Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca setia FS.
LAGENDA NYI RORO KIDUL – PART 3
Maaf yer.. Liza lambat nak update cerita Liza atas sebab-sebab tertentu. Sebagaimana yang Liza dah maklumkan, sehingga sekarang ‘dia’ masih mengganggu kehidupan kami. Oleh itu,beberapa minggu ni Liza dalam sesi berubat dengan Hj. Man dan tiada masa nak update cerita.
Untuk ilmu-ilmu yang Liza berikan kepada para pembaca, Liza izinkan kamu untuk mengamalkan nya, Liza bukan lah dari golongan orang yang berilmu tapi cukup lah dengan berpengetahuan. Tiada yang menghalang kita untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah S.W.T. Andai hanya dengan surah Al-Fatihah sahaja dibaca dengan izin-Nya, jika diizikan-Nya jadi,maka jadilah, jika tidak, tidak lah. Itu semua atas kehendak-Nya.
Untuk para pembaca, sebenarnya Fitrra itu dari Bali ke Bayuwangi, dari Bayuwangi dia menaiki feri kapal yang angkut kereta sekali tu untuk ke Bali. Kampung Fittra di Bali ya para pembaca..
Selepas kejadian malam pertama, Liza ada sedikit terganggu dengan kehadiran ‘dia’. Semua kerja yang dibuat serba tak kena. Kak Zaza dan Fitrra pulak seharian tak jemu mencari cerita2 yang berkait rapat dengan Nyi Roro Kidul. Dari blogger sehingga ke Youtube. Aku pulak naik risau, hendak ceritakan pada mereka kejadian semalam agak berat mulut ku untuk berkongsi dengan mereka. Oleh itu, aku biarkan saja mereka membuat research tentang Nyi Roro Kidul.
****** KEJADIAN MALAM KE-2******
Seperti biasa aku keluar malam melepak dengan member, tapi oleh kerana malam ni aku ada sedikit suram, rakan-rakan ku juga turut terasa dengan kelainan sikap ku malam itu, sememangnya aku yang selalu menghangatkan suasana, tapi malam itu aku agak kurang selesa, ntah kenapa lah malam tu, kedai yang kami lepak ni pasang lagu-lagi lama Indonesia. Naik seram aku nak melepak kat situ. So kami buat keputusan untuk balik awal, kawan aku tu, aku minta dia ikut kawan aku yang sorang lagi sebab aku cakap aku tak sihat nak balik rumah terus.
Dalam perjalanan ke rumah, jarak dari Bandar ke perumahan aku ada dalam 45min jer. Bila aku sampai kawasan perumahan aku, dari jauh aku dah nampak kabus tebal area lorong nak belok ke rumah aku tu, aku terpaksa lah buka highlight lampu kereta aku ni.
Waktu masuk ke dalam kabus ni, aku tak Nampak sangat jalan jadi aku bawa slow jer lah kan takut terlepas lorong belok ke rumah aku sendiri. And you know what ?? aku tetiba sampai kat hujung lorong pulak !! makna nya aku dah terlepaslah lorong rumah aku ni, aku tepaksa lah patah balik dan lalui kabus tebal ni.
Sekali lagi, aku terlepas lorong rumah aku, aku dah tak sedap hati ni, tetiba pulak ada bau kemenyan dah !.. Aku baca surah Al-Mu’awwizatain.
• Surah Mu’awwizatain ini mengandungi 2 surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas. Ke-2 nya bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” @ “Ta’awuz” sebab mengandungi permohonan untuk perlindungan
Aku teruskan perjalanan, waktu ni dalam samar-samar aku Nampak depan aku disebalik kabus, aku Nampak susuk tubuh seorang perempuan, kepalanya di tutup dengan selendang, pakaian nya seperti memakai baju kebaya bersarung batik. Aku dah rasa lain macam ni, so aku tekan pedal minyak, aku lalu jer perempuan tu, jangan Tanya aku Nampak tak, sebab aku toleh tempat lain, Korang rasa? Kalo korang kat tempat aku, nak ke tengok? Memang tak lah kan.
Waktu ni, bau kemenyan ni kuat sangat ! entah dari mana datang nya bunyi anjing menyalak, tapi anjing ni punya lolongan bukan macam biasa korang dengar, bunyi anjing ni macam menangis tau !!!! dahtu bunyi dia kut sangat macam seiring dengan kereta aku jer. Dan sekali lagi, aku tak jumpa lorong rumah aku. Aku U-turn.
