Kisah Lalu

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, izinkan saya kenalkan diri terlebih dahulu. Nama aku Syaza. Aku selalu membaca FS bila mempunyai kelapangan waktu dan aku juga ingin berkongsikan satu kisah yang mana ianya bukanlah dari pengalaman aku sendiri tetapi emak saudara aku yang aku gelarkan Sue. Mak aku ada empat orang adik beradik termasuk Sue. Sue adalah anak bongsu dalam keluarga.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2014 di mana masa itu aku sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat yang tidak jauh dari rumah. Jadi dalam tempoh masa itu aku sempatlah menyaksikan scene-scene yang sebelum ini hanya dilihat dalam cerita-cerita hantu. Sue telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Mereka tinggal tidak jauh dari rumah aku. Sue seorang yang agak lemah semangat. Dari zaman persekolahannya juga dia sering nampak kelibat kelibat namun ianya tidak seteruk yang bakal aku ceritakan.

Pada peringat awal, Sue sering mengalami mimpi-mimpi buruk berulang-ulang setiap malam sehingga dia berasa sangat takut untuk tidur. Dia ceritakan pada keluarga dan kami semua hanya beranggap semuanya hanyalah mainan tidur. Banyakkan berdoa dan selawat sebelum tidur. Namun, ianya tidak terhenti begitu sahaja. Pada satu petang, Sue tengah bersiap-siap di depan cermin, tiba-tiba dia ternampak sesuatu dan terus berlari memasuki kereta kerana pada ketika itu Sue dan keluarganya ingin datang ke rumah aku dek kerana tok a.k.a ibu kepada sue tidur dirumahku.

Suaminya berasa pelik kerana Sue terus masuk kereta dalam keadaan yang ketakutan dan menjerit pada suaminya supaya cepat cepat pergi ke rumah aku untuk berjumpa tok tetapi suaminya terus menghubungi seorang ustaz yang dikenalinya untuk datang ke rumah. Bila ustaz yang aku tak tahu nama datang, dia berasa sesuatu tapi tidak memberitahu suami Sue namun sebaliknya hanya menyuruh suami Sue untuk membawa Sue berubat.

Abang kepada kakak ipar Sue boleh rasa kehadiran ‘benda-benda’ (sendiri la apa yang sesuatu tu hee), jadi kakak ipar Sue menghubunginya untuk memastikan keadaan Sue. Sememangnya ada benda-benda yang ada pada Sue. Suami Sue membuat keputusan untuk membawa Sue ke Darussyifa Kedah dan ustaz ada memberikan CD yang dalamnya mengandungi bacaan suci Al-quran. Bilamana CD itu dipasangkan, Sue berasa tidak selesa dan tidak suka akan apa yang didengarnya. Mula pada itu, Sue menjadi tidak terkawal dan marah-marah.

Tiap malam Sue cerita bahawa dia mendengar pelbagai jenis bunyi yang mengganggu tidurnya seperti dinding dicakar-cakar dan anaknya juga yang berusia setahun asyik menangis di waktu malam. Keluarga sue membawa sue berubat merata-rata dan ada satu orang yang mengatakan bahawa ada sesuatu yang ada dirumah yang diduduki sue. Jadi Sue membuat keputusan untuk berpindah dari rumah itu dan kebetulan sebelahan rumah saya ada kekosongan dan mereka menyewa di situ. Jarak antara rumah aku dan Sue sangatlah dekat.

Akan tetapi ianya tidak berhenti begitu sahaja. Hubungan sue dan suaminya makin lama makin tidak tidak baik. Sue selalu marah-marah walaupun untuk hal-hal yang kecil sehingga kan hampir membuat keputusan untuk bercerai. Sue juga sering mengalami ganguan yang sama seperti yang dialaminya sebelum ini. Kami semua termasak aku aku sekali runsing macammana nak selesaikan semua ini. Then, kakak ipar sue juga ada kenalkan dengan seseorang yang aku tidak kenal juga untuk pergi berubat.

