Kunci Hati

Assalamualaikum, Hai semua warga FS. Ini kali pertama aku menulis cerita dan terima kasih kalau cerita ini disiarkan. Hanya sekadar pengkongsian dari cerita aku. Nama dan tempat akan aku tukarkan demi menjaga pihak masing-masing. Maafkan aku kalau cerita agak berterabur. Aku dalam cerita ini adalah Mia.

Awal 2011.
Aku masa ni tengah belajar lagi dekat satu universiti awam di utara Malaysia, semester 3. Seorang lelaki masa ni cuba2 mendekati aku, aku beri nama Luq. Dari facebook aku ke number phone aku dari celah mana dia dapat aku tak pasti. Kitorang satu fakulti, tapi biasalah mana nak perasan dengan ramai2 ni, budak course aku pun dan seratus lebih. Satu sem dia cuba mendekati aku, last2 masuk semester 4 aku terima, tak tahulah kesian atau secara rela, tapi sejujurnya memang aku takda perasaan dekat dia sangat masa ni. Tapi memandangkan aku single, so aku terima lah.

Mula2 nampak okay, lepas tu mula lah mengongkong, semua tempat aku nak pergi dan dengan siapa semua kena report dulu. Gila betul. Aku dah mula rimas dan aku just nak berbincanglah sebab rimas sangat. Masa tu kami berjumpa dekat satu kawasan dekat dengan kolej aku (asrama dipanggil kolej), orang ramai dekat cafe tu. Masa aku cakap aku dah mula rimas dengan kongkongan dia, dia naik angin dengan serta merta kertas dekat tangan dia dilemparkan dekat muka aku dan dia tuduh aku ada lelaki lain. Malu aku masa tu semua orang tengok kitorang. Gila punya jantan.
Start dari hari tu, dia lagi menjadi2 kongkong dia tu sampaikan aku keluar dengan kawan2 aku tiba2 kalih tepi, dia ada berdiri dekat luar cermin mall. Masa tu, apa lagi memang aku hangin lah. lepas tu, kitorang asyik gaduh ja sepanjang semester 4 tu.


Akhir 2011,
Semester 5 bermula, dan aku masih dengan Luq. Tapi dan seperti biasanya dia asyik mengongkong aku. Kawan2 aku pun dah start perasan masa tu, tapi mungkin takut aku terasa hati, diorang diam kan.
Satu malam, Luq ada bagitahu aku nak pergi rumah kawan dia, oleh disebabkan negeri lain, so kena ambil masa dalam 3 jam macam tu perjalanan. Luq pergi dengan kawan dia, Faiz. Aku pun iyakan aje lah tak cakap apa pun masa ni. Tapi aku agak musykil sebab diorang bertolak pukul 1 pagi, mungkin sebab diorang lelaki aku pun tak hiraukanlah.

Lepas dari hari tu, aku rasa sayang dan rindu dekat Luq berlebihan padahal boleh ja jumpa sebab satu universiti. Sebelum ni, suam2 kuku ja. Sejak tu, aku jumpa dengan dia tiap2 hari, pulak tu kadang2 lunch sekali, dinner pun sekali bai. Tak menahan. Aku rasa aku bukan aku yang dulu, dulu kalau lelaki nak blah dari hidup aku, aku biarkan sebab aku keras hatinya. Tapi kali ni, aku rasa macam nak bunuh diri pun ada kalau bergaduh dengan dia. Hidup aku kacau bilau kalau tak jumpa dia sehari, aku makin menjauh dari kawan2 aku.


Awal 2012.
Masuk semester 6. Walaupun semester 6, setengah pelajar masih lagi layak mendapatkan kolej. Setiap course dan semester diasingkan. Aku budak course sains dan kawan-kawan aku semua ditempatkan di tingkat 4 satu ‘row’ hujung sekali. Disbebabkan aku lambat masuk(aku buat rayuan dan diterima), aku ditempatkan dengan budak-budak akaun sebab takda kekosongan dekat row budak-budak satu course aku. Aku takda masalah sebab row yang aku duduk sama level dan cuma bertentangan sahaja. Aku ada 2 orang roommate, roommate aku pun okay ja even lain-lain course diorang pergi kelas balik kelas dan buat hal masing-masing macam aku, maklumlah masing-masing semua sibuk, semester 6 lah katakan.

