Kisah Tiga Beradik- Bahagian 4 (Akhir)

Assalamualaikum wbt. Ok ni last aku tepek terus semua part dalam 1 post. Yang nak baca, silakan ya. Taknak baca, takpe. Aku faham.

#Part7

Dua tiga kali bapak aku pulas enjin. Enjin still tak boleh start. Pulakk dahh!

Aku perhatikan Ana. Dia tgh mengekek2.

“KAU TAK AKAN BOLEH BAWAK AKU PERGI SANA!” Suara Ana mula berubah mcm lelaki tua.

Bapak aku tetap berusaha sambil baca2. Waktu ni, family kami dah banyak hafalan utk halau benda ni. Bapak aku dah banyak belajar. Dia tahu benda ni saja nk melengah2kan kami.

Dalam 10 minit kami tersepit dlm kereta mcm sardin, baru kereta boleh start. Ape tak sempit. Semua duduk belakang. Aku dengan mak aku terpaksa duduk kt kiri kanan bahagian tingkap. Masing2 dah la semangat. Aku je mcm cicak tersepit kt pintu. Pastu dengan bau entah apa pulak tengik nak mampus. Nak kata bau ketiak aku, aku sempat pakai dedorant sebelum masuk kereta. Haihh. Dugaan2.

Elok kereta bapak aku start, Ana mcm marah. Dia mula nak cekik leher bapak aku dr belakang. Bella dgn Cici ok. Dorang dah kuat semangat. Ana je problem. Degil nak m4ti.

“Taa! Kau baca2 laa sikit kat Ana ni! Led nak bawak kereta ni!” Jerit bapak aku.

Aku ni dah mcm tok bomoh tanpa gaji. Dah la apa sikit bapak aku yg suruh aku baca2 kt dorang ni. Aku pun baca2 la sampai Ana duduk diam. Boleh tahan la skill aku waktu tu tundukkan benda tu padahal benda tu tak sanggup bau mulut aku dok fuhh fuhh dgn air liur melenjis mcm pili bomba. Waktu ni boleh pulak aku terlupa gosok gigi dgn sabun tangan lepas makan cencaluk waktu makan tgh hari tadi. Bongok la. Tak memasal dgn aku2 mual bau mulut dgn tangan aku sendiri sepanjang dlm kereta.

.

Dlm perjalanan, Ana ok.

Tiba2, Ana menjerit2.

“Ummi, tengok tu!! Banyaknye pocong!! Ana takutt!!” Ana menjerit2 dlm kereta.

Mak aku cuba tenangkan Ana. Tiba2 Ana senyap. Diam je dlm kereta. Eh elok pulak minah ni. Dari tadi menjerit, sakit pulak hati kite kat sebelah ni.

Tiba2 Ana ckp,

“Cantiknye tempat ni..” sambil tengok2 ke luar. Kat luar penuh dengan semak samun. Sunyi betul jalan ni.

2 3x Ana nak bukak pintu kt bahagian aku sebab aku dah mula mabuk bau cencaluk tengik kt mulut dgn tangan aku ni.

“Yang, awak lalu jalan mana ni? Sunyi semacam je.” Mak aku bersuara.

“Kita lalu jalan short cut supaya cpt sampai. Kita takut sampai magrib kang, dia lg agresif.” Bapak aku menjawab.

Tengah syok kereta berjalan, tiba2 kereta bapak aku stop.

“Eh. Nape ni walid?” Aku tersentak. Mujurlah aku tak melatah mencarut bahasa paling comel abad tu. Kalau tak, free2 je aku kena tampar dgn bapak aku.

“Kereta kita m4ti, Yang.” Bapak aku ckp sambil pandang mak aku. Mak aku dah terjegil bijik mata sambil intai2 ke luar.

“Yang.. ni bukan jalan yg lalu kuil tu ke?” Tanya mak aku terketar2.

“Yela. Kita short cut lalu sini!”

“Patutlaa….”

Tiba2 Ana mengekek2. Suka bila ktorg mcm ketakutan.

“JOMLAH SINGGAH..” Ana mengilai2 dlm kereta. Ikutkan hati aku, mmg aku nak tampar si Ana. Aku ni dah la mabuk kenderaan. Dia pulak dok terhuyung hayang dlm kereta. Kau boleh rasa tak perasaan aku masa tu mcm mana? Dgn gelodak perut nak termuntah. Kau tunggu Ana. Kau sihat je, mmg aku siku2 kepala kau ni!

Bapak aku cuba start enjin. Masa ni hari dah nak senja. Alhamdulillah. Kereta bapak aku start kembali. Tapi berat!

“Yang! Bawak laju sikit. Si Ana ni dah meronta2. Si ita tu dah la mabuk.” Kata mak aku.

“Kereta kita berat ni Yang. Kita dah tekan tp tak naik2.” Jawab bapak aku.

Perhh. Dalam kereta ni elok masa 1 jam je boleh sampai, tp dugaan dia umpama setahun peritnya.

.

Alhamdulillah. Walaupun slow2, kereta bapak aku sampai jugak ke perkarangan rumah Ustaz Asharie’.

Wallaweh! Ramainya! Siap amik nombor? Ah biar betik.

Berderet customer datang nak berubat. Boleh tahan laku keras jugak ustaz ni.

Ana, Bella dan Cici tiba2 lemah lutut. Masing2 terjatuh. Bella dan Cici kata kaki dia lembik. Tak boleh jalan. Mak aku paksa dorang suruh lawan. Bangun jugak!

Bella dan Cici tetap dgn semangat dorang nak melawan. Dia bangun walaupun jalan mcm mengensot nak masuk ke perkarangan rumah. Ana pulak, tiba2 kejung mcm patung! Tegak dan keras.

Bila semua tengok Ana dah tegak mcmni dgn mata ke atas, habis semua terpaksa bagi laluan kt Ana. Kelam kabut ktorg usung Ana masuk dlm rumah Ustaz Asharie’. Customers lain yg tgk, dorg mmg terkejut. Ingatkan dorg lagi dasyat, rupanya hantu Ana ni seribu kali lebih dasyat sampaikan yg lain ni pulak yg cuak. Aku syak , maybe dlm bdn Ana ni bos dorang kot. Aku syak la. Aku kan suka memandai meneka.

.

Ustaz Asharie’ ni air muka dia bersih! Lembut je. Tua sangat2. Aku rasa pangkat pangil moyang je kot. Atuk aku pun takde la nampak setua ni waktu tu.

Dia rawat guna 100% bacaan ayat suci alQuran. Waktu tu aku tgk yg lain2 berubat , semua bawak botol air. Tapi masa ni ktorg taktau kena bawak apa. So nasib baik ustaz ni bagikan air buatan dia.

“KELUAR KAU DARI SINI!” jerkah Ustaz Asharie’ kat Ana kemudian jari telunjuk dia elok menunding2 kt pokok pisang.

Ustaz tu kata, benda tu lari sembunyi belakang pokok pisang tp dia tak pergi lagi.

So ustaz ni mula laa baca2. Dia pegang kepala sorang2.

“Oh migrain je ni. Stress.” Jawab dia tenang.

Dia bg air kelapa kat Cici. Cici muntah teruk. Banyak lendir2 keluar dr mulut dia.

“Haa tengok ni. Budak ni silap makan je.”

