Assalamualaikum wbt.
Terima kasih lg sekali admin fs sudi approve Kisah 3 Beradik (Bahagian 2). Ikutkan hati aku, aku malas dah nak hantar sebab banyak pulak komen2 murni kat cerita ni. Ni aku submit part seterusnya sebab ada bdk2 blog takde fb.
Ya aku akui kisah ni banyak selingan. Sebab aku cuba cover perasaan aku saat menulis waktu tu. Kau ingat senang ke aku nak flashback kenangan pahit. Apa yg aku tulis, dgn watak real aku tak sama pun.
Yang sorang lagi yang kata aku bangang sebab tak cakap direct siapa ABC ni sebenarnya dalam hidup aku tu, Please respect sikit la cara aku sampaikan dan kenapa aku pusing cerita ni. Takyah keluar bahasa2 cmtu. Ramai kenal aku sb aku pernah tulis kat personal fb. Tu sebab aku tak ckp direct. Dan itu sebab utama knp aku hide siapa ABC tu. Kau layan jela. Kalau kau yang bengap tak dapat faham clue aku tu, kau takyah baca. Simple je kan? Dan kpd minah2 yg tak abis2 nak tag personal fb aku tu, kau pun 2×5 tak faham ke aku cakap jangan tag? Tag je page Kakak Sado. Ok? (Sorry sebab aku stress pulak tgk ramai manusia cuba tag sb aku tau dulu ramai follow cerita ni kt fb aku. Please faham ya apa sebab aku delete aritu.)
Ok aku sambung.
.
#Part6
Ana behenti dari kolej serta merta. Dia budak kos perubatan tp kau ingat budak2 perubatan ni percaya ke benda2 ni semua? Ana kerap meracau sebab nampak benda ni kat sekeliling dia sehinggakan 1 hari tu, Ana di bawa ke wad sakit jiwa utk buat renjatan elektrik di kepala.
.
“Hello , makcik. Ni saya , Alia. Roomate Ana. Ana kat hospital sakit jiwa skg ni acik. Dorang nak renjat kepala Ana. Cepat datang sini acik! Sy tak boleh buat apa2!”
Tiba2 , aku nampak mak aku longlai di bucu meja telefon. Aku dah tau, mesti yang call tu berkaitan Ana lagi. Ahh tak sudah2!
Tapi mak aku kelam kabut bangun untuk dail seseorang.
“Hello , Yang! Ana kat hospital sakit jiwa! Pi tengok dia Yang. Ya Allah!! Kita dah tak tentu arah dah ni . Dorang nak renjat kepala Ana.!” Kali ni mak aku laju terjah bapak aku. Takde dah intro2. Mungkin masing2 dah kelam kabut risaukan Ana.
“Ya Allah!! Kenapa sampai mcmtu sekali?! Sekarang jugak kita naik KL!!” Jerit bapak aku di corong telefon.
Inilah bapak aku. Segarang2 dia, dia sanggup tinggalkan kerja dia demi anak2. Demi keluarga. Ya Allah, Kau rahmatilah usia mak bapakku ini. Sesungguhnya mereka ni terlalu banyak jasa yg tidak mampu kami balas dgn wang ringgit.
.
Waktu magrib, bapak aku sampai ke perkarangan rumah bersama abang aku dan Ana. Rupanya abang aku pun dah sampai ke KL lebih awal sebab terkejut Ana dah masuk wad sakit jiwa.
“Apa hak Encik nak renjat kepala Ana tanpa apa2 keizinan?” Tanya abang aku waktu di hospital.
“Penjaga Ana dah sign segala perjanjian. Apa2 berlaku di bawah tanggungjawab kami. Ana seolah2 berhalusinasi. Meracau2 tak tentu hala. Mcm2 dia nampak. Padahal takde apa2.” Jelas pihak hospital.
Waktu ni lah bapak aku sampai. Dan itulah kali terakhir Ana disitu.
Ingat nak berhenti belajar kt situ senang je ke? Mcm2 surat saman sampai ke rumah. Tapi demi keselamatan Ana, bapak aku korbankan segalanya. Janji Ana tak perlu lagi ke sana. Sebab terlalu bahaya kerana praktikalnya di hospital. Lagi la tempat bahaya utk orang2 mcm dia.
.
Setelah bapak aku baca2 pada Ana, Ana makin tenang. Dan lebih tenang selepas tamat pembelajaran disitu.
Yang peliknya, Ana paling teruk. Bella dan Cici dah ok. Tp dia sorang je still kena rasuk. Ada je dia nampak sepanjang kat sana. Bella dan Cici tak nampak dah apa2. Maybe Ana ni masih belum kuat semangat. Dia terlalu melayan perasaan.