SubahanAllah, waktu ni jantung ku rasa nak tercabut dari badan tau tak? Waktu aku nak jalan patah balik semula sebab dah terlepas lorong rumah aku, aku nampak susuk tubuh perempuan tadi berjalan menuju kearah aku tapi bukan berjalan menghadap aku tapi membelakangkan aku. (maksudnya dia berjalan terbalik, muka tidak menghadap aku, tapi berjalan mengundur kearah aku.)
Aku dah mula mengelabah, tahu tak apa aku buat? Aku tekupkan muka aku kat stereng kereta, aku baca saja apa-apa surah yang terlintas kat kepala otak aku ni, seiring dengan bacaan aku, aku terhidu bau kemenyan yang semakin pudar tapi bau bunga melur semakin kuat, aku rasa perempuan tu semakin deat dengan kereta aku, waktu ni aku baca kuat-kuat surah yang aku ingat, dan aku dengar ‘dia’ berbisik ke telinga aku.
‘Aku datang kemari mencari kamu jiwaku’- Dialek jawa.
Aku rasa hangat hawa nafas nya di telinga aku, dan ya, aku ketakutan yang amat sangat, aku menangis sambil membacakan apa-apa sahaja surah dengan lantang. Aku pejamkan mata aku, aku tekupkan ke-2 belah telinga aku dengan tangan aku dan tanpa aku sedar, aku terlelap.
Pagi harinya, aku terjaga dari tidur apabila mami ketukkan cermin kereta aku.
“Liza kenapa tidur dalam kereta?” – mami.
Aku lihat sekeliling, aku berada didalam kereta tengah parking depan rumah aku.
“Ya Allah, mami. Mungkin semalam Liza mengantuk sangat sampai tak sempat nak masuk rumah lah” – aku masih tak mahu menceritakan hal ini kepada mami dan dadi sebab tak mahu mereka risau tentang ku
“dah, masuk rumah, mandi, nanti lewat pergi kerja. Mami dan dadi turun kerja dulu ya sayang”
Dipejabat, bukan aku sahaja yang diganggu malam semalam, rupanya kak Zaza juga turut diganggu. Sejak dia mula mencari mana-mana pautan tentang Nyi Roro Kidul, sehingga di rumah, dia sering kali mengingati Nyi Rro Kidul, bahkan sampai kan dia merasa seperti diperhatikan dan merasa kehadiran seseorang di samping nya.
Malam semalam, sewaktu di bilik tidur, dia sedang mendodoikan anak kecil nya, dan entah dari mana dengarnya dia lagu seperti nyanyian dialek jawa yang tak pernah didengari nya mungkin dari radio atau TV. Kak Zaza mula mengikuti lagu tersebut, tidak tahu bagaimana dia boleh pandai dan tahu setiap sebutan lirik lagu itu sehinggalah suami nya menegur.
“lagu apa yang dinyanyi kamu sayang?” – Suami Kak Zaza.
“lagu?? Aku tidak menyanyi apa-apa” – Kak Zaza.
“Ya. Kamu bernyanyi sebentar tadi seperti lagu dodoian tapi tidak pernah dengar pun lagu itu seperti bahasa arab kali.. ahahah” – Sambil ketawa kerana lucu mendengar kak Zaza menyanyi lagu yang di fikirnya dibuat-buat.
“Lagu apa ya? Tadi aku ada mendengar lagu dari radio yang kamu pasang, seperti lagu Indonesia tapi bahasa lain” – kak Zaza teringat kali terakhir dia mendengar lagu tadi semasa sedang mendodoi anak nya.
“Abg mana ada pasang radio, Tv pun abg tak buka, kmu dengar dari hp mungkin, jangan nyayi lagu yang pelik2. Seram. Kalo lagu Despacito tak apa.. hahahaha” – terus berlalu meninggalkan K.Zaza terpinga-pinga
Sejak itu, k.Zaza sudah merasakan ada sesuatu yang tak elok.
Aku menasihatkan kak Zaza dan Fitrra untuk berhenti untuk siasat tentang Nyi roro Kidul. Tak mahu keluarga nya diganggu. Bukan sahaja k.Zaza, Fitrra turut diganggu semalam.
Sewaktu dia sendirian di bilik tidurnya, sedang asyik melayari FB dan berlatar belakangkan lagu dari Utube, tiba-tiba sahaja lagu nya dipasang lagu Indonesia. Dan bahasa yang tak pernah didengari nya tapi hanya yang dia faham ada didalam liriknya menyebut.
