#KucingGarong: Kak Long Vs Pak Lang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha. Terima kasih untuk admin Fiksyen Shasha sekiranya kisah aku dikongsikan. Korang boleh panggil aku Rul. Nama penuh aku rahsiakan. Aku adalah anak ketiga dari lapan adik beradik dan aku lelaki. Aku merupakan satu satunya anak lelaki dalam keluargaku jadi tanggungjawab aku agak berat la jugak. Ayah aku merupakan seorang tok siak di kampungku yang terletak di sebuah negeri di Pantai Timur dan ibuku adalah seorang suri rumah biasa.

Kisah yang aku nak kongsikan dengan korang semua ni berkisarkan kisah hidup aku dari aku mula mendapat kelebihan, kisah Paklang aku dan macam mana kelebihan yang Allah berikan pada aku makin hilang dan hilang terus sampai sekarang. Kisahnya bermula masa aku umur 10 tahun tak silap aku la. Masa tu tahun 1997. Korang dah boleh agak kan sekarang umur aku berapa. Sekarang aku telah pun bekerja seperti org lain, menjalani kehidupan seperti biasa. Dialog yang ada dalam kisah ni adalah apa yang aku ingat dan jika ada terkurang tu maaf la ye. Sebab dah lama berlalu.

Suatu hari pada tahun 1997, hari Khamis malam Jumaat.. Paklang aku datang kerumah aku untuk menziarah pada awalnya.. Namun ada agenda yang disembunyikan oleh Ayah aku dan Paklang serta mak aku. Kisahnya Kak Long aku masa tu umur dia dah dalam lingkungan remaja dan dah ada yang menaruh minat kat dia tapi dia menolak. Akibatnya lelaki yg menaruh minat pada dia tu hantar sesuatu pada dia. Lelaki tu aku x tau berapa umur dia tp ikut cakap Paklang dalam lingkungan 30 lebih mcam tu. Oh ya, Β Paklang aku ni pakar dalam ilmu batin dan perubatan islam ni. Banyak jugak la orang kampong datang jumpa dia minta pertolongan. Selalunya bila ada yang minta tolong dia tak pernah menolak. Amanah Allah berikan pada dia katanya. tak boleh kedekut dan tak boleh minta balasan..

Berbalik pada kisah Kak Long aku. Serius, aku sikit pn x sedar perubahan dia. Cuma kadang2 tu ada jugak la aku nampak kelibat hitam selalu mundar mandir dalam bilik dia. kadang2 aku ada jugak nampak bungkusan putih bawah katil dia. Tapi yang peliknya, Kak Long aku ni x meracau pn.. Cuma dia dah jarang keluar rumah dan keluar dari bilik dia tu. Sebab tu la kot ayah aku panggil Paklang aku datang. Masa Paklang datang tu tak ada apa2 yang berlaku lagi. Cuma bila dia mula melangkah masuk dalam rumah tu tiba2 β€œDammmmm!!!” bunyi pintu bilik Kak Long dihempas kuat. Ye..Kak Long memang ada didalam. Pak Lang dan Ayah terus melangkah ke depan pintu bilik Kak Long. Pintunya berkunci dari dalam

Ayah : Assalamualaikum.. Long.. bukak pintu Long.. Pak Lang datang ni nak jumpa Long..
Kak Long : Tak nak.. Aku tak nak jumpa sesiapaa!!
Jerit Kak Long.. tak sangka aku Kak Long jadi kurang ajar macam tu. Ayah cuba memujuk lagi.

Ayah : Long.. bukak pintu ni Long.. Pak Lang datang ni..
Kak Long : Suruh orang tua tu balik.. aku tak suka dia.. dia balik baru aku bukak pintu!!

Ayah mula rasa panas hati dengan perangai anak sulungnya tu Lalu tangan dia seakan mahu menumbuk pintu bilik Kak Long tapi di sekat oleh Pak Lang.

Pak Lang : Dah la tu Man, bukan dia yang menjawab tu.. mari aku tolong apa yang patut.
Aku : Pak Lang, bukan Kak Long je ada dalam bilik tu.. Ada lagi 5 β€œorang” dalam tu. Sambal aku tunjukkan lima kat Pak Lang.
Pak Lang : Angah nampak ke apa yang ada dalam bilik Kak Long ni? Paklang panggil aku angah
Aku : Aah, nampak. Kak Long ada kat depan cermin tengah berdiri tegak.. kata aku pada Pak Lang. Kat belakang Kak Long ada sorang perempuan baju putih tengah main rambut Kak Long. Atas almari ada lagi sorang tengah duduk mencangkung pandang ke kita kat luar ni tapi muka dia seram la Paklang. Lagi sorang kat bawah katil Kak Long tengah baring tapi dia Angah tengok macam orang m**i. Sorang lagi kat hujung katil Kak Long, rambut dia panjang. Yang ni pun seram jugak. Gigi dia tajam dan sorang lagi ada kat bucu bilik ni. Muka dia macam muka Kak Long tapi tinggi sebab kepala dia sampai siling dan tangan dia panjang sampai ke pintu.

