Salam admin dan pembaca semua. Kisah ini tidaklah seram sangat cuma ia hanya pengalaman penulis sendiri sewaktu masuk bertugas. Terima kasih andai dapat di publishkan.
Aku baru saja melaporkan tugas di sebuah stesen janaelektrik. Aku diarahkan belajar dan selepas berjaya menduduki peperiksaan barulah dapat masuk dalam shift dan memegang tanggungjawab.
Setiap pagi sebelum masuk bertugas aku pasti singgah di kantin. Sambil bersarapan pagi sambil mendengar cerita dari mereka yang bekerja shift.
“Semalam kami terpaksa ikat kaki beramai-ramai sebelum rehat. Salah seorang dari kami ternampak rakan mereka dalam keadaan tidak sedar ditarik naik atas tangga tapi tidak nampak siapa yang menariknya”. Cerita salah seorang dari mereka.
“Aku pula malam tu bila aku terjaga, aku berasa badan aku bergoyang. Bila aku sedar rupanya aku berada di dalam sampan”. Kata salah seorang pula. Kebetulan belakang stesen janaelektrik ialah laut. Dahsyat juga dia tidak sedar ketika diubah ke luar dari kawasan stesen.
Aku yang mendengar mula terasa seram sejuk. Macam mana lah aku nak menghadapi giliran malam. Ketika aku belajar di bilik control, salah seorang dari mereka bercerita. Tempat ni dulu merupakan tempat tentera Jepun memancung kepala orang awam. Pernah mereka ternampak orang tidak berkepala sedang berjalan-jalan di dalam kawasan yang akan aku bertugas kelak. Banyak pelajaran tentang mistik yang aku dapat ketika belajar di sini.
“You tau Ariff. Malam tu i pergi check di tempat yang akan you kerja. Sedang i check tiba2 i ternampak lembaga putih berdiri depan i. Apalagi, i buang apa yang ada di tangan i dan cabut lari”. Aku bertambah risau mendengar cerita mereka. Kadang2 rasa menyesal juga minta jawatan ini tapi bila fikir balik ini juga mungkin satu tranformasi untuk aku juga maka aku berserah saja.
Setelah training di stesen janaelektrik selama 4 bulan, aku telah dihantar ke ILSAS Bangi selama 3 minggu untuk latihan serta peperiksaan. Pernah aku cerita akan Kisah Di Ilsas bagaimana kami telah diganggu ketika berada di bilik sewa. 3 minggu di sana amat azab. Dah kena belajar dan satu lagi perasaan yang menyelubungi kami ketika rakan2 lain pulang ke rumah pada hujung minggu. Bilik menjadi terlalu sunyi. Akhirnya aku berjaya dan lulus dalam peperiksaan.
Aku pulang ke stesen janaelektrik untuk melapor diri. Aku diberi surat untuk memulakan tugasku. Aku akan bermula dengan 7 hari malam, 7 hari pagi dan 7 hari petang. Membaca 7 hari malam saja hati aku berdebar-debar. Bagaimana aku nak mengharungi 7 hari malam di tempat kerja?!
Aku ditugaskan shift petang bersama seorang lagi rakan yang senior. Aku diajar bagaimana hendak mengendali sesuatu peralatan.
“Ariff. Saya nak bagitau sikit tentang tempat ni. Tempat ni berhantu sikit. Jadi jangan cakap yang bukan-bukan di sini. Kita kerja petang ok lagi. Yang jadi masalah ialah shift malam”. Pesan rakan senior aku dan aku hanya diamkan diri.
Syukur sepanjang aku bertugas shif petang, tiada lagi berlaku perkara yang tidak diingini. Selesai aku kerja petang dan selepas off, aku akan memulakan shift malam. Jam 12 tengah malam aku melapor diri bersama seorang lagi rakan senior. Jam 1 pagi, seperti biasa disebabkan aku staff baru maka rakan senior minta aku check di luar. Aku tanpa membantah terus ke luar membawa buku untuk catatan.
