Kisah Benar Along – Hanya Kerana Sihir

Assalammualaikum dan hai pada semua pembaca FS. Saya ni memang peminat senyap-senyap dekat page FS ni dan tujuan saya tulis cerita ni untuk semua cuma nak kongsi pengalaman saya yang tak berapa seram tapi penuh mistik. Kisah yang saya bakal ceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku pada saya dan keluarga saya. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya mulakan dengan pada awalan…..

Cerita saya…..

Ketika umur saya 12 tahun, saya kehilangan ibu saya kerana penyakitnya dan selepas itu saya tinggal dengan kakak sulong (along) saya yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang berumur 2 dan 1 tahun dengan abang ipar ( abang long) dan juga kakak (memang panggilannya kakak) yang keempat iaitu di atas saya dan saya yang bongsu.

Awal tahun 2010 along memulakan perniagaannya dan ketika itu apa yang di usahakan nya sangatlah maju. Bidang perniagaan yang dipilih along itu memang perkara yang paling disukainya. Oh ya, along agak popular sebelum dia memualakan bisnes nya itu. Kalau sebut nama dia sekarang mungkin yang berumur 30 atau 40 an sekarang memang sangat-sangat mengenali dia. Bidang apa? Maaf saya harus rahsiakan atas sebab sebab tertentu.

Bisnes nya semakin maju dan duit pun masyukkk masa itu, ‘pekerja-pekerja’ yang bekerja di bawahnya pun semakin popular dan mungkin lupa diri. Tapi entah biasa lah berbisnes ni, mula lah orang dengki mendengki sampai bisnes along drop terok. Bankrupsi. Tapi pekerja-pekerja along tu tak percaya, hampir setiap hari along terima mesej yang berbaur makian dan juga cacian. Malah ada juga yang mesej ‘jangan sampai aku santau kau satu keluarga’ mereka jadi begitu sebab merekan mahukan ‘gaji’ mereka, hanya kerana wang manusia biadap.

 

Yang lagi memalukan mereka rata-ratanya orang melayu dan islam. Masyaallah, aku tak menangkan along mungkin dia ada silapnya aku pun tak berani cakap sebab masa tu aku kecik lagi. Kakak pula memang kerja dengan along lepas ia habis sekolah.

Pada penghujung 2010 along mula jatuh sakit, sakitnya kadang-kadang datang kadang-kadang pergi, sering demam, berkurung, murung kadang-kadang anaknya yang sudah masuk tiga orang masa tu pun tak dilayan sebab sibuk dengan sakit. Kakak pulak hidup dia sudah jadi terbalik, malam jadi siang, siang jadi malam. Maknanya waktu siang dia tidur tak bangun-bangun even kejut lah mcm mana pun sampai lah maghrib baru dia akan bangun, kemudian berjaga hingga lah subuh.

Kadang-kadang semua kerja rumah dan uruskan anak-anak buah aku yang kena buat walaupun masa tu aku berumur 15 tahun. Aku satu-satunya manusia yang normal dalam rumah itu, aku tak pergi sekolah, sebab sekolah agak jauh dari rumah dan kami tak ada kenderaan yg boleh dibawa, kereta semua kalau bawak keluar kena tarik dan aku tak sanggup mintak duit belanja sekolah dekat along sebab aku tahu dia dah tak ada duit.

Hidup kami bergantung dengan saki baki emas yang digadai dijual dan mujur hobi along ketika ada duit ialah menabung duit syilling. Tapi iyelah bukit kalau di tarah lama lama dah tak jadi bukit lah kan, semua akaun bank kosong. Abang long aku pula, pencen kerajaan, sejak dia pencen dia hanya teman along bawak ke sana sini sebab along tak pandai drive, jadi bila dah bankrupsi dia pun terkena sakit, sakit malas. Malas nak cari kerja, hubungan dia pulak dingin dengan along, baran dia menjadi-jadi sedangkan sebelum ini dia lah lelaki yang paling cool gila tak pernah tengok dia marah. Aku jadi stress, sampai aku sendiri pernah meninggi suara kat dia.

Along mula sakit, badan dia membengkak kalau ikut istilah syiriknya along aku terkena santau busong. Kaki dia bengkak macam gergasi, perut dia pun sama. Memang tak boleh bangun untuk buat apa-apa. Rumah kami pula masa tu memang huru hara dan suram.

