Assalamualaikum w.b.t.
Diucapkan kepada semua pembaca, juri serta pengkritik tegar FS ni. Terima kasih pada admin kerana menyiarkan kisah aku ni. Kisah yang aku kongsikan ni berlaku pada tahun lepas. Nama aku jep. Kalau sebelum ni aku jadi pembaca je dalam FS ni , tapi kali ni aku kongsikan kisah yang terjadi pada aku untuk santapan korang semua. Maaf kalau kisah ini tak menepati KPI seram yang korang ingin kan. Harap korang enjoy lah dengan cerita aku ni
Kisah ni berlaku pada tahun lepas kebetulan pulak hari tu hari khamis malam jumaat. Memang biasa hari khamis ni aku akan balik awal pukul 3.30 petang. Lebih kurang jam 3.00 tu aku dapat 1 panggilan daripada kakak aku. Dia nak suruh aku ambil dia kat rumah lah lepas balik kerja sebab dia kata nak balik untuk berubat cara kampung. Kakak aku ni ada masalah batuk yang teruk kadang sampai keluar darah tapi bila Tanya sakit ke masa batuk dia kata takde la pulak. Dah hantar pergi hospital pun, doktor kata takde sakit apa-apa jadi dia sarankan cuba berubat cara kampung mungkin ada kisah disebaliknya. Mula aku pelik juga sebab Kakak aku ni dia memang tak pernah lah telefon opis aku kalau nak minta tolong biasanya dia akan mesej je. Tu pun aku akan baca lepas aku keluar dari opis,sebab aku akan matikan telefon time kerja. Jadi balik kerja je aku terus pergi rumah kakak aku lah untuk ambil dia bawa balik rumah mak aku.
Masa aku sampai rumah dia tu aku rasa lain sangat lah, tengok dari luar pun suram je suasana dia. Aku ada juga Tanya kenapa rumah dia Nampak macam lain , dia Cuma kata jangan Tanya lebih lepas berubat dia akan cerita. Akak aku suruh masuk dulu sebab dia belum siap kemas barang kebetulan pulak aku belum makan tenghari ni jadi sambil tunggu dia siap boleh lah aku makan dulu. Bila aku pergi dapur nak basuh tangan aku rasa macam ada benda perhatikan aku dari bilik belakang. Meremang juga lah bulu roma aku bila kene macam tu tapi aku pikir yang baik-baik aje yelah siang hari kan takkan lah benda tu nak munculkan diri agak mustahil lah. Bila dah siap semua kemas aku pun dah siap makan kami terus lah gerak balik masa tu lebih kurang 6.30 petang la. Sepanjang perjalanan kami kurang lah borak sebab dia asyik batuk je, kesian pulak aku tengok. Cuma yang buat aku jadi seram dia kata dia selalu rasa macam ada benda perhatikan dia dalam rumah tu. Bila aku Tanya kat mana jadi dia bagitau kat bilik belakang. Memang sah lah apa yang aku rasa kat rumah dia tadi tapi aku diam-diam saje malas nak pikir panjang.
Akhirnya sampai juga lah kat rumah mak aku,kali ni aku rasa macam perjalanan tu jauh sangat kereta pun rasa berat je. Macam biasa aku terus berfikiran positif , mungkin aku penat kerja kot tu yang rasa jauh perjalanan. Keluar je dari kereta tiba-tiba aku tercium bau kemenyan aku terus Tanya dengan akak aku ni
Aku : eh ada cium bau apa-apa tak kak?
Akak : kau ni dah lupa mak pesan ke jangan ditegur kalau cium bau-bau pelik
Aku : alah orang Tanya je takkan salah
Akak : salah tu tidak tapi masa tu tak kene..kau tau kan malam ni malam apa?
Baru aku teringat malam tu malam jumaat tanpa berlengah aku terus masuk rumah dengan muka tak bersalah. Masuk je rumah orang tak ada orang tapi tv dibiarkan on je. Aku anggap itu normal lah sebab tu mak aku punya habit kalau dia masak kat dapur ke atau buat apa-apa kerja kat dapur tv kat depan dibiarkan on je macam tu walaupun tak ada orang tengok. Aku terus ke bilik air untuk amik wuduk sampai je kat bilik air pintu tertutup.aku pun Tanya la mak aku dalam bilik air ke jawapan yang aku dapat hanya “hmmmmmm”. Jadi aku terus ke depan lah tunggu mak aku keluar dari bilik air. Bila aku sampai je kat ruang tamu aku tengok mak aku ada borak ngan kak anne.