Bila selalu sibuk dengan assignment, aku dengan Luq tak selalu berjumpa, cuma interaksi melalui call ja (tapi selalu bergaduh sebab masa ni aku terlampau busy dan takda masa nak jumpa). Luq macam biasa selalu tuduh aku ada lelaki lain aku selalu hiraukan ja. Bila selalu gaduh memang dah tak guna awak saya dah, terus aku kau ja. Satu malam, kitorang gaduh dan terkeluarlah dari mulutnya sendiri.

“kau ingat aku saja2 ke ikat hati kau?”
“ikat? Ikat apa? Ikat hati? Kau jangan buat main, Luq”, jerit aku.
“tak da apa lah”
Luq terlepas cakap. Aku risau gila, main bomoh ke apa dia ni?

Seminggu lepas tu, aku ajak Luq jumpa, aku sewa kereta dan overnight dekat luar dengan dia. Aku desak dia bagitahu apa maksud dia malam tu. Lepas aku desak dia bertalu2. Baru dia bukak cerita.

“Ingat tak masa saya nak pergi rumah kawan dengan Faiz tu? Masa tu Faiz tanya saya nak ikat tak Mia? Saya masa tu tak tahu apa-apa, ikut sajalah. Faiz cakap ustaz, tapi tak tahulah. Ustaz tu cakap, jangan risau dah sebab awak takkan pandang lelaki lain selain saya sebab dia dah kunci hati awak untuk saya.”

Aku tergamam, tergamak dia bomohkan aku. Aku banyak senyap sepanjang malam tu.


Aku tak selalu ada dalam bilik sebab selalu pergi bilik kawan aku yang sama course dan disebabkan hujung-hujung semester banyak assignment group dan projek yang perlu disiapkan aku jarang tidor bilik aku. Selalu memang stay up atau pun tidur ja dekat bilik kawan aku(sebab kalau nak balik bilik aku kena lalu satu bilik hujung row diorang yang memang senjaga dikosongkan atas sebab-sebab tertentu, so memang tak lah kan kalau tengah-tengah malam).

Satu hari, entah macam mana aku boleh balik tidur dekat bilik aku (katil aku double decker, dan katil aku yang atas), masa tu roommate aku yang duduk bawah aku tu tak ada dalam bilik dan seorang yang tidur dekat katil bujang pun dah lelap agaknya sebab bilik memang dah gelap masa aku bukak pintu. Aku pun macam biasalah, tukar baju dan terus tidur.

Keesokkannya, ada lebam dekat kaki aku, aku pun anggap biasa ja (sebab aku memang senang sikit kena lebam-lebam ni, lagi2 kalau pergi tempat keras). Seminggu berturut2 aku kena, tiap2 hari lebam yang baru. Aku just bagitau mak aku dan mak aku suruh baca yassin lepas maghrib, aku turutkan lah. 2 hari dah stop, aku pun lega lah, cuak doh. Lepas tu, datang bulan pulak, so tak boleh lah pegang yassin, lebam tu pun ada balik keesokkan harinya. Aku pun serabut sebab taknak benda2 ni tumpang ka apa ka. Mak aku pun panggil lah aku balik kampong untuk berubat dengan ustaz yang kitorang kenal ni.

