Assalamualaikum readers FS. Kali ni aku cerita pasal macam mana hijab Dedek boleh terbuka. Kemain lagi korang semua excited minta aku ceritakan yepp. Agak-agak kalau aku buat cerpen bersiri kat telegram/twitter ada yang nak join tak? Haha. Okey, itu aku gurau. Feeling-feeling retis pulak enn.
Okey, cukup mukadimah setakat tu. Cerita ni opah aku yang cerita dekat aku. Mummy aku nak bercerita dengan aku? Memang idok le. Okey, start! Dulu masa mummy aku dalam pantang, mummy aku berpantang di kampung. Aku? Aku ni sah-sah la sekolah. Tak adanya dapat ikut berpantang dengan mummy kat kampung. Masa malam mummy aku tidur, mummy aku mimpi Dedek macam ketawa mengekek-ngekek. Mummy tak nampak Dedek kat mana. So mummy tercari-cari suara Dedek sampai la mummy ternampak Dedek ni kena agah dengan something. Seronok betul Dedek tu ketawa sebab kena usik macam tu. Benda yang agah Dedek tu mummy tak nampak sebabnya benda membelakangkan mummy.
Mummy cakap, benda tu berpakaian serba putih kekuningan. Lepas dari tu, mummy macam sergah la benda tu supaya jangan ganggu Dedek dan tetiba benda tu menghilang. Dedek pun menangis. Mummy terbangun dan that time, memang Dedek tengah nangis dengan penuh perasaan. Matanya pejam rapat. Puas mama pujuk sampaikan opah dan Atok pun terbangun dan pujuk si Dedek ni. Atok dapat rasakan macam ada yang tak kena sebab Dedek langsung tak nak buka mata. Just nangis non stop. Sejam juga la pujuk Dedek tu and then Dedek tidur sebab kepenatan.
Esok tu mummy aku story la dengan opah aku pasal mimpi dia. Tapi mummy cakap benda tu sekadar mimpi je. Tapi bagi opah, mungkin mimpi tu suatu petunjuk yang dorang tak tahu apa dah jadi. Opah aku buat keputusan nak ubatkan Dedek untuk langkah berjaga-jaga. Macam ambil air tawar kat ustaz ke apakan. Mummy aku 100% tak nak sebab dia cakap semua tu karut je dan ia sekadar mimpi.
Tapi mimpi sekadar mimpi itu jadi realiti. Hampir setiap hari Dedek akan ketawa mengekek seolah-olah diagah oleh seseorang walaupun masa tu cuma ada mummy je kat situ. Tapi, you know what mummy aku tak fikir apa-apa pun. Think positive betul la mama aku ni. Sikap yang ni la aku tak pernah suka bila mummy selalu tak percaya benda-benda halus. Bila masuk je maghrib, Dedek akan nangis sambil matanya pandang syiling. Lepas sejam 2 pujuk, Dedek akan tidur keletihan.
Bukannya atok dan opah aku tak cuba bawakan Dedek berubat ke apa. Tapi mummy aku akan halang sekeras-kerasnya dan cakap atok dengan opah percaya benda karut. That’s why la sampai sekarang Dedek cerita benda seram shit ni mummy tak pernah ambil port. Atok aku cuma mampu bacakan surah-surah untuk pelindung diri je. Sebab masa tu tak ada siapa yang tahu hijab Dedek dah terbuka. Kesian engko Dedek. Mesti seram je hidup dia dikelilingi makhluk ngeri ni.
Bagi papa dan mummy aku, semua yang terjadi hanyalah khayalan Dedek semata-mata. Yelaah, budak-budak kan suka imagine macam-macam. Bila aku tanya parent aku kenapa dorang tak nak percaya Dedek nampak semua tu, parent aku balas budak-budak ni macam-macam imagine dia. Aku sendiri dulu pun suka main sengsorang dan cakap sengsorang. So, parent aku tak fikir negatif kerana semua tu lumrah. Lagipun, kat rumah Dedek tak ada adik-beradik yang sebaya dan aku pula belajar. That’s why Dedek jadi macam tu. Think positive betulkan parent aku? Sob! Sob!