Ini apa yg Ana pernah cerita kat family aku.
Satu : Ana kata, kat kolej ramai taknak kawan dengan dia sebab setiap kali habis kelas, Ana mesti jalan dgn seorang kawan. Rambut panjang. Pakai baju kurung. Setiap malam! So takde sape berani nak dekat dengan Ana.
Dua : Ana kata kat kolej dia kena fitnah pakai susuk sebab orang nampak wajah Ana bercahaya hijau setiap kali lintas bilik dorang. Kadang2 nampak muka Ana mcm org tua kerepot.
Tiga : Setiap kali dia masuk lift kat kolej dia, bila dia keluar ada sekuntum bunga jatuh kt depan dia. Setiap hari!
“Gila ar. Setan pun pandai romantik!”(kata aku bila Ana cite part ni. Tak memasal aku kena sekeh gn mak aku.)
Empat : Ana kata, ada sorang budak ni yang report kat pihak atasan kata Ana gila. Dia ckp Ana selalu cakap sorang2, suka main2 pisau, and mcm2 fitnah lagi la. Dia ni je yang suka buat mulut. Sebab tu pihak atasan terus hantar Ana ke wad sakit jiwa.
Lima : Ana jarang masuk kelas. Disebabkan gangguan2 ni, dia kata dia tak boleh study. Dia yakin dia akan repeat sem tu. Tp waktu exam, Ana kata pen dia bergerak laju jawab soalan exam. And paling best, Ana dekan sem tu!
“Ahhh aku rasa ni bukan calang2 benda yg masuk dlm badan Ana. Kalau bukan Leonardo da Vinci, aku yakin ni mesti Albert Einstein!” Aku cuba mengagak.
Last2 mak aku halau aku dari situ. Ok fine! Selebihnya aku taktau apa yg Ana cerita kat family aku sebab family aku pulaukan aku waktu tu.
Tp sejujurnya, Ana mmg budak pandai. Aku berani potong bawang, dia mmg pandai. Tp syg, benda ni lebih kuat dari semangat Ana sampaikan Ana tak boleh nak lawan.
.
Ana dibawa semula pulang ke rumah. Tapi Ana hilang ingatan! Aku tak sure dia dah kena renjat elektrik ke apa kat otak dia tp dia tak ingat apa2.
Dia balik dlm keadaan termangu2. Dia tak kenal bapak aku. Tak kenal mak aku. Tak kenal adik2 dia dan rumah kami. Kalau aku, takyah ckp la. Waktu sihat pun kalau boleh dia nak buat2 hilang ingatan. Semak je aku ni.
Waktu Ana sampai kat rumah, soalan dia;
“Ni kat mana? Kenapa lain?” Soal Ana waktu tengok rumah aku.
“Kau siapa?” Soal Ana waktu dia tengok adik2 dia.
Saat nampak aku, terus buat2 tak nampak. Eh. Kau ni hilang ingatan ke hilang penglihatan? Boleh tahan kurang ajar jugak setan ni buat2 tak nampak aku. Boleh pulak dia jalan menonong padahal aku kot yg bukak pintu kereta sambut dia. Yela takut dia kejung ke ape ke. Aku yang kena tolong!
.
Aku akui cerita ni ada unsur tahyul. Waktu ni bapak aku seolah2 jadi bodoh. Hanya mampu ikut kata2 orang. Dan PakSin lah org terakhir (waktu tu la) yg konon2 nampak mcm dah berjaya menyelesaikan masalah keluarga aku. Tapi sebenarnya, tak.
Kehadiran PakSin lagi mengeruh keadaan. Betul. Dia tok bomoh! Allahurabi. Ampunkanlah dosa2 kami waktu tu.
Kemenyan, segala mcm jenis asap, bahan2 , dan yg khurafat, semua ada kat dia! Aku tak suka. Aku rasa ni tak betul. Tp masing2 tak dapat bersuara. Hanya mengikut.
PakSin ada org suruhan. Benda ni lah yg mengeruhkan keadaan. Dia tinggalkan “org suruhan” dia kat rumah aku! Utk pantau family aku. Tp dah nama pun “setan” , confirm2lah perangai mcm setan!
“Tuan Syed, amik kemenyan ni, asapkan budak2 ni setiap hari. Sebelum magrib.” Arah PakSin pada bapak aku.
Waktu ni bapak aku ikut je. Seolah2 mcm tiada jalan keluar utk kami berubat selain dia. Kami ibarat terlupa bahawa segalanya datang dari Allah. Dan dariNya kami patut meminta pertolongan. Ampunkan kami Ya Allah!
