#KopiCeroi – Disihir Si Janda

Assalamualaikum semua warga FS. Firstly aku nak minta maaf sangat-sangat andai cerita aku yang lepas #KopiCeroi – Pengalaman Menginap Di Hotel telah menghampakan korang semua. Aku tak jangka juga ada orang follow cerita aku selama ni. Dan PEMBETULAN – aku bukan giler glamer or apa-apa jek yang seperti sorang hamba Allah ni katakan. So aku mohon maaf la. Aku pun manusia biasa, kadang ada salah silapnya. Terima kasih tak terhingga pada mereka-mereka yang terus support aku.

Masih ingat intro aku masa first dulu. “Kenalkan aku A dan aku boleh rasa kewujudan benda ni sejak family aku disihir 15 tahun yang lalu. Kisah yang aku akan ceritakan ni merupakan kisah yang betul-betul terjadi dalam family aku. Sebelum tu aku minta maaf la kalau cerita ni tak seram or tak menarik pada korang. So, let’s begin.”

Cerita kali ni aku akan ceritakan pasal keluarga aku disihir. Bukan semua yang aku akan cerita sebabnya ada certain benda aku perlu privasikan. Aku pun ada tanya pada ibu, tapi ibu tak nak cerita banyak sebabnya dia pun malas nak ingat peristiwa tu lagi. Jadi aku akan cerita apa yang aku ingat sebab perkara ni masih segar dalam ingatan aku biarpun dah berbelas tahun berlalu. Nama yang aku guna dalam cerita ni bukanlah nama sebenar dorang tapi untuk melancarkan jalan cerita aku. Sebelum aku mula, aku nak minta maaf la kalau cerita ni pun tak menarik ataupun lesu seperti sebelum-sebelumnya. So, let’s begin.

Aku mula pindah ke satu daerah SSU di Perak sejak aku darjah 2 kerana abah kena tukar ke sana. Sebelum ni aku duduk di Taiping. Pada mulanya, semuanya okey. Aku dapat jiran-jiran yang baik. Tapi tak sangka la pula baik tu ada makna. Kat daerah ni, aku duduk di kuarters kerajaan – ada Blok A dan Blok B. Masing-masing ada 4 tingkat. Abah pilih untuk duduk di tingkat 1 blok A. Setiap tingkat ada 4 buah rumah yang ditengahnya tangga.

Mula pada kanan korang
– rumah 1 – kosong (dalam beberapa bulan ada orang duduk)
– rumah 2 – Makcik Kiah aka Si Janda
– tangga
– rumah 3 – rumah aku
– rumah 4 – kosong (dah setahun baru ada yang duduk rumah ni)

Sekitar kawasan sini bagi aku okey la. Depan sana ada landasan keretapi, ada tanah lapang yang orang boleh bela ayam, bercucuk tanam. Garaj kereta yang duduk sebaris dimana warga blok A dan B kongsi bersama-sama. Depan sana betul-betul menghadap depan rumah aku ada sebatang pokok mempelam yang tua tapi masih berbuah. Belakang rumah aku tempat kerja abah dan anggota yang lain. So, abah akan pergi kerja sama ada jalan kaki takpun naik moto. Kereta tu jarang la tapi tengok keadaan.

Mula-mula family aku ni rapat dengan si janda ni. Yelah jiran. Lagipun kesian sebab dia besarkan anak-anak dia sendiri. Anak dia ada 2 orang – dua-dua lelaki. Yang first tu bisu – aku namakan Faizal, yang kedua tu normal – aku namakan Fadil. Jadi masa cuti sekolah jek si Faizal ni balik ke rumah sebab dia disekolahkan di sekolah khas di Ipoh. Aku boleh tahu kalau dia ada kat rumah or tak sebabnya waktu dia ada, mesti TV rumah dorang volumenya satu blok boleh dengar. Kuat kot. Then dia suka main volume TV tu. Kejap kuat kejap perlahan.

Bila umur aku masuk 10 tahun, barulah kejadian sihir menyihir ni terjadi. Adalah beberapa gangguan yang terjadi. Jadi aku akan cerita satu persatu.

