Kisah Benar Kejadian Toyol

Hai semua…

Sebelum ni aku ada hantar cerita tentang entiti yang menyanar jadi sepupu aku. Hari ni aku nk kongsi cerita berkaitan toyol. Ye,, makhluk kecik yang botak dan suka mencuri duit.

Aku ni pembantu kedai di kedai mak aku sendiri. Aku mmg selalu tidur kt kedai tu. Kedai tu dah macam rumah aku dah. Lagipun sbb hobi aku yang suka online mengadap komputer buat aku tak kisah tido kat kedai tu.

Berkaitan dengan pelanggan kedai, kebanyakkan dari mereka aku kenal muka. Ada satu hari ni tiba-tiba ada satu pelanggan baru datang, pelanggan ni aku tengok mmg agak pelik sikit. Dengan tangan yang suka letak kat belakang, lepastu masa nak buat pembayaran dia bayar dengan jumlah RM50, yang peliknya dia bayar macam main². Dia hulur duit tu kemudian tarik balik sebelum aku ambil kemudian baru lah dia hulur betul².

Aku nak marah jugak, sebab main² kan aku. Sedangkan dia pelanggan baru. Disebabkan pakcik tu agak mencurigakan, Lepas dia keluar aku intai dia, dia jalan dengan dua tangan dibelakang dan agak membongkok sedikit. Agak pelik cara berjalan dia tu. Masa tengok cara berjalan dia tu aku teringat satu babak dalam cerita indonesia tentang si pembela toyol. Tapi aku nafikan dalam hati, sebab dalam kepala aku masa tu tak mungkin kot. Lagipun cerita yang aku tengok tu kat kawasan kampung kot, bukan bandar.

Lepas dari munculnya pelanggan ni, aku rasa suasana kat kedai tu agak pelik. Aku selalu dapat rasa macam ada kelibat budak² berlari belakang aku masa aku tengah duduk mengadap komputer kat meja. Duit kedai pun aku tengok tiba² memanjang tak cukup. Ngam² untuk bayar duit gaji pekerja dan sewa kedai je. Aku nak wat beli makan untuk diri aku pun terpaksa jimat cermat. Tak ada lebih macam kebiasaan. Aku ada bagitau mak aku, nak kata kena curi dengan pekerja mmg tak. Sebab pekerja kedai sorang je, dan aku ni pun bukan jenis letak beg sepah².

Dan untuk mengesahkan lagi kecurigaan aku, duit yang aku dapat aku akan biarkan je dalam poket. Malam lepas pekerja balik baru aku simpan balik dalam beg, tapi tetap duit tu jadi ngam² utk bayar gaji pekerja dan sewa je. Nak bayar bil api air pun semput, lagi untuk makan aku. Bab kelibat budak kecik tu memang aku selalu rasa kehadiran dia, pagi petang siang malam. Bila aku toleh tak ada pulak, kadang² aku siap bangun pegi cek dalam bilik dan belakang menghala ke dapur. Tetap tak ada jumpa apa².

Tapi yang peliknya, walaupun aku dah letak duit dalam poket, bila aku pergi tandas je aku akan dapat rasa macam ada budak ikut aku dari belakang dan tarik duit dalam poket aku. Tapi bila aku kekuarkan dari poket untuk kira balik macam tak terjejas. Lepastu aku sendiri jadi blur betul ke tak jumlah tu.

Lagi 1, masalah aku masa tu bukan setakat rasa ada kelibat budak kecik lalu lalang dalam kedai tu, lengan aku sebelah kanan asal bangun pagi je mesti sakit tiba², lenguh macam kena tindih, nak kata aku yang tertindih tak mungkin, sebab posisi aku tidur tepi dinding, lengan kiri yang sebelah dinding, patutnya lengan kiri la yang lenguh sebab terhimpit.. Lagipun sebelum ni tak pernah kot. Aku memang syak aku kena tindih cuma yang peliknya kena tindih kat lengan je.