Aku pernah ternampak satu lembaga hitam yang tinggi berbulu dan saiz nya agak besar di dalam bilik aku, dia masuk dari pintu berjalan hingga ke tingkap dan hilang, perasaan masa tu memang seram habis lagi-lagi aku tidur seorang. Aku ketuk-ketuk pintu kakak aku nak tidur dengan dia sebab aku takut sangat, tapi dia bukak dan marah aku, dia kata aku mengada dan dia tutup pintu. Aku pun gagah lah tidur juga bilik aku sorang-sorang tapi kali ni aku pasang lampu.

Ada suatu hari tu aku tidur, kemudian aku dengar bunyi kanak-kanak gelak betul-betul tepi telinga aku, aku ni jenis kalau takut aku kaku je memang tak berani nak bangun ke apa. Aku buat bodoh dan sambung tidur. Satu lagi kejadian ada kawan kakak aku tidur rumah, tapi sebab perangai kakak aku yang sakit masa tu dia layan tak layan member dia, mujur member dia nak tidur dengan aku.

Tengah sedap nak tidur tetibe dia bangun sambil mengelupur. Aku cepat-cepat bukak lampu dan tanya dia kenapa. Dia minta aku tengok belakang badannya sebab dia rasa kena cakar dan cakaran itu meninggalkan rasa pedih. Aku tengok memang betul ada kesan cakaran kuku bergaris dekat belakang badan dia, masyaallah seram gilaa sumpah aku tak tipu. Bila esok kami nak tunjuk pada along kesan cakaran tu, kesan tu dah hilang.

Ada satu kejadian ni pula, rumah aku 2 tingkat jadi tingkat atas jika naik hanya dikelilingi bilik aku, kakak dan along. Aku ternampak anak buah perempuan aku yang berumur 2 tahun masa tu turun ke tangga. Aku panggil nama dia sebab tak bagi dia turun plus bawah tak ada sesiapa, aku panggil dia buat bodoh je, last last aku kejar dia turun, aku Nampak dia berlari terkedek-kedek turun tanggan dan tuju ke pintu rumah, aku pun kejar dia sampai betul-betul pintu rumah aku terkedu. Pintu tertutup dan anak buah aku hilang. Huaaaaa… nak menangis weh.

Kan aku kata kalau aku takut aku jadi kaku. Tapi takkan aku nak duduk situ lagi aku kuatkan hati berlari naik tangga. Aku naik je aku Nampak anak buah aku tengah main atas katil dia. Arghhhhh! Aku mengadu dekat along, along Cuma balas ‘biasalah tu’. Kira rumah aku masa tu memang berpuaka lah aku rasa. Lepas-lepas tu along tak tahan dah, kami balik kampong kat perak. Berubat dengan sedara jugak.

Mula-mula kakak dulu diubatkan sebab kes kakak macam ringan. Oh ya, kakak bukan je hari dia diterbalikkan, dia juga alami gatal-gatal satu badan kadang kesan garu dia tu berketul-ketul macam kena gigit nyamuk camtu, tapi penuuh satu badan, takkan nyamuk gigit banyak mcm tu kan?

Bila berubat, pak cik tu kata kakak aku ni ada orang dengki. Orang ni hantar santau dan badan kakak aku ni penuh dengan cacing yang dia hantar, sebab tu kakak aku asyik gatal-gatal. Malam tu memang ubatkan kakak aku gila-gila. Masa tengah ubatkan kakak aku tu, pak cik tu minta aku turun bawah rumah (rumah papan kampung) isikan air dalam botol yang dia bagi, tersentak aku kejap, kat luar punya lah gelap gila, tapi macam mana akunak menolak?

Nak ajak kakak teman dia tengah berubat, nak ajak along dia pun kaki bengkak nak jalan susah, gigih lah aku turun bawah rumah amik air dengan keadaan gelap gelitanya. Masyaallah Allah je tahu perasaan masa tu, meremang habis. Lepas habis berubat tu aku Tanya along kenapa lah suruh aku turun kan, along cakap pak cik tu nak ubatkan kakak aku tapi tak nak aku nampak. Hmmm mungkin sebab aku kecik lagi kot. Kakak aku pulak lepas dia sakit tu, hijab dia terbuka, dia memang nampak clear semua jenis hantu lah citer dia. Keesokan harinya, kakak aku dapat panggilan dari kawan lelaki dia, yang mengatakan ada Hamba Allah yang pernah ajak kakak aku jadi bini nombor dua dia ni meninggal dunia. Aduh, tak tahu nak kaitkan macam mana, tapi malas fikir kalau betul dia yang buat itu urusan dia dengan Allah.

