Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca cerita fiksyen shasha..
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera
………..
………….
………….
…………..
Okey pertama sekali aku perkenalkan diri aku . Nama aku Nora (bukan nama sebenar) .. . aku nak ceritakan kisah seram aku semasa pengajian diploma di sebuah IPTA . Aku start belajar di sebuah IPTA start bulan 6 2014 dan aku duduk di asrama dan sepanjang aku tinggal diasrama aku merupakan salah seorang Majlis perwakilan pelajar (MPP) semasa semester 5 . Biasalah nama pun MPP kan mesti akan ada bersama sama pelajar lain jika ditimpa masalah . Pada suatu hari seingat aku hari khamis tak silap , masa tu aku tengah siapkan tutorial yang aku kena hantar esok tiba tiba pintu bilik aku diketuk oleh junior sem satu bilik tingkat 3 ( aku duk tingkat 2) “tuk tuk” pintu bilik diketuk .. dan aku buka dan tengok siapa di luar .. “ kak roomate saya tidur kak tak sedarkan diri dari tengahari tadi , saya risau lah kak takut dia sakit ” kata budak junior tu … aku pun berkata .. “alah dia penat kot , adik tak payah risau lah” kata aku.. bila aku cakap macam tu, dia merayu suh aku pegi bilik dia tuk kejutkan kawan dia” aku pun tanpa fikir panjang aku pergilah tingkat tiga dan tinggalkan tutorial aku yang nak kena hantar esok .. tak apa lah kejap je …ok sampainya aku di depan bilik junior tu terasa angin lembut menyapa pipi aku.. dalam hati aku rasa.. bagus jugak bilik tinggi ni angin banyak masuk ok sambung cerita .. aku pun masuklah dalam bilik budak tadi tu tiba tiba angin tiup “pap” pintu tertutup sendiri .. terasa seperti ada yang memberi amaran keras .. tetapi tak tahu apakah amarannya .. sebelum aku memulakan langkah untuk mengejutkan budak tu aku baca ayat qursi dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar lindungi diri aku dan hindarkan rasa takut dalam diri. Aku kejutkan budak yang sedang tidur itu “dik.. oo dikkk.. ini kak nora.. bangun lah..” kejut aku lembut.. tetapi budak tu terus tidur tak bangun lagi, dan aku kejutkan lagi budak tu “dikk.. ooh dikk..” panggilan aku tidak dihiraukan oleh budak itu .. bila aku nak berganjak dari katil ,tiba tiba dengan lajunya budak yang tidur itu memalingkan kepala yang mengiring ke dinding memandang muka aku dengan pandangan bengis dan menjegilkan mata dia… .. “Allahuakbar” aku rasa lemah , terasa kaki sangat lemah , badan terasa terpaku di dalam bilik tersebut . hanya ada aku dan dua orang penghuni bilik tersebut.. ok aku bagi nama hawa dengan ana (bukan nama sebenar). bila aku mulakan bercakap dengan hawa dan ana dalam bilik tu untuk panggil fellow bertugas tiba tiba anim yang tidur lama tu bersuara tapi aku tak faham apa yang dia sampaikan dan yang pasti itu bukan suara dia.. bila hawa dan ana mahu buka pintu untuk minta tolong dengan bilik lain lagi kuat anim punya suara .. aku pun mencari idea untuk berkomunikasi…. aku gunakan whatsapp .. siap buat grup lagi ..(nasib bawak handpone ) untuk mulakan perbincangan dengan hawa dan ana dan perbincangan nya lebih kurang macam ni..