1 – GODAAN SI JANDA, MAKCIK KIAH

Ibu dengan abah selalu la lepak-lepak kat koridor depan rumah aku ni. Ada la kerusi dua biji depan rumah aku ni – satu kerusi kayu satu lagi kerusi plastik. Ni kira aktiviti wajib ibu dengan abah aku la. Tak pun dorang naik moto pergi minum-minum ke pekena laksa ke. Macam tu la. Aku dengan adik-adik pula sibuk pergi main rounders la galah panjang la bola la macam-macam la.

Satu petang ni, ibu abah lepak kat rumah jek. Aku tengah siap-siap nak pergi main. Makcik Kiah ni datang la menyibuk nak sembang sama. Yang aku geramnya, pakaian dia tu. Boleh pula dia pakai singlet dan legging warna coklat ikut warna kulit tu. Dari jauh memang nampak macam tak pakai apa-apa. Bila dah dekat baru nampak dia pakai singlet dengan legging. Pakaian dalam yang atas tu macam pakai tak pakai jek. Dengan rambut kusut masai sebab baru balik kerja. Sabar jek la tengoknya. Abah pun terus turun, start motor, then pergi sembang dengan kawan dia. Ingat cara tu boleh cairkan hati abah kot.

Untuk pengetahuan korang, Makcik Kiah ni dalam umur 44 45 macam tu. Kulit dia pun dah tak lawa. Rambut tak terurus. Kalau korang tengok mesti tak berkenan. Kalau berkenan tu, something wrong la.

2 – MENGINTAI

Kejadian ni berlaku waktu tengahari. Ibu abah tengah tidur kat bilik. Aku dengan adik-adik tengah tengok TV. Tiba-tiba si Makcik Kiah ni datang,

Makcik Kiah: Assalamualaikum..
Aku: Waalaikumsalam.. (sambil bukakan pintu)
Makcik Kiah: Makcik nak pinjam kapur makan.. Ada tak??
Aku: Tak tahulah.
Makcik Kiah: Ibu ada tak??
Aku: Ibu dengan abah tidur..
Makcik Kiah: Takpelah.. Makcik ambil sendiri..

Tanpa dijemput dia pun masuk ke dalam rumah. Sebelum nak sampai dapur, mesti kena lalu depan bilik aku dan bilik ibu abah. Tiba jek depan pintu bilik ibu abah, dia berhenti dan mengintai-ngintai dalam bilik. Masa ni pintu bilik ni terbuka separuh. Aku pelik la, kenapa makcik ni. Aku terus pergi kat dia. Dia terkejut terus pergi dapur. Geledah dapur sana sini. Akhirnya jumpa kapur makan tu. Bila dia nak balik, waktu sampai depan bilik mesti kepala dia terjengah-jengah kat depan bilik ibu abah tu.

Motifnya aku tak tahu. Memang tak malu betul. Masuk rumah orang tiba-tiba, terjengah-jengah, geledah rumah orang. Entah apa terdesak sangat nak guna kapur tu pun tak tahu la.

3 – JELMAAN

Yang ni ibu yang cerita waktu kitorang sembang-sembang dulu. Masa ni ibu aku surirumah. Jadi lepas aku dan adik-adik pergi sekolah, abah pula pergi kerja, ibu pun kemas-kemas rumah. Si Makcik Kiah ni memang awal-awal pagi dah keluar pergi kerja. Macam mana tahu dia dah pergi kerja?? Dia akan pergi kerja naik kereta. Bila start enjin kereta, bunyi tu lain macam sikit. Kebetulan waktu ni tak ramai yang mampu pakai kereta lagi. Jadi aku boleh detect la kereta siapa yang bunyi waktu tu lagi-lagi bunyi kereta dia. Kiranya awal-awal pagi tu memang dah bunyi enjin kereta dia. Dan of course la bila dah pergi kerja, mesti la kereta dia tak ada kat garaj.

Pagi tu ibu tengah sapu-sapu sampah kat koridor rumah aku. Then ibu nampak dia tengah sapu sampah kat depan pintu rumah dia sedangkan waktu tu dia memang tak ada kat rumah. Kereta pun tak ada. Okey andai kata la dia balik rumah jalan kaki kejap, mesti boleh detect punya sebab dia pakai kasut tumit tinggi. Jadi memang boleh cam la kalau dia balik.

