Assalamulaikum. Hai semua, nama aku Mir. Maaf kalau BM tunggang langgang. Lama dah tak menuliskan haha. Aku nak cerita sebar sedikit pengalaman aku dalam hal mistik-mistik ni. Maaflah kalau tak seram. Ni berdasarkan apa yang yang telah aku alami masa aku masih sekolah menengah. Maaf sekali lagi kalau kisah aku ni panjang sangat.
kisah 1
Biar aku intro sedikit pasal rumah aku. Rumah aku bekas bomoh yang berketurunan iban. Jadi bilik aku ni kawasan tempat dia memuja atau mengubat orang. Walaupun bilik dah diubah suai. Kedudukan dengan tempat tu still sama haha. Kesannya aku yang dapat. Sadis. Banyak sebenarnya kejadian pelik yang aku alami. Tapi aku cerita yang paling seram je lah (seram bagi aku). Aku jenis yang suka tidur lewat malam. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Time ni baru nak tidur tau. Bila nak lelapkan mata tiba-tiba bantal aku ditarik atau disentap dengan kuat. Ya Allah. Masa tu Tuhan je yang tahu. Tetapi apa kan daya mata dah mengantukkan. So, aku buang perasaan takut tu jauh-jauh. Aku tidur balik. Masa ini pulak benda tu main ketuk-ketuk bawah katil. Masa ni tak fikir apa dah. Dalam kepala memang dah fikir nak lari. Tapi daya dan kudrat aku tiba-tiba hilang oleh kerana perasaan takut tu. Aku tidur sambil diselubungi perasaan takut. Paginya aku cerita kat ibu. Tapi ibu tak percaya. Huwaaaa…
kisah 2
Hari tu aku rasa sangat mengantuk and aku decide nak tidur awal. So aku pun tidur sedar-sedar pukul 1 aku terbangun. Dalam keadaan yang mamai. Mata masih kabur aku terlihat satu susuk tubuh depan pintu bilik aku. Benda tu perhati je aku. Aku kaget tak tahu nak buat apa. Aku bertentang mata dengan benda tu. Sedar-sedar dia semakin dekat dengan aku. Sumpah rupa dia memang hodoh. Hitam satu badan. Rambut panjang sampai mencecah ke lantai. Muka jangan cakap. Memang buruk. Perlahan-perlahan aku menggerakkan badan menghadap ke dinding bilik. Aku cuba selagi mampu untuk tidur balik.
Mungkin bila aku tidur benda tu hilang. Aku pejamkan mata tiba-tiba ada sesuatu menghimpit aku. Benda tu peluk aku sampai aku sukar nak bernafas. Seluruh badan seperti diikat. Tak dapat nak bergerak walaupun seinci. Nak berteriak pun tak mampu. Tenaga aku tak dapat nak melawan kekuatan benda tu. Nak baca surah apa pun tak ingat. Takut punya pasal. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Dalam 10 minit keadaan aku macam tu sehingga aku dapat menggerakkan badan. Aku terus berlari masuk bilik ibu. Tidurlah aku bersama ibu malam tu. Esoknya demam panas lah kan. 3 hari mc. Syok gila tak dapat sekolah haha.
Kisah 3
Kejadian ni berlaku di rumah nenek. Tapi ni bukan cerita pasal aku tau. Nenek dulu-dulu masa masih muda. Nenek ada membela saka. Tapi dah tua kan nenek dah buang semua tu, yang tinggal penjaga rumah je. Penjaga rrumah ni dalam minyak. Makanan dia jarum. Sebab aku pernah tengok nenek aku bagi mereka-mereka tu makan. Aku tahu benda tu syirik. Ada juga aku nasihatkan dia. Tapi orang tua. Manalah nak dengar nasihat kite ni kan. Cerita ni bermula bila nenek terkena lintasan. Benda tu perangkap kat badan nenek.
Masa tu nenek tengah membersihkan kawasan rumah belakang. Kebetulan pulak masa ni kami sekeluarga tidur dirumah nenek sebab masa ni tengah cuti sekolah. Aku pelik masa nenek kena sampuk nenek tak meracau-racau. Nenek baring kaku je kat ruang tamu. Jadi mak ngah aku tolong urut-urutkan badan nenek. Mak ngah aku berani suam-suam kuku je. Sedangkan dia ni memang jenis yang senang kena sampuk atau kena rasuk. Mak ngah tersentuh ibu jari kaki nenek sebab tolong urutkan. Aku mula perasan perubahan pada mak ngah sebab kedudukan aku dengan mak ngah tak jauh. Badan mak ngah mula mengeras and mata mak ngah tengok ke atas. Mata hitam memang tak nampak dah. Paklang aku sentuh je badan mak ngah, terus mak ngah meracau. Badan mak ngah dah lah besar.
Memang tak terkawal masa tu. Habis barang dalam rumah mak ngah pecahkan. Muka mak ngah mula berubah menjadi bengis. Segala urat-urat timbul kat muka mak ngah. Berhambur segala sumpah seranah dari mulut mak ngah. Sementara menunggu ustaz datang. Kami baca-baca apa yang patut. Dahlah masa tu nak masuk maghrib. Makin menjadi-jadi mak ngah meracau. Tibanya ustaz keadaan dapat dikawal. Ustaz mula ubatkan mak ngah. Masa sesi ubat mengubat ni aku takda. Sebab ustaz tak kasi kami tengok. Yang aku tahu benda tu senang keluar kata ustaz. Oh ya, lupa nak cakap. Masa benda tu masuk dalam badan mak ngah.
Nenek dah mula sedar. Kiranya benda tu berpindah badan. Pandai jugak hantu main transfer-transfer kan haha. Mak ngah mula sedar and ustaz beri air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat al-quran. Maghrib pun tiba kami solat berjemaah bersama-sama. Malam tu ada juga bunyi macam-macam diluar rumah. Kata nenek penjaga rumah tu yang buat bunyi. Kiranya penjaga rumah tu jaga rumah dari perbuatan jahat. Wallahualam.
Sekarang bilik aku dah takda gangguan. Ustaz yang ubatkan mak ngah and nenek dah bersihkan kawasan rumah and bilik aku. Ibu dan ayah dah buat doa selamat jugak untuk rumah. Alhamdulillah baru takda gangguan lagi dah.
Kisah aku sampai sini saja. Maaf kalau tak seram. Terima kasih kerana sudi baca kisah aku. Assalamualaikum
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ok
simple and direct. seram tu secukup rasa. bagus. kekeke
Bagus…atleast bkn kopipes dr cerita org lain