Setiap kali aku balik sekolah jam 6.30 petang, bapak aku asapkan semua adik beradik aku. Temasuk aku! Perhh sabar jela aku bau benda alah tu.
Dah la dulu time sekolah aku paling malas nak cuci baju. Dengan ketiak kuning kt baju, campur pulak dengan bau kemenyan, aku rasa mcm aku ni ha langsuir sebenar. Malu aku! Bau tu melekat habis!. Tp nasib baik waktu tu takde sape yg tau bau kemenyan mcm mana. So dorang ingat aku pakai perfume cap ecentour (ni jenama paling mahal. Kau ape tau).
.
Rambut2 kat rumah aku takyah cakap. Mmg sentiasa berterabur. Aku jela tukang kutip. Kalau aku anyam la buat rambut palsu, aku yakin aku dah jadi jutawan muda rambut palsu waktu tu. Tp tak. Aku kutip dan buang.
Masa ni otak aku serabut. Aku nak exam besar ni! Dengan masalah kat sekolah lagi. Ah! Hanya Allah je tahu mcm mana stressnya waktu tu. Nak je aku sendiri renjat kepala jendol aku kat tiang elektrik.
Keadaan dorang mcm takde kesudahan. Ikutkan hati aku, nak je aku rendam dorang dlm kolam masjid. Biar tido je kat situ. Otak aku dah mula rasa semak. Tp aku kena sabar. Wajib sabar! Kerana sesungguhnya setiap keperitan, ada kemanisannya.
.
Satu hari tu, aku jaga Cici. Cici ni asik pening kepala je. Yg lain2 solat jemaah. Bapak aku ni suka nau bagi aku jawatan minah guard. Ingat aku ni tak takut ke? Kalau buatnye Cici buat hal, aku dgn dia je dlm bilik skg ni.
Aku tengok Cici tgh nyenyak tido. Waktu ni aku sandar kt tingkap. Tp aku rasa meremang. Ah meremang dgn aku dah jadi BFF dah. So aku buat2 taktau. Aku study sb esok aku exam! Cici mendengus.
Waktu ni mak aku ada pesan, “Taa. Jgn takut2 tau. Dok elok2.” Pelik. Selama ni tak pernah pulak sape2 herankan aku. Aku cirit ke, aku terkentut ke sebab takut, siapa yg heran. Tp mak aku tiba2 caring junior pulak dgn aku malam ni kenapa.
“Taa. Kau tak takut ke? Berani betul kau ni.” Bella pulak bersuara.
Eh korang ni kenapa?!
Tp sumpah aku mmg cuak. Aku taktau kenapa.
Lepas dorang habis solat, aku tengok bapak aku laju lari bukak pintu bilik. Waktu bapak aku bukak pintu, elok je ada benda putih jalan dari tingkap. Betul2 kat tempat aku sandar tadi! Ahh bodoh laa. Aku ingat mak aku sidai kain buruk kt luar!
Ni laa kali kedua aku nampak depan mata elok melintas.
Mak aku dtg kat aku.
“Sebab tu ummi pesan kat kau elok2. Dorang dah nampak belakang kau. Tp ummi tgk kau elok sandar mcm takde pape. Tu umi biarkan dulu sb Cici tgh tido. Kang dia buat hal, habis semua tak sempat nk solat.”
Wahh. Hebat lakonan mak aku. Boleh pulak dia biar2kan dulu. So sepanjang dorang solat, elok la tu aku sandar kat hantu tu? Nasib baik takde pape. Entah2 benda tu leka tgk aku study. husnuzonnn
Bapak aku terus azankan bilik.
PakSin kata benda tu main2 kat luar je. Jangan risau. Org suruhan dia dah kawal elok2. Yela kau!
.
Esoknye lagi teruk!
Pagi tu aku pergi sekolah mcm biasa. Tp aku rasa kepala aku pening sangat. Tp aku kena pergi. Exam aku makin dekat.
Aku terus sarung kasut.
“Arghhhh!!!” Aku menjerit sambil campak kasut aku jauh2.
Sengal la katak ni! Kau duduk dlm kasut ape kejadahnya! Hilang mood aku nak pi sekolah. Bodoh punya katak. #$@$!/@/#$^÷€÷
Disebabkan katak tu beradu dlm kasut aku, hari tu aku malas nak gi sekolah. Aku masuk balik dlm rumah.
Elok aku bukak pintu bilik, rambut penuh kat lantai. Ish. Takde kesudahan ke aku jd cleaner. Baru je kutip kot. Membebel2 mulut aku. Tadi dah sumpah seranah katak. Ni sumpah benda alah ni pulak.