Aku yakin penghuni blok tu boleh tahu siapa yang lalu kat tangga tu tanpa tengok. Contoh, ada seorang pakcik ni, mesti berdehem atau batuk masa turun atau naik tangga. Kalau ada abang ni turun, mesti minyak wangi dia bau semerbak sampai dalam rumah. Kalau Makcik Kiah ni pulak, mesti bunyi kasut dia tak pun kereta dia. Dan beberapa lagi.

Masa kejadian ni pun dia menyapu sambil berpaling. Ibu pun pelik la. Awal betul dia balik rumah siap kemas rumah. Tak kerja ke?? Kereta tak ada. Tanda-tanda dia balik pun tak ada. So, siapa yang tengah menyapu tu??

4 – SIAPA KAT RUMAH??

Rumah dia ni kadang-kadang agak misteri. Macam ada penghuni lain. Kadang-kadang dengar TV terbuka sendiri sedangkan kat rumah dia tak ada sesiapa. Volume tu memang kuat la macam si Faizal tu ada. Lepas tu macam ada orang main volume TV tu. Kejap kuat kejap perlahan. Sebijik macam anak dia si Faizal tu buat waktu dia kat rumah. Tapi si Faizal tu mana ada kat rumah. Si Fadil tu kalau ada kat rumah pun mesti bising dengan suara kawan-kawan dia. Si Makcik Kiah ni tak ada kat rumah sebab kereta dia pun tak ada. Kalau ada pun dia bukan buka TV kuat-kuat macam tu. Siapa kat rumah dia yang rajin sangat tengok TV tu??? Aku sendiri tak ada jawapannya.

**P/S : Faizal – anak dia yang bisu, Fadil anak kedua ni. Aku bagitahu, kot-kot korang lupa.

5 – GANGGUAN 1

Gangguan ni terjadi pada aku sendiri. Family aku yang lain tak tahu la pula. Rumah aku ni kecil jek. So rumah tu memang sempit. Kiranya bila buka jek pintu utama, terus nampak meja makan. Ada satu kerusi betul-betul depan pintu bilik aku. Malam tu aku tidur lewat sebab tengah buat homework english aku. Teacher aku ni suruh highlight perkataan yang tak tahu then cari maksud. Waktu ni aku rasa semua benda aku tak tahu. Jadi banyak la perkataan yang aku highlight. Tapi tak ada la teruk sangat sampai I you fish cat dog semua tak tahu.

Aku duduk kat kerusi yang betul-betul depan bilik aku tu. Adik-adik dah masuk tidur. Aku dan adik-adik tidur kat ruang tamu. Jadi bilik ni tak ada orang dan gelap gelita. Sesekali aku rasa macam ada yang memerhati dari dalam bilik tu. Tapi aku gagahkan juga belek kamus aku sebab tak nak kena denda dengan teacher esok pagi. Teacher aku garang kot. Belek punya belek tiba-tiba

“Pappp”

Bunyi macam buku jatuh. Aku jengah kepala tengok dalam bilik. Rasa seram tu mula datang, aku terus lari masuk tidur. Pagi tu, aku nak kemas-kemas beg aku. Aku tengok buku Yasin yang dalam beg sekolah aku tu ada kat lantai sedangkan zip beg aku tu tertutup. Aku check balik, memang betul tu Yasin yang ada dalam beg aku. Jantung aku tak payah cakap la. Berdegup sakan. Pelik kot.

Kenapa aku bawa Yasin pergi sekolah?? Waktu ni sekolah aku adakan bacaan Yasin setiap hari sebab nak exam kot. Persoalannya, siapa yang pandai-pandai campak Yasin aku kat lantai?? Yang pasti, aku dan kawan-kawan yang lain kena denda sebab tak siap kerja sekolah.

6 – GANGGUAN 2

Masih ingat cerita aku kat bahagian atas yang depan rumah aku ada 2 kerusi – kerusi kayu dengan kerusi plastik. Haritu abah kena kerja malam. Jadi ibu akan tidur sama-sama dengan kitorang kat ruang tamu. Pukul 2 lebih aku terjaga. Golek sana golek sini, mata aku still tak boleh lelap. Aku pun bangun duduk bersila mengadap tingkap.