Hawa : kak nora.. hawa takut lah.. jom tinggalkan bilik ni
Aku : ehh.. jangan tinggalkan dia sorang takut jadi apa apa .. dibuatnya terjun kebawah susah kita nak jawab .. ok sekarang ni kita cerita dari a- z dan sama sama fikir macam mana nak selesaikan masalah ni..ok ana bole ceritakan tak apa terjadi sebelum anim tidur
Ana : pagi tadi anim macam biasa pergi kelas , lepas balik kelas saya perasan anim tidur dalam pukul 12pm , saya tak syak apa apa lah mungkin anim penat ngantuk sebab dia stay up mlm semalam (test nk dekat) . bila waktu nak masuk maghrib saya tengok anim tidur lagi , saya kejutkan dia suruh bangun solat .. tapi dia tak sedarkan diri jugak , lepastu nak masuk isyak sy tgk dia tak bangun lagi .. jadi saya risau takut dia sakit . saya tengok nadi dia masih ada dan masih bernafas. Saya dah call fello bertugas dah bagi tahu pasal masalah ni , tapi dia cakap esok pagi pergi HEP dan tunggu HEP hantar klinik..tapi saya tetap risauu. Mesti ada yang tak kena….Aku pun whatsapp fellow betugas dan terangkan apa yang terjadi … punya lah payah kitaorng nak cover acah2 baca buku bila berwhatsapp , sebab takut benda tu nmpak kami berkomunikasi , nanti dia jadi ageresif pulak , nayaa oii… aku pun stay dengan ana dan hawa sementara tunggu fello sampai.. dalam hati aku baca macam2 ayat suci alquran yang aku ingat dan mintak allah lindungkanlah kami semua dari ancaman jin . beberapa minit kemudian, tombol pintu dipulas .. pintu terbuka luas .. madam zila (fellow asrama) di depan pintu rupanya dengan abang amir (pengerusi surau pusat di IPTA ). Aku pun duduk tepi bagi abg amir masuk untuk tenggokan anim tu. “anim oo animm bangun ..” sambil abg amir bacakan ayat ayat suci alquran .. aku rasakan angin ribut masuk kedalam bilik , rasnya angin marah .. dan anim bangun dengan sekelip mata .. matanya yang terjegil dan mukanya yang bengis mampu membuatkan sesiapa sahaja pengsan jika lemah semangat.. sebab tu madam zila panggil abg amin memandangkan kami semua perempuan… .. aku kuatkan semangat untuk teman kan anim dan roomate dia (tipu lah kalau aku kata tak takut) .. madam zila tak bagi sesiapa keluar dari bilik sebab teman kan anim. Aku pun cemas dan sorrokan benda benda berbahaya , takut anim capai dan cederakan orang . aku terasa di luar tingkap ada banyak mata mata yang memerhatikan apa yang terjadi dalam bilik.. aku dah rasa seram, yelah tingkat 3 kot .. mana lah ada orang nak panjat bangunan semata mata nak tengok scene kami dalam bilik.. ok sambung..
Tibanya beberapa pelajar lelaki untuk membantu . difahamkan pelajar lelaki berkenaan datang bersama seorang pakcik dari darrusyifa berdekatan . pak cik tu mulanya suruh aku hawa dan ana pegang dan pujuk budak tu untuk turun ke surau . Hawa terus pengsan kerana terlalu takut . aku dan ana dan madam zila pegang tangan kiri kanan anim untuk dibawa ke surau namun kami ditolak keras oleh anim lalu kami terjatuh…. anim sangat kuat walaupun saiz badan dia lebih kecil dari aku dan ana dia mampu untuk melepaskan diri dari kami. Keputusan terakhir, Anim dibawa oleh pelajar2 lelaki untuk turun kebawah aku ana madam zila turun sekali dengan anim (hawa dibawa sekali oleh pelajar perempuan lain untuk kesurau juga) . apabila di surau .. anim didengarkan azan oleh abg amir, anim menjadi terlalu agresif dan berlari lari seperti atlet dalam surau .. nasib kami baik kerana aku sempat menutup kesemua pintu surau ( pak cik darussyifa tu pesan awal2) ..tiba tiba anim menjadi baik….anim duduk sopan diatas lantai sambil sengih sengih lalu dia berdiri dan duduk kembali , selapas itu dia berdiri dan berjalan bongkok bongkok untuk mencari pintu keluar . hat ni paling seram kau bayangkan dia tersenyum senyum .. bukan senyuman manis tau biasa tetapi senyuman seram…. Anim telah dikepung oleh semua pelajar lelaki dan beberapa orang fellow lelaki.. ayat ayat ruqiah tak henti henti dibacakan kepada anim . Pak cik darrusyifa tu melihat gelagat anim sambil menjiruskan air dan larutan garam yang telah dibacakan ayat ruqyah lalu anim menjerit jerit kesakitan dan pengsan didalam surau. Pakcik darrusyfa membaca beberapa ayat suci alquran dan merenjis air pada anim . pada ketika itu pakcik berkenaan meminta semua untuk memulakan baccan yasin beramai ramai dan berdoa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan urusan pada pagi itu. Beberapa jam kemudian anim bercakap dengan suara yang keras bahawa dia akan keluar dari tubuh anim. Pak cik tersebut bertanya kan asal usul makhluk tersebut namun makhluk tersebut tidak mahu menjawab dan makhluk tersebut berjanji akan keluar daripada tubuh anim. Beberapa minit kemudian , anim muntah seletah meminum air baccan ruqyah segala isi perutnya keluar , sepertinya anim telah sedar seperti biasa , madam zila bertanya kepada anim apakah yang terjadi kepadanya sebelum tidur lama . anim menjawab “pagi tadi dalam pukul 4am lepas saya study,saya angkat baju diampaian bawah , saya terlupa angkat baju saya , jadi baju saya sudah semalaman diampaian semasa saya naik ke bilik saya telah terserempak dan menegur seorang nenek bongkok tiga di tangga . saya bagi salam kat nenek tu dan kata nenek tu dia mahu pulang “kerumah” sebelum subuh… masa tu saya tak teringat kat asrama semua orang muda…. pagi tu saya kelas 8.00am-10.am dan abis kelas saya rasa mengantuk dan terus balik ke bilik ” ….