Aku : eh mak bila pulak keluar dari bilik air
Mak : bila masa mak ada dalam bilik air, mak baru balik dari kedai
Aku : tapi tadi orang panggil mak dalam bilik ada nyahut
Mak : lain kali kalau masuk rumah beri salam baca ayat kursi
Aku pun duduk lah sambil memikir kan sapa yang menyahut panggilan aku dalam bilik air. Hati aku dah mula berdebar bulu roma pun meremang2. Lepas isyak aku terus bawa kak anne pergi rumah ustaz untuk berubat. Sebelum keluar rumah mak aku ada pesan pada aku banyakkan baca ayat 3 kul dan ayat kursi kalau boleh jangan berenti untuk amalkan ayat tu. Dalam perjalanan aku tak banyak berborak dengan kak anne sebab batuk dia makin teruk aku pulak dah rasa mengantuk . sampai kat rumah ustaz aku pun ikut lah kak anne masuk, dalam tu memang ada 2 3 orang lagi tengah berubat jadi kene lah tunggu giliran ustaz tu ada pembantu iaitu isteri dia jadi kalau ada pesakit perempuan yang akan pegang isteri dia lah. Mata aku pun dah tak boleh nak kawal lagi jadi aku cakap dengan kak anne aku nak tido dalam kereta sebab ngantuk sangat kalau dah siap datang jela kejut aku kat kereta.
Dah dekat sejam juga lah aku dapat lelapkan mata aku terbangun sebab dengar pintu kereta ditutup aku tengok kak anne dah siap duduk dalam kereta, yang pelik dia duduk belakang bukan depan. Bila aku Tanya dah siap ke boleh balik dia Cuma jawap “hmmmmmm’. Jadi aku pun terus balik sebab dalam kepala aku nak sambung tido kat rumah je lagi selesa. Dekat 10 minit lebih kurang aku mandu telefon aku berdering tengok kat screen ada nama “kak anne”. Mula aku macam takde perasaan pelik ke apa mungkin telefon kak anne tinggal jadi mak aku guna untuk Tanya lah dah selesai berubat ke. Bila aku jawap panggilan tu macam nak tercabut jantung aku bila dengar suara tu adalah suara kak anne. Bila aku tengok cermin susuk tubuh yang aku sangka kak anne tu dah tak ada. Tanpa lengah aku buat u turn dengan badan yang menggigil aku kuatkan hati untuk patah balik amik kak anne. Aku tak tau apa ayat yang aku baca semua tunggang tebalik.
Sampai rumah ustaz terus panggil aku suruh aku bertenang dan dia bagi aku minum air yang dah dibaca ayat suci alquran untuk aku tenang. Muka aku jangan kata lah toreh dengan pisau pun belum tentu keluar darah. Menurut ustaz tu bukan aku saje pernah alami perkara macam ni orang lain yang datang berubat juga pernah alaminya. lepas aku dah cool down kami pun pulang kak anne yang drive, Cuma ustaz tu pesan sepanjang jalan balik baca ayat kursi. Pasang CD bacaan ayat2 suci alquran sepanjang jalan balik. Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku tak rasa apa-apa dan sebab aku tido huhuhu. Lepas peristiwa, tu aku demam seminggu.
sekian terima kasih itu sajalah yang dapat aku kongsikan. Kalau ada masa lagi aku akan share pengalaman seram aku di tempat kerja pulak
ape yg jd dgn kak Anne???
Entri lain saya akan cerita nak campur nant panjang saya share pengalaman saya dlu
citer nya macam tergantung.. mcm mana ustaz tu boleh tahu apa jd masa dalam kereta bagai tu ? huhu..
Sory tak perasan hal ni..smpai je kat rumah baru saya cerita apa yang terjadi pada ustaz tu..
Oklah, bestlah, tunggu juri bg keputusan,
Saya cube baru nak belajar..tq
Cite mcm tergantung la yunk.. ape yg terjadi kat kak anne? Ape sebnrnye yg ada kat uma dia? Nape dia asek terbatuk2 je? Ke nak wat series nie…. Hurrmmmm….
Bukan mcm tu kak saya akan cerita semua pasal akak saya dlm entri lain bila siap..panjang cerita nya
Rumah mak penulis pun mcm ada benda je? Tak buang ke?
Mcm2 usaha kami cube utk buang…. dah reda kejap datang yang lain pulak..masa ni pun baru lepas reda..moga2 xde yang lain
cerita awk ni best.
tapi cerita mcm tergantung?
teruskan usaha cerita sambungan akan datang ye…All the best.
6/10
awak jangan terasa hati dengan kata2 sy.
terlebih dahulu sy minta maaf.
no prob… chill je …aha bila baca balik mmg tergantung lah huhuh maaf ye saya cube perbaikki
Apa yang ada kat umah kak anne? Benda yang masuk dalam kete tu,dtg dari siapa punya? Punca kak anne batuk xbaik2 tu apa dia? hee….nak tahu je…
sabar ye tengah siapkan cerita dah 2 hari xleh buat sbb bila teringat hal tu seram….
6.5/10 seb baik aku baca komen yg kau x prasan crita tu gntung..kipidap
huhuhuhu sory2 mmg xperasan …. melalui komen pembaca baru tau cite tergantung…den cube perbaikki dalam entri kisah kak anne
Bgus2..truskan bekarya bro.. Nnt kita baca lg..