Oh ya, sebelum tu, memang aku dari dulu lagi, setiap tahun aku akan ada masa seminggu atau dua minggu bermimpikan ular (macam2 ular, ada hitam lah, macam ular sawa lah) yang nak patuk aku tapi tak sempat patuk sebab aku dah terjaga. Memang dari dulu mak aku bawa aku berubat dengan ustaz ni, macam2 benda ni cakap masa tu, berkenan lah, mengikut lah, saka keturunanlah. Ustaz tu cakap, masa dia berinteraksi dengan jin ni, jin ni selalu putar belit. Aku sampai naik pening. Dari sampai kena minum air tawar hari2, kena mandi limau bagai, kena tabur garam lah apa lah.. So, stop dekat situ sebab nampak gaya benda ni macam degil dan aku tak mampu buat apa2. Aku sampai naik lali dengan benda lebam dan mimpi ular. Dan sebelum ni, aku tak tahu lagi pasal Luq “kunci” hati aku.

Berbalik kepada cerita tadi, bila mak aku panggil balik kampung untuk berubat. Aku pun dengan rela hati skip kelas hari jumaat dan balik kampung terus. Bila aku berjumpa dengan ustaz ni, ustaz cakap benda ni berkenan. Dia suruh aku minum air yang dia bacakan dan mandi limau. Aku pun turutkan sebab dah biasa. Masa nak balik dari rumah ustaz tu, aku dengan mak aku naik motor sebab tak jauh sangat dan aku bawak tapi otw balik tu aku macam pening ke berkhayal ka macamana ntah aku nak terbabas. Mak aku pun risau dan bawakkan motor dan aku duduk dekat belakang.

Bila balik rumah dan macam biasa aku minum air tawar dan tidur terus. Dalam pukul satu pagi macam tu aku terjaga dan sakit sangat dekat pelipat bawah lutut aku macam orang siat2 masa tu, aku gerak mak aku dekat sebelah dan mak aku bacakan yassin depan aku. Kau bayangkan, masa tu mentol oren samar2 tapi dengan jelasnya kau boleh nampak dot warna merah macam bercahaya berjalan ikut salur darah kau, masa tu Allah ja yang tahu sakitnya macam mana. Lepas tu aku dah okay lepas berkali2 pergi berubat dengan ustaz tu.

Lepas balik dari berubat yang terakhir, aku rasa benci sebenci2nya dekat Luq. Perkataan putus tu memang dah biasa dari mulut aku. Aku sedaya upaya akan mengelak dari berjumpa dengan Luq. Macam tersedar dari mimpi, aku akhirnya tersedar selama ni aku turutkan sahaja apa yang dia cakap. Sejak aku tersedar dari perbuatan aku, muncul lah beberapa perempuan yang call aku, text aku dan jumpa aku bertanyakan siapa aku pada Luq. Dan sejak itu, tahu lah aku bahawa Luq curang selama ni. Cuma aku yang tak sedar. Mungkin aku terlalu buta selama ni.

Lepas habis semester 6, aku pun minta putus dari jauh, sebab Luq asal selatan dan aku utara. Aku memang plan nak putus lepas tamat belajar sebab jangkaan aku, takkan lah dia nak menggila cari aku sebab kami berjauhan dan agak susah untuk berjumpa atau selisih. Bila dia call atau whatsapp aku memang aku tak layan, aku block terus. Tapi dia guna nombor belainan setiap kalinya. Siap dia menggila guna nombor maknya call aku cakap nak pinang aku. Aku berkeras tak mahu.

Lepas tamat belajar, aku menerima tawaran untuk sambung belajar di satu universiti dekat Selangor. Aku dah terbiasa berdikari sampai masa nak lapor diri pun aku tak bagi mak aku hantar, so naik bas jelah masa tu. Sehari sebelum tu, memang dah siap2 beli tiket bas pukul 8 pagi. Mak aku hantar aku dekat stesen bas dan kebetulan kitorang terawal 1jam. Mak aku ajak lah aku breakfast dulu.

Masa aku baru nak melangkah ke gerai breakfast aku perasan ada orang kat belakang aku, rapat. Guess what? Luq. Ya Luq. Aku tak tahu celah mana dia dapat tau aku nak naik bas pagi tu pergi sambung belajar. Aku pandang mak aku, mak aku boleh pulak cakap biarlah orang nak berkawan tu. Kalau lah mak aku tau, Luq pernah bomohkan aku dulu. Aku mendegus kasar dengan muka tak puas hati. Bila aku tanya dia kenapa datang sini.