“Tokkk tokkk”

Bunyi macam ada something ketuk kerusi kayu depan rumah. Aku diam membatu.

“Tokk tokkk tokkk”

Bunyi lagi ketukan tu. Aku pandang sekeliling. Tiba-tiba ada bayang kat tingkap rumah aku. Langsir rumah aku ni jenis jarang, so memang jelas nampak bentuk benda tu. Ada dua benda yang duduk kat tingkap tu. Satu perempuan tinggi dengan buat tangan nak cekik tapi angkat ke atas (harap korang faham la) dan satu lagi lelaki badan besar giler. Aku renung la. Sebab tak pernah aku nampak benda macam ni. Tiba-tiba bunyi macam kucing bergaduh. Aku terus tarik selimut tutup sampai kepala dan pegang lengan ibu. Bunyi kucing tu bergaduh pelik sikit. Entah la aku nak desribe macam mana. Scary kot bunyi dia. Esok tu macam biasa la aku cerita kat ibu. Tapi ibu biasa la tak adanya nak cakap benda-benda yang boleh buat anak dia takut. Melainkan sekarang ni la.

7 – PERCIKAN MINYAK

Percikan minyak ni hari-hari ada kat dinding depan rumah aku ni. Dinding rumah aku ni ada satu papan warna biru tua. Dari jauh memang takkan perasan ada percikan ni. Tapi kalau dekatkan muka, confirm jelas.

Masa mula-mula aku tak tahu. Tapi pagi tu ibu check kat papan tu. Barulah aku tau apa dia. Jadi rutin aku tiap-tiap pagi mesti tengok papan tu sama ada, ada tak percikan minyak tu. Dan yang pastinya memang ada walaupun hari-hari ibu cuci tempat tu.

Satu hari, abah kena kerja malam. Selalunya dalam pukul 3 4 pagi mesti abah keluar pergi minum sekejap sama ada naik motor tak pun kereta. Kebetulan hari tu abah nak bawa kereta, jadi abah pergi kat garaj. Tiba-tiba abah nampak ada lelaki ni duduk mengendap kat lubang pintu bahagian tombol tu. Alahhh yang tempat kunci keluar masuk tu. Dari bentuk badan tu abah aku tau siapa. Abah teruskan memerhati dari tempat garaj tu. Entah apa dia buat, then dia terus pergi. Dia ke yang tukang percik?? Aku pun tak pasti. Persoalannya, dia buat apa tengah-tengah pagi buta kat rumah orang dengan keadaan mengintai-ngintai??

Apa yang abah aku cakap, dia tu anak kepada makcik yang ajar aku mengaji, aku gelarkan Makton. Dan Makton ni geng kepada si Makcik Kiah ni. Perangai Makton ni 2×5 dengan perangai Makcik Kiah. Ajar orang mengaji tapi buat benda-benda khurafat. Sejak dapat tahu dia buat benda-benda tu, abah berhentikan aku dan adik-adik dari terus mengaji kat dia. Tak nak aku mengaji dengan orang macam tu. Ni semua gara-gara dengki dengan kesenangan dan kebahagian yang orang lain ada. Buat aniaya kat orang.

Makton ni berniaga kuih sama-sama dengan jiran yang duduk kat blok sebelah. Aku namakan makcik ni Makcik Su. Aku pernah dengar cerita, kuih Makcik Su ni selalu tak laku. Aku memang tak beli la kat dorang lagi-lagi Makton ni yang buat. Ada yang cerita yang belaan mereka (sama ada Makcih Kiah or Makton) dok kencing kat kuih tu. Kuih Makton jek yang laku. Waktu ni tak ramai yang tau pasal Makcik Kiah dengan Makton ni main benda-benda ni kecuali orang yang dah kena jek. Aku dapat tau cerita ni pun dari anak Makcik Su sendiri. Benar ke tak, Allah jek tahu.