Paklang tengok aku dan senyum dan pandang ayah aku.. Ye. aku nampak semua tu walaupun pintu bilik Kak Long masih lagi belum di bukak. Paklang pegang tombol pintu bilik Kak Long dan mula membaca sesuatu ayat Al Quran sebab aku dapat dengar dengan jelas apa yang Paklang baca. Lepas habis bacaan, Paklang hembuskan ke pintu bilik Kak Long dan pulas tombol elok je pintu bilik terbuka. Paklang cakap pintu tadi tak berkunci pun sebenarnya. Cuma jin tu yang cuba menghalang kita masuk. sebab tu la kita tak dapat bukak pintu.

Masa Paklang melangkah masuk, Kak Long pusing badan dia tengok Paklang dan muka dia berubah jadi garang dan melompat ke atas katil lalu duduk mencangkung sambal muka dia tunduk dan ditutupi oleh rambut dia. Masa ni aku pn ikut sama masuk dalam bilik. Mula2 tu ayah halang, tapi Paklang cakap β€œ takpe Man, biar je angah masuk. InsyaAllah tak ada apa2.”
Pak Lang : Assalamualaikum..
Aku : Waalaikumussalam..

Dengan selamber je aku jawab salam..
Pak lang senyum sambil cakap. β€œbukan kamu.. tp dia tu ha”.. aku sengeh je. Mana la aku tau. Dah ayah pesan kalau orang bagi salam kita kene jawab. hahaha. Sekali lagi Paklang bagi salam kat Kak Long tapi Kak Long diam tak jawab apa pn Β lalu Paklang paling ke arah ku sambil tangan dia angkat macam tengah menghalang Kak Long gitu.

Pak Lang : Ngah, benda2 tu smua ada kat tempat angah bagitau tadi lagi ke?

Paklang nak uji aku betul ke tak aku ni boleh nampak. Dia mmg dah tau dah pn kedudukan makhluk tu.. masa ni kami tak pedulikan Kak Long lagi sbb dia dduk je atas katil tu.. Cuma kadang2 dia mendengus macam orang marah gitu.

Aku : Aah Paklang, semua kat situ lagi.. tp yang tengah main rambut Kak Long tadi tengah bertenggek atas bahu Kak Long.

Paklang senyum pada aku sambil usap kepala aku.. Pak lang mulakan sesi rawatan dengan membaca Al Fatihah trlebih dulu. Pastu diteruskan ayat ayat lain.. masa ni Kak Long mula menjerit. Mak yg masa tu tgh kat dapur tiba2 berlari datang dan nak pergi ke arah Kak Long tapi sempat di tahan oleh Paklang. Kak Long menjerit sambil cakap β€œ Panas.. panas… panas la bodoh..”

Pak Lang : Panas? Nak lagi ke? Siapa kau dan apa tujuan kau datang kesini menggangu anak cucu Nabi Adam? Apa yang kau inginkan dari badan dia?
Dengan suara garau dan kadang2 sayu Kak Long menjawab.
Kak Long : Aku….aku…. aku suka dia…tapi dia tak suka aku.. aku nak dia jadi gila.
Pak Lang : Siapa yang menghantar kau kemari?
Kak Long : Tuan aku… dia suruh aku buat budak ni jadi gila.. gilakan dia..
Pak Lang : Siapa tuan kau wahai jin laknatullah?
Kak Long : Manusia..HAHAHAHAHA.. Kau tak perlu tahu siapa..
Pak Lang : Aku nak kau keluar dari jasad hamba Allah ni.. kalau kau berdegil kau semua akan aku sembelih..

Terkejut aku.. β€œapa ni Paklang..sampai nak sembelih sembelih” cakap aku kat Paklang..
Pak Lang : Ngah.. yang angah nampak tu bukan manusia bukan haiwan dan bukan juga benda yang nampak dek mata kasar.. tu semua adalah jin.. Jin yang cuba mengganggu Kak Long.

Aku hanya mengangguk sambil cakap Ooo.. hahaha.. mana la aku tau. Budak2 lagi kan.