“Aku nak pergi Selangor”, selamba badak dia cakap.
“aku tak perlu orang teman aku, aku boleh pergi sendiri”
“yang kau perasan kenapa, aku nak pergi dekat akak aku”
“so kenapa kau dari Johor naik ke utara dan nak patah balik Selangor?”
Luq diam seribu bahasa.

Lepas breakfast, dia terkedek2 ikut aku pergi check ticket bas, masa tu memang aku rimas jugak tapi aku dah lama maafkan dia. Dengan serta merta, dia beli jugak ticket bas yang sama dan duduk sebelah aku. Kebetulan bas tu free seat so kau boleh duduk ja mana2.
Dalam perjalanan tu, aku rasa rimas sebab dia asyik perhatikan aku, bila aku keluarkan phone dia jenguk sebab nak tengok aku text siapa. Aku whatsapp kawan aku suruh berlakon jadi boyfriend aku, kawan aku pun faham dan dia call aku untuk bercakap dengan Luq. Bertekak jugak lah dua2 nya. Luq tak puas hati sebab dia ingat aku betul2 ada boyfriend.

“kau tak payahlah nak show off sangat kau ada boyfriend.”

Aku tahu Luq memang tak puas hati, aku mendiamkan diri, mengigil jugak aku sebab sepanjang perjalanan dari utara ke Selangor ambil masa dekat 5 ke 6 jam, risau jugak kalau aku bertekak dengan dia, dia bunuh aku ka apa. Orang psiko, semua boleh buat. Sampai ja di Selangor, aku suruh dia turun kat mana kakak dia nak ambil dia, tapi dia berkeras nak hantar aku lapor diri.

“Sudah-sudahlah tu Luq, aku memang tak sayang kau dah, sayang aku dulu pun bukan dari hati aku sebenar, kau pun faham kan, aku dah lama maafkan kau”
“okay, aku akan turun sini, lepas ni aku takkan ganggu hidup kau lagi.”

Luq pun turun selepas dia memberitahu driver bas untuk berhenti di satu kawasan.


Semenjak dari kejadian tu, Luq tak ganggu aku lagi, tak ada lagi text atau call yang menganggu aku.


2017
Tengah aku siap2 nak keluar, tiba2 text dari nombor tak dikenali.

“Kau takkan pernah sayang mana2 lelaki kecuali aku. Aku takkan lepaskan kau.”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

160 thoughts on “Kunci Hati”

    • Aku memang dah report siap kali ada ugutan, tapi tak terdaya kalau dia menghantar benda tu. Polis pun nak tangkap takda bukti?

      Reply
      • Aduhai cik kayangan. masa putus tu ckp elok2 kan..
        Mkcik pnh kena 2x..1mnjerit2 pukul 1pagi dpn rumah smpai jiran2terganggu.1 lg smpai 6 tahun skodeng (ke22 xbcinta)..tp xd y main bomoh.., mkcik mmg mnahan diri dr ckp kasar atau marah2..sakit tu mmg sakit hati ,rasa nk mnjerit marah tu wajib..tp sabarrr…sabarr…sabarrr…jaga perkataan..selalu senyum kt depa…doakan mereka agar lupakn kita..tu je.
        Bila dh kena bomoh ni..jgn putus amalkn ayat pendinding..&cuba sedaya jgn marah dia klau bckp.mana tau dia akan rs bsalah buat jahat..hati kan milik Allah.

        Reply
        • Masa putus tu memang cakap elok. Minta maaf bagai lah semua lah. Tapi mungkin ketidak faham bahasaan dia tu tak dapat terima. Setiap kali bercinta dengan orang lain. Ada ja benda yang datang. Sekarang pun ada lagi cuma tak kuat gangguannya sebab duduk di pulau. So mungkin bila seberang laut lemah sikit benda tu. Taktau lah nak habaq. InshaAllah. Terima kasih atas nasihat

          Reply
    • Dah report banyak kali dah iqa. Tapi polis pun takleh amek tindakan sebab takda bukti dia buat apa2 just amaran gitu je. Kalau libat benda2 ghaib polis tak dapek nak nolong ?