8 – KAWAN BAIK JADI MANGSA

Punca kejadian sihir menyihir ni, si Makcik Kiah ni nak ada suami. Mungkin dia dah lama hidup menjanda. Dan mungkin dia selalu tengok ibu abah keluar sama-sama, sembang sama-sama kat luar or something yang buat dia rasa nak bersuami. Jadi dia sihir untuk dapatkan abah. Tindakan awal abah bawa ibu berubat bila tengok perubahan ibu, mula menunjukkan bukti-bukti siapa si pelaku serta tujuannnya.

Bila Makcik Kiah dapat tahu yang family aku start berubat, dia tukar plan untuk dapatkan suami kawan baik ibu, Makcik Fafa. Hubungan Makcik Fafa dengan suami dia sama jek macam ibu abah. Selalu lepak berdua, naik motor sana sini, keluar minum berdua. Aku syak Makcik Kiah ni berkenan dengan suami-suami yang jenis macam ni.

Modus operasi yang sama. SIHIR. Masa berubat, Makcik Fafa ni kena rasuk. Dari situ la terbongkar siapa pelaku dia yang benda tu gelarkan mak. Aku tak ingat la mak ke mummy ke mama ke ibu ke. Tapi Makcik Kiah ni mak benda tu la. Rumah Makcik Fafa ni juga ada percikan minyak, sama macam kat rumah aku. Apa yang jadi kat Makcik Fafa lebih kurang dengan apa yang jadi kat family aku.

Aku pernah dengar la ibu dan kawan-kawan baik dia ni menyembang, kat pintu rumah Makcik Fafa ni ada macam peta blok tu. Pintu rumah kat sini, semua warna biru sama macam dinding papan yang aku cerita ada percikan minyak. Jadi, kalau dari jauh memang tak nampak, melainkan kalau dekatkan muka kat pintu tu. Lukisan blok ada 4 tingkat. Then setiap tingkat ada 4 rumah dan ditengahnya tangga. Dalam lukisan tu, ada anak panah yang tunjuk dari rumah Makcik Kiah ke rumah Makcik Fafa. Aku tak tahu siapa lukis dan apa motif dia.

9 – MAKCIK BLOK SEBELAH TERKENA

Ni perbuatan Makcik Kiah dan Makton. Setiap malam jumaat, surau kat kawasan rumah aku ni, ada la buat solat berjemaah, bacaan yasin dan lain-lain. Jadi after habis, ada la buat makan-makan sikit. Jadi pihak atasan minta Makcik Yus ni yang handle untuk masak. Biasalah, dah masak mesti la dapat duit kan. Disebabkan sifat Makton ni yang tak puas hati, mulalah aktiviti sihir menyihir. Makcik Yus sakit teruk sampai kurus kering badan dia. Macam tengkorak hidup. Ini aku ada tengok sendiri. Suami dia usung la naik turun tangga dari tingkat 3 rumah dorang. Tapi kalau makan nasi, seperiuk pun tak cukup. Sejak Makcik Yus ni sakit, jadi Makton dan Makcik Kiah ni la yang ambil alih aktiviti masak-memasak. Semuanya sebab duit.

10 – BERUBAT

After satu peristiwa yang membuktikan kami disihir, kami pun mula berubat. Ibu sampai naik hantu nak pergi pukul Makcik Kiah dengan penyapu sebab geram sangat. Nasib dihalang oleh seorang hamba Allah ni. Macam-macam orang abah bawa ibu pergi berubat.

Yang paling aku ingat sekali, abah dan ibu jemput ustaz dari radio Perak datang ke rumah untuk berubat. Ustaz tu tak cakap la siapa yang buat cuma dia kata orang yang buat ni dekat jek. Sesi berubat pun bermula. Aku tak ingat sangat part berubat ni sebab mostly ibu abah berubat kat luar yang ditemani dua kawan baik ibu, Makcik Fafa dengan Makcik Gayah.

Ada juga sorang pakcik tukang kebun ni pandai ilmu berubat datang ke rumah kami. Mungkin dah kecoh kot pasal hal ni sebab ada beberapa keluarga pun kena nasib yang sama. Nak tengok la keadaan rumah semua. Tiba-tiba dia ambil kerusi kat depan rumah aku tu, then dia letak betul-betul depan pintu. Dia panjat kerusi sambil tangan dia dok kuis-kuis benda kat alang pintu tu. Rupanya tanah kubur. Jangan tanya aku macam mana nak tahu tu tanah kubur ke tak. Aku sendiri pun tak tahu. Cuma aku nampak kat tangan pakcik tu ada tanah merah.

