Seminggu dua ni aku terpaksa ulang alik dari rumah ke dobi basuh sendiri di sebabkan mesin basuh di rumah tengah mengalami kerosakkan. Rutin biasa aku akan keluar rumah dalam pukul 9 dan siap dalam pukul 10 malam. Tapi ada sekali hari khamis. Aku terlelap entah macam mana bila bangun tengok jam dah pukul 12 malam. “Astaga, lupa nak basuh baju.” Awalnya aku tak endahkan dan cuba sambung tidur. Tapi teringat pula ada baju penting untuk di pakai esok. Dengan pantas aku bangun dan ambik segala barang penting dan beg yang penuh baju yang perlu di basuh.
Sampai di dobi tepat pukul 12:20 malam. Nasib baiklah dobi ni 24 jam. Masuk je dobi tersebut ada makcik duduk di hujung pelusuk dobi. Waktu tu fikiran aku dah melain. “Cilake hantu ke tu?” Tapi bila aku perhati sekeliling. “Alhamdulilah ada baju dalam pengering di dobi tersebut.” Bersyukur aku seketika. Aku pun buka pintu washing machine. Tukar duit syiling, masuk sabun dan masuk duit syiling. “Keting, keting” bunyi duit syiling tu. Tengok dekat timer 27 minit. Aku jeling makcik dekat hujung corner tu. ” rajin makcik basuh tengah malam, mesin basuh rosak ke.” Sambil gelak kecil. Tiapa tiada respons.
Aku pun duduk jauh dari makcik tadi. Tengok jam baru 12.22 malam. Aku scroll telefon. Tengah sedap scroll facebook aku tukar ke twitter dan ke instagram. Sebelum kembali semula ke facebook. Lepastu aku nampak satu video dari luar gambar kereta. Aku tekan tanpa membaca komen tiba tiba. “AH AH AH AH” ngelabah aku tutupkan sambil maki tuan empunya post. Aku pergi dekat profile manusia yang post tadi aku report. Status dia siap aku spam dengan komen bodoh. Entah berapa banyak akaun aku report pasal video sama.
Tengah sedap layan fon. Makcik tadi tiba-tiba datang dekat aku. “Cu, nak beli sos cili tak cu. Makcik buat sendiri ni.” Halus suara makcik tadi. “Eh buat sendiri ke. Mesti sedap ni. Tapi takpelah makcik lain kali saya beli. Duit tak bawa ni.” Aku tolak secara baik tak ingin mengecilkan hati makcik tersebut. “Kalau cu tak ada duit tak apa lah ambik je makcik bagi percuma je.” Aku tak sedap hati. Yerlah takkan nak ambik barang percuma. Aku tengok botol cili tu besar. Di isi dalam botol madu yang segi empat memanjang tu. Bukan botol sos cili yang biasa jumpa di pasaran.
“Takpe makcik, lain kali kalau jumpa saya beli. Lagipun rasa tak sedap pula ambik macamtu je tengok harga macam mahal, rugi makcik nanti.” Aku masih tolak dengan lemah lembut. Tapi tiba-tiba makcik tu dia duduk sebelah aku. Mata aku terus pedih macam ada orang tumis lada. Dengan bau sos mengerbang satu dobi tersebut. Perlahan-lahan makcik tadi rayapkan tangan dia ke bahu aku. “Makcik taknak duit. Tapi makcik nak darah kamu.” Terperanjat aku sampai terjatuh dari kerusi. Aku perhati sekeliling makcik tu tiba-tiba ada dekat hujung dobi tu balik. Sambil aku dengar ada suara halus gerak.
Takut betul aku waktu tu. Angin kuat menderu. Hanya bunyi angin dan mesin basuh yang meneman aku malam tu. Tengok mesin basuh ada lagi 10 minit. Belum termasuk pengering lagi. Paling kurang 40 minit lagi aku kena duduk dekat dobi ni lagi. Tiba-tiba datang brader naik LC .”rajin bang basuh baju tengah malam ni. Mesin basuh rosak ke?” Soal pemuda tadi. Dalam hati aku, eh soalan serupa dengan aku. Rupanya baju dalam pengering tadi baju brader ni. Dia pun ambik baju dia dan balik.
Dan akhirnya, baju aku siap juga. Awalnya aku ingat nak balik terus. Tapi aku gagahkan juga masukkan baju dalam pengering dan tunggu lagi 30 minit. Aku duduk luar dobi ambik angin malam. Rasa takut ni masih ada makcik tadi dah hilang. Tapi kali ni gangguan lain. Dari hujung jalan aku nampak ada gadis pakai payung berbaju berjalan perlahan. Aku memang dah agak benda tak elok tu. Aku masuk balik dalam dobi. Tiba-tiba kipas dalam dobi ni mati. “Syaitan betul waktu macam ni lah kau mati.” Marah aku. Aku ulang alik dalam dobi tu cuba mencari sensor tersebut. Dan akhirnya hidup kembali.