Penyakit kakak sembuh, tapi along memang pak cik tu tak dapat tolong sebab kes along berat katanya, sebab bukan seorang je hantar. Lebih dari dua katanya. Sihir pemisah suami isteri pun ada, sebab tu dah berapa tahun along dengan abang long dingin je, cakap je nak bergaduh padahal sebelum tu diorang lah paling susah nak gaduh depan kami.

Kami betapa kat kampong lama. Sampai lah along kenal seorang pakcik ni yang hulurkan bantuan nak bantu kami, kami tinggal di rumah dia untuk beberapa tempoh sebab along dah bankrupsi terok. Sepanjang tempoh along berubat hasilnya hari demi hari semakin baik. Along punya badan dah mula susut. Busung nya berkurang, Cuma along yang gemokk berubah kurus sekurusnya. Tapi tak apa yang penting sehat. Along Nampak tua dari usianya walhal masa tu umurnya baru 30-an. Along semakin sehat. Tetapi pak cik yang ubatkan along pula yang terkena penyakit.

Depan mata aku dapat lihat tangan dan tubuh pakcik tu seperti terkena penyakit kulit, kulitnya mengelupas terok sampai tanggal kulitnya sikit demi sedikit. Dia jadi lemah tak berdaya macam masa mula-mula kami kenal mereka dulu. Aku tak pasti adakah itu tempias yang dia dapat ketika berubat along dulu. Keadaan menjadi baik, along semakin pulih, kakak pun, abg long dah mula berkerja semula masa tu dan aku sudah ke sekolah. Alhamdulillah…

Tapi… aku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Pertengahan tahun 2011 apabila genap 2 minggu along sehat, along diserang demam panas. Sebelum aku pergi sekolah rutin biasa aku akan salam dan cium along, masa tu aku tengok along lemah sangat, muka dia pun Nampak malap je.

Aku tak sedap hati, aku tak pasti apa aku rasa. Satu hari aku kat sekolah tak dapat fokus. Balik sekolah tu aku belikan along makanan feveret dia iaitu bihun sup aku beli dua bungkus, dia jamah sikit je yang lain aku suap anak-anak. Malam tu kemuncak nya, abang long ketuk bilik aku dengan kakak mintak tolong angkat along masuk tandas sebab dia nak buang air besar tapi tak larat bangun.

Aku orang pertama yang bangun nak tolong, aku jalan di depan diikuti kakak aku di belakang dan abang long. Aku orang pertama yang masuk bilik along dan Nampak along dah terlentang depan bilik air. Bergegar jantung aku masa tu aku pun jerit Ya Allah Along! Aku dengan kakak berlari dekat along dan segera angkat dia.

Aku tengok najis dia dah mula bersepah-sepah, yang peliknya najis dia berwarna hijau kehijauan macam tu, aku pun tak pasti apa dia. Dah bersihkan along dalam tandas kakak bawak along keluar dan letak atas katil, along dah mula sesak nafas dan tak boleh bercakap, mata dia dah terbeliak sambil pandang aku. Aku diam sebab nak tahan air mata. Kakak dengan abang long suruh panggil pakcik yang ubatkan along tu di tingkat atas (ya masa ni masih menumpang umah pak cik tu) pakcik tu turun bersama isterinya, dia lihat along dan minta abang long serta pekerjanya bawa along ke hospital.

Aku tinggal di rumah bersama kakak dan tiga anak along. Kakak busy telefon sedara mara sebab memang keadaan along masa tu kritikal. Aku pula tengah jaga anak-anak buah, tak lama lepas tu kakak nombor tiga aku (alang) call. Dia Tanya apa jadi dan aku pun cerita semua. Dia bergegas ke hospital. Tak lama lepas tu dia call semula sebaik sahaja dia sampai hospital, dan ayat pertama dia. ‘Dik… Along dah meninggal…’ suara nya bergetar.