Ustaz ni bagus. Bagi aku mmg bagus. Dia sikit tak sebut siapa yg hantar. Kalau yg lain2, semua ckp org tu la org ni la. Tp ustaz ni cuma ckp “migrain” je. Dia taknak buat kita sebagai pesakit ni sakit hati atau geram kt org tertentu.

Bapak aku menganguk je. Dia bg 3 botol air, pucuk betik dan kain putih yg tertulis kalimah Lailahaillallah.

Kat botol tu dia tulis nama Ana, Bella dan cici berbintikan nama mak dorang.

“Setiap hari, lidah kena banyakkan zikir. Banyakkan baca Bismillahilazi. Selalu berwudhuk tak kira waktu. Bila masuk tengah hari, basahkan kain putih tertera kalimah La’ilahaillallah dan ikat di dahi. Zikir banyak2 sb waktu tengah hari ni dia dah mula menganggu. Zikir sahaja. Buat2 taktau.

Pucuk betik ni, rebuskan. Minum air ni setiap hari. Ni ustaz bagi dulu. Lain kali pi cari pucuk betik ni sendiri. Jangan risau. Takde apa2. Budak2 ni cuma stress sahaja.” Kata ustaz Asharie’.

Alhamdulillah. Sepanjang berubat dgn Ustaz ni, 3 beradik ni makin sihat.

Tak memasal dgn aku2 sekali kena offer minum pucuk betik.

“Kau pun kena minum. Kau pun stress ni. Cuma kau kuat semangat. Minum je sekali. Tp ustaz tak bg kau kain putih ya.” Ustaz ni ckp kt aku pula.

Waktu ni aku mmg trauma dah bila jadi pesakit berubat sejak jumpa Ustaz Lee Lan Pet pet tu. Seriau hidup aku. Tp ustaz Asharie ni ok .

“Stress” je ayat yg dia bg utk menenangkan jiwa kami sekeluarga. Tak perlu memberitahu siapa gerangan yg menghantar. Yang pasti, ustaz tu kata dlm badan Ana dah ada 7 ekor jin! Semua ni kesan dr tinggalan2 org2 sebelum ni yg berubah yg konon2nya tinggalkan org suruhan utk jagakan 3 beradik. Tp benda ni dah sebati dlm diri Ana.

.

Dlm tempoh berubat tu, ada je dugaan. Bab nak menelan air pucuk betik tu, mmg mcm telan racun masing2. Tak boleh telan la, muntah la. Aku yg sihat ni pun, mmg payau tekak nak telan. Pahitt oii! Aku sanggup minum WondaCoffee drpd melantak air tu. Tp disebabkan kena bg semangat, aku tlg la minum sekaki.

.

Hari2, aku jadi tukang mandi dorang. Dorang duduk atas mangkuk jamban. Aku jirus kepala sorang2. Menjerit2 waktu mandi air bacaan ayat suci alQuran. Sorang kata sejuk sangat, sorang kata panas la. Aku pulak syok je menyimbah.

.

Alhamdulillah. Bulan ke bulan sehinga ke tahun berikutnya. 3 beradik ni makin sihat. Masing2 dah boleh pergi ke sekolah. Tp yg pelik tu, semua kawan2 sekolah dorang ckp, Bella dan Cici ni mmg ada kat sekolah! Padahal dorang cuti lama. Ah lantak la…

.

29 jun utk tahun berikutnya, aku jadi trauma dgn birthday aku sendiri. Birthday aku ibarat tarikh yg perlu aku bersiap sedia dr segala kemungkinan.

Tp esoknya, alhamdulillah. Semua ok. Aku harap, aku boleh sambut birthday aku dgn gembira utk tahun2 berikutnya. Aku dah puas menagis. Puas dah kena ejek dgn kwn2. Mana yg tau pasal family aku, lagi2 budak2 yg suka cari pasal aku, tak habis2 mengejek.

Ada yg kata family aku bela saka . Ada ejek kata bapak aku gila. Ada kata mcm2 la. Aku harap, kata2 tu suatu hari nanti berbalik pd manusia yg tak percaya kewujudan benda alah ni. Sebab benda ni berlaku pun sebab dulu mak bapak aku pun tak percaya. Tp Allah bagi cash utk kami rasainya jauh lebih dasyat drpd org lain terima.

Jiran aku pun tak percaya. Dia kata family aku saja buat onar cmni mintak simpati.

Dan aku simpati kat dia, bila dia nak start enjin, kereta dia tak boleh start . Kemudian esoknya dia kata badan dia kene hempap. Kelam kabut mintak maaf. Benda tu baru gimik, kau dah gelabah. Kalau dia usik anak2 kau serentak mcmni, baru kau ada akal dgn apa yg kau katakan aritu .

.

Alhamdulillah. Semuanya kembali pd normal. Badi kucing yg aku cerita awal2 tu adalah permulaan. Kiranya intro yg dah berjaya masuk badan 3 beradik ni waktu dorang ketakutan. Benda ni, sekali dia dah berjaya masuk, benda2 lain akan cuba. Sb dia tau budak ni “lemah semangat”. Geng2 dia akan try.

Lagi 1, benda ni kacau 3 beradik ni sebab tiga2 ni hati masing2 tak betul waktu tu. Ana paling teruk sb Ana ni paling kuat dengki kat adik2 dia. So bila dia rasa mcm jeles, benda ni mula dtg mencucuk2 jarum. Sb tu dia paling agresif . Tinggal sorang2, mulalah dengar bukan2 menghasut dia.

Kadang2 takyah fikir negatif nak mengagak org hantar2. Kadang2 silap pergi tempat pun, boleh kena rasuk. Tu ustaz tu pesan supaya 3 beradik ni jaga2 kt tempat2 tertentu buat masa ni.

.

Syukur alhamdulillah. Takde lagi pelik2 berlaku kt 3 beradik ni. Aku pun paling happy la bila org sambut meriah birthday aku. Tp waktu tu aku dah membesar. Aku dah mula mcm tak kisah pasal birthday ni. Sb dah lama kot tak raikan. Rasa pelik pulak nk menyambut. Sb tu aku tak pernah kecik hati org tak wish. Tak ingat pun takpe sb aku seribu kali mmg susah nak ingat tarikh birthday org lain jugak

.

Bella dah tamat SPM. Ana pula dah mula bekerja.

So bila tamat SPM, sepanjang cuti tu dorang ada je kt rumah. So better bapak aku pi hantar dorang gi kursus drpd mereput duduk rumah. Kursus buat kek ke, kursus ternak ayam lembu ke, janji masa cuti dorang terluang.

Masa ni takde sape dah nak larang dorang pi mana2 sebab dah sembuh sepenuhnya.

Jadi si Ana ni temankan Bella pi kursus dgn bawak kereta. Takyah dah aku sebagai bodyguard asyik kena temankan dorang ni je.

.

Ana dan Bella siap2. Tp Ana makeup mcm gothic. Mata hitam. Gincu merah menyala. Padahal Ana ni muka lembut. Dia suka natural. Dia belit shawl dia mcm style pocong yg pernah viral tempoh hari. Waktu ktorg pandang dia, meremang jugak. Tp biasalah. Budak2 baru nak up. Maybe dia nak try kot style tu. So ktorg buat2 taktau.

Kursus ni seminggu kalau tak silap aku. So seminggu ni la aku tak jumpa 2 beradik ni sehinggalah hari pd tarikh dorang pulang, dorang pulang dlm keadaan jauh lebih dasyat dari dulu.

