Hai semua. Lama aku x hantar story kat FS. Masa tengah bosan ni, aku rasa nak berkongsi cerita plak. Aku dulu ada la guna nama Cik T, tapi aku pun nak letak nama signature gak r, #kucinghitam. Kalau ada ayat2 aku tunggang langgang dan apa2 sukar difahami, tegur2 la ya kat komen. Ayat BM aku agak RIP. Dah, padia aku beletiaq banyak sangat ni.
Aku nak cerita pengalaman2 yang pernah aku dan kawan2 alami masa aku sekolah berasrama di utara. Aku dok sekolah ni dari form 1 sampai form 5. Sekolah ni x ada la jauh mana pun dari rumah aku, setakat nak merempit ulang alik rumah masa form 4 pun x ada hal bagi aku. Tapi setakat ni x ada lagi la kebenaran untuk buat macam tu bagi sekolah aku. Huhu. Ni aku buat sub story sebab pendek2 ceritanya.
Sub story 1: ku menunggumu di jalan.
Sebelum aku masuk sekolah tu, memang aku dengar macam2 cerita scary jalan ke nak ke sekolah aku tu. Sekolah aku ni terletak di pinggir bandar, jalan nak ke sekolah tu memang hutan kiri kanan. Dan jalan nak ke sekolah tu memang ada jerat percintaan dari alam lain. Maksud aku jerat kubur.
Aku plak baru nak masuk ke sekolah setelah cuti semester malam tu. Disebabkan sekolah tu pengawalan dia agak longgar, jadi aku buat kepala la masuk sekolah waktu malam, bukannya petang. Pukul 11.30 malam, aku minta cousin aku ngn bini dia hantar aku balik asrama. Depa bawa anak yang umur 4 tahun sekali. Masa lalu kat jerat tu, anak dia jerit
:abah! ada api terbang2 (innocent)
Cousin: bola2 api yg selalunya kecil telah menjadi besar (nyanyi, cover takut kot)
Bini: abg! Bawa kereta deras sikit! (gelabah)
Masa ni aku x tau nak gelak ke takut.
***
Sub story 2: sungai
Ni bff aku cerita. Aku namakan Shira. Seotai otai aku, Shira ni lagi otai. Sepatutnya semua student kena ada kat kawasan akademik dari sebelum maghrib untuk prep. Shira selalu pukul 8 baru g kawasan akademik. Dah la sekolah aku rare, kawasan asrama ngan kawasan akademik 800 meter jaraknya. Dan memang ada pavement berbumbung. Walaupun dia bff, aku x tunggu dia sebab dewan makan kat kawasan akademik, aku kena g awal sebab nak makan. Dalam 8.15, shira x muncul, padahal malam tu ada test add maths pukul 8.30. Aku risau r, aku senyap2 kol shira. 4 kali kol, baru shira angkat, membuta minah ni rupanya. Aku rasa housemate dia pon x perasan dia membuta sebab dia suka dok dalam gelap n bilik sorang.
Masa test add maths, shira kat depan aku. Tangan dia agak shaking. Aku pelik gak sebab selalunya dia relax badak je jawab add maths.
Masa balik ke kawasan asrama, aku balik dengan shira sorang je sebab dia cakap rasa x sihat. Masa kat pavement, shira pegang tangan aku. Sejuk siot. Aku rasa dia macam takut something dan kami pon jalan laju2. Sampai kat bilik dia, shira minta aku teman sampai housemate dia semua balik. Shira cerita yang lepas aku kol, dia pon gelabah. Blok asrama girls form 4 memang x ada orang dah. Selalu shira ni ikut gak budak2 otai lain g prep lambat. Dah test tu libatkan satu batch, jadi memang semua g awal la. Terpaksa la si shira jalan laju2 kat pavement sorang2.
Pavement memang kena lalu satu anak sungai ni. Anak sungai ni tengah2 perjalanan dari kawasan asrama ke kawasan akademik. Masa shira berjalan nak melintasi anak sungai tu, ada orang panggil shira dari belakang. Shira pon toleh belakang. X ada siapa. Semasa kepala shira nak rotate 180 ke depan balik tu la dia nampak 2 ekor hantu (rasanya) terapung kat sungai. Shira x perasan muka 2 ekor tu sebab gelap, cuma dengar air berkocak kuat. Shira terus pandang ke depan je, lari 4×100 terus ke kawasan akademik. Shira cakap, masa dia lari tu, dia ada dengar yang hantu tu kata nak ikut dia sekali.
Aku melawak dengan shira kata hantu tu nak jawab add maths sekali kot sambil tampar lengan dia.
Lepas aku tampar lengan shira, tapak tangan aku rasa berpasir sikit. Pasir halus macam pasir sungai.
Neuron otak aku bersambung. Aku cakap yang aku nak g lepak bilik member aku sorang lagi. Shira pun cakap, nak ikut aku gak.
