Kisah Seram di Malam 31 Ogos.

Assalamualaikum
Nama aku lea. Hari ni genap 14 tahun tragedi seram yang berlaku pada diri aku.

Setiap tahun tepat pukul 12tengahmalam 31 ogos mesti ada sambutan ambang merdeka kan? Lagi lah tengah umur baru nak membesar, lagi eksited nak tengok.

Ceritanya begini.

Taman perumahan aku ni masa umur aku 11 tahun boleh dikatakan sunyi jugak. Tak macam sekarang mall sampai 2 biji. Masa tu keliling taman perumahan hanya sawah dan lalang yang tak diurus. Tepat pukul 9.30malam, aku dah terpacak depan tv nak tengok ambang merdeka sambil makan. Dalam hati aku merancang malam tu nak duduk kat belakang rumah tengok bunga api sebab dari sudut tu je boleh nampak.

Malam tu pun dekat pukul 11.45pm aku bergegas berlari-lari anak bukak pintu belakang dan duduk atas pagar luar. Keadaan jalan masa tu memang agak sunyi cuma ade kenderaan yg lalu selang 5 minit. Punyalah berkobar-kobar aku tunggu sambil jerit-jerit tanya mak aku yang kat dapur napa bunga api tak muncul-muncul.

Tepat pukul 12am, still takda bunga api. Aku sehampa-hampa perasaan mase tu. Tapi aku ni punya la nakal, menyanyi-nyanyi atas pagar tu sampai la aku ternampak ade couple lalu belakang rumah aku.

Perempuan tu aku tak nampak muka, tapu pakai baju putih rambut panjang. Lelaki tu pulak memang nampak muka dia, rilek je jln pgg tangan. Fyi belakang rumah aku tu gelap gelita, cuma rumah aku je pasang lampu belakang. Tu yang aku acah-acah berani tu.

Aku tak berkelip-kelip mata tengok sampai belakang ruma aku, dieorg berhenti jalan, lelaki tu cium tgn perempuan tu and terus lelaki tu blah. Tapi perempuan tu diri lama jugak la kat situ, last2 aku terus pusing pandang jalan. Tak sampai beberapa saat aku pusing balik sebab aku tak puas hati, tetibe perempuan tu pandang tu dengan tersengih luas, muka memang buruk dan mengerikan, celah-celah gigi dia mcm berdarah-darah.

Aku dengan tak cukup tanah terus lompat berlari masuk rumah g kat mak aku. Dalam masa aku nak cerita tu, dan dan mak aku cakap, “kau ddk luar td bukan buat ape, dah g sapu daun kering kat luar tu”. Menggelupur aku kata taknak, tapi mak aku suruh jugak. Masa aku keluar je pintu belakang, tetiba angin kuat gila macam ribut. Ape lagi, aku terus lari la masuk rumah.

Demam jugak aku 2 hari, sampai mak aku bawak g jumpa ustaz. Ustaz tu kata memang blkg rumah aku tu tempat laluan dia sebab dulu taman tu sawah+hutan. Bukan setakat blkg uma, laluan dia ade jugak dalam rumah and laluan tu betul2 depan bilik aku. Sejak tu aku tak penah keluar ikut pintu belakang.
-sekian

4 thoughts on “Kisah Seram di Malam 31 Ogos.”

Leave a Comment