Ketika berada di luar aku tercium sesuatu yang wangi. Kemudian bertukar bau kemenyan. Jantung aku berdebar-debar. Ketika aku menulis, tiba-tiba aku terpandang lembaga berbaju putih berdiri di hadapan. Disebabkan dia berada di bawah lampu, maka aku dapat melihat dengan jelas rupa dia.
Aku tergamam. Mukanya penuh dengan bedak sejuk. Aku berlari masuk ke dalam. Perkara ini aku diamkan saja. Jam 3 pagi sedang aku menulis di dalam pejabat sekali lagi aku dikejutkan dengan lembaga berpakaian putih berdiri 20 meter jaraknya dari aku. Kelihatan kapas terkeluar dari kain yang membalut mukanya. Kapas juga memenuhi hidungnya. Matanya merah tepat memandang ke arahku. Mukanya dipenuhi dengan bedak sejuk. Rakan aku pula berada di bilik sebelah untuk mengambil bacaan.
Sengaja aku batuk untuk buatkannya pergi tapi dia masih berdiri dan tersenyum padaku. Jantung aku bergerak dengan kencang. Aku cubit tanganku untuk memastikan adakah aku bermimpi atau memang betul dia berada di hadapanku. Betul tangan aku terasa sakit bila di cubit. Aku mengambil keputusan berjalan ke arahnya. Akhirnya dia hilang dari pandangan. Bila rakan aku masuk terus aku cerita padanya. Aku dapat lihat bulu romanya terpacak tapi dia bercakap besar.
“Ala…Benda tu main2 saja. Takut apa. Kalau dia berani tunjuklah diri“. Kata rakanku. Habis dia berkata terdengar suara tangisan budak kecil dari bilik sebelah. Semakin lama semakin kuat.
“Macam mana ni. Kita nak check ka bunyi apa“. Aku bertanya rakanku. Tapi dia terdiam. Akhirnya kami terdengar bunyi ketukan di pintu. Semakin lama semakin kuat. Aku meminta rakan aku membukanya dan dengan terketar2 rakan aku terus menarik pintu dan terus dia menjerit dan jatuh terduduk. Lembaga tadi berada di depan kami.
Bau kemenyan amat kuat sekali. Aku berterabur membaca ayat kursi ketika itu. Aku hentam saja. Sudahlah rakan aku terjatuh dan lembaga tu berdiri di depan kami.
Dengan jelas aku nampak mata dia merah ke dalam. Bedak sejuk hampir jatuh dari pipinya. Cepat2 aku tutup pintu dan menguncinya. Aku mengambil air lalu menyapu muka rakan aku untuk buatkan dia menjadi tenang.
Kami terpaksa menanti hingga subuh dan bila azan subuh kedengaran barulah kami berani membuka pintu. Terasa begitu azab untuk habiskan 8 jam bertugas malam. Sebelum pulang kerumah rakan aku berkata
“Takpa…Suatu hari aku akan tangkap dia”. Aku hanya tersenyum mendengarnya. Semalam pun sudah jatuh terduduk dan ada hati nak tangkap pulak. Menanti datangnya shif malam begitu menggerunkan kami.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Seram tapi xpuas bc..
Pakai bedak sejuk plak..mana juri fs ni
6/10
Hui..xterbyg aku kalau setan tu dpn mataku..mau aku pejam mata smp pagi esok
Nak wat apa nak tangkap dema?
knp sume hantu pakai bedak sejuk??
Kenapa semua retis pakai make up?
Yg last tu klakar.. hahaha
Best.. sambung lagi please
Seram weehhh….waaa….
Tak padan jatuh terduduk ade hati lg nk cakap takbur ekkk…
Pakai la wangian gaharu dik..jin setan takut bau ni
korang cari kat Youtube, video indon jumpa hantu mengintai masa azan. Muka mcm pakai bedak sejuk mcm yg digambarkan dlm citer ni. Ngeri siot
bajet berani pdhal dh terduduk smlaman tu hahaa
Kawan dia cakap besor…sebab tu die kaco gitu…haishhh…