Salam all….
Tempat = puncak bukit Polo Iskandar, Ampang-Ipoh
Masa = 6 petang
Ahli = 5 orang
Suspek = Cik Ponti dan rakan-rakan
Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.
Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. kira penghujung jalan dan last punya lombong.Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap2 kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)
sampai jer terus semua ambil port memasing. lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. wow! sgt lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.
Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng….
2 orang kawan aku tgh pasal unggun api.. nak bagi terang kawasan. walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..
aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dgn kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.
uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……
kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yg tak makan umpan. hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. aduh.. ini dah lebih. dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. bunyi tu masih lagi berlanjutan..
tiba2 kawan aku yg lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii…uuuiiiiiii berselang seli dgn tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti…
Tak boleh jadi, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yg tengah pasang unggun api tanak balik pasal diaorang kata baru sampai. Hampeh betul. aku cakap kat diaorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh, baru perasan, bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siye betul.
Tapi apa nak buat, kena lalu jugak. takkan nak tunggu situ lagi. hehe, kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe…
masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yg tau. bulu roma dah meremang sakan. masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai…. semua lompat masuk dalam kereta. aku try start kereta, Alhamdulillah, boleh start. terus masuk gear satu dan jalan.. tak tengok belakang dah… hehe.. takut siott
Ingatkan gangguan dah habis, tapi masa turun dari puncak bukit tu, ada 2 kejadian aneh.
1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu…
2. masa turun kami bertembung dgn dengan teksi. teksi tu menuju ke puncak bukit. kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. syoohh.. jgn tegur.. biarkan je dia. adui.. masa berselisih dgan teksi tu, aku menjeling tgk apa yg ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau.. orang yg bawah teksi tu warna hijau…nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. kami semua masuk dalam rumah. semua mandi dah semayang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah.
huhu…
inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe… agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe
p/s jgn memancing time senja.. nanti ada benda teman… hehehe
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tk jadi aku nak makeup malam ni..maklom le jual kosmetik..so nk makeup gune stuff yg kite jual..seram plak malam ni nk makeup..siot betol?
Kapal Terbang Kertas ada siarkan dah cerita ni tahun lepas
Itu ler dah pesan kat laki aku jangan mancing sampai senja. Harap2 takde ler benda ngikut dia. Hishhh
penah baca cerita ni… penulis yg sama ker…… jgn copy2 .. hihi..kang ada tu