#KucingOren- Gitar Karan

Salam pembaca FS, ini adalah satu kisah yang tak berkaitan dengan hantu. Tapi lebih kepada kisah tragedi di asrama politeknik aku. Kisah ni berlaku lebih kurang setahun sebelum aku masuk politeknik tu. Kisah ni amat popular di kalangan senior aku pada masa tu. Kisah ini diperturunkan kepada kami junior – junior sewaktu proses rokok kena paw dengan senior. Pencerita kisah ini adalah senior yang duduk disebelah bilik aku di kamsis. Senior ni selalu datang ke bilik aku untuk paw rokok roomate aku yang beraneka macam dan juga beraneka rasa, dari winston ke gudang garam, dari rokok ori ke rokok seludup. Jangan ditanya bagaimana ia berlaku.

Suatu petang yang tak dingin, roomate aku selaku pembekal rokok dengan gatal mulut bertanya dekat senior kami yang kebetulan sedang menayang gambar awek baru dia yang hot,

“eh sial, asrama ni takde hantu ke?” betapa baculnya mulut orang Melaka hawau sorang ni. dahlah soalan celupar, senior pun disialkannya tanpa pertimbangan waras.

senior yang terkesima disialkan oleh roomate aku menjawab, “kau nampak tak dekat meja study kau tu, ada simen tampal lubang?”

Kebetulan aku duduk dekat depan meja study, tanpa berfikir panjang aku membelek dinding depan aku tu. Memang nampak kesan tampalan berbentuk petak. Kasar buatannya, nampak macam tutup lubang soket elektrik.

“Yang ini ke?” aku menunjukkan kesan tu pada dia. Senior aku mengangguk mengiyakan. Aku diam.

“Nak tahu kisah dia tak?” Sengaja senior aku rendahkan suara, agar kedengaran lebih dramatik. Matanya merenung penuh makna ke arah tampalan pada dinding tadi.

Kami berpandangan sesama sendiri. Semua mengangguk bersetuju. Ya, kami mahu dengar ceritanya. Senior kami tersenyum lebar, penuh makna.

kisahnya terjadi masa senior aku masih dalam semester dua, circa 2004. Waktu tu, senior aku cerita, hari pendaftaran asrama sedikit kecoh dengan kehadiran badan bomba dan pihak polis. Menurut cerita, ada laporan dari ibu bapa seorang pelajar di kamsis kami, bahawa anak mereka tidak pulang untuk cuti semester. setelah puas mencari, ibu bapa pelajar ini merujuk pihak pengurusan kamsis. Pihak pengurusan mendapati anak mereka tidak checkout dari asrama pada hujung semester lepas. Untuk pengetahuan korang, kamsis di politeknik ni biasanya dihuni pelajar semester satu sahaja. Yang senior tu adalah MPP yang dilantik untuk menguruskan asrama.

Sambung balik, jadi pihak kamsis decide nak bukak bilik anak mereka, in case anak mereka duduk secara setinggan di bilik tu dan tak pulang bercuti. Bila dibuka, agak mengejutkan yang barang-barang peribadi anak mereka masih ada dalam bilik tu. Barang-barangnya tidak dikemas, terbiar berserakan, seolah-olah ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa, termasuklah sebuah gitar karan kesayangan anak mereka.

Melihatkan keadaan itu, ibu bapa pelajar itu memutuskan untuk membuat laporan polis. Pihak polis melakukan siasatan di sekitar kawasan kamsis. Masa proses siasatan tersebut, semester baru dah nak dibuka. Pelajar baru akan melapor diri keesokan paginya. Berdasarkan cerita senior aku, waktu tu polis menggeledah hampir semua bilik, mencari pelajar berkenaan. Mungkin bersembunyi, atau disembunyikan. Dari bilik ke bilik, dari aras ke aras, proses mencari giat dijalankan.

Apabila sampai aras paling atas sekali, ada bau yang sangat familiar dengan anggota polis. Bau mayat mereput. Untuk pengetahuan korang, aras paling atas ni paling tak glamour sekali untuk semua orang. MPP biasanya takkan amik bilik aras tiga. Paling tinggi pun, diorang akan pilih bilik aras dua. Kadang-kadang semua duduk dekat aras satu, sebab diorang punya sukalah. Dapat pilih bilik sendiri. Masa aku jadi MPP, aku pun duduk bilik aras satu je. Bukannya apa, malas nak panjat tangga tinggi-tinggi. Jadi, tak hairanlah kalau tak ada sesiapa yang terhidu bau busuk tu sebelum ini.