Pak Lang : Pilihan kat tangan kau wahai Jin dan Iblis.. Kau mau keluar dan balik semula kat tuan kau atau kau semua akan m**i hari ni…

Kak Long : Aku tak nak keluar!! Aku tak nak balik!! Tuan aku marah!! Nanti dia seksa aku!!

Lantas Paklang mulakan ayat bacaan dia sambil tu dia suruh aku berzikir.. Dia ajar aku mcam mana berzikir. Paklang cakap berzikir jangan berhenti. Kak Long mula menjerit sambil cakap β€œSakit..sakit!!!” Ayah aku yang ada kat luar bilik masuk dan Paklang arahkan ayah aku pegang Kak Long dan Paklang bergerak menghampiri Kak Long dan ayah sambil bacaan ayat suci Al Quran masih lagi tidah henti dari mulut Paklang.

Kak Long : Sakit!!!! Sakit ayah… tolong Kak Long…
Ayah : Lang, dah la tu.. kesian budak ni ha.
Pak Lang : Kau jangan tertipu dengan mainan syaitan dan jin ni Man.. tu bukan dia..
Paklang sambung bacaan dia dan Kak Long makin kuat menjerit kesakitan.

Kak Long : Aku keluar!! Aku keluar!! Jangan b***h aku!!
Pak Lang : Boleh, tapi kau mesti janji tak akan masuk lagi dalam tubuh hamba Allah ni..
Kak Long : Aku janji!! Aku janji!!
Pak Lang : Kau mesti bawa semua sekali teman teman kau dalam rumah ni bersama kau!!
Kak Long : Iya..Aku bawa..
Pak Lang : Ok.. sekarang kau keluar dari badan ini.

Paklang membuat gerakan seolah menolak sesuatu dari kaki Kak Long sampai ke kepala tapi tangan Paklang tidak bersentuhan dengan tubuh Kak Long. Serentak dengan itu Kak Long menjerit dan suara dia semakin perlahan lalu pengsan setelah Paklang selesai menolak makhluk yang ada dalam badan Kak Long. Paklang meminta segelas air masak dari Mak dan membaca kan sesuatu lalu dituang ke tangan Ayah dan Paklang suruh Ayah sapukan ke muka Kak Long dan Kak Long pn sedar. Lalu Paklang beri air bacaan dalam gelas tadi untuk Kak Long minum..

Aku nampak Kak Long masih lemah. Paklang bangun dan mula mencuci bilik Kak Long dan menghalau makhluk yang ada dalam bilik Kak Long setelah Ayah bawak keluar Kak Long dari bilik tu.. Yang paling sukar nak buang ialah yang kat bawah katil tu. Encik Cong..

Setelah selesai clearkan bilik Kak Long. Paklang scan smua skali lagi dalam bilik Kak Long dan jugak keseluruhan rumah dan dia jumpa sesuatu kat luar rumah bawah longkang sebelah bilik Kak Long. Mesti korang terfikir kan mcam mana orang tu tanam barang bawah longkang lagi tu. Jadinya nak keluarkan benda tu kena pecahkan longkang dan gali tanah. Paklang yang buat semua tu dia pecahkan longkang dan gali lalu dia ambil segenggam beras bercampur lada hitam dan dia tiupkan bacaan ayat Al Quran lalu dia lemparkan ke dalam lubang yang telah di gali lepas nampak benda yang di tanam. aku tak tengok pn part ni tapi Ayah yang ceritakan. Ayah cakap Paklang kemudian perahkan limau nipis ke tempat tu. Berasap terus lubang tu. Ayah cakap Paklang tawarkan dulu bisa benda tu baru dia keluarkan.. Ayah bgtau benda yang Paklang keluarkan tu macam sebotol minyak. Tak tau minyak apa. Paklang ambik dan bungkuskan dengan kain kuning dan dia cakap nak buang.

Lepas selesai semua Paklang masuk dalam rumah smula dan duduk rehat kat ruang tamu dengan Ayah dan Mak bawakan minuman dan biskut. Sambil sambil sembang tu Paklang cerita la. macam mana Kak Long boleh jadi camtu. Nasib baik masih awal lagi. Belum lagi smpai tahap jin tu beranak pinak dalam bilik Kak Long. Kak Long masa ni tengah tidur je tanpa rasa bersalah..hahaha. Ni ha dialog Paklang ngan ayah aku.