Arghh! Bertahun dah takde. Tp sekali datang, makin dasyat!

.

Bella balik dengan kaki biru membengkak. Ana pulak sampai2 rumah je menjerit2 dgn bercakap bahasa Tamil lagi. Dan waktu tu ada sorang laki, aku kenalkan wataknya sebagai Zack a.k.a kawan baik Bella yg ikut sekali kursus tu turut balik hantarkan dorang ni dalam keadaan mengigil2.

Yang pasti, perkara yg berlaku kali ni, sebijik mcm apa yg pernah Ana tertulis dalam karangan Ana yg tiba2 tertulis ending tu sendiri!

Ah sengal lah. Aku ingatkan dah tamat!! Tp benda ni masih nak tamatkan mcm apa yg dia rancangkan! Ending “kasi m4ti” sampai dapat.

.

#Last

Zack tolong hantarkan Ana dan Bella ke rumah aku. Menggigil2 badan dia. Dia saksi yg lihat kejadian depan mata.

Ini kisah dari Zack dan Bella waktu di tempat kursus.?

Ana dan Bella dapat bilik kedua terakhir di hujung bangunan kt kursus tu. Hanya mereka berdua sahaja dlm bilik.

Bella kata, setiap kali masuk toilet nak amik wudhuk, bilik air tu penuh kabus. Air jadi sejuk sesejuk sejuknyaaa. Tp dorang tetap lawan nak amik wudhuk. Cermin tu, dorangg tak berani angkat muka sb dorang rasa mcm ada yg memerhati.

Bila waktu malam pula, Zack dgn budak2 laki ni selalu nampak ada lembaga hitam kat luar bilik Ana dan Bella. Waktu ni dorang menjerit2 suruh Ana dgn Bella bukak pintu. Tp yg peliknya, dorang pi ketuk bilik terakhir! Padahal 2 beradik ni kt bilik 1 lg. Dorang ckp nampak 2 beradik ni kt bilik terakhir. Dan lembaga hitam tu kt luar setiap malam. Tak boleh masuk.

“ANA!! BELLA! BUKAK PINTU WEH!! BUKAKK2!!” Menjerit2 budak2 laki ni suruh 2 beradik ni keluar dr bilik.

Ana dan Bella kt bilik sebelah mmg tiap2 malam dengar budak2 laki menjerit2. Tp dorang kata dia tak dengar nama dia kena panggil. Cuma dengar bunyi memekak2 je kat luar. So dorang tak layan.

Bella kata waktu ni, dia dgn Ana tak period. Elok je mengaji. Takde rasa takut pape.

Tiba2, selang beberapa hari , dua2 datang period! Waktu ni, budak2 laki ni kata lembaga tu dah masuk!!!

Bella dah tak sedap hati waktu dua2 start period. Ana ni takyah ckp. Lg penakut.

“Kak! Kau kena kuat semangat!!” Bella suruh si Ana ni kuat. Jgn takut2. Sb masing2 dah rasa lain mcm waktu period.

Tiba2 langsir bilik dorang mcm ada org cak cak. Sekejap terbukak, sekejap tertutup.

Ana dah menjerit2 dlm selimut.

“Aku takut, Bella! Aku takutt. Keluar!! Keluar!!” Menjerit2 si Ana.

Bella dah mengigil2.

“Kak! Tolong kak! Tolong kuat semangat kak! Aku pun takut. Kalau kau mcmni, tu dia lagi kuat menyakat kita.”

“Aku nak balik!! Aku nak balik sekarang!!” Jerit Ana lagi.

Tiba2 , langsir bilik dorang terbukak sebelah.

Zasss!!

Bella dah menggigil. Tp demi amanah bapak dia suruh jagakan Ana yg lemah semangat ni, dia kuatkan semangat.

Terbukak lg sebelah langsir. Zass!!

Kemudian, tingkap bilik dorang terkuak seluas2nya!

Ana tak habis2 menjerit dalam selimut. Bella terus bangun pergi ke tingkap.

“AUZUBILLAHIMINASYAITONIROJIMM!! JANGAN KACAU KAMI!!!” Jerit Bella sambil tarik tingkap dgn mata tertutup.

Dia kata, kalau benda tu bahhh depan mata dia, mmg dia pengsan. Dia tawakal je tarik tingkap sb Ana dah menjerit2 sebab angin masuk kuat sangat2.

Waktu ni, Ana dah agresif. Dia cari kunci kereta je nak balik sekarang.

“Kak! Kita balik esok! Ni dah tengah malam. Jangan buat gila kak!!” Bella marah si Ana.

“Taknak!! Aku takut! Aku nak balik! Bak kunci kereta!!!”

Waktu ni, Bella terpaksa sorokkan kunci kereta dari Ana.

Dan yg paling hebat, mmg setiap malam Bella sorokkan kunci dari Ana, tp esoknya kunci tu ada kat tangan Ana!

Tiap2 malam Bella sorokkan kunci tu. Tp benda tu sorokkkan kat Ana pula. Sb dia tau Ana ni mmg ikut perasaan. Dia mmg nak Ana drive malam tu jugak!

Malam tu dorang kata dorang takleh tido sebab benda tu mengacau. Tarik2 selimut. Sampai la keesok pagi. Dorang nekad nak balik jugak!

.

Bella usung bag roda dia. Ana jalan mcm org gila pandang kiri kanan.

Tiba2 Zack jerit.

“BELLA!!!”

Waktu ni Bella tak perasan badan dia terbang setinggi 1 tingkat. Dia ingat dia tengah jalan. Bila Zack jerit, Ana terus jatuh sekuat2nya kt lantai.

Masa ni kaki Bella terus bengkak sebengkak bengkaknya.

“Kak, kaki kanan aku bengkak. Mcm mana aku nak drive??!!” Bella menagis2. Benda tu seolah2 taknak lepaskan dorang.

“Korang ni kenapa? Asal korang ni pelik!!” Menjerit2 si Zack yang saksi kejadian tengok Bella terbang sebentar tadi.

Ana cuma mengigil2.

“Kereta korang boleh sumbat motor tak? Masukkan motor aku. Aku drive utk korang!” Zack bg idea.

Ana dgn Zack berusaha nak masukkan motor tp tak muat.

“Argghhhh! Korang ni buat aku gila lah! Mcm mana nak balik ni!!” Zack ni nampak macho tp first time dia berhadapan benda cmni, dia mmg gelabah.

“Takpe. Aku drive slow2. Zack, kau temankan ktorg. Aku janji, aku bawak slow2.” Kata Ana.

Waktu ni masing2 berat hati nk bg Ana drive. Sebab Ana ni kejap ok, kejap agresif.

“Ok! Kau bawak hati2!” Kata Zack. Mengigil2 Zack tarik motor dia. Bella duduk sebelah Ana . Kaki kanan dia bengkak teruk.

.

Ana start bawak kereta. Elok je slow. Tiba2 jadi laju selaju2nya.

“Woiii Ana! ANA!! KAU GILA KE! SLOWW WEHH!!!” Zack menjerit2 mcm mat rempit nak kejar kereta Ana.

“Kak, slow kak!” Bella dlm kereta pun menjerit2.

“Aku nampak mayat Bel!! Mayat kat tengah jalan tu banyak! Aku takut!!”

Setiap kali Ana mengelak “mayat” kt tengah jalan, setiap tu lori tangki minyak lalu. Dorang hampir nak kena langgar dgn lori minyak. Tp Allah dah tulis waktu tu, ajal dorang belum tiba.