Kemudian pakcik tu ajak abah menuju ke pokok mempelam yang berhadapan dengan rumah aku. Selari dengan tempat tanah kubur tadi which is pintu rumah aku, dia duduk dan korek-korek tanah tu. Tengok-tengok ada something yang balut dengan kain kuning ditanam kat situ.

Pasal berubat ni juga aku tahu yang Makcik Kiah tu membela. Ada 3 ekor. Seingat aku hantu raya, bajang dengan apa entah. Dan sejak tahu tu la family aku panggil dia bajang sampai la ni. Pasal percikan minyak tu, aku tak tahu apa tujuannya dan siapa punya angkara.

Makin lama benda ni pulih seperti sedia kala. Ibu pun dah kerja dan abah pun dapat tukar ke daerah lain tapi masih dalam negeri yang sama. Aku, ibu, angah dan ayi masih tinggal di daerah SSU sebab tempat kerja ibu kat area situ. Cuma kali ni kami tak tinggal dah kat kuarters tu. Kami menyewa kat luar. Abah pula akan balik seminggu sekali.

Aku ingat bila kami dah keluar dari tempat tu, tak ada lagi gangguan. Rupanya masih ada. Tu kat pintu besi rumah aku tu ada 2 ekor dok bergayut kat situ. Tapi dorang tak boleh masuk. Waktu ni tau pun sebab aku tak nak pergi sekolah. Aku akan menangis bila nak pergi sekolah walaupun masa tu aku dah masuk sekolah menengah. Jadi ibu pun pergi berubat untuk minta air tawar. Ada juga beberapa gangguan dalam rumah tu, tapi benda tu memang asal tempat tu.

Benda yang buat aku tak nak pergi sekolah tu sebab aku kena badi mayat. So, alang- alang ni, aku cerita terus

11 – BADI MAYAT

Waktu ni kecoh la kat SSU yang pasal 4 orang remaja naik kereta kancil then accident sebab mulut celupar dorang. Ada penumpang dari bahagian depan terkeluar ikut bahagian tingkap belakang. Dengar cerita, masa dorang dalam perjalanan tu, ada yang cakap “kalau la kita mati kat sini”. Macam tu la. Tapi ni dari mulut orang. Sahih ke tak, tak tahu la. Cuma kita ni kena jaga la mulut kita bila kat tempat orang.

Sejak abah kena tukar kat tempat lain, jadi abah akan balik seminggu sekali jek. Aku dan adik-adik akan pergi sekolah naik bas. Pagi bas sekolah, balik tu aku naik bas awam la. Jadi bila naik bas awam ni, mana ada dia berhenti sampai depan rumah macam bas sekolah buat. Jadi bas ni akan berhenti dekat tepi jalan besar yang nak masuk simpang ke taman perumahan aku. Dan kawasan ni la yang kemalangan tu berlaku. Dan ni juga menjadi salah satu punca aku terkena badi mayat. Perkara seram tu tak ada la, cuma aku akan menangis bila nak pergi sekolah.

Masa pergi berubat, ustaz tu tanya la kat ibu yang aku ni ada pergi kubur tak, tak pun kawasan-kawasan kemalangan ke. Dan yes, aku pergi dua-dua tempat ni. Pasal kawasan kubur ni, waktu tu aku balik Gombak. Jadi ziarah la kubur arwah nenek aku. Tapi aku ni tak dok diam. Aku akan pergi dari satu kubur ke satu kubur baca nama dorang lagi-lagi kubur budak kecik sebab aku rasa kesian tengok dorang kecil-kecil dah meninggal. Ibu cakap tak elok buat macam tu. Masa tu mana aku tau.

2 3 minggu lepas aku balik Gombak, kemalangan ni pun terjadi. Then dari situ la aku start tak nak pergi sekolah. Tak tahu la badi mayat yang mana aku kena. Dah berubat tu baru tau punca, plus dapat tau 2 ekor benda tu kiriman Makcik Kiah dok bergayut kat pintu rumah.

