publish. Dah siap edit apa semua, hilang gitu je tanpa pamitan. Kalau korang tanya kenapa, aku cuma jawab, ni mesti saka korang aniaya aku. Haha. Taklah. Gurau. Dugaan semua ni. Mungkin cerita tu tak menarik perhatian korang. Kononnya.

Semoga terhibur dan doakan owner rajin menaip. Bertemu di cerita seterusnya, itupun kalau owner masih lagi menghantar kisah beliau kat aku. Kalau beliau nak buat sendiri, maka, akan bertambahlah keluarga FS.

Okay. Semoga terhibur dan sekian terima kasih sudi membaca sampai ke detik ini. Kahkah. Assalamualaikum dan babai.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

30 thoughts on “Kisah Aku dan Ziyah”

  1. family maklang saya pun ade yg blh nmpk … ade tu kakak sedara saya nampak dalam rumah saya benda tu bertengek kat tangki air .. tpi benda tu x kacau pun so xde la rasa takot sgt .. waktu mula2 pindah je benda tu suka menyakat ..

    Reply
  2. Cerita best. Satu je nak pesan kat semua, bila dah putus cinta tu, jangan hilang pertimbangan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
    Jodoh pertemuan di tangan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. ๐Ÿ™‚

    Reply
  3. aq byk kali gak frust sbb bercinta ni…tp xde la sampai nak mencederakan diri sendiri..adeh
    just terima je la dye bukan jodoh kita

    Reply

Leave a Comment