Lepas dah menongek2 kutip rambut kat atas lantai, aku bangun nak tengok dorang.
Aku tgk elok Cici tgh makan rambut! Sah la setan ni mmg pengotor! Kau ingat tu mee sangul ke?!!
Aku terus tarik rambut2 dari mulut Cici. Aku tau korang nk ckp aku ni asal berani sgt. Tp waktu ni aku dah biasa. Semangat aku kuat nk lawan benda tu. Aku takleh layan even benda tu cuba nak kacau2. Aku nak kena hadap exam. Benda mcmni, kau jangan layan sangat. Kau kena pura2 sibuk fikiran urusan kau. Baru kau takde masa nak fikir benda ni. Dia nak takut2kan je.
Aku menjerit panggil mak bapak aku.
“Ummi!! Cici makan raammmbuuuut!!!”
Sepi. Takde sape lari. Eh. Mak aku tak dengar ke. Aku ni berani sekejap je. Kang aku pengsan kang.
Selang berapa minit, Cici tersedar. Dia terus ludah2 dari mulut dia. Tiba2 dia jerit.
“Arghhhhhh tengok tuu!!!” Dia tunjuk atas siling. Mende doh? Yg boleh nampak tu, kau. Bukan aku. Cakap le.
Eh jgn2. Jgn ckp selagi mak aku tak sampai.
Aku cuma peluk Cici. Kemudian mak aku masuk.
Cici menjerit2. Dia kata atas bumbung rumah aku penuh dengan rambut! Dia kata kat celah2 tu semua mengintai. Masa ni aku rasa mcm nak buat2 tak dengar je. Seram pulak tiba2.
Dan mcm biasa. Setiap kali berlaku, PakSin james bond ni la yg dtg. Laju je dok pengg pengg tembak penjuru rumah aku. Benda ni berlarutan. Tp takde kesudahan.
.
Sebelum PakSin ni dtg, perawat syifa mmg berlambak dtg rumah aku. Tp semua letak jawatan sebab tak sanggup. Dia kata benda ni kuat. Ending game ni mmg “kasi m4ti” gua kata sama lu.
.
Sampai la satu hari tu Si Bella ni mimpi. Dia bagitau mak aku.
“Ummi, Bella mimpi. Cuma ada seorang je boleh ubatkan adik beradik Bella. Dia org tua. Mukanya bersih. Tua sangat2. Nama dia Ustaz Asharie’ .”
Masa ni jenuh ktorg cari nama ustaz ni. Tak jumpa2. Sepanjang nak mencari, lebih teruk keadaan dorang.
Aku dah taktau nak cerita part mana. Sebab aku rasa mcm takde kesudahan!
Waktu ni, kami semua dah give up!
.
Firman Allah : “…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)
.
Waktu Bella cakap pasal mimpi dia, Ana elok tegak belakang Ana . Dia pandang Bella mcm tak puas hati. Seolah2 penuh dengan dendam kesumat.
Cici pula dia cuba kuatkan semangat. Sb aku paling rapat dengan dia. Kadang2 aku mengaji kt atas katil. Aku harap semangat aku ni dpt transfer sikit kat dorang ni. Tp masalahnya, si Ana ni lemah! Adik2 dia elok je nak lawan. Tp si Ana ni terlalu melayan.
Ana mmg tak boleh tinggal sorang2. Kena berteman. Baru tinggal berapa minit, mulalah dia dengar suara2.
.
1 malam tu, elok semua tido , aku nampak Ana bangun. Terduduk 90° menegak. Aku cuma bukak mata sebelah. Nak bukak mendadak , takut dia nampak. So aku perhatikan gerak geri dia.
Dia bangun terus ke arah pintu.
“Eh Ana. Kau nak gi mana ni memalam buta?” Kelam kabut aku tanya. Elok aku nak tarik tangan Ana, Ana tolak badan aku. Perh! Senak segala organ badan aku.
Ana laju keluar. Kali ni dia nak bukak pintu rumah. Nasib baik bapak aku perasan. Mmg ktorg ni ibarat tido2 ayam je. Sb kena alert. Si Ana ni dah 2 3x nak keluar rumah. Dia jalan mcm tak sedar. Mata tertutup. Tp pandai pulak bukak kunci.
Yang pelik tu, Ana keluar mesti amik kunci kereta. Sampaikan setiap malam, segala haram jadah kunci ke pisau ke , semua terpaksa kitorang sorokkan.
.
Katak tempoh hari yg aku campak dari kasut aku tu, sentiasa ada kt luar.
Ish tak serik2 katak ni aku campak aritu. Semangat kental betul. Tp aku rasa tak sedap hati.