Pihak polis buat keputusan untuk teruskan mencari dari bilik ke bilik di tingkat tersebut. Namun masih lagi tiada penemuan dilaporkan. Baunya masih ada. sampailah pihak polis buat keputusan untuk panjat tangga kecil ke paras tangki air. Dalam toilet aras tiga tersebut ada tangga menegak untuk panjat ke tangki air. Bila korang naik ke paras tangki air, memang tak banyak ruang untuk korang berdiri. Adalah sedikit ruang untuk berjalan ke tangga tangki. Tangki air dekat paras tiga ni diletakkan di atas ‘slab’ konkrit, lebih kurang sekaki tebal. Maknanya, tangki tu ada ruang di sebelah bawah. Boleh meniarap macam komando masuk bawah tu. So, bila pihak polis naik ke atas tu, diorang menemui sekujur mayat berbungkus kain cadar yang sedang mereput. Punca bau tadi.

Memang nasib kurang baik mungkin, mayat tersebut dikeluarkan pada hari pelajar masuk ke asrama. Maka kecohlah suasana satu kampus tu. Korang bayangkanlah, para ibu bapa dahlah murung tengok blok asrama tu usang, makin murung bila tengok ada orang mati bagai. Jadi, persoalan mula timbul pada pihak polis, kenapa dia tak balik? Siapa bungkus dia macam lepat pisang? Siapa letak dia bawah tangki air tu? Jadi, bagi menjalankan siasatan lanjut, pihak polis mula mencari suspek. Dan seperti yang koranh boleh agak, suspek utama adalah roomate dia!

Pihak polis tahan dan soal siasat dia. Polis soal, lepas tu polis siasat, lepas tu soal balik. Setelah diberikan tekanan yang hebat, akhirnya suspek pun ceritalah jugak apa yang terjadi.

Menurut beliau, beliau pulang dengan hati yang girang ke bilik. Exam dah habis, boleh balik kampung. Tak payah duduk asrama yang banyak monyet tu lagi dah semester depan. Apabila beliau buka sahaja pintu bilik, maka terkejutlah akan beliau melihat roommater beliau keras kejung di atas katil dengan gitar karan dalam tangan. Lagu apa yang dia goreng sebelum arwah, tak ada siapa yang tahu. Beliau panik! Tak tahu nak buat apa. Dalam kepanikan itu, beliau memutuskan untuk membuat benda bodoh. Beliau memutuskan untuk sembunyikan mayat kawan tu. Mesti korang kata dalam hati, “apa punya bodohlah budak tu, report sajalah!”

Ya, kalian semua, itu jugalah yang terlintas dalam kepala aku semasa mendengar cerita ni. Tapi biarlah aku habiskan cerita ni dulu. Penat juga taip, janganlah kondem aku. Dah memang ceritanya macam tu. Mana tadi? Ha, sembunyikan mayat kawan dia tu. Dia bungkus dengan cadar,l dan sorokkan dalam almari dulu. Mujurlah waktu tu dah hujung semester, orang ramai dah balik kampung. Tapi, beliau (suspek) sendiri pun dah nak balik jugak, takkan nak tinggalkan dalam almari sahaja? Takut nanti lagi cepat orang jumpa. Dan lagi sekali dia buat keputusan bodoh, ya tuan puan, simpan je kata-kata tu dalam hati. Kita sependapat. Memang dia buat kerja bodoh. Dengan gigihnya dia angkat mayat tu ke aras tangki air tengah malam tu. Dia mengaku dia yang letak kawan dia tu dekat atas tu bagi mengelakkan orang jumpa mayat tu dengan cepat.

Mesti korang nak tahu apa yang terjadi dekat budak yg sorok mayat tu, kan? Jawapannya, aku pun tak tahu. Senior aku pun tak pasti. Tapi kejadian itulah yang buat pihak kamsis tutup soket elektrik, tak bagi student bawa gitar karan atau barang yang boleh menyebabkan kami keras kejung. Ya, ya, cerita aku tak ada hantu. Ya, ya, tak best, jangan kecam. Office aku internet slow, ini je mampu aku buat sementara download attachment dari emel. Nanti next time, ade masa, aku cerita yang ada hantu punye kisah.

Terima Kasih kerana membaca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

33 thoughts on “#KucingOren- Gitar Karan”

    • mati2 la aku ingat ko pompuan..laki ghupe nye..tukar nama jadik rahman la..ko buat aku konfius..aku baru nk sound ape pmpuan ckp kasar bebeno..hahaha

      Reply
  1. ya..ya..aku tau cerita ko xde hantu..tapi cerita ko best..
    ayat2 ko ditulis secara bersahaja..so bila aku baca macam aku yg tgh bercerita..
    nice story bro..teruskan menulis..aku tunggu ko pny next story..aku bg 9/10..

    **Mesti korang kata dalam hati, “apa punya bodohlah budak tu, report sajalah!”..aku suke ayat ni..membuktikan ko memahami hati pembaca..hahaha

    Reply
  2. Cara ko cerita ni mcm ahkak duk depan ko..akak tny ko jawab.haha.bolela..best!

    Akak baru petik bintang segugus td.nahh amik 5🌟🌟🌟🌟🌟

    Reply

Leave a Comment