Kuarters Lama

Assalammualaikum warga FS.Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih seandainya cerita aku ni akan disiarkan.Izinkan aku memperkenalkan diri aku dulu.Nama aku Fatin,berumur 22 tahun dan menetap di Melaka.Cerita yang aku nk kongsikan ni berlaku sekitar tahun 2008 dan masa tu aku berada di tingkatan 2.

Cerita ni berlaku apabila kami sekeluarga berpindah ke satu kuarters kerajaan di satu daerah di Melaka.Mak aku seorang jururawat dan ayah aku pula pemandu lori.Memang dari kecik lagi aku selalu tukar-tukar sekolah dek kerana pekerjaan mak aku ni.Kiranya start dari aku darjah satu sampailah tingkatan 5,ada lah dalam 6 kali aku kena pindah sebab ikut mak aku ni.

Ok ceritanya macam ni..rumah yang kami dapat masa tu (kuarters kerajaan) 2 tingkat.Sebelum-sebelum ni kami cuma duduk rumah apartment je.So ni kira first time lah kami duduk rumah 2 tingkat.Kuarters ni agak lama jugak lah sebab aku tengok keadaan rumah tu macam dah uzur.Tangga untuk naik ke tingkat atas pun baru je disimenkan balik.Mungkin sbb dah teruk sangat kot.Masa kami masuk rumah tu tak ada apa yang pelik pun terjadi.Perkara-perkara yang tak diingini tu terjadi setelah beberapa bulan kami duduk kat situ.

Rumah tu ada 3 bilik tidur dan semuanya di bahagian atas.Rumah tu tak ada master bedroom pun.So 2 bilik tidur yang besar sikit dari 3 bilik tu kami pilih untuk dijadikan sebagai bilik tidur.Bilik yang kecik sikit tu kami jadikan stor dan bilik tu paling depan dekat sebelah tangga.Bilik air ada 2,satu kat atas dan satu lagi kt bawah,tepi tangga.

Aku tak pernah guna bilik air yang kt bawah tu,sekali pun tak pernah.Sebab aku macam tak selesa sikit dengan bau yang ada,tapi aku sendiri tak tahu tu bau apa.Untuk pengetahuan korang,belakang rumah aku ni ada pokok mata kucing yang dah besar.Pokok ni dah lama dan ada pokok jambu air.

Segala jenis pokok daun kari,daun pandan,kunyit semua ada.Mungkin orang yang penah menetap kat rumah ni dulu suka bercucuk tanam.Yang paling penting sekali,kalau korang bukak je pintu dapur rumah aku,berjalan kaki dalam 10 langkah dah sampai sungai.Tapi sebelum nak sampai sungai tu ada lah pagar kawat yang hijau tu.Seberang tu pulak ada taman rekreasi,so pepagi boleh la nampak ada orang tengah jogging.

Seumur hidup aku,aku tak pernah nampak or dengar benda-benda yang berkaitan dengan makhluk halus ni dan start aku duduk rumah tu,aku lalui benda-benda macam tu.Kejadian pertama yang berlaku ialah bila aku turun dapur nak buat air.Masa tu dah lewat sangat and mak ayah aku pun dah masuk tidur.

Dapur aku ni tepi tangga je.Kiranya turun je tangga sebelah kanan dapur dan sebelah kiri bilik air tu.Tingkap dapur rumah aku ni seram sikit.Macam tingkap kat sekolah tu tapi dia punya cermin tu clear,bukan macam kt sekolah tu.So blh nampak dengan jelas la kalau ada apa-apa kt luar tu.Masa tu hujan,aku buat kopi macam biasa.

Sambil aku duk kacau air nak larutkan gula tu aku mengadap tingkap.Tiba-tiba guruh kuat lepastu kilat memancar.Dan masa tu jugak aku terpandang kat luar.Aku perasan macam ada “seseorang” kat luar tu.Aku tak pasti tu apa sebenarnya.Hati aku tak sedap dah masa tu.Terus naik atas,air pun tinggal mcam tu je.Malam tu lah bermula segalanya.First time aku kena hempap/tindih oleh sesuatu.Seumur hidup aku tak pernah lagi kena macam tu.Perasaan dia time kena hempap tu tak tau nk cakap macam mana.

Kau baca ayat kursi tapi suara tak keluar.Kau try hard gila baca,tapi at last suara kau tak keluar.Benda tu betul-betul tak nak bagi aku baca ayat tu.Yang aku boleh describe benda tu besar dan hitam.Dan selepas beberapa minit barulah dia hilang.Terus aku bangun bukak lampu and pasang radio sampai pagi.

Kejadian ni tak sampai situ je.Selepas dari malam tu,hampir tiap2 malam aku kena hempap dan masa tu aku tidur bukak lampu tidur dah,tak berani nak tidur dalam gelap lagi.Aku ingat bila dah bukak lampu,tak de lah dia nak kacau.Dia tetap kacau jugak.Masa tu aku dah tidur dan terjaga secara tiba2.Nama pun terjaga kan so mestilah mamai.Dalam mamai2 tu,boleh pulak aku nampak dia duk terapung kat atas syiling sambil duk menyeringai kat aku.

Tapi kali ni dia menyerupai diri aku sendiri.Scary gak lah masa tu.Dalam duk terapung2 tu,kena la hempap jugak.Macam biasa lah,baca ayat kursi sambil tangan duk pegang yassin bawah bantal tapi tak lut jugak.Dia hilang selepas beberapa minit.Begitulah yang terjadi kat aku selama 8 bulan aku duduk situ.Selepas tu aku pindah kt daerah lain pulak.Aku bersyukur sangat sebab aku tak larat dah nak lalui semua tu.Last sekali,aku dapat tahu sebenarnya ada cerita tersendiri disebalik pokok mata kucing kat belakang rumah aku tu.

Katanya dulu sebelum kuarters tu dibina,tempat tu adalah kawasan sawah padi tempat orang buang benda-benda tu.And pokok mata kucing tu memang dah lama ada kat situ.Pokok mata kucing tu tempat sorang nenek ni duk menyandar sambil tunggu lembu dia makan.Ada satu hari tu hujan lebat sangat and air sungai belakang rumah aku tu deras.

Nenek ni risaukan lembu-lembu dia and dia pun nk halau la lembu-lembu dia ni balik kandang.Tapi nasib nenek tu malang sangat sebab dia tergelincir and jatuh dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus yang deras sangat.Lama jugak orang kampung cari dia.At last orang kampung jumpa dia kat pokok mata kucing tu.Mungkin sebab tu lah kot rumah aku masa tu terjadi kejadian yang macam tu.Ini apa yang aku dengar dari mak aku lah.

Tapi cerita aku kena hempap ni aku tak pernah bagitau mak aku sampai sekarang.Maaf andai cerita ni panjang sangat.Tak tahu nak pendekkan macam mana.Aku ada lagi kisah-kisah yang berlaku semasa aku duduk kuarters lain.Nanti kalau ada masa aku cerita lagi ya.Terima kasih sebab sudi baca.

Si kena hempap

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Kuarters Lama”

  1. nak wat cane kan..da ajal nenek tu camtu…patot la pokok tu nmpk seram..rupenye jumpe mayat nenek tu kat pokok mata kucing tu

    Reply

Leave a Comment