Lama2 aku rasa katak tu mmg statik kt situ pandang je rumah aku, ahh ni bukan sebarangan katak!
Aku ckp bapak aku.
“Walid, katak ni selalu ada kt luar. Dah mcm cctv je. Bila jalan depan dia, elok kepala dia pusing. Pastu pandang balik kt rumah.”
Bapak aku pun mmg juara pegang benda2 cmni. Kalau aku, tawarlah 2.6b sekalipun, mmg aku tak sanggup pegang katak ni. Dia duduk dlm kasut aku pun dah buat aku hilang mood nk gi sekolah. Kalau bapak aku paksa jugak aku angkat, confirm2 hilang terus mood aku untuk teruskan kehidupan di masa hadapan.
.
Bapak aku angkat katak tu masuk dalam kereta . Pastu buang entah kt mana. Aku pun lega la. Sb cuak kot. Mata dah macam Anabelle dok pusing bila aku jalan pi sekolah . Lepastu statik kt arah rumah aku balik.
Balik rumah aku tgk katak tu takde. Syukur! Tp masuk je magrib, waktu aku nk dengar bunyi azan kt luar, aku tgk2 katak tu ada lagi! Gila cerdik kau. Kau guna Waze ke ape?!
2 3x bapak aku buang. Takde kesudahannya. Katak tu tetap ada kt luar rumah aku. Yg pasti, aku taktau katak tu spesis apa. Kodok ke puru ke . Yg pasti dia katak gemok gedempol yg penuh dengan misteri.
.
Dalam rumah aku takyah ckp. Pelesit mmg banyak. Lain2 benda berbisa jarang2. Cuma lipan bara jela pernah masuk paling besar yg aku pernah tgk. Tp bapak aku ckp kalau dia tu bukan lipan biasa2, keluar dr rumah aku. Ya. Dia keluar. Mmg bijak bistari.
Waktu ni kami tetap usaha cari ustaz seperti dalam mimpi Bella. Even waktu tu, 3 beradik ni ibarat dah “tenat”.
.
Sejak ada katak tu, 1 family aku semua kena demam campak kecuali mak aku. 3 beradik ni paling teruk. Campak dorang, kata org2 mcm kena kencing katak. Entah la. Aku pun taktau rupa kencing katak cmne. Bapak aku pun teruk. Masing2 semua terbaring. Tak boleh nak bangun sb sakit.
Campak dorang sampai dalam tekak dan kemaluan. Teruk! Allahu. Hanya Allah je tahu betapa seksanya dorang.
Aku kena biasa2 je. Siap boleh tolong org lain lg sapukan ubat kt 1 badan. Badan Cici paling teruk. Badan dia mcm ular sawa batik dah aku tgk. Geli! Menjerit2 dia waktu aku sapu ubat.
Sepanjang dorg teruk ni, mak bapak aku kuarantinkan dorang. So aku jarang2 nk pi bilik dorang. Aku dok gn adik beradik aku je.
Muka aku dah mcm tepek tepung gomak. Aku rasa mcm aku lg seram kot dari hantu. Yela. Mak aku tepekkan aku daun india ke ape ntah campur dengan bedak sejuk utk rawat demam campak tu. Aku yg hitam mcm bangla sejak azali ni mmg terus putih mcm nyonya sekejap.
Masa ni dorg still kena rasuk. Tp kau bayangkan dengan badan masing2 penuh dgn cecair tu, benda tu pulak buat keras kejung bagai, kemudian org2 pegang nak tahan. Aku dpt rasakan kesakitan tu lg2 bila cecair tu pecah2.
Cici yg dulu cantik mcm anak cina, berubah 100%. Muka dia jadi lubang2. Badan dia dah mcm lukisan mengerikan.
Sepanjang sakit demam campak ni, aku mmg tak tengok dorang. Mak aku tak kasi. Sb aku pun masa ni lemah. Mak aku takut aku pulak berjangkit lg teruk.
1 hari tu, aku dengar bising2 kt bilik dorang. Masa ni ramai jiran2 aku datang nak menolong. Tp semua suruh aku stay je dlm bilik. Aku cuba nk tgk jugak even aku ni dah mcm hantu celop tepung dah ni.
Aku dengar mcm lama sangat dorang menjerit. So aku bajet mcm aku ni power la nak pi bantu. Sb kalau aku ada, biasanya takde pun jerit2 lama cmni. (Ah kau ingat kau hebat ke Taa.)
Terus aku bukak pintu slow2, aku tgk Ana tgh cekik bapak aku. Tak lepas2! Semua nak tolong tp tak berjaya.