.

Dorang selamat sampai ke rumah. Zack dah takde suara waktu sampai rumah aku. Dia mengigil2.

Ana sampai2 terus menjerit2. Laju2 cakap Tamil.

Nasib baik waktu ni, bapak aku memang ada kat rumah. Terus dia usung Ana masuk ke dalam. Kira ok la waktu ni Ana tak buat keras kejung. Kalau tak, naya jugak nak mengusung dia.

.

“Can you speak English?” Bapak aku cuba nk bercakap dgn benda dlm badan Ana. Sb rasa mcm “benda” yg sama mcm tempoh bari.

Bapak aku dgn Ana speaking. Tp aku translate dlm Melayu je. Kang korang ingat aku hebat sangat ckp omputeh (padahal kau reti ckp yes no , wrong correct je).

“Kau siapa? Dari mana kau datang? Kenapa kau tak habis2 masuk dlm badan budak ni?” Tanya bapak aku.

“Aku Shanti. Aku terlibat dlm kemalangan. Aku ada 3 beradik. Kami m4ti langgar lori tangki. Aku dtg cuma nak bagitau bapak aku saja yg aku sudah m4ti sb bapak aku tak boleh terima hakikat!” Kata Ana yg dah berubah suara lain.

“Boleh kau tulis no telefon bapak kau? Aku call bapak kau skg juga!” Kata bapak aku.

“017- 2525****.” Bapak aku laju tulis.

Bila bapak aku dail, eh ni no Ana!

Mengilai2 si Ana. Suka mengenakan bapak aku. Dia tepuk2 dahi mcm gaya org india. Mmg dia ckp sebijik mcm dlm karangan aku baca kat laptop Ana tu.

Tp dgn syaitan, dia mmg banyak menipu! Jangan pernah percaya dgn kata2 syaitan laknatullah!! Dia lidah berbelit. Hanya tahu berdusta!

.

Bapak aku baca2 ayat yg ustaz suruh amalkan. Waktu ni la aku tengok Ana paling agresif. Aku nak taip pun tak tau nak describe macam mana keadaan Ana.

Kalau dulu dia nak lipatkan badan Ana dengan cara kebelakangkan kepala ke paras pinggang, tp kali ni benda ni buat cara berbelit2.

Sebelah tangan kiri dan kaki kanan terlipat di belakang kepala, sebelah lg terlipat bawah punggung. Acano aku nak tulis eh. Mcm badan org2 lembut buat tu. Boleh pusing2. Tp masalahnya Ana ni bukan lembut!

Waktu ni aku tengok, benda tu memang betul2 nak buat Ana m4ti. Terjelir lidah Ana mcm muka orang kena cekik.

.

“Kau nak apa?! Kenapa kau je yang degil taknak keluar dari badan budak ni?!” Marah bapak aku.

“SEBAB KAU!”

“Apa salah aku? Kau cuba cakap! Kalau perlu aku mintak maaf kat tuan kau, aku pergi! Tapi jangan seksa budak ni! Kau dah suruh buang segala patung, kumpul semua orang, tapi kau penipu!”

“KAU SILAP! ADA 1 PATUNG YANG TAK BUANG LAGI. PATUNG TU YANG SEBENARNYA MILIK TUAN AKU.”

“Patung mana? Semua aku dah buang! Kau jangan nak menipu! Kau tu syaitan laknatullah! Kata2 kau semua dusta!”

“AKU TAK TIPU. ADA 1 PATUNG TU MILIK BUDAK NI. KAU LAMBAT BUANG! BENDA TU DAH ADA KAT TUAN AKU. HA HA HA HAA!!”

Mengilai2 Ana. Tapi waktu ni bapak aku dah tak takut. Aku , mak aku, dan semua yang ada waktu tu dah tak cuak langsung. Semua handle tangan dan kaki Ana. Ktorg dah tak kisah setan tu cakap apa2. Membongak je lebih! Bukan boleh pakai kata2 setan ni.

Bapak aku baca lagi sekali. Waktu ni Ana dah mengeletik2.

“SIAL KAU! KAU DAH BERANI YA?!!!”

Bapak aku teruskan bacaan. Dia tak peduli apa setan tu nak cakap. Benda ni berani, sebab kami takut! Tp harini kami tak takut dah. Dada kami penuh dengan hafalan ayat suci AlQuran. Sekelip mata je dia boleh terbakar dengan ayat2 suci ni.

“KAU DIAMMM! DIAMM!!”

Waktu ni Ana ibarat di ambang kem4tian.

Mula2 kaki Ana sejuk. Sejuk sesejuk2nya macam mayat!

“Walid, kaki Ana tak boleh gerak. Benda tu duduk kat hujung kaki.” Menagis2 Ana.

Bapak aku baca kat kaki dia. Kemudian benda tu naik ke peha dan perut Ana.

“Sakit Walid! Dia tekan perut Ana! Sakit!!!”

Kemudian dari perut, benda tu lari pula ke tangan, dada, kemudian terus behenti kat leher. Waktu ni la, berderai air mata kami sekeluarga.

Ana sebijik berhadapan sakaratulmaut. Suara dia. Ah. Kalau aku nak kenang semula, aku harap benda tu semua hanyalah mimpi! Hanya dalam movie semata!!

“Ana, syahadah Ana!” Ummi aku bisik kat telinga Ana dalam keadaan tersedu2.

“Yang!! Ana nak m4ti ni yang!! Badan dia sejuk sangat2 ni!!” Mak aku dah menjerit2.

Benda tu seolah2 tersangkut di leher Ana. Terjelir lidah Ana dalam keadaan mata ke atas.

“Syahadah Ana! Ingat Allah! Lawann! Kau kuat!” Aku cuba bagi semangat walaupun waktu tu suara aku pun tengelam timbul dalam esakan tangisan.

“Aku…. dahh… nak …. m4tii…. kee…..?”

Lagi berderai air mata keluarga kami saat Ana cakap mcmni. Dada dia berombak2 naik ke atas. Terangkat seolah2 nak dicabutkan nyawa.

Bapak aku tetap teruskan baca. Aku nampak, bapak aku lap air matanya. Tapi kali ni, harap2 inilah penamatnya! Kami dah puas menagis.

“Ashaduuu… allaaa… illaaa.. hailla… allah….” Ana cakap terketar2 dan nafas dia terus naik setinggi2nya.

“Wa’ashaa du anna…. muhammadara….rasullullahhh..”

Elok Ana baca syahadah terakhir, terus badan dia terhempas sekuat2nya. Tapi waktu ni aku dah ampu siap2 belakang dia. Segala bantal aku dah sumbat kat bawah.

Sekali lagi rumah aku berangin sekuat2nya. Nasib baik tak roboh pintu kayu rumah aku tu.

.

“Ana! Bukak mata nak.” Sayu suara bapak aku kejutkan Ana.

Ana still terbaring kaku.

“Ana, kuatkan semangat nak. Bukak mata. Benda tu dah takde dah. Dia tak kacau lagi.”

Slow2 aku nampak mata Ana terbuka.

“Ana dah m4ti ke?” Ni soalan pertama terkeluar dari mulut dia selepas setengah jam kitorang tunggu dia bukak mata.

“Kalau m4ti, takdenya aku depan kau!” Eh bengang lak kite. Ingat dah alam lain ke? Kalau dah alam lain, ape jadahnya aku ada sekali. Aku belum kawin lagi ok..