..
..
..
..
..
..
Cerita ni tak ada kesinambungan, habis sini je… insyallah kalau ada kesempatan aku ceritakan lagi kisah kisah seram ..
Selamat malam..
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bestt..
dik, kalau nak karang cerita tu, sila buat perenggan ye. mase kat sekolah dulu2 cikgu ada ajar kan??… salah satunye utk kekemasan dan juga, senang pembaca nak baca. Tak de lah berpinar nak baca.ok?
bab memerli org trpulg kt kau, x prlu lh ckp mcm tu..just suruh dia buat perenggan sudah, xyh nk perli2..ini bukan prtndingan menulis karangan aku boleh je bca apa yg dia tulis n x brpinar pon, haha mentaliti org malaysia..
Perenggan dan Titik Noktah. Tu je. Sebab kalau tengok macam ni jadi malas nak baca ? Maaf yea
huhu pham je, lg mngkin dia karang dlm fon or first time tulis cute nie, biasa lh..xkn semua nk perfect kot, xyh lh bca klau xnk, budak yg tulis cite nie pon just nk kngsi cerita dia je trplug nk bca ke tidak..kita nie pon yg pembaca blm tentu dpt krg mcm dia nie, nth2 lg teruk haha..so chill la jgn nk cerewet and judgemental sgt..maaf klau ada kasar bhasa, assalammualaikum
betul la dorg ckp tu. ko sentap pehal. ke ko yg tulis? dah ko faham diam dh la, xpayah nk canang cam ko bijak sgt.. ni semua komen yg tak puji cite ni, ko sibuk nk attack
Eh samelah..scroll je tak bace sbb xda perenggan
eh dh tu knpe ko coment jugk?so bebas kn nk komen..apa yg kau merepek nie ckp aku attack? Haha, nmpk sgt kau x fham kn btul2 ayt aku first2 ksi tu..chill suda ☺ maaf klau kau plk yg terasa, assalammualaikum
Nasib baik aku baca komen dulu…Komen2 pun da cukup seram…Kahkahkah…
Ya allah…
Saya ingin memohon maaf atas kesilapan seperti kesalahan tatabahasa tanda baca , tiada perenggan dan sebagainya di cerita perkongsian cerita saya di zaman diploma dulu.
Insyallah. Saya akan perbaiki kesilapan pada update akan datang . Insyallah.
Cerita best. Jangan pedulikan komen2 mereka. Kipidap. Tu semua pakar2 bahasa. Janji jalan cerita mudah dipahami cukuplah. ???
Cerita best. Jangan pedulikan komen2 mereka. Kipidap. Tu semua pakar2 bahasa. Janji jalan cerita mudah dipahami cukuplah. ???
alamak..citer da best,tpi x hbis lak..xpe,,ade mse t hbiskn ye..huhu
tu pun mau gaduh ka……..ngalahkan setan
saya ni biotechnology background , bukan budak sastera jadi maaf lah ye tak biasa menulis , tatabahasa tunggang langgang..
Wow, gmbr kmns, haha, ^^
Ni kisah kt uum sintok kan adik mpp? ?????
adeh….cam x habis je cite nye
Lek.. Netizen mmg camni. Banyak haters banyak org suka
xpe bab perenggan semua tu, next time buat elok2 ye.
btw cter best. tp tergantung la beb. takkan uols x siasat sape nenek tua tu semua. ade yg penah kena ke tak. ape jd kat si budak tu lps kejadian; agresif ke, pendiam ke, normal mcm biasa ke.