Pernah dulu sekali masa Dedek baru dapat merangkak. Masa kecik dulu, Dedek ni sangat hyperactive. Merangkak kemain lajunya. Masa tu aku tengah main dengan Dedek kat rumah. So, aku tinggalkan kejap Dedek dekat hall sebab nak minum air. Bila aku datang balik, aku nampak Dedek macam ikut seseorang menghala ke tangga. Kalau korang ada anak kecik atau ada adik mesti korang dapat bayangkan macam mana situasi ni. Situasi tu Dedek tengah tengok seseorang dan dia merangkak ikut seseorang tu. Ahhh,susah pulak nak terang. Hahaha. Pandai-pandai la imagine okey. Masa dia follow tu, Dedek ketawa-ketawa macam orang tengah main-main aucak dengan dia. That time, aku dah seram. Terus aku dokong Dedek dan kitorang lepak kat hall sampai mummy dan papa aku balik.
Itulah alkisahnya pasal Dedek ni. Tapi kan tapi kan. Aku ada benda yang lagi seram shit berlaku semalam antara aku dan Dedek. Dedek boleh tau yang aku story kisah dia kat FS. Like seriously! Padahal aku tak pernah cakap apa-apa pasal ni kat Dedek. Nanti aku story lagi. Sekian, daripada kak Yong.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
fuhh..seram tu..nt cte ke kak yong
no mna?
Seriously??? Mmg spy baba si dedek ni dah menjadi pembaca berita tak bertauliah kat si dedek gamoknyey. Haruu! Ha Kak Yong, cepat-cepat sambungnya. Keme tak nyabor dah!
seram pulak bila Dedek tau ko citer kat FS…. meremang bulu roma aku!
Yeeaaaa…
Dedek kembali…!!!!
Ehhh coppp…umur dedek ni skrg bape??
Mcm xleh recall plak…
Cepat kakyoongggg…next..!!!!
kak yong cpt la sambong kak yong… oiiiiii cpt2
Gillee lah,seriouslaah?!!cam ne bende tu boleh tahu. Hadoiii Kantoii.
Habislah kak Yong diperhatikan..
Cepat kak Yong.
Nak baca harini gak
WHATTT dedek dh tau pulakkkkkk, sekarang aku tgh magine ade org teman sekali baca kisah dlm fs ni pulakkk errrr
aduhai …… meremang bulu tengkuk
Sambung2..
Jaga2 kakyong.. anda diperhatikan. hehehehee….
citer skali part time mak ngan ayah tau hijab dia da terbuka
Jge2 ade y memerhati huhuhu nk thu next citer
Wehhh cite lagi. Jgn sambung2. ??
Kak Yong.. Minta kat Dedek nombor 4D untuk draw Sabtu & Ahad ni nanti… Kalau bagi gabungan nombor Jackpot lagi bagus… Haha…
Best citer Kak Yong,tpi sye syak bende tu yg bagitau Dedek,tu sbb Derek tau kot….
haih…nyesal plak aku baca kisah ko yong ….tapi best…aku dok byg dedek bgtau yang ada yang tengah tgk aku reply kisah ni hahaha…sherammmm weiii
Sori bertanya.. dedek ni lahir hari jumaat tengahari ke ek….
“Bila masuk je maghrib, Dedek akan nangis sambil matanya pandang syiling. Lepas sejam 2 pujuk, Dedek akan tidur keletihan.”
Kalau nak tahu,apa yang dedek nampak kat syiling tu dipanggil “Ummu Sibyan” seekor jin perempuan tua yang sangat hodoh.Taknak explain banyak2 sebab takut tersalah info.Tapi yang saya tahu,Kisah “Ummu Sibyan” ni diriwayatkan oleh Nabi Sulaiman A.S.kalau nak tahu lebih lanjut,Tanya pak cik googleee okay?😬
uish seram tu kak yong oi
peh..yg last tu seram..dia taw pulak kak yong post kat FS