      Reply
  1. “Kau takkan pernah sayang mana2 lelaki kecuali aku. Aku takkan lepaskan kau.”

    This is so scaryyyyyyyyy! i feel you, writer! i pernah alami macam ni tapi tak seteruk u. Semoga u sentiasa kuat.

    Reply
  2. penulisan yang baik. senang nak paham.
    laki itu pyayang, tapi xpercayakn Allah dan takdir.
    kalau dia main bomoh, ko main ayat Al-Quran ok kayangan.

    Reply
  3. DH KENAPA LUQ TU TAK TAU NK MOVE ON.. DHLA KUNCI HATI BAGAI,JELES TAK MENENTU..
    BETTER HATI2 LAH.. TP KAN,MCM MNA DIA MSIH DPT CONTACT AWK SMPAI 2017 NI?? MSIH PKAI NO LAMA KE,CBA TUKAR NO HP TU.MAAF..EMO PLAK DNGAN C LUQ TU.

    Reply
    • Ya masih guna number lama. Memang banyak kali nak tukaq number baru. sayang jugak sebab banyak kawan2 dengan family tau number ni. Dari sekolah menegah guna number ni. Tapi kan pikir2 tak guna jugak, sebab dia ada number mak saya, facebook contact adik2 saya kawan2 saya semua dia ada. Bertawakkal aje lah.

      Reply
  4. Ni yg aku takut bila bercinta.
    Tak pernah nk bukak hati utk lelaki sbb takut kes mcm ni.
    For me biar Allah tentukan semua and bila aku rasa dh tiba masa aku suruh mak aku je carikan. Hahaha kan restu ibu bapa tu keredhaan Allah.
    #sesiluahperasaan

    Btw bestt weyhh citer ni. Byak jugak lh pengajarannya.

    Reply
  5. Giler budak luq ni..org psiko n kuat cemburu ni membunuh pun sanggup.da sampai utara dia mencari mmg bahaya sangatla dik…esok2 nak kwin dia g rosakkn mjlis..xtaw nk lari kmana dah org cmni.elok buat report

    Reply
    • Buat dah report akak oi. Tak larat dah. Tapi setakat ni takda lagi culik ka apa ka. Cuma benda2 ghaib. Polis pun tak dapat bantu kalau benda2 ghaib ni. Tula, sampai terpikiaq nak buat kawin kecik2 dan senyap2?? bahaya. Dia boleh tau nnta

      Reply
  6. Ex-bf cikbambam pun jenis mcm ni..kuat mengongkong..cikbambam ni da la terejal sikit..mmg x suke la laki jenis ni..ape cikbambam buat sume die tau..kemana cikbambam pegi sume nk tau & nk ikut..byk kali mntk putus tp die xnak..sayang kate nye..last sekali mntk putus bru die setuju..tp cikbambam penah tebaca kt fb die konon nye kalo xdpt cara baik die buat cara halus..seram btl time tu..tup tup 2,3 bln lepas tu dpt tau die da kawen..kahkahkah..sayang tahi ko la oii..puii..

    **setori best..harap penulis lebih berhati2 lps ni..sediakan spray cili dlm beg siap2..nampak muka die je xpyh ckp pape terus spray..kakakaka???

    Reply
  7. Ex kak long aku prangai lebih kurang mcm ni la.. Dia tengking dan tmpar kak long aku masa kak long aku kat tmpt kerja..dia ckp yg dia laki along aku.. So kawan2 along x dpt tolong along.. Masa tu aku darah muda lagi.. Instinct utk protect family sangat kuat.. Aku dgn kazen dan geng2 dtg kat rumah sewa dia.. Nasib melaun tu masih dalam tahap yg boleh d bntuk lg.. Bg dia hadiah sikit ngn amaran untuk tidak brada dekat dgn along..