Aku cuba mengintip gadis tadi. Nasib baik dia hilang. Sambil lap peluh di dahi aku duduk sambil mengeluh tanda lega. Aku duduk je. Serta merta bau wangi menusuk masuk dalam hidung aku. Sambil angin malam merasuki setiap tubuh badan aku. Tidak semena-mena. Ada gadis duduk di hujung kerusi panjang yang aku duduk. Hujung mata aku meliar menangkap sekujur tabuh manusia di hujung kerusi. Dalam hati aku beranikan. Sambil itu aku gagahkan membaca ayatul kursi dengan setiap perhentiannya dengan betul. Tapi “benda” tersebut masih kaku di hujung kerusi. Tangan aku dengan rapat memegang peha ku sendiri. Terasa peluh jantan mulai mengalir dari dahi dan jatuh ke lantai.
Perlahan-lahan aku tarik nafas. Belum sempat aku menoleh satu tangan sejuk menyentuh leher aku. Tersentak aku. Nafas makin kencang. 1 minit dah rasa seperti 1 jam. Tanpa di sangka telefon aku berbunyi. Terus terjaga aku dari lamunan dan keluarkan telefon. Sambil itu aku perhati kiri kanan. Kosong. Leher aku masih terasa sejuk dan agak sakit. Bila aku keluarkan telefon nama “IBU” terpampang di skrin telefon. Lepastu mati. Bila aku cuba telefon balik masuk voicemail pula. Tengok timer dekat pengering ada lagi berbelas minit. Aku scroll facebook hilangkan takut. Sambil itu aku harap ada orang yang datang basuh baju.
Aku tengok jam dah 1 lebih. Hari dah makin larut malam. Semakin gelap, semakin sunyi dan semakin menakutkan. Deruan angin makin kuat. Kadang-kadang terdengar suara wanita menyanyi. Tak ketingalan juga bunyi kucing yang lari bertempiaran mungkin ternampak sesuatu. Dan akhirnya bunyi ‘beep’ menandakan pengering tadi dah selesai. Aku dengan gelojoh memasukkan semua baju dalam beg sampailah baju yang terakhir tiba-tiba jatuh. Aku bongkok sikit dan ambil. Serta-merta bawah meja dekat dobi tersebut aku terpandang ada makhluk menakutkan sedang memandang aku tanpa berkelip sedikitpun. Aku cuba bangun tapi kekuatan aku makin hilang. Bagaikan di sedut sedikit demi sedikit. Tiba-tiba aku hilang imbangan dan terjatuh. Terus lampu dan kipas dekat dobi terpadam. Aku dengan kelam kabut bangun. Capai beg yang penuh baju dan terus ke motosikal. Masukkan kunci dan serta merta gerak. Aku pandang dobi tu menggunakan side mirror. Kelihatan ada makhluk tinggi angkuh berdiri di hadapan dobi tersebut. Dengan rasa takut aku balik.
Sampai dekat rumah aku mandi semua. Tengok dekat leher ada kesan calar. Aku periksa pula badan ada kesan-kesan lebam. Dan kesan tersebut gatal dan pedih. Aku kejut mak aku. Mak aku terkejut apasal lebam terus dia ingatkan aku gaduh. Tapi aku cakap tak. Lepastu mak aku suruh mandi dengan air panas. Pedih. Setitik air yang mengalir lalu dekat kesan tersebut rasa seakan kulit yang tersiat. Lepas mandi aku keringkan. Mak aku panaskan kunyit dan sapukan merata satu tubuh. Nasib baik juga ada kool fever. Jadi aku pun tampalkan dekat dahi. Malam tu aku tak boleh tidur .
Aku mimpi ada perempuan bunuh diri. Makcik tua kena langgar. Suami isteri kena bakar dan lelaki yang di bunuh dengan kejam. Mimpi yang agak mengerikan dan berterusan selama seminggu. Lepas jumpa doktor dan “pakar” aku di rawat 3 hari berturut turut. Barulah rasa ringan sedikit. Khabarnya ada benda yang menumpang. Bukan satu tapi 5. Lepas hampir sebulan baru aku pulih semula. Semangat dan kembali. Tapi berat badan makin susut. Hilang selera makan. Kesan lebam dan beransur hilang. Tapi diri aku yang sekarang bukan diri aku yang dahulu.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sambung.. Sambung
Habis diri kau tu jadi apa skarang..aish ending ni curious je..
Jd burung2 berkicauan..hehehe…
Kesiannya..mkn vitamin ok
Dobilah di siang hari. Haha
Kan dya kerja..lmao,,
Kalau setakat nak guna 1 baju, basuh tangan dah lerr. perah habis2. keringkan depan kipas. gighhh jugak pergi dobi mendapat ler
aku penah pegi dobi 1 pagi. dalam kepala risau jugak takut penyangak. tapi x pernah fikir pasal terjumpa hantu. pasni nak mendobi lewat malam aku kena fikir 2 kali la cita dia
Aku tekan tanpa membaca komen tiba tiba. “AH AH AH AH” ngelabah aku tutupkan sambil maki tuan empunya post. Aku pergi dekat profile manusia yang post tadi aku report. Status dia siap aku spam dengan komen bodoh. Entah berapa banyak akaun aku report pasal video sama.
kahkahkah adoi… ak baca HA HA HA HA means video hantu. lps ak baca byk2 kali sb duk pk apehal ejaan Ah bukan HA ak tergelak sorg2.
aduhai kenapa part ni punnk masukkan weyH!
dan, kenapa ending mcm x siap doe? pahtu ape kaitan mimpi2 tu?
Kenapa x elak
pelik