“Arghh. Badan Ana sakit. Semua tak larat nak angkat. Walid, Ana dah tak sanggup. Ana dah tak kuat!” Menagis2 Ana. Tangan dan kaki dia semua takleh angkat waktu tu. Ape taknya. Waktu dia tak sedar, banyak sangat tenaga dah terguna.

“Dah settle. Benda ni tak akan datang lagi! Dia dah pergi kat tuan dia.” Jawab bapak aku.

Waktu ni, aku harap sangat, ini betul2 penamatnya. Bagi kami sedikit cahaya kegembiraan, Ya Allah!

.

Alhamdulillah, inilah kali terakhir peristiwa paling teruk yang pernah kami hadapi. Ana, Bella, dan Cici sembuh sepenuhnya.

Bella mimpi lagi bertemu dgn orang tua berjubah putih.

“Ummi, orang tua tu kata, benda tu dah maafkan kita.”

Ini pun mimpi terakhir Bella. Dia dah tak pernah mimpi bertemu dgn orang tua tersebut.

.

Setiap hari lepas solat jemaah, kami akan sama2 berkumpul baca ayat2 syifa. Kami sediakan air baldi untuk mandi dan air botol untuk minum dan selawat kepala.

Hari2 aku mandikan Ana. Sedih! 1 badan Ana penuh kesan biru2 mcm orang belasah.

Aku yang jadi assistant temankan dia mandi, makan, solat.

Cermin rumah aku waktu tu masih bertutup dengan kain putih. Sebab Ana tak boleh nak tengok cermin langsung. Dia takut. Sebulan jugak la muka aku serabai mcm langsuir anak 3 sebab tak dapat nak makeup.

Tapi tak kisahlah. Janji dorang sembuh sepenuhnya. Cuma Ana, Bella dan Cici ni dah kena cop sebagai yang ada “sejarah”. Sekali benda ni pernah masuk, mmg mudah nak masuk kali kedua dan seterusnya.

Dorang mmg tak boleh pergi langsung tempat2 keras. Bila balik, mula la. Tp meracau2 cmtu je. Takde teruk sangat mcm yang aku cerita ni.

.

Alhamdulillah. Aku syukur sangat pada Allah. Kerana peristiwa ni lah yg membuatkan kami makin kuat berhadapan dgn dunia nyata. Yang penuh dgn hasad dengki manusia. Membuatkan kami makin banyak bersujud pada Allah. Mungkin dulu kami leka. Kami lalai dgn nikmat dunia dan kesenangan sampai kami lupa apa itu erti keperitan. Dan Allah bagi kami cash. Bukan sehari dua. Tapi bertahun2!

Cerita ni actually dah 10 tahun berlalu. Tp aku tulis 8 tahun sebab last tu waktu Ana pi tmpt bukan2.

Yang tak percaya, yang kutuk kata aku berangan, aku tak salahkan korang. Sebab aku akui cerita aku ni aku karang syok sendiri. Merapu sikit. Sb aku bukan nak jadi novelis. Saje nk enjoy. Ingat senang ke nak flashback kisah pahit yg menyakitkan?? Lagi2 benda2 cmni yg kalau boleh semua org taknak berulang lagi? So respect la. Taknak baca, its ok. Tp jgn menghukum.

Kau ingat, aku nak ke karang panjang2 cmni? Lagi2 aku mention “pasal family aku”? Baik aku letak nama family org lain kot. Buat apa aku jual nama family aku. Aku minta doa ke? Ni aku share. Tak pernah aku share kt sesiapa. Aku share lepas ramai tanya cmne aku cool hadap roomate psycho kt post aku sebelum tu. Tu aku terdetik nk share kisah lg dasyat setakat roomate pelik2 alam cmtu. (Kisah tu tak seram so aku tak tepek kt FS. Baca je kt page Kakak Sado)

.

Oh ya. Kawan Ana yg kata Ana gila tu, skg ni dia officially “gila”. Dah sah kat wad sakit jiwa. Kitorang dapat tau lepas 2 tahun Ana stop belajar dari situ. Kesian? Ya kesian. Allah bg cash kat dia kerana mulutnya

.

Jaga mulut. Jangan lancang.

Bahana tu bukan sekali tapi seumur hidup! Tiada penawar. Melainkan diri kau sendiri yang rawatnya kembali.

Ingat tu. Tak kena, cakap la puas2. Dah kena nanti, baru kau tau aku buat cerita ke atau kau punya cerita lagi dasyat dari cerita aku.

Thanks semua sudi layan #Kisah3Beradik ni. Maaf lagi sekali atas segala merapu raban aku ni. Aku just nak enjoy saat menulis tp tak sangka ramai pulak follow.

Dan kalau korang nak tau, banyak2 setan yg paling power, setan India. Dia paling kebal dan susah nak keluar.

Nasihat aku, jangan sesekali bg ruang benda ni masuk dlm badan korang. Jgn takut. Lawan dan lawan dgn kalimah ALLAH. Sekali dah masuk, org lain tak boleh tolong melainkan diri kau sendiri.

Ada sebab kenapa Allah pilih mereka sebagai mangsa dan aku menjadi saksi segalanya. Banyak kisah dlm hidup aku, dan Allah hanya pilih aku sebagai pemerhati dan penganalisis utk berfikir sahaja. Semuanya ada hikmah. Walaupun aku “adik” tp mak aku kata fikiran aku jauh lebih matang dari yg lain.

Kalau dulu mak aku amanahkan aku jadi anak yg ribakan kaki dia saat mandikan jenazah dia suatu hari nanti, tp harini mak aku kata dia minta “aku” yg ribakan kepala dia utk jiruskan air.

.

Terima kasih lagi sekali sebab sudi follow. Aku sendiri tak pernah bercerita hatta kat kawan baik sendiri. Tp harini aku cerita terlalu details utk korang masuk dlm penulisan aku supaya dpt rasai peristiwa genting waktu tu dulu. Walaupun dah bertahun berlalu, tp aku tetap ingat selamanya.

Kerana kisah ni laa penyebab utama family kami menjadi makin dekat dgn Allah dan pelajari ilmu agama.

.

So inilah sebab utama kenapa korang tak pernah nampak aku update bab2 terlalu menunjuk atau nak share personal life aku. Puas dah aku kongsikan kesedihan sepanjang hidup. Kali ni aku terpaksa kedekut dan tamak utk berkongsi kegembiraan di alam maya. Kerana tak semua yg tatap kegembiraan itu dengan pandangan yg senang. Boleh jadi yg melihat tu pandang dgn panahan mata syaitan.

Hati2lah saat berkongsi di alam maya. Kita taktau, siapa kawan dan siapa lawan di antara itu. Cukuplah kenangan hanya simpan di hati. Bukan di fb.

Jaga hati baik2. Sebab itulah tunjang utama diri kau. Jangan pernah sesekali bagi ruang atau tempat kepada syaitan laknatullah utk kawal hati kalian saat amarah melampaui akal fikiran.

Sabar. Sabar. Sabar. Dan yg pastinya pengakhiran itu jauh lebih indah dari apa kau jangkakan.

Manusia hanya mampu merancang. Allah yg menentukannya.

Terima kasih ya Allah. Atas kisah yg banyak menjadikan kami semakin kuat menghadapi dunia nyata yg penuh dengan hasad dengki manusia.