    Buat penulis g la masuk class utk pertahanan diri.. C luq ni dkt je kat kau x yah pikir lama trus bagi sebijik..

    Reply
        • Nasib baik along singkong x kawen ngn malaun tu..belum kawen da pukul2..lepas kawen xtau camne nnt..ish3..singkong jgn mcm tu ye..?

          Reply
          • Haha abang singkong stakat ni prangai masih suci lagi la.. Hahaha kalau melaun tu yg kawen ngan along rasanye singkong stay satu rumah kot ngan along.. Haha (ketawa setan)

          • Haha..bagus2..adik yg bagus protect kakak..along da kawen..abang singkong bile lagi?hahah

            **soalan cepu cemas

          • Haha..jwpn selamat tu..

            Lepas kawen ajak mak duduk sekali..boleh jaga mak & bini..haa..gud idea kan?kan??

            **bagus abg singkong..sementara single & xde komitmen lg ni jaga la mak betul2..alamak..tibe2 rindu kt ibu den pulak..huhu?

          • Itu yo la yg tinggal utk den.. Kaka2 semua da bz jaga kluarga masing2.. Anak jntan sorang ni je la tmpt dia menumpahkan ceramah d kala bercuti.. Haha

            Ambk la cuti cikbambam oii balik rumah omak tuu

          • Menumpahkan ceramah..hahaha..samo la ngn ibu den..nampak muko den terus bg ceramah..tau la den ni anak yg solehah..hahaha

            **tiap mgu den balik somban..arini je x balik..hihi

          • A’a..bz sikit la..cikbambam tlg aci sblh umah ni buat maruku..pastu join dorg main mercun dr mlm td smpai skg x abes2..hahaha.

            **background music (dam dum dam bunyi mercun..)

    • Pehhhh, nasib ada adik macam singkong ni. Lelaki macam ni memang kena buku dengan ruas lah cite dia.

      P/s; saya duk belajar jugak tomoi sikit2 tapi tak habis???

      Reply
    • Normal la tu.. Cerita berbangkit.. Bila 1 setori berkisar psiko.. Penulis lain akan mula recall same kind of setori untuk d kongsi..

      Reply
    • nak kawan dgn org pun da takut….kalau dia jenis psiko cemana? huhu..
      makan lauk ular, lauk kucing dgn kacang laa jawabnye!!

      cam cerita psiko lebih seram sekarang ni…huhu

      Reply
      • Hahaha tulah. Macam2 orang psiko lani. Tapi jangan takut berkawan sebab tak semua macam tu, kebanyakkan nya baik2 tapi tulah disebabkan hati tak bersih tu yang jadi macam2 tu.

        Reply
  8. haihh lelaki psycho serius menyeramkan . Pernah berkawan dengan lelaki mcm ni, laki lain pndng kita, kita yang kena amaran siap tunding jari dekat muka depan org ramai. jalan nk kena berkepit .sampai tk boleh rengang seinci.

    Reply
  9. Semoga Cik Kayangan diberi kekuatan, kekal, keberanian dan semangat untuk hadapinya. ALLAH SWT sentiasa ada. Semoga Cik Kayangan sentiasa dilindungi olehNYA. Aamiin

    Reply
  10. Senasib lah kita. Dah putus tu, macam2 benda dia hantar sampai kita naik gila. Rasa nak terjun bangunan semua ada sebab tak tahan sangat. Sana-sini berubat. Dah 6 tahun putus pun still kacau lagi. Tiap kali msj kita, mesti dia cakap “aku takkan bagi kau bahagia dengan orang lain”

    Reply
    • I feelam you sis!!! Awat lah manusia macam ni wujud. Sampai hati pulak tu kan. Hidup kita yang kacau nya. Saya doakan awak sembuh segera.

      Reply
  11. Awak .. kita same , sy pon selalu mimpi ular tu..kdg2 bile lps mimpi trbyg2, takut…sebulan msti mimpi dlm 2 3 kali.. dr kecik smpai la skrg ?

