Kupu-kupu Hitam

Assalamualaikum kepada semua peminat fiksyen shasha.Aku Ain (bukan nama sebenar) berasal dari pantai timur,Kelantan.Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Kuala lumpur selepas tamat persekolahan.Aku belajar di kolej kemahiran yang berdekatan dengan Bandar Kuala Lumpur.Rasanya tidak perlulah aku bagi tahu saya belajar di mana.

Nanti ada yang takut pulak nak belajar kat situ.Aku minat membaca kisah seram dan menonton cerita seram tetapi hakikatnya aku seorang yang penakut.Aku ingin menceritakan pengalaman aku ketika duduk di hostel.Kejadian ini berlaku tahun lepas ketika itu aku berumur 18 tahun.

Aku seorang yang jenis tidak suka duduk hostel kerana aku seorang yang sukakan ketenangan apabila study.Aku tidak suka jika kawan-kawan membuat bising kerana ia akan menganggu perhatian aku ketika aku belajar tetapi aku terpaksa menyewa hostel kerana rumah sewa yang berhampiran dengan kolej telah penuh.

Namun begitu,kedudukan hostel dengan kolej agak dekat jika dibandingkan dengan rumah sewa itu.Hostel tu tempat baru dibuka kerana blok bangunan yang ada di situ pun masih baru.Tak banyak kedai yang ada,kedai makan pun susah nak jumpa dekat situ.Sebelah hostel ada hutan dan jalanraya.Kawasan kolej juga hutan.Terpaksa naik dan turun bukit jika ingin ke kolej.Aku dengan budak-budak yang lain berjalan kaki pergi ke kolej.

Pada suatu malam tu,aku tidur agak lewat kerana leka bermain aplikasi facebook tanpa mempedulikan kawan-kawan yang lain.Budak yang baru nak up lah katakan.Sedar-sedar jam sudah menginjak ke detik 12 malam lebih tetapi mata aku masih segar lagi duduk melayani facebook.Kebanyakannya semua kawan sudah tidur.Tiba-tiba ada satu suara tegur aku,aku pun tengok lah dekat orang yang panggil aku tu.

“Akak tak boleh tidurlah Ain,akak takut”Kakak sara bersuara apabila saya menoleh ke arahnya ketika dia memanggil nama saya tadi.Buat pengetahuan semua,kakak ini ada kebolehan boleh melihat benda yang kita tak boleh nampak dengan pandangan mata kasar kita.Maksudnya,dia boleh melihat makhluk halus.

“Kenapa” aku selamba bertanya.Ketika itu,hanya aku dan kakak sara yang belum tidur.Semua penghuni hostel yang lain sudah nyenyak tidur.

“Nampak tak kupu-kupu hitam tu?”dia menunjukkan aku sesuatu.Aku pun melihat ada seekor kupu-kupu hitam di siling.Aku meneguk air liur.Kupu-kupu itu tidaklah besar mana tetapi yang aku hairan masa aku tengok kupu-kupu tu,bulu roma aku meremang.Aku tengok jam di skrin handphone,jam menunjukkan sudah hampir nak pukul 1 pagi.

“Nampak,kenapa akak?”aku bertanya lagi macam orang bodoh walaupun masa tu aku dah rasa seram sejuk.

“Akak tak suka kupu-kupu tu duduk dekat siling tu,dia duduk dekat siling menghadap katil akak.Akak takut nak tidur”dari situ aku dah rasa lain macam sebab dekat katil orang lain tak ada pulak kupu-kupu tu hinggap.Buat pengetahuan semua,semua katil yang digunakan dekat hostel ialah katil dua tingkat.Kakak sara tidur di katil bahagian atas.

“Akak bacalah ayat apa-apa”kata aku sambil layan facebook.Aku berdiri di sebelah katilnya.Orang yang satu katil dengan kakak sara iaitu budak katil bawah sudah tidur.Selepas kakak sara baca ayat-ayat suci,depan mata aku sendiri aku tengok kupu-kupu tu terbang dari siling lepas itu ghaib entah ke mana.

Aku pun nak pergilah tidur kat tempat aku tetapi Kakak sara halang aku untuk pergi tidur.Muka dia macam orang nak menangis aje aku tengok.Dia kata benda itu ada lagi.Aku pon donggakkan kepala untuk tengok dekat siling tu lagi.

Terkejut aku sebab kupu-kupu hitam tu ada lagi.Aku suruh kakak sara baca ayat kursi,dia pun baca.Setelah dia habis baca ayat kursi tu,kupu-kupu tu ghaib lagi kat depan mata aku.Aku baru nak menglangkah meninggalkan katil dia,tiba-tiba dia cepat-cepat turun dari katil dia dan dia pegang tangan aku.Dia dah start menangis cakap takut sebab benda tu ada lagi.Dia dah baca banyak kali tapi benda itu datang balik bila dia dah habis baca ayat-ayat suci.Korang mesti geram dengan perangai aku kan.Sorry lah sebab aku nie jenis blur jugak orangnya.

Kakak sara pun duduk dekat katil bawah,sebelah budak yang sedang tidur itu.Dia menangis bersungguh-sungguh.Aku pun duduklah kat lantai sebab nak tenangkan dia.Tapi korang tahu tak apa yyang jadi?. Tiba-tiba masa kakak Sara nangis teresak-esak,suara dia menggeletar lepas itu nafas dia turun naik,keluar bunyi suara lain dari tubuh dia.Kakak sara pun pandang aku,cara dia pandang aku menakutkan sebab mata dia terbuntang terbuka luas.

Aku rasa macam bukan dia yang pandang aku sebab mata dia semua hitam.Aku terkejut selepas itu aku bingkas bangun dan lari tempat aku.Nak luruh jantung aku sebab dia tengok aku macam tu. Aku kejutkan budak yang tidur di bawah katil aku.Nama dia Kakak syakierah.Aku cakap Kakak sara kena rasuk,dia bingkas bangun dan suruh aku baca surah yassin.Sebab bising dan panik,ada yang tersedar dari tidur termasuklah budak sebelah kakak sara.Aku rasa dia jenis yang berani sikit sebab dia pergi tampar muka kakak sara sebab nak sedarkan dia.Akhirnya kakak sara tersedar,dia menangis lagi dan datang tempat katil aku.

“Jangan takut,akak dah okay.Akak dah sedar”katanya sambil mengelap air matanya.Kita orang pun legalah sikit.Keadaan okay semasa pukul 2 pagi lebih.

Budak katil sebelah aku dah menangis sebab takut.Sampai dia melompat turun dari katil atas ke lantai dan dia melompat lagi ke katil kawannya.Dorang dah berpeluk bagai sebab takut.Buat pengetahuan pembaca,kami semua budak perempuan.Pagi itu kami semua tidur di lantai sebab takut nak tidur dekat katil atas.Keesokan paginya,semua bangun lewat ke kolej.Selepas kejadian tu,aku demam panas seminggu sebab terkejut.

Akhirnya,aku dapat tahu juga kenapa Kakak Sara takut sangat dekat kupu-kupu hitam tu.Kata mak cik yang telah pagarkan hostel tempat kami tinggal itu,kupu-kupu itu jelmaan Pontianak.Selepas hostel itu dipagar,tiada lagi gangguan yang berlaku.Sekian,itu sahaja kisah yang aku nak kongsikan.Harap korang terhibur.Sorry kalau tak seram mana tetapi ingat,orang yang mengalaminya sudah merasai keseramannya.Bagaimana dengan korang? Hati-hati..

4 thoughts on “Kupu-kupu Hitam”

Leave a Comment