Pak Lang : Man, anak kau dah meningkat usia dia ada la yang berkenan. Dia tolak orang tu tapi aku xtau la macam mana penolakkan dia tu. Cara kasar ke cara baik. Cuma orang tu rasa tak puas hati dengan Kak Long. Tu dia hantar barang. Kau nasihatkanlah dia jaga tingkah laku dan perangai dia. Jangan sampai menyinggung hati orang. Manusia ni rambut je sama hitam Man. Hati lain lain. Kita tak tau apa yang ada di sebalik hati dia tu.
Pak Lang : Lagi satu Man, kau tak payah risau lagi. Semua dah selesai. Aku dah pun berhubung dengan orang yang hantarkan benda tu dan aku dah bagi amaran kat dia. Rumah kau pn aku dah pagarkan dah. InsyaAllah dia tak mampu ganggu Kak Long lagi.

Ayah : Siapa yang berani kacau anak aku ni Lang.. kurang ajar betul..
Ayah macam marah dengan apa yang berlaku.
Pak Lang : Takperlah Man, cukup aku sorang je yang tau.. tak payah la kita simpan dendam sesama manusia.. tak ada kebaikan pun.. banyak keburukan je berdendam ni.. maafkan jelah dia.. dia pn dah janji tak akan ganggu lagi.

Paklang panggil aku duduk sebelah dia. Aku apa lagi… Menonong je pergi duduk sebelah paklang.

Pak Lang : Man, anak kau yang ni ada anugerah dari Allah. aku nak minta izin kau nak latih dia apa yang patut.. mana tau dapat bantu aku dapat bantu umat islam yang dalam kesusahan.
Ayah : Iyelah Lang.. ambil lah. aku izinkan. Kau jaga la dia macam kau jaga anak kau jugak.
Pak Lang : InsyaaAllah Man, lagipun bukan tiap2 hari aku latih dia.. ada hari2 tertentu je.

Aku cuma menganggukkan kepala je..

Dah selesai minum semua Paklang minta izin untuk beransur pulang dan berpesan padaku supaya jaga hubungan dengan Allah. Solat jangan tinggal. Solat awal waktu dan kalau boleh berjemaah. Β al Quran jadikan bahan bacaan yang wajib setiap hari dan kene faham isinya. Paklang bagi salam dan beransur pulang.

Tu lah kisah pertama yang aku kongsikan dengan korang semua. Maaf lah kalu tak se angker yang korang inginkan. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman je.. InsyaAllah aku akan ceritakan lagi kisah aku ikut paklang berubat orang dan macam mana kebolehan aku ni hilang..
Sekian dulu buat kali ni.. Jumpa lagi lain kali.. Assalamualaikum.

-#KucingGarong- Rul –

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
Rul

24 thoughts on “#KucingGarong: Kak Long Vs Pak Lang”

  1. Waaaahhh…
    Ini dh ala2 Superman dh ni…
    Gempaq seeiii leh nampak blk dinding tu…
    Tp ko boleh nampak antu je kan…
    Xleh scan di sebalik baju ke, tgk organ dalaman ke kaann…????

    Bersungguhnye lar hai mamat tu nakkan kaklong ekkk…
    Kena reject die punye kuciwa berdukacita tu sikit punye hardcore pembalasan dibuatnye…
    Lek aarr…
    Bunga bkn sekuntum…
    Bunga plastik pon byk dh koottt…

    Reply
    • “Xleh scan di sebalik baju ke, tgk organ dalaman ke kaann…????”
      Ekekekekek tak boleh blah ayat Kak Yulie.
      Bagus tol jawap salam ye.

      Reply
    • Oooo ni penulisnye…
      Kay…
      Soalan seterusnye…
      Pandangan yg tembus tu nmpk sepjg mse atau nmpk bile kita berniat nk gune jer…???
      Just niat atau sbnrnye ade kena bace pape utk bg tembus tu…???

      Reply
  2. Best…tp kena buat trade mark nama kt tajuk klu boleh, senang nk tau cite sape. Mcm bro CarlitoRocker atau Fizi dll…hehe

    Reply
  3. Marathon cerita kucing kelabu selepas cukup 7 hari pemergiannya ke rahmatullah pada jumaat yang lepas..tergelak sekejap pada typo perkataan “sambal” yang sepatutnya “sambil”..sedih bila tengok tarikh cerita ni disiarkan fiksyen shasha pada 1hb March 2017..Allah SWT pinjamkan dia sebentar untuk semua pembaca fiksyen shasha & gerakkan hatinya untuk berkongsi pengalaman serta tinggalkan nasihat yang berguna untuk kita jadikan amalan sebelum berakhirnya hidup..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.