***
Sub story 3: harum
Member bilik sebelah (elly) terserempak aku tengah dating dengan ex zaman sekolah, Ash dekat tempat duduk batu kawasan lapang. Masa tu tgah waktu prep malam. Elly datang menghampiri kami dan cakap aku pakai minyak wangi harum gila sebab dating dengan Ash. Aku ngan Ash terpinga pinga. Aku x pakai pun time sekolah dulu. Ash pun tahu aku jenis macam tu sebab minyak wangi dia beli kat langkawi pun aku simpan je kat rumah. Lepas si Elly blah seminit dua, baru bau tu datang slow2 menerombos hidung kami berdua dan terus chow naik kelas masing2.
Lepas balik bilik, tengok si elly sembang dengan roomate aku. Masa tu aku sejam gak r gayut ngan Ash sampai la roomate aku dah tertido. Si elly plak x reti nak balik bilik dia. Tapi aku x kisah. Elly buka balik topik bau harum tadi. Dia tanya jenama perfume apa aku pakai sebab balik kl nanti dia nak beli sama gak. Aku punya lah yakin kan dia aku x pakai perfume pon. Aku nak gerak roomate aku nak yakinkan elly yang aku x pakai perfume kat sekolah, tapi tengok roomate aku tido jenis payah nak gerak, aku cancel je lah.
Sebelum perdebatan nak bermula, dengar bunyi ketuk pintu. Aku dan elly ingatkan warden kami lah. Kami pun cakap lah yang kami memang nak tidur. Selalu warden ketuk kejap je suruh tido, tapi kali ni lama. Lembut plak tu ketuknya. Selalunya warden ketuk dengan rotan, berdesing desing bunyi nya. Ni macam alahai sopan santunnya ketuk. Bau wangi tu datang balik. Kuat. Sampai pening kepala aku. Elly nangis senyap2. Aku nampak samar2 kerana kami buka lampu toilet (toilet dalam rumah asrama tu). Dia pun baring sebelah roomate aku. Roomate aku plak mungkin dah sampai taj mahal. Aku plak terus tutup muka aku dengan selimut. Takut. Elly panggil nama aku, tapi aku buat bodo sebab geram dengan celupar mulut dia.
Pagi tu terbabas tido. Nasib baik ari jumaat. Roomate aku entah hilang ke mana. Elly bangun dalam terkejut setelah aku gerak dia. Elly cerita yang dia try gak gerak roomate aku lepas aku tertido sebab nak cuci muka (bedak compact, lipbalm dia pakai..err). Elly cerita roomate aku bangun dan rambutnya tutup mata (roomate aku fringe masa tu, rambut depan pendek). Elly ni dengan becok nya gurau la ingatkan roomate aku tu buat lawak konon stail perempuan emo jiwa kacau ka apa. Lpas gurau, elly pun tengok la nokia 3310 dia tu kot2 pakwe dia mesej. Rupanya ada mesej dari roomate aku. Roomate aku fly dari lpas prep lagi (aku ngan elly x sampai bilik lagi) sebab sambut besday mak dia kat rumah dia dan ari sabtu (esoknya) baru dia balik. Roomate aku mesej lagi yang dia x dapat kol aku (maybe dia kol masa aku bergayut kat phone dengan Ash). Elly nampak roomate rambut emo tu laju je jalan masuk toilet dan elly pun pengsan sampai keesokannya.
***
Ni aku buh 3 story ja dulu noh.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“Lepas aku tampar lengan shira, tapak tangan aku rasa berpasir sikit. Pasir halus macam pasir sungai.
Neuron otak aku bersambung. Aku cakap yang aku nak g lepak bilik member aku sorang lagi. Shira pun cakap, nak ikut aku gak…”
Ni ape mksdnye dik???
Yg ko teman blk tu Shira ke entiti???
Ko x explain abis2 pon ekkk ape sbnrnye yg berlaku dan kesudahannye…
semua cite kurang paham….sori 🙂
yg last tu ssh nak phm. byk nah ().
X berape paham la
Hmm.. Dari hasil siasatan saye.. Cerita ni cuma rekaan semata mata dan tak menarik langsung.. Malah menolak fakta2 dek logik akal. Det meguire! Tangkap suspek utama kita sekarang!
Sub story 1:..”jadi aku buat kepala la masuk sekolah waktu malam,”.
buat kepala tu apanya?
Bt kepala tu klu utara ni, awak xikut rule, ikut suka hati kepala hotak sndri je..huhuhuhu
sekolah asrama..tapi dok sebut housemate..tak faham aku..ni sekolah ke universiti? tapi sekolah la kot sebab belajar add math..
sepanjang aku duk sekolah asrama..tak pernah aku ade test malam…
lewat sangat tu makan malam..bukan kalo asrama selalu nya pkul 6.30 sampai 7 je ke waktu makan malam?
apa – apa pon banyak yang aku tak faham..haha
aduh pening bacanye,. takpaham
No 2 tu awat cita gantung…lolaq lebiy nohhh
2x bace still lgi xley hadam cite ni