Sebelum bertolak ke rumah orang tu, kami menikmati makanan tengahhari. Dalam masa kami makan-makan, tok aku mula cerita hal nak bawa Sue ke rumah orang tu. Tiba-tiba Sue menundukkan kepala dan nafas kuat lalu menjerit “akuuuuuuu, takmau pergi” dengan kuat. Semua yang berada di situ semua terkejut termasuk aku. Boleh bayang tak posisi Sue hanya di depan aku dan masa tu aku tengah makan, terkaku terus. Mak aku yang hanya disebelah aku terus membalas, “hang sapaaa, keluar laa dari sini”.

Terus Sue menunding jarinya ke arah mak aku dan memandang tajam lalu berkata, “Aku boleh bunuh hang. Hang tak kenai aku sapa”. Semua terdiam. Suaminya cepat-cepat mengambil air yang ustaz bagi dan memercikkan pada Sue lalu Sue pengsan dan terjaga. Sue seolah-olah tak sedar apa apa yang berlaku tadi. Sesampainya kami ke rumah orang tersebut, pakcik tu terus berubatkan Sue, dan Sue sangat-sangat la marah sehinggakan suami dan pakcik aku yang lain terpaksa pegang kuat tangannya. Habis lebam tangan Sue. Segalanya selesai.

Namun hanya beberapa hari sahaja, Sue jadi lemah semula. Sue dibawa berjumpa pakcik yang lain pula untuk berubat. Pakcik ni boleh menyelam dan nampak keberadaan benda-denda. Entah la nak ceritakan apa yang diselam tu. Yang aku tahu, katanya seseorang tu seolah olah berada dalam kehidupan seseorang untuk lihat apa yang menganggu seseorang tu. Aku tak pasti. Pakcik tu meminta salah seorang keluarga Sue tetapi hanya perempuan untuk menyelam ke dalam diri Sue dan nampak apa yang menganggu Sue namun tidak seorang pun yang berani.

Oleh kerana itu, pakcik tersebut membawa Sue sendiri untuk menyelam ke dalam satu alam yang aku pun tak tahu bayangannya. Sue menceritakan bahawa pakcik tu membawanya ke rumah untuk melihat apa yang ada di dalam rumahnya. Alangkah terkejutnya dia kerana nampak dengan begitu jelas benda tersebut. Pakcik juga berkata bahawa ada satu daripada benda tersebut adalah dari nenek moyang dulu-dulu tapi ianya tidak mengganggu cuma hanya melawat cucu-cucunya. Bagaimana boleh nenek itu datang kepada kepada Sue?

Pakcik itu sendiri cakap dulu-dulu Sue ada membuka dan menyentuh satu keris yang disimpan oleh tokwan. Sememangnya tokwan tidak pernah beritahu atau cerita tentang keris tersebut kerana ia tidak percaya akan semua ini. Sue diam diam melihat keris tersebut tanpa diketahui orang. Semua adik beradik mak aku tidak tahu di mana keris tersebut namun pakcik itu tahu di mana keris itu disimpan dan menyuruh kami untuk membuang keris itu. Semua cara yang pakcik berikan diikutkan supaya tidak apa yang belaku.

Selepas semua selesai, Sue dan semua keluargaku kecuali aku dan adik adik yang kecil pergi lagi berjumpa pakcik tu. Semasa mereka berubat di sana, aku dirumah tertidur, macam mana boleh tertidur pun tak tahu la. Makcik aku dan adik adik kecil menonton televisyen . Keesokannya makcik aku cerita sementara Sue dan keluarga masih di berubat, segala barang di dapur jatuh jatuh tetapi bukan kaca la. Aku yang dengar ni, rasa bernasib baik sebab aku tertidur haha tidak macam mana la agaknya kan. Aku ni bukan berani sangat tapi tak ada la sampai takut sangat-sangat. Hanya biasa biasa. Cool gitu! Hee. Esok malamnya mereka membawa Sue lagi. Kali ini, suami makcik aku pesan awai-awal dah supaya jangan tidur. Teman makcik. Dengan penuh senyuman, aku membalas ‘Ya, pakcik tak tidur’ dalam hati mohonlah tidur. Tetapi alhamdulillah malam tu tiada apa apa berlaku.

Semakin lama, semakin Sue membaik. Dan segalanya berjalan seperti biasa, tapi kalau suami Sue kerja malam atau balik lewat, aku pergi la teman dia kat rumah. Rumah dekat la katakan boleh la nak teman pun. Hee.

Leave a Comment