Aku tergamam dan automatik airmata laju sahaja dia turun, aku cakap dengan kakak,

“kakak… along dah takde…” kakak terus rampas telefon. Malam itu juga aku dan kakak serta anak-anak pergi ke HUKM untuk tengok jenazah along, sampai sahaja di sana kakak aku yang uruskan mandian jenazah dengan sedara mara yang lain. Aku pula tugas aku menjaga tiga-tiga anak arwah yang memang tak mahu berenggang dari aku. Apa sahaja yang mereka faham ketika itu, wajah masing-masing nampak blur.

Aku tak tengok along ketika mandi jenazah, aku Cuma masuk sekejap, aku baru nampak kaki along aku dah nangis, aku tak kuat nak teruskan jadi aku keluar semula. Aku kena kuat untuk anak-anak along. Malam tu 3 orang anak along jadi yatim. Setelah mandi jenazah, urusan pembayaran pengurusan memakan beribu, dan kami semua ketika itu tiada wang, kakak-kakak aku yang lain juga dari keluarga yang sederhana, nasib baik ada sedara mara yang sanggup berkongsi wang sehingga jumlah cukup.

Jenazah along dibawa balik ke kampung iaitu perak. Aku betul betul menangis ketika aku cium wajah dia untuk kali terakhir, dan aku yang bawa 3 orang anak arwah ke jenazahnya dan suruh mereka cium, tapi mereka seperti takut-takut. Yelah budak-budak kan. Itulah cerita kisah benar tentang aku. Semenjak itu aku anak buah aku terpisah sebab abg long bawa mereka utara di kampung halamannya. Along meninggal sehari sebelum puasa dan sebaik sahaja raya puasa berlalu, aku dapat perkhabaran yang abg long pula meninggal dunia.

Ya Allah. Sebak. 3 orang anak-anak along ku sudah yatim piatu. Ujian apakah ini. Petang itu juga aku bertolak ke utara untuk jumpa anak-anak along. Dan malam itu juga aku pulang ke kampung halaman aku semula iaitu perak. Ketika itu aku dah pindah perak dan mula hidup baru bersama kakak aku.

Sebelum balik dari kenduri arwah abang long, kakak memeluk anak sulong along yang berumur 3 tahun ketika itu jelas aku nampak dia mengesat airmata dia bila kami nak balik. Ya Allah, berderai airmata aku sepanjang jalan. Maafkan mak saudara mu ni nak tak dapat nak menjaga kamu ketika itu sebab kami benar-benar tak mampu. Aku hanya berumur 15 tahun tika aku hilang segalanya hanya kerana khianat manusia. Hanya kerana sihir.

Alhamdulillah aku sekarang hampir menamatkan Diploma aku di sebuah IPTA, kakak sudah berkahwin dan anak-anak arwah along dah membesar dengan baik dan pintar bersama keluarga mereka di sana, beberpa kali aku jumpa amboi loghat pun dah utara habis hahaha. Alhamdullilah. Di atas semua peristiwa yang jadi, kami semua kuat untuk bangkit kembali. Ini Takdir Illahi.

Untuk kau sang pendengki, aku tak tahu siapa kau. Tapi kau telah buat aku hilang tempat bergantung ketika itu, kau dah buat 3 anak kecil sudah yatim piatu. Mungkin kau terlepas di dunia ini. Aku pun tak berdendam untuk manusia yang tak pasti. Tapi untuk maafkan kau memang sukar sekali. Aku harap kau dapat balasan yang setimpal nanti. Along mesti dah jumpa ibu kat sana kan? Tunggulah kami menyusul nanti. Al-Fatihah.

Itu sahaja dari saya, maaf jika cerita ini bukan cerita seram. Terima kasih…

17 thoughts on “Kisah Benar Along – Hanya Kerana Sihir”

  1. Sedih…tapi hebat… semoga arwah kedua2nya mendapat husnul khatimah.. moga syahid dalam berjuang melawan hasad dengki manusia…al fatihah..???

    Reply
  2. Ya Allah semoga along dan abg long ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..nangis sye bce cerita awak dan smoga insan yg hntr sihir tu bertaubat

    Reply
  3. Tabah ye. Semoga roh-roh arwah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Semoga keluarga penulis sentiasa diberkahi dan dicucuri rahmat dan dilindungi dari segala anasir jahat.

    Reply
  4. ya Allah…kesiannya awak dan keluarga. Kalau saya kat tempat saudara mungkin saya tidak setabah saudara. Moga2 arwah along dan abg long ditemoatkan dalam golongan2 orang yg beriman. Ameen.

    Reply

Leave a Comment