Elok aku masuk je, Ana terkejut! Terus pengsan. Eh. Setan pun takut tgk muka aku ke. Masa ni mmg berterabur aku gelak. Yela. Aku tau aku putih melepak dr muka sampai ke bawah sb mak aku sapukan bedak sejuk. Dah mcm cucur badak yg tersedia utk dicelup dlm minyak je rupa. Dorang punyalah susah nak tarik Ana tp tak berjaya. Tup tup aku masuk intai muka je setan tu terus lari.
Bodoh punya setan. Kalau aku tau kau takut tgk muka aku mcmni, baik aku pakai 24jam bedak sejuk kt muka. Biar mencanak kau lari!
.
Demam campak ktorg beransur pulih. Semua ok. Cuma Cici je. Demam campak tu meninggalkan kesan yg teruk kt wajah dan seluruh badan dia.
.
Ustaz yg dlm mimpi Bella, masih tak jumpa2. Dan masa ni family aku masih bawah rawatan PakSin james bond.
.
Cici mula nak kuatkan semangat. Dia cuba nak melawan. Dia pangil aku temankan dia amik wudhuk. Suruh tgk dia amik wudhuk betul ke tak.
Aku pun papah dia ke toilet.
Baru masuk toilet, Cici menagis teruk.
“Eh syahdu pulak kau masuk bilik air ni kenapa?” Tanya aku.
“Tuuu. Tuuu. ” Dia tunding jari kt bucu toilet. Aku mmg meremang. Tp aku suruh dia lawan.
“Amende?” Tanya aku lg.
“Benda tu ada kt situ. Tgh pandang kita. Badan dia berbulu2.” Cici still menagis tekup muka kat aku.
“Cici! Kau kena lawan. Dia saje takut2kan kau ni. Dia tak bg kau amik wudhuk. Kau pedulikan dia.” Aku bg semangat kat Cici.
Cici terus amik wudhuk dlm keadaan menagis2 . Aku rasa mcm nak jadi pom pom girl je nak bg dia semangat waktu amik wudhuk.
.
Selesai sudah amik wudhuk. Aku paksa Cici mengaji. Dia pun memang nk mengaji sebab dah lama tak pegang AlQuran. Takde rasa malas2. Kalau tak, bila nk masuk waktu je, confirm2 dorg jadi mengantuk. Tido pulak mcm serigala je.
Cici terus bukak Quran. Tiba2 dia menagis lagi.
“Ape lagi?” Aku tanya dia.
“Benda tu duduk atas Quran aku!!” Cici menagis2.
Ah benda ni mmg tak bg Cici mengaji! Aku pangil mak aku. Waktu ni mak aku taknak call bapak aku time kerja. Dia call PakSin.
Ini apa yg PakSin jawab.
“Ooo. Tu org suruhan sy. Takde apelah. Dia temankan je.”
Masa dia jawab ni, mak aku terus tersedar. Dia call bapak aku. Dia ckp jgn pangil PakSin rawat lagi!
Tp sebelum tu, PakSin penah ckp mcmni;
“Nak sy kunci tak 3 beradik ni? Tp kesannya, budak2 ni takkan ada sesiapa nampak. Terutama soal jodoh.”
Nasib baik masing2 masa tu boleh fikir. Bapak aku halang sepenuhnya. Kau ingat dorang ni patung ke nak kunci2 bagai dlm almari!
So tamat kisah berubat dgn PakSin james bond. Aku harap Allah ampunkan dosa2 kami sepanjang tempoh berubat tu. Bila dikenang, aku rasa nak menitik air mata. Mengenangkan dosa2 kami waktu tu ibarat manusia yg jahil dlm agama. Allahu.. Ampunkan kami.
.
Ustaz Asharie masih tak ketemu. Taktaulah betul ke tak mimpi si Bella ni.
Elok ktorg putuskan rawatan dgn PakSin, muncul lagi sorang tak diundang, tak dijemput offer diri nak merawat. Ah pening la aku nk tulis sorang2 punya karenah. Kan aku dah ckp, cerita ni mmg banyak watak2 sampingan.
.
Datang sorang laki aku kenalkan sebagai Ustaz Lee. Dia ada gaya tersendiri. Nampak islamic luaran tp berubat gaya mcm Lan Pet Pet Senario.
“Preetttttt!!” Mulut dia bunyi waktu hembus kt telinga 3 beradik ni. Perh. Dia ni kalau dtg, aku rasa mcm tgk perlawanan bola je saat coach tiup wisel utk tendangan penalti. Berdesing kott telinga.
Dia ni pun sama. Awal je bismillah. Hujung2 bunyi mcm swadikhap kam krupup krapp.
