Kisah ayah

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Aku dah lama sebenarnya jadi silent reader. Memang setiap malam aku baca kisah kisah yang ada dekat FS ni. Hari ni aku tertarik pulak nak ceritakan kisah pasal bapak aku. Hihihi ok tak nak panjang kan intro. Nanti korang bosan Pulak. Btw maaf kalau kisah yang aku ceritakan ni tak berapa nak seram bagi korang. Cerita ni pun bapak aku sendiri yang alami. Dan terima kasih jugak kepada FS jika kisah ini disiarkan.

Nama aku syahila (bukan nama sebenar). Nama ayah aku din (nama panggilan). Aku mulakan cerita lah ye.

1) bapak aku dulu kerja sebagai dresser dekat sebuah klinik ni. Dekat johor. Kawasan mana tu rahsia la. Klinik ni memang baru dibina. Biasa la tempat baru memang ada la benda-benda tu semua. Masa tu cuti hari sabtu dan ahad lagi. Belum tukar. Jadi Memang setiap hari sabtu dan ahad tu dia akan kerja daripada pukul 9 pagi sehingga la 11 atau 12 tengah hari. Kebiasaannya dia kerja berdua dengan kawan dia. Tapi hari tu tah macam mana dia terpaksa la kerja sorang. Mungkin kawan dia tu ada hal lain. Jadi dia kerja je la macam biasa. Mula mula takda apa jadi. Tapi masa tengah kemas nak balik tu dia dengar bunyi telefon dekat kaunter daftar. Yang bapak aku pun nak pergi angkat la. Baru dia dekat je dengan telefon tu tiba-tiba telefon dalam bilik doktor pulak bunyi. Lepas tu bersambung sambung telefon yang ada dekat dalam klinik tu bunyi. Bapak aku pun tak sedap hati la. Apa lagi dia. Dengan tak kemas barang barang dia terus je bla kluar dari klinik tu. Agak-agak korang la kalau angkat ape jadi?

2) kisah ni berlaku dekat rumah nenek aku pulak. Ada satu hari tu bapak aku dengan mak aku tidur sana sebab da lama tak tidur sana kan. Rumah nenek aku ade 6 bilik. 4 bilik dekat jalan nak pergi dapur. Lagi dua bilik dekat ruang tamu. Keluarga aku ni kalau balik kampung memang tak tidur dalam bilik sebab panas. Takde kipas. Tapi memandangkan mak aku ni kaki nya tak berapa sihat, terpaksa la tidur dalam bilik. Jadi bapak aku pun mesti la tidur bilik sekali kan. Dalam pukul 10 ke 11 malam gitu, bapak aku dah terlelap. Tapi tiba-tiba dia dengar suara “sebok je tidur sini” bapak aku pun ape lagi. Terus tersedar la dia. Terus istighfar. Lepas tu tidur balik. Nasib baik benda tu tak kacau lagi.

3)ni lagi satu cerita pasal kat klinik jugak. Tapi bukan bapak aku la yang alami. Kawan dia. Perempuan. Masa tu hari jumaat. Kerja klinik biasa kan ada rehat tengah hari. Tapi masa tu kawan bapak aku tu malas nak balik sebab rumah jauh. Jadi dia rehat dekat bahagian atas klinik. Kiranya tingkat dua la. Ada surau. Sebelum solat tu dia nak tidur dulu. Sebab zuhur pun belum masuk. Masa dia tidur tu tiba-tiba dia rasa macam sesak nafas. Mata pun tak boleh bukak. Jadi dia pun bertarung la nak bangun. Dia baca surah-surah yang terlintas tapi tetap tak jalan. Last-last dia baca ayat kursi barulah boleh bukak mata dia. Bila dia bukak je mata dia nampak ada perempuan rambut panjang kat hujung kepala dia. Terus dia bangun pergi ambik wuduk. Kebetulan tengah azan masa tu. Terus jela dia solat zuhur. Nasib benda tu tak kacau lagi. Lepas tu berlari la turun bawah buat macam takde pape jadi. Mungkin tak nak kawan-kawan dia tau la. Kang semua takut. Tapi memandangkan dia rapat dengan bapak aku. Tu yang dia cerita. Ok sampai sini dulu cerita aku.

Maaf kalau cerita ni terlalu panjang dan buat korang bosan. Btw memang banyak cerita lagi yang aku nak kongsi pasal aku pulak. Kalau nak cerita memang sampai esok pun tak habis. Setakat ni dulu la cerita aku. Next time kalau ada masa insyaAllah aku submit lagi cerita pasal kisah aku pulak. Maaf kalau tak seram dan maaf kalau ayat aku tunggang langgang.

4 thoughts on “Kisah ayah”

  1. Pendek je citer ni dik..takde panjangnya pun so don’t worry ok..hehe..citer best..ayat simple2 je awak pakai..takde pusing2..kipidap! Menanti next story..?

    Reply

Leave a Comment