Kisah Keris Lama Lok 7

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi saya Ariff Budiman mencoret kisah. Terima kasih kepada admin yang sudi approve dan terima kasih juga kepada pembaca semua. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lalu semasa aku bersama Allahyarhamah Siti Aishah. Ketika bertugas tiba2 suasana agak riuh bila salah seorang dari rakan aku berjumpa keris lama berlok 7. Besinya masih kelihatan elok manakala ulunya sudah dimakan anai2. Ianya tertanam di celah akar pokok bakau. Ketika air surut keris ini jelas kelihatan.

” Ariff. Apa pendapat hang tentang keris ni?”, Tanya kawan aku yang agak pandai dalam ilmu kebatinan.

” Aku ghasa keris ni tak elok sebab aku nampak ada seorang wanita berdiri tadi dekat pokok dok tengok kita”, Kataku

” Hang bagitau kawan kita agar keris tu diletakkan balik di tempat asal “. Kataku kepada rakanku dan dia terus pergi mendapatkan rakan yang berjumpa keris tersebut.

” Susah Ariff. Dia tak mau letak balik keris ni. Dia kata terlalu berharga. Dia nak bawa balik dan bersihkan keris tu dan tukar hulu dan buat sarung lain “. Kata rakanku

Malamnya aku bermimpi melihat seorang wanita begitu garang melihat aku sambil mencabut keris yang dijumpai tadi. Keesokan harinya aku talipon rakan aku dan tanya tentang rakan yang berjumpa keris. Kata rakanku dia tak sempat berbual kerana terlalu sebok dan dari apa yang dia perhatikan, rakanku menjadi seorang pendiam. Dia suka menyendiri. Aku berkata perkara ini dah berat. Kena lakukan sesuatu sebelum datang perkara yang lebih berat.

Seminggu berlalu dan tiba2 selepas solat maghrib aku menerima panggilan dari rakan aku…

” Ariff. Kawan kita dok teruk ni. Dia dok meracau dan kadang2 bertempik. Hang boleh mai tengok sat “.

Melalui perbualan dalam talipon aku sendiri dapat mendengar suara tempikan rakan aku. Aku hanya minta dia cari orang yang pandai sebab kalau nak ke sana aku harus melintas jambatan Pulau Pinang. Dia akur dengan permintaan aku. Tiba2 aku mendapat panggilan talipon dari nombor yang tidak aku kenali

” Encik Ariff. Saya isteri abang xxxxxx. Saya nak minta tolong encik mai tengok sat. Tolong la saya encik Ariff “.

Aku tak sampai hati mendengar rayuan isteri rakan aku dan aku berjanji akan datang. Aku beritahu akan isteriku. Nampak risau dia

” Tak apalah Siti. Siti tolong berdoa untuk abang. InsyaAllah kalau kita tolong orang lain, Allah akan tolong kita pula”. Terdiam aku pabila isteriku meredhokan pemergianku membantu rakan aku. Bila sampai sana aku mendengar suara tempikan. Bila saja rakan aku melihat aku terus dia menghunus kerisnya. Kelihatan begitu marah. Rakan aku yang seorang lagi terus memegang rakanku.

” Aku nak bawa balik keris ni ke pokok bakau. Situ tempat hang “. Kataku

” Kalau hang berani, hang mai ambik keris ni “. Katanya mencabar aku. Aku hanya diam. Terus aku baca ayat 9 dari surah Yasin lalu aku hembus ke arahnya. Tersandar dia dia di dinding. Aku mengambil keris tersebut dan masukkan kemdalam sarung. Aku minta air lalu bacakan surah Al Fatihah dan 3 Qul lalu aku sapu di muka. semua yang aku lakukan secara spontan. Aku tidak belajar. Akhirnya rakanku tersedar dan kehairanan. Aku beri dia minum dari air tadi. Jam sudah hampir 12 tengah malam. Aku minta diri untuk meletakkan kembali keris di tempat asal. Isteri rakan aku terlalu gembira. Dihulurnya wang yang agak banyak kepadaku. Aku menolak. Kataku aku bukanlah seorang yang pandai dan aku tidak mahu menolong dan diupah dengan wang. Aku takut ia akan menjadi kebiasaan.

Pukul 12 tengah malam aku sudah berada di pokok kayu bakau. Aku letak kembali keris lama di celah2 akar kayu bakau.

” Ini yang terbaik tempat kamu. Kamu dengan dunia kamu dan kami dengan dunia kami “. Aku berkata kepada wanita yang berdiri dekat pokok bakau. Kelihatan marah dia tapi tak dapat berkata2. Terus aku pulang ke rumah dan keesokan harinya aku talipon isteri rakanku bertanyakan kabar. Katanya suaminya kelihatan sihat. Syukur……

Baru2 ini rakan aku talipon aku kembali….

” Ariff. Aku nak tanya hang, bulan puasa ni saka ada tak “.

Aku menjawab ada sebab saka adalah jin. Ianya tidak diikat dan aku memang nampak.

” Hang ingat tak kawan kita yang jumpa keris tu dan hang dah letak balik dekat kayu bakau “. Aku mengiakannya.

” Baru2 ni aku jumpa dia. Aku tengok dia jalan bongkok dan dok bercakap seorang diri. Aku tanya dia. Dia kata dia ambik keris dekat kayu bakau “. Terkejut aku macam mana dia tahu tempat aku letak keris.

” Aku tanya dia dia kenai abang Ariff. Kawan kita kata dia kenai sangat. Dia maki hang macam2 Ariff “. Kata rakan aku. Aku hanya tertawa

” Aku ajak dia jumpa hang tapi dia kata dia takut tengok muka hang. Aku tanya pasai apa dia takut. Dia kata hang nampak garang “. Tertawa aku

” Hang bagitau dia walaupun muka aku nampak garang tapi dalam hati ada taman “. Tertawa pulak rakan aku mendengar gurauan aku

” Dia kata dia tak boleh dengar nama hang. Dia benci sangat “. Aku kata bukan rakan kita yang benci tapi saka tu yang benci.

” Nanti kalau ada apa2 aku akan call hang “. Dan aku mengiyakan sebelum memutuskan talian.

Jadi kepada kawan2 semua. Berhati2lah dengan barangan antik walaupun tak semua tapi kebanyakannya ada penunggunya terutama keris lama. Nampak cantik tapi ada makhluk di sebalik kecantikannya. Aku pernah melihat bila ke gerai barangan antik. Ada barangan jenis tembaga dan kayu antik bersama penunggu dan siapa yang membelinya berisiko membawanya pulang kerumah
#warnanostalgia

9 thoughts on “Kisah Keris Lama Lok 7”

  1. Nasihat saya, xpayah la buka hijab tu.. susah hidup awok nanti.Allah swt tak berikan kelebihan pada awok, sebab Allah swt tahu kita sanggup atau x sanggup menanggung ujian tu. Saya yang nampak sekali sekala ni pon, susah ati…

    Reply
  2. saya yg x nampak nie pon kdg2 susah hati sebab sll terbau wangi lah… terbau daun buat ubatlah… dan meke selalu matikan lampu jalan tempat saya lalu huhu

    Reply

Leave a Comment