.

Doakan family aku. Moga2 kita dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah manusia berhati busuk. Aminn ya Rabbal Alaminn.

Wassalam
.
.
.
.
.
.
Jawapan kepada setiap persoalan korang:

Q : Siapa sebenarnya ibu bapa 3 beradik tu?

A : Actually bapak aku ni duda anak satu sebelum kawin dgn mak aku. Jadi abang aku tu anak bini pertama. Dan aku adalah anak keempat dari 6 adik beradik. So carilah, ada ke aku mention watak kakak2 aku. Fikir sikit je posisi siapa yang aku sembunyikan dan watak siapa lak yg aku tambah2 kan semata2 nak hide posisi watak utama tu. Fikir la. Kau akan ketemu jawapannya. (Maaf aku takleh reveal direct sb ramai kenal aku)

.

Q : kakak sado nk tye knp mst time bfday kakak sado 29 Jun knp bkn mase bfday adek bradek yg lain ke??ataukah mgkin sbb kakak sado org yg paling kepochi tahap cicak lekat kt dinding maka tarikh tu d pilih?mohon pencerahan

A: Kenapa benda ni terjadi pd setiap hari jadi aku? Hmm. Sampai sekarang aku pun taktau. Tp aku mmg tak berapa enjoy dah nak celebrate birthday aku. Bertahun2 air mata aku ni sebagai peneman setiap kali menjelang 29jun, kau rasa mood aku tu ada ke nak enjoy utk tahun2 seterusnya? Tak wish pun aku sikit tak kecik hati.

.

Q : Pernah tak mereka diganggu semasa bln ramadhan…
A : Benda ni tak pernah berlaku time Ramadhan. Kalau ada pun, maybe dibuat2 sebab 3 beradik ni malas nk puasa kot.

.

Q : Tak saman ka pihak kolej ana tu.. senang2 ja bawak p hospital gila tanpa tanya pihak waris.

A : Ana ni budak perubatan. Dorang ada kontrak. Segala apa yg berlaku adalah di bawah jagaan pihak sana. Aku tak sure kontrak apa. Tp waktu bapak aku nak saman, org tu siap tunjuk fail perjanjian. Sebab tu dorang lak nak saman ktorg sb Ana behenti cmtu je.

Q : Masa kakak sado tenangkn dorg msa kena tu, baca surah apa? Nk tau gak..

A : Jujur aku cakap, aku baca ayat Kursi je. 1 je aku nak cakap, kalau kau amal dan yakin dengan bismillah, inshaaAllah ayat tu jadi pendinding yg kuat dlm hidup kau. Cuma masalah org kita ni, nak tau ayat canggih2. Tp tak amalkan. Bila kena, baru terkapau2. Kau ingat benda tu takut ke? Sebab tu benda tu mengejek2 kat org2 yg baca2 kat dia.

Aku amalkan setiap kali lepas solat, keluar rumah, sebelum tido. Ingat aku main2 ke baca. Nanti la aku share kat next posting amalan yg simple tp inshaaAllah kalau diamalkan, boleh jadi pendinding kuat dalam diri.

.

Q : apa perkembangan terkini 3 beradik? sudah sembuh atau masih diganggu? sudah berkahwin atau tidak

A : 3 beradik ni alhamdulillah sihat. Dah kawin ada anak dah masing2. Cuma nasib baik dorang dpt suami memahami. Asal pi tempat keras je, confirm tumbang. Tp suami dia pandai2 la handle. Kalau teruk sangat, baru dorang mai sini.

.

Q : Knp ana bila kena gangguan jenis tamil?
Kakak sado ada menang tak dalam pertandingan lumba lari?
Rambut yg berterabur tu rambut sapa?

A : sebab setan Tamil paling kuat dan degil. Aku taktau sape hantar. Tp dia hantar mmg paling power punya.

-mana ada aku masuk pertandingan. Aku saje je serabutkan penulisan ni dgn watak aku. Rambut tu, entah rambut sape ntah. Kalau aku tau, aku dah pi jual.

.

Q : Berita apa yg adik beradik tu sampaikan ke kawan2 skola smpai dorang kata dia dh m4ti? Betulke setan tu yg anta kan msg kat fon kwn2 dorang?

A : wallahua’alam. Aku tak tambah2 cerita. Tp depan mata dua2 telefon dorang dail satu sama lain. Dan kawan2 dorang mmg dpt msg kata 3 beradik ni dah arwah. Tu aku taktau. Dulu bolehlah aku kata cerita menipu. Tp dah jadi dpn mata, baru aku tau tahap kecanggihan setan ni dlm bidang IT.

.

Q : selain amalan Bismillahilazi, berwudhuk sentiasa boleh tak share apa lagi yg kakak sado amalkan utk pendinding diri?

A : nanti aku share kt next posting.

.

Q : Kt mne kakak sado brubat adik brdik?hdp lgi x ustaz asharie tu?blh bgthu x kt mne ustaz tu?

A : Last dgn ustaz asharie tu la. Alhamdulillah mmg ok. Ustaz tu dah tua sgt2. Aku taktau la dia still ubatkan org ke tak.

.

Q : Wktu ana baru diambil dr kolej slps dimasukkn ke hospital jiwa,Ana trus diberhentikan oleh bapa KS kn..smpi rumah dia lupa pd semua org..mcm mna dia ingt balik..sewaktu dia lupa,dia xmeronta2 ke?

A : Tak. Dia cuma mcm org gila. Terpaksa la ktorg refresh memory dia. Tp dia mmg dah lupa terus kawan2 dia.

.

Q : Siapa sebenarnya musibat yg kacau 3bradik tu??n kenapa dowang asyik salahkan walid kakak sado??motif nya kenapa??

A : Kan aku dah cakap, dalam badan Ana ada 7 jin yg dah betapa. Yang hantar2 tu, kami sendiri taktau siapa. Tapi kami taknak menuduh. Maybe waktu tu, bapak aku pun boleh tahan power kt tempat kerja dia. Dengan kelantangan suara dia bila bercakap lg. So no wonder la mmg ada yg iri hati.

Tapi, bapak aku akui, semua ni adalah silap dia. Hal org tuju2, dia taknak amik tau. Tp salah 1 benda yg ada kat badan dorang ni datang dari sejarah lampau bapak aku. Nak aku cerita?

.

Q : Kenapa walid kakak sado je bleh sembuh kan 3beradik tu? Kenapa bukan ustaz asharie yg dimimpi bella..

A : sebab bapak aku yang mulakan dulu. Dia yang kena tamatkan sendiri. Bukan orang lain.

.

Nota kaki : Nak tahu kisah apa salah bapak aku sebenarnya?

Yang ikhlas menaip;
#KakakSado

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

77 thoughts on “Kisah Tiga Beradik- Bahagian 4 (Akhir)”

  1. Kalo berkesempatan dan sedia nk berkongsi..apa salahnya..nak tahu juga pasal bapak tu..apa pun terima kasih sbb masih berkongsi kisah 3 beradik ni sampai habis..doakan yang terbaik.moga sihat sentiasa dan dijauhkan dari segala keburukan.aamiin..

    Reply
    • Kau takde fb ke beb? Aku submit sambungan ni pun sebab kesian dak2 yang takde fb.