Lepas berubat dgn dia, mmg ok. Ok sekejap jela mcm biasa.
.
Esok tu aku nak bangun tangan aku sakit. Kepala aku berat sgt2. Tp aku bila kena mcmni, aku suka baca2 sendiri pastu selawat. 2 3x ok. Tp mak aku ni pi ngadu kat ustaz Lee siam ni pulak. Tak memasal aku tergolong dlm org2 yg berubat.
“Preettttt!!” Dia mula mcm biasa kt telinga aku.
Perhh! Bunyi tu aku dah biasa. Cuma bau mulut pulak tak menahan! Melenjis2 kt muka aku. Mcm mana la budak bertiga ni boleh tahan.
“Eh dah ok.” Aku goyang2kan tangan aku.
“Sudah ok ka adik? Belum mula lagi.” Dia jawab.
Ah sudah lah kau. Sebelum aku berhantu dgn bunyi dan bau mulut kau, baik kau blah. Kau ingat aku ni tak layan ke cite senario. Kau kalau fan tegar Lan Pet Pet ,kau ckp jela. Takyah dok preet2 kt telinga aku! Masing2 perangai mcm ape. Entah mana2 korang semua datang.
.
Pertolongan yg dtg ni bukan kami yg cari. Tp datang sendirinya. Katanya org hantar. Dan ktorg pulak hanya terima je sesiapa yg masuk ibarat merelakan kehadiran dorang.
Bella pulak, selalu nampak ada berbola api kt luar rumah atas bumbung aku. Bila tegur, benda tu hilang.
Waktu ni, lagu paling hot lagu arwah Achik Spin dgn Nana tu. Paling comel.
“Tiada ku sangkaa. Bola bola api~”
Aku cuba utk hiburkan aku waktu Bella ckp nampak berbola api. Sb aku taknak stress. Taknak takut2. Mungkinkah itu Dragon Ball? Mcm biasa aku still nk melawak sebab family aku ni dah puas menagis. Tiada lg gurauan senda.
Benda ni 1 je. Kau jgn takut. Jangan bg dia peluang nak masuk kt badan kau. Aku ckp terus terang. Sekali dia masuk, mmg takde jalan keluar melainkan diri kau sendiri yg kena rawat balik.
.
Usaha mencari ustaz Asharie’ masih diteruskan hinggalah jiran aku ckp mcmni.
“Kalau org yg pandai berubat, ada 2 je nama tu. Sorang tua. Sorang muda. ” kata jiran aku.
“Kakpah nak yg org tua tu!” Jawab mak aku.
“Boleh. Tp syarat dia, org yg sakit tu semua kena dtg rumah dia. Dia takleh dtg sb dia tua sgt.”
Maka bermulalah misi kami nak angkut 3 beradik ni pergi ke tempat Ustaz Asharie’.
.
Benda ni dia cerdik. Dia mcm tau2 je nak pi berubat kt “orang sebetulnya”.
“Ana, Bella, Cici. Jom ikut walid jalan2 jap. ” kata bapak aku seolah2 memujuk. Taknak ckp nk pi berubat. Sb dorang taknak pegi.
Tp Ana laju je jawab.
“Nak gi berubat ke? Taknak la. Ktorg dah sihat.” Jawab Ana.
Susah nak bawak dorang waktu ni. Tp yg peliknya, mmg dorg mcm dah sihat!
So kitorang biarkan dulu.
.
Ana ni mmg suka menaip cerita. Dia rajin hantar cerpen dia dlm surat khabar waktu tu. So dia ni kalau sihat, mmg sentiasa dgn laptop.
Tiap2 malam dia karang 1 bab. Aku tak pernah nk baca. Maybe masing2 dah ok kot.
Sampai la 1 hari tu, aku terlintas nak baca karangan dia.
“Ana, kau mmg tulis setiap malam 1 bab ke?” Tanya aku.
“Tak la. Tak pernah nk habis. Aku tak larat.” Dia jawab elok riang mcm normal.
Aku pun ok. So setiap pagi, sebelum gi sekolah aku mmg baca cerita dia. Tp yg peliknya, 1 bab habis! Satu2 aku baca. Sampailah pagi tu aku baca, dah masuk bab terakhir.
“Eh laju jugak budak ni.” Sambil tekun aku baca.
Aku mcm tak hayati sgt kisah dia. Sb aku ni kalau boleh waktu tu taknak ingat sape2. Dan taknak relate kisah tu dgn sesiapa. Baca gitu2 je. Tp bab terakhir tu tergantung. Aik tak habis lg ke.