Untuk pengetahuan pembaca, kebiasaan kat kedai aku,aku akan pasang ayat² ruqyah malam hari di komputer sampai pagi sebelum aku buka kedai. Aku pasang memang kuat dekat tandas je la xsampai nak dengar. Sejak kemunculan pelanggan tu aku akan pasang awal bacaan ruqyah di komputer. Sebab nak ke maghrib je aku rasa makin rancak pulak budak tu berlari sana sini belakang aku. Toleh tak ada pulak, sakit la jugak hati ni. Bila pasang awal aku rasa macam sunyi dan tenang sikit suasana tu.

Ok berbalik pada duit yang manjang tak cukup tu, lepas aku asyik mengadu pada mak aku. Akhirnya mak aku turun tangan. Sebab dia pun rasa pelik dan tak lojik duit tak ada lebih untuk belanja. Mak aku ni memang ada kelebihan boleh tengok benda² yang pelik ni, sedangkan aku cuma boleh rasa je. So, mak aku pun masuk kedai. Dia pergi belakang, bilik kira semua tempat la dia cek. Sampai la dia cek dekat bawah tangga. Ok, tangga tu dekat dinding bertentangan dengan dinding aku letak meja dan komputer yang aku selalu ngadap tu. (aku nak cerita terperinci pun susah, biasa aku lukis je senang ?)

Mak aku pun suruh aku pergi ambik garam kasar. Dia baca pada garam tu kemudian baling kuat2 kat bawah tangga tu. Aku tanya ada apa. Mak aku cakap patut lah duit asyik hilang. Ada toyol rupanya. Warna macam hijau2 hitam (mak aku cakap hitam² tu macam terbakar sikit) , duduk terbongkok dalam keadaan letih,lemah dan ketakutan. Mak aku cakap sebab aku pasang ayat ruqyah dia jadi lemah sangat. Tapi tak boleh balik sebab tuan dia dah tinggalkan dia kat situ dan kena bawa balik duit untuk tuan dia.

Lepas mak aku baling garam dia terpaksa pergi, tu pun dia takut nak balik pada tuan dia sebab dia takut tuan dia akan marah. dia lari ke jalan ke untuk balik tu aku tak tau la. Aku pun dah tak ingat masa mak aku bagitau tu. Yang lengan aku sakit tu rupanya dia baring alas lengan aku. Dia ingat aku mak dia ke nak manja² tido dengan aku malam2. Sakit hati aku, nasib baik aku pun sempat baling garam sebelum dia balik kat tuan dia tu. Lepas kejadian tu suasana dalam kedau tu dah normal balik.
Dah tak ada dah timbul perasaan kemunculan kelibat budak berlari sana sini dan kes duit kedai yang tiba² menghilang dan jadi tak cukup tiba².

Aku tak sangka sebenarnya aku akan melalui pengalaman berkaitan toyol ni. Sebab biasa aku cuma tengok cerita di tv je. Lagipun aku tinggal di kawasan bandar. Bagi aku kalau ada pun orang yang nak bela toyol di zaman ni mungkin yang membela tu akan tinggal di kawasan kampung. Ni kawasan bandar, lepastu cari mangsa orang yang berniaga. Licik kau pakcik!

Jadi, kepada mereka yang berhadapan dengan orang yang hulur duit main² tu berhati² lah ye. Kalau kawan ko yang jenis nak hulur duit pastu tarik balik pun ko boleh sound dia, dia bela toyol ke nak main² camtu. Tapi kalau lps sound tu korang gaduh ko jgn salah kan aku pulak! Kahkah
Pada yang berniat nak cari duit senang dengan cara yang salah tu hentikanlah niat anda. Tak ada guna pun, sbb nanti akan makan diri korang balik. Dan pada yang jenis suka songlap duit orang, berhutang duit tapi tak reti bayar, tipu kawan dan paksa kawan join mlm, dan yang seangkatan dengannya tu, tolonglah jangan MENOYOLKAN diri anda.

Sekian terima kasih… ✌

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Kisah Benar Kejadian Toyol”

Leave a Comment