    Reply
  12. Kdg terfikir…
    Org yg menggila2 nakkan seseorg smpi sggp buat apa sahaja, sggp menduakan Allah, sggp kejor sana sni bertahun2 tu kan, klu btol endingnya kawen ngan die, die akan layan cemane???

    Adakah die akan layan bak tuan puteri???
    Segala kemahuan akan dituruti???
    Atau adakah die akan mempergunakan pasangan tu utk kepentingan diri sdri???

    Reply
    • Kan kak yulie, kita pun tak paham jugak. Apa yang dia betui2 nak sebenarnya. Apa yang dia mau dalam hidup dia. Stress jugak pikiaq?

      Reply
  13. writerrrr !
    nak tanya . kalauu dia tak terlepas cakap dia kunci hati awak . awak akan tahu atau sedar tak ?
    maybe awak pelik lah sbb dulu tak sayang . biasa biasa je . pastu tetiba sayang .
    cemane kalau dulu sayang . pastu mcm dah tersedar sesuatu (bkn tersedar dia guna guna lah) . pastu dah usaha nak larikan diri . tp takbole . taktahu ada sbb sayang atau benda laen . hm

    Reply
  14. Sebab tu la saya takut nak serah kan hati kat lelaki. Kalau terima lelaki tu sbb nak isi masa lapang, lebih baik tak payah..lebih baik kau bosan daripada dapat lelaki yg salah.
    Sebenarnya kau takkan rasa single tu bosan kalau kau hargai org2 yg sekeliling kau, kwan2, family.

    Haihh harap2 dijauhkan la dari lelaki mcam tu.

    Reply
    • Feeya, jangan salah faham, bukan saya terima untuk mengisi masa lapang. Saya terima sebab tengok kesungguhan. 6 bulan dia mengejar saya, kalau kamu pun ada lelaki yang bersungguh hendakkan kamu, kamu mesti sedikit sebanyak mahu menerima dia. Tapi yang silapnya dia, kaki kongkong dan tak percaya takdir yang ditetapkan

      Reply
      • eh alamak cik kayangan, apa yg saya cakap tu umum sbenarnya, bukannya based on cerita cik kayangan. Ya, sye ada laki yg bersungguh mahu kan sye, dan masih setia menunggu hampir 4 tahun, walaupun sye dah cakap hati sye belum terbukak utk dia dan sesiapa pun.
        Saya bnyak baca kisah2 mcm awak buat saya lebih takut nak kenal sape2.
        Maaf ye cik kayangan kalau terasa dgn ayat sye tadi tu. tak bermaksud nak salahkan awk pun.

        Reply
        • ??? takda hal lah. Tak terasa pun just explain. Hahaha takpa tapi jangan takut bercinta pulak tak semua orang baik lelaki atau perempuan jahat. Cuma segelintir.

          Reply
  15. Psikopat….gile!!!! Gile!!!! Gile!!! Usaha cary pendinding diri n fmly.Pulang kn blik sume ape yg di anta,bkn bls blk tapi pulangkn pada tuan empunya..xpun ckp dgn fmly dy n tros trang.mmg susah lyn owg yg xley trima kenyataan ni…

    Reply
  16. pengajaran : jgn terima org yg kita x penah suke.

    tp yelah, kalau kita x layan/x terima dia, tetap dia blh buat bukan2 jgk kan?

    jahatnya la manusia semacam ni

    Reply
  17. kes kita sama…saya pun ada ex bf yg sebijik mcm luq… mmg dasyat..dia psyco smpi saya mengalami tekanan yang teruk..kemurungan sbb trauma… dia selalu maki hamun dan pernah naik tgn sbb mntak putus… dah cakap cara baik pun dia tetap sama..akan ganggu dan ugut macam2… smpi dah xtahu nk lari kemana lagi… moga sama2 lah kita terus kuat dan tabah

    Reply

Leave a Comment