Dan Alhamdulillah sejak aku pindah ke Kelantan. Semuanya dah tak ada. Kini keluarga pulih dari segala sihir. Cuma gangguan dalam rumah aku sekarang, tak boleh buat apa la. Oleh sebab aku pun dah terbiasa, so aku hadap jek la. Sejak aku pindah ke Kelantan, aku dengar cerita Makcik Kiah tu dah kawen lain. Tak tahu la siapa suami dia. Dan Makton sakit teruk.

Walaupun dah lama berlalu, bagi aku susah nak maafkan orang-orang macam ni. Hanya sebab dengki, tamak, tak boleh tengok orang lain senang, dorang gunakan cara macam ni untuk hancurkan apa yang orang lain miliki. Tentang family lain yang terkena – Makcik Fafa pun dah okey. Makcik Yus yang masak kat surau tu pun dah okey. Semuanya hidup dengan aman dan bahagia.

Itu saja cerita aku kali ni. Aku mohon maaf sangat-sangat dengan cerita aku yang lepas. Segala kritikan yang aku dapat, aku terima dengan hati terbuka. Cuma kita ni jaga bahasa kita bila nak tegur orang. Pada sorang abang ni, saya doakan Allah “sadokan” hati abang bila berjumpa dengan orang bernama Sajat ke Sajjad ke apa-apa Jat la. Tak tahu apa orang nama jat ni dah buat pada abang. Mohon doakan yang baik-baik. Wassalam.

Pulau besaq banyak pokok kelapa,
Lembaga hitam besaq dok tunggu hampa.
#KopiCeroi

28 thoughts on “#KopiCeroi – Disihir Si Janda”

  1. keep writing KC
    Mulut orang mmg tak boleh tutup .bahasa tu tak jaga langsung..
    kecoh lah lu orang !

    baca jea la..sibuk KONDEM ..
    tulis tengok …

    Reply
  2. Gilooorrr bersungguh nk goda jiran sebelah umah…
    Patot mase tu tegur “makcik ni mamai ke sampai lupe pakai baju…?”
    Haahahhaha…

    Reply
  3. Taip panjang2 tapi bosan jgk. Ko rilex2 la dulu. Nampak try hard sgt ni, mcm story hasil mencungkil sana sini. Alih2 jadi bosan jgk.

    Reply
  4. Best la.. korang xsuka diam2 dh la, langsung x hargai penulisan org… cer korang tulis pulak citer korang bk tngok best ke x? Komplen org kemain, ntah2 tulisan sndiri pn kelaut

    Reply
  5. sapa yg ckp crita ni bosan mmg sah tak pndai baca..sya yg bosan ni tngah baca crita ni pn trus hilang bosan..good story psal org2 yg dengki dan cemburu tngok kesenangan org lain..trlalu bnyak mnusia serupa ni zaman skrang..tak kira laa sepupu sepapat sndri ada jga shir mnyihir sbb dengki..apa nak jdi dunia skrng..

    Reply
  6. Cerita best. Rasa mcm dekat sangat dengan kita, sebab cerita pasal kawasan perumahan and jiran sekeliling.

    Walaupun tak seram, tapi banyak iktibar boleh diambil dari cerita ni. Looking forward for your next stories KC!

    Reply
  7. Korang ni cakap je banyak. Korang tak pernah alami situasi kena sihir boleh la senang cakap. Hakikatnya melayu sekarang memang macam ni. Mak aku sendiri kena sihir ngan madu dia. Sampai sekarang ada lagi sihir tu. Satu lagi sihir dia kena sebab org dengki dia bukak kedai makan. Kat kampung aku ni hampir semua kedai kena sihir. Nanti aku share cerita pasal mak aku n org2 kampung. InsyaAllah

    Reply
  8. Pehal gn kaum2 jenis.. Keje nk jd pengkritik x bersijil ja.. Try hard la apa lah.. Eh.. Xleh brain la ak gn kaum ni.. Ko suke ko baca lah.. Xsuka jgn nk popetpopet.. Banana betuii.. Kang xpasai2 kena santau dek writer bru thu.. Haha..

    Reply

Leave a Comment