      Kalau ikutkan, aku malas dah. Org kecam cerita2 merapu mcmni

      Reply
      • Pedulik kan la org yg kecam tuh ..
        Ambil kisah kat kami yg xdak fb ni haa..
        Hati kena sado.. org yg xdak kat tmpt ang x kn phm.. sedap jer ckp kisah ni x benar la.. haishh.. ikut kn jari.. nk jer ku duku..
        Hehehh.. kalo asyik kecam jek.. xlme lgi FS ni akan tenggelam.. sebb org syiok2 nk share citer jd patah somangat..

        Reply
        • Oo tak. Maksud aku, aku takut org marah kalau asyik penulis sama je. Kang kesian cerita org lain tak approve gara2 cerita bwrsambung mcmni.

          Nanti dikatanye admin FS pilih bulu pulak.

          Btw, aku terharu tgk nama kau. 😉

          Reply
          • Pilih buluuu?????ahahaha..
            Xyah pk la pasal org marah.. kalau kau tak share.. tak ramai org akn tau tipu daya muslihat syaitonirojim ni.. nmpk x syaiton tu pndai mengunakn IT.. kena kt org yg xpercaya ni kn.. hmm.. malehh la awok nk kabo..
            Btw seronok der mber cm kau ni.. terhibur sikit la dgn jln cerita kau.. xde seram manjang..

            Sajer nk gthu..
            (Kak yulie and kakakiut)
            Den sllu stalker komen hakak..? gengster n penghibur FS.

          • Aiikkk…???!!
            Leh plak terselit name akk ekk…??
            Akk xdelah gangster sgt dik…
            Akk KAKLONG KAWASAN jer…
            Hahahahahah…

          • Beb.. cepat buat sambungan erk.. trtnye2 sgt ni.. ape kesilapan lampau ayah kau..
            Kau tak sambung.. aku nangis goling2 kang… haaaa….

            #kak yulie..suke tgk2 komen akk.. kalo bace komen de yg caci maki tu ase bengganggg jerk.. skli kalo tgk komen hakak.. ilang bonggang skjap.. hahahaha..

          • Bace sekali ilang bongang sekejap…
            Klu ko layan akk berkali2 mau bongang lelamooo…
            Tp xpo laie bongang, jgn bangang udahler…
            Hahahahahha…

    • Abg tu abg tiri…
      Kiranya mase bapak KS kawen dgn mak KS tu, bapaknye duda ank satu…
      Pastu lepas kawen dpt lg 6org anak…
      A+B+C+KS+adik+adik…

      Gigih x akk tlg jwbkan…???
      Hahahahaha…

      Reply
      • Jappp… kiter x leh nk hadam..
        ABC tu bukan adik2 angkat KS ke kak ??
        Urrmm… ehhh.. cmne nk pk erk.. ???

        Reply
      • Adik badik kandung…
        Sbb depa bertiga dok asrama/kolej soo time cuti sek jer ade kt umah…
        Adek badek kandung KS kan 6org…
        KS anak no.4…
        A+B+C+KS+adik+adik…

        Reply
  2. Kan. Bukan senang nak hadapi. Tahniah kak sebab kuat dan tabah. Orang yang tak pernah hadap memang akan kata kita buat cerita. Apa2 pon, seronok baca kisah akak. Tq

    Reply
  3. Hi kaka sado..
    Aku dah lama perhati ko ni..
    Aku x faham la, mula2 aku mcm salute sbb cete ko mmg best
    Tp lama2 aku naik muak ngan ko
    Ko ni mmg suka orang merayu2 and angkat2 ko eh..
    Ko mmg nak didambakan ke apa
    Orang baru kecam sket.. ko dah buat ayat sentap
    Kalau hati tu xtahan dgn teguran, g dok diam2 sana
    Grow up la wey.. pelik aku nama kakak sado.. ko tukar je la nama ko kakak sentap
    Sikit2 nak sentap mintak orang pujuk
    Lpastu buat ayat disclaimer konon2 ramai orang kecam
    Ko mmg nak raih simpati eh

    Reply
    • Masalahnya aku tak faham sangat dgn page FS ni. Boleh ke up 2 3 kali cerita kat sini? Tu aku tepek sederap 5 part kt intro. Tiba2 orang kata panjang mcm novel. Jadi malaih la aku nak sambung kt sini.

      Btw, mana ada sesiapa pujuk aku? org sikit tak heran dgn aku. Mungkin kau terlebih memerhati ? thanks ya atas komen concern kau. Aku hargainya 🙂

      Reply
      • Oh lupa. Terima kasih sebab puji cerita aku.

        Aku faham nape kau marah. Just cool k. Hidup jangan stress sangat. Pecah kepala hotak kau nanti 😉

        Reply
          • Yela2. Demi kau dan Stiletto ni, nanti aku tepek sini ye.

            Stiletto, aku tau kau bukan marah. Tp kau bengang sb aku kata taknak tepek sini tp kau pulak takde fb ye?

            Kalau kau ada fb, follow la page aku. Kat sana aku rajin balas komen2. Kt sini jarang aku nk tgk komen.

            Aku suka komen kau sb berjaya raih simpati aku utk reply 🙂 teruskan memerhati aku. Baru kau kenal aku mcm mana

    • Kawal amarah diri, sebaiknya elakkan diri daripada komen perkara yang negatif dan mencaci maki.Bukankah di dalam Al-Quran dan hadis telah menjelaskan banyak perkara mengenai larangan untuk menyakiti hati orang lain?.Dan perbuatan saudara/saudari mungkin akan menyakiti hati penulis.Saya berharap agar saudara/saudari tidak menjadikan perilaku ini sebagai kebiasaan.Berusahalah untuk elakkan diri daripada melakukannya.:)

      Assalamualaikum

      Reply
      • Bukan semua orang akan berpandukan Quran..dah terang nyata.. menyakit kan hati serta mencaci maki itu salah,,Tp dek kerana ego ingin kepuasan hati.. nak semua cerita good2 jer.. cmni la jdnye..
        1 lgi.. mematahkn semangat orang pun salah..

        Wa’alaikumussalam..

        Reply
      • Mane yg kite dapat cegah tu.. kena cegah erk.. kite tegur.. sbb kite baca komen2 negatif.. kelak esok kite d persoal kan.. bile ade sedikit teguran.. terlepas jgk kite nnty.. terpulang pada mereka2 yg kimen negatif.. terima atau tak.. itu hati mereka..

        Reply
    • Perasaan ko sama dgn aku..
      Citer best..sadis sgt klau kene kt family
      Tp penulis ks ni kene lebeh tenang kalau kene kecam..means jgn balas dgn ayat sentapan/perlian
      Tp aku husnudzan je..penulis ks xada niat nak sentap2kan org..memang cara cakap mcm tu, so kita2 pun kene tenang jela.. just enjoy baca story dia mcm dia cakap.. nway kak sado.. teruskan tulis.. i suka baca

      Reply
  4. Sedih sgt kisah 3 beradik ni. Dpt rasa keperitan yg d alamai tu mcm mn. Kalo kak sado tak kisah, kitorang pun nak tau gak kisah lampau tu (busy body kjap) hahahaha.. Will waiting your next post. Peace.

    Reply
  5. Best lah cite kakak sado nie..tp paling seram tu part one lah..lagi² baca tu smlm..part 2 sampai 4 (last) sambung pagi nie sampai abis..
    Dahsyat btul hantu² tu kacau kluarga kakak sado..