Dalam kisah tu, 2 watak utama dlm cerita tu pergi mana entah aku tak ingat. “Waktu dia balik…… ”
Ah tergantung pulak.
Aku panggil mak aku suruh baca sb tiba2 aku rasa “something”. Mak aku pulak mana rajin nk membaca. Nk kena amik spec la ape la.
Elok mak aku tenung laptop, keyboard tu laju taip ending cerita tu!
“Waktu dia balik, Zahra (watak 1) dan adik dia , Bedah (watak 2) terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori tangki minyak. Kedua2 ni m4ti di tempat kejadian.
Bapak angkat mereka yg tak boleh terima hakikat gila apabila adik ketiganya pula bun*h di ri dlm keadaan tragis.” Lebih kurang mcmni la ending cerita ni.
Masa ni terkebil2 mak aku. Terus mak aku cabut bateri laptop tu.
“Yang! Kita kena bawak dorang pi Ustaz Asharie jugak!” Jerit mak aku.
Ana terjaga mcm ketakutan. Bella dan Cici mengikut je.
Asar tu, terus bapak aku bawak 3 beradik ni ditemani aku dan mak aku. Adik beradik aku terpaksa tinggal.
Perjalanan nak ke sana, ibarat menanti jodoh tak kunjung tiba. Lama! Seolah2 sesat entah di mana.
.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)
Nanti aku tepek sambungan. Kang aku tepek semua sekaligus, penulis2 hebat banned aku lagi kata panjang merapu. Follow je page Kakak Sado kalau nak baca habis terus. Aku tunggu korang kat sana. Assalamualaikum
Yang ikhlas menaip;
#KakakSado
#Kisah3Beradik
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best..teruskan cerita anda..bykkan bersabar..aamiin…
dh baca dlm fb personal akk..tiap2 mlm tggu sambungan cite ni…mmg meninggalkan kesan pd sy…harap2 ABC sehat sepenuhnya..dn jd tanda tanya sapelah manusia yg kejam hntr benda tu kt keluarga akk…
fishes.. kalau saya dapat orang yang buat dekat keluarga akak sado ni.. dah lama aku lumat2 dia jadi sambal tempoyak aku.. masuk dalam perut aku yang sentiasa lapar ni ha.. pup, hilang dari dunia.. aku selalunya doakan orang macam ni dapat hidayah dari Allah SWT.. ini macam teruk sangat dia punya kejahilan.. biarlah Allah yang memberikan dia hukuman yang adil.. di akhirat nanti.. entah2 orang ni yang pertama sekali masuk neraka jahannam agaknya.. hish.. geram pulak aku…
Aslmlkm wbt.sis ta memang kental.sampai kuar air mata saya baca cerita ta ada lawak.perasaan bercampur2 sedih dgn dugaan yang ta dan famili nak hadap.saya doakan sis ta dan famili kuat dan adik beradik ta yang sakit sembuh seperti sediakala.Semoga dalam Rahmat dan Perlindungan Allah swt selamanya.
Maaf ya, saya masih x dpt tgkap atau tak tahu ABC ni mn mak bapak sebenar derang ya,rs bc dah semua ,kt dr kecik cuti sekolah je derang ada kat rumah mereka, tapi ni dah mcm adik beradik sebenar plak sbb mak dan bapa Ta aka kakak Sado yg berhempas pulas dan terkesan bila 3 beradik tu sakit. Saya teemiss ke? Bg bgtau x?
setuju sangat. mana mak bapak kandung ABC??? pelik sikit disitu
Kenapa mention bapak angkat? Pelik dok ckp bapak angkat jadi gila. Mohon pencerahan.
Kakak sado….. Kuatkan semangat… Sy tahu Kakak sado sebenarnya sgt sedih, penat dan tersiksa.. Tapi Kakak sado kuatkan semangat dan sedaya upaya jadi sado kan…. Argh, tak tahu macamane nak cakap….best cerita Kakak sado ni, part eh setan pun terkejut tgk muka aku. Hahaha. Yang tu spontan je sy gelak. Teruskan perjuangan taa…. Keep strong,fighting!
menarik, setiap hari buka FS ni. tggu Akak Sado punya cerita sambungan lg.
Cepat sambung taa…Aku mmg terbahak baca cite ko ni…rase cam ko ni baya2 aku kot…sbb lagu2 zaman skolah ko tu…okeh…xsabar nk baca lagi…
cerita ni best..x tau knape aku tertarek nk baca..feel tu sampai..
Baca kisah akak sado pun penat membayangkannya.. Akak sado yang duk hadap benda ni mesti lagi penat.. Kuatkan semangat!!best cerita ni! Kipidap!
?