    Reply
  6. Cita best walau sedih..mmg setan jin suka kacau org lemah smgt dan takut dgn org berani..maaf ckp setan #$&*@ yg kakak sado ckp tu power sebab keturunan ifrit mmg sanggup membunuh dan degil..tgh hari buta pun mrk kacau org..tp kalau kita kuat smgt mmg mrk x berani..ifrit juga canggih teknologi..tu x hairan mrk leh guna phone manusia utk calling2

    Reply
    • Tak paham…mcm mane 2?pening2..ape yg d’hide kan kakak sado ni?aku jd semakin nk tau plak cte ko kak…jgn bg aku pening kak.dah la aku mlas pikir

      Reply
    • Abg tu abg tiri…
      Kiranya mase bapak KS kawen dgn mak KS tu, bapaknye duda ank satu…
      Pastu lepas kawen dpt lg 6org anak…
      A+B+C+KS+adik+adik…

      Reply
  7. Salam Kak Sado. Allahu sedihnya baca kisah keluarga kau ni kalau aku kat tempat kau aku tak pasti aku boleh kuatkan semangat ataupun tidak. kau boleh lagi nak buat lawak masa karang pasal family kau ni kan kalau aku lah mahu menangis masa mengarang ni. apapun harap semua dijauhi dari busuk hati manusia dan semoga dilindungi Allah sentiasa.

    Reply
  8. Aslmlkm wbt.semoga sis Ta aka kak sado dan famili sihat ceria dan dalam Rahmat Perlindungan Allah swt selamanya.Alhamdulillah ketiga beradik dah sembuh.mohon sis Ta sambung ye story mory selepas ni, surah amalan pendinding diri dan kisah bapa sis Ta.tak sabo nak baca nect story.jangan serik ye.

    Reply
  9. Salam KS. Nanti post next story ya. Pasal kecaman, buat tak tahulah. Entah kenapa benda-benda macam ni pun ada je yang tak puas hati. Ramai lagi nak baca kisah KS. Lantakkan jekla dorang tu KS. Thanx for share.

    Reply
  10. 10/10
    teruskan berkarya kak..
    aku tggu crita next pasal bapak kakak..
    abaikan yg pengecam2 x bwajah tu. hanya berani d sebalik nama palsu jew hehe

    Reply
  11. Soalan pertama 2 aku tak paham kakak sado…tlg explain kasi dtail…aku da pening2 lalat da ni pk cite ko…cte kau mmg best,aku suka cte2 pnjg ni tp kau buat soalan trivia 2 yg trus mgrain dtg…boley jd stress ni kak…

    Reply
      • Bapak dia duda ank 1.

        KS anak ke4 dari 6 adk beradik. (Anak antra walid dgn umi KS la)

        Tp dlm cerita, die sikit xcite mne kakak2 dia. Asik mention “adik2”. Mane gi akk2 die?

        Pastu kt intro, dia ade kata “olah 1 posisi dan tambah 1 watak utk hide watak utama”.

        Jd, posisi yg die ubah ialah posisi abc which is die jd ank org lain. Dan wtk tmbhn yg tak wujud ialah mak bapak abc.

        Nama “Selamat” tu juz nk kukuhkn wtk yg xwujud tu.

        Konklusi aku ialah ini cite kakak2 dia which is family die sndiri tp die hide sb dlu die pnh tlis kt personal fb die.so rmi tau.followers die ramai.

        Sory klu slh.tp aku follow fb die.

        Reply
        • Owhh..baru paham..??
          Aku ada facebook..tp malas mau baca kat sana..?
          Alang² kat FS..layan smua cite hantu..kat Facebook pula x pasal² kena layan komen “hantu”..?

          Reply
  12. dear Kakak Sado,

    Saya macam boleh merasai lelah jiwa raga yang KS lalui sepanjang rumah diserang sebegitu rupa.

    Saya adalah penulis “pengakuan dari yang merasuk”

    Betapa kecohnya sekolah ketika itu..
    Kita duk jaga yang dah kena di surau, yang kat kelas mula mengamuk.
    Dan yes, mereka bagaikan pergi charge energy di tandas.

    Bila dah ok, sibuk kata nak kencing la, nak muntah la… Sampai di tandas, x kencing pun, keluar je tandas, mula merasuk balik.

    Reply
  13. To kakak sado. Saya bace semua komen2 kat sini.kakak sado pun duk tanye boleh ke post cite banyak2 kat sini. Mungkin akak baru folloe fs. Tp utk pengetahuan akak sebelum ni dah ramai pembaca yg hantar penulisan dorang kat sini bnyk2 post n episod. Contohnya si celupar, detektif d9,kucing kelabu n ramai lagi. Ade yg sampai berbelas episod. So rasenya xde hal akak nk sambung cite banyak2 lagi pun.kiteorang lagi suka. Sebab akak cite best walaupun kdg bila merapu tu sampai kelaut Mediterranean. Saya sendiri pun banyak pengalaman ahli keluarga disihir ni.tp mlslah nk cite sb xpandai sgt nk menulis. So xpelik dgn ape yg diceritakan tp kagum dgn keluarga akak yg cukup tabah hadapi ujian tersebut.Cite akak ni saya khatam dari part 1 sampai akhir hari ni jugak.
    Ape lagi aku nk bebel ni..ummm….
    Senang cite mohon sambung part pasal walid n history tu pulak. I’m waiting tau…

    Reply
  14. haha baru tahu ke benda2 ni tahu pasal IT. sbnrnya benda ni lah paling pakar bab IT bab Hacked semua.
    ku pernah alami sampai skrg masih.
    Kak sado keep it up, wlupun KS bjaya buat saya keliru,frust menonggeng nk thu jwpan
    first ckp ank angkat..rupanya just nk cover.
    btw thanks sebab sudi share your story, best sngt plus sedih.

    Reply
  15. Terbaek…
    Keep it up. Will read your next chapter – pasal ayah kakak sado.

    Pasal komen-komen yang “membina minda” tu, abaikan aja. Mereka pun penulis yg kreatif…

    He he he

    Reply
  16. Tengah-tengah syok baca, sampai kat part “Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan ALLAH)”, rasa nak menangis. Macam mana susah, senang dugaan pon kita tetap milikNya.

    Reply
  17. Yaa, betul tu, dalam banyak² hantu, hantu India paling susah nak diubati.. Penulisan not bad la, best.. Ada jalan penceritaan.. Rasanya yg pasal lubang pada diri tu boleh berubat, ada cara nak tutup lubang(laluan) makhluk halus tu..

    Reply
  18. Meiyo taknak komen panjang.. Nak kasi bintang je sebab cerita awesome sangat tak kelaut.. Kalau kelaut meiyo kasi ikan..
    Nah lima ⭐⭐⭐⭐⭐

    Reply
  19. Assalamualaikum. Huishhh wlaupon panjng berjela, tpi snggup baca dekt sejam lebih.. Mula² tu rse mcm annoying gak sbb dok citrr pasl diri sendiri, pastu dh mula fhm jalan cerita nie and mmng best. Alhamdulillah dh selesai masalah tu..

    Reply
  20. Aku menghabiskan cerita ni dari asar sampai isyak asal2 bab seram jer asyik nak gi tandas solat magrib pun suruh kakak aku teman sebab bagaikan aku dalam situasi tersebut….best la cerita ni thx for share dalam banyak2 cite yang aku baca kat FS ni cite ni paling buat aku takut nk ke tandas maklumlah baca malam2🤣

    Reply

Leave a Comment