“Ini temanmu datang, bukakan pintumu” – disebalik maksud lagu Indonesia tadi.
Terus pintu biliknya diketuk, Fitrra langsung menjerit ketakutan, terus sahaja bapanya menerjah masuk ke kamar dia dan bertanya kan kenapa. Apabila di search history webnya tiada pun tersenarai apa-apa tajuk lagu Indonesia dari laman web Utube.
Seharian itu, kami ber-3 terus tidak ada menyebut nyebut tentang Nyi Roro Kidul Atau apa-apa yang berkaitan.
***** KEJADIAN MALAM KE-3*****
Malam ni aku buat keputusan untuk stay dirumah sahaja ditemani Nono dan Kakak ku dan anak nya. Memandangkan suami kakak aku traveling, jadi dia tidur dirumah kami. Mami dan Dadi seperti biasa ada ‘Project’ mengubati orang yang memerlukan perkhidmatan mereka. Rhaz pulak ada futsal.
Mulanya semua nampak biasa sehinggalah Udin (Anak kakak) memanggil aku.
“aunty Liza !! ur frend waiting for you outside there” – sambil bertenggek depan tingkap rumah menghadap halaman rumah.
“there no 1 outside dear, come here watch cartoon” – Aku dah gelabah dah.
“Mama, aunty Liza frend ask me to open the door” – Udin berlari menghampiri kakak aku.
“siapa kawan kau datang memalam ni Liza?” – kakak aku berjalan menuju ke pintu rumah
“kak !!!!!!! …. Jangan buka !!!!!” – Aku berlari menahan kakak aku dari membuka pintu.
Aku bagi signal dengan mimik muka sepertinya aku memberitahu ada sesuatu yang tak elok dan kakak aku faham. Kami ber-3 mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja, pasangkan cd bacaan Al-Quran. Dalam kakak aku nak bagi anak dia tidur, udin ni cerdik sangat, tahulah kan mulut budak2, bkn tahu sangat benda macam ni.
“Aunty Liza, udin think better u go say hello to ur frend. Cz im afraid if she angry with you.”
“No 1 outside baby, go to sleep now. “ – kak Zaza. Aku dah tak senang duduk.
Dan waktu ini lah, bukan aku sahaja yang menghidu bau wangi bunga melur, bahkan ke-4 4 kami menghidunya. Nono terus memandang aku, Aku bagi signal untuk diam dan suruh dia tidur sahaja.
“mummy, what …..” – Belum habis udin cakap, kakak aku terus masukkan botol susu kat mulut anak dia.
Aku terus baca surah 10 ayat.
• Empat ayat awal dari surah Al-Baqarah (Ayat 1-4)
• Surah Ayatul Kursi dan 2 ayat selepasnya (Ayat 255-257)
• Surah penutup surah Al-Baqarah (Ayat 284-286)
Dan kami ber-4 terus tidur.
**2am – aku bangun dari tidur, sebab perut aku memulas-mulas ni lepas makan mee Samyang hot tadi 2 bungkus. Ambil ko Liza, terasa hangat nya. Selesai membuang hajat besar aku, aku kembali ke tempat tidur sebelah Nono.Sempat juga aku cuba buka pintu kamar tidur mama dan dadi, berkunci. Makna nya mereka sudah balik tadi dan kami semua tidur jadi tak sedar mereka sudah pulang ke rumah. Belum sempat aku nak pejam mata, aku dengar suara kakak aku.
“Kenapa kau tak buka pintu tadi?”
“Kak, aku tak nak lah cakap tentang ni, esok jer cerita ok?”
“Aku Tanya apahal kau tak nak buka pintu untuk aku masuk tadi?” – Kasar, garau dan tersangat marah !!
Tersentak aku seiring dengan udin menangis, aku bingkas bangun dan buka lampu ruang tamu, kakak aku tidak ada di sisi Udin, udin menangis, agaknya terkejut mendengar suara tadi. Dan kakak aku muncul dari pintu dapur mambawa susu botol udin. Jadi siapa yang aku nampak baring di sisi udin? Dan suara siapa?
Udin tak berhenti menangis walaupun sudah diberi susu, tangisnya seperti kesakitan.
“Aunty Liza, ur frend hurting me.” – Sambil menunjukkan lengan nya merah bebekas seperti di gengam.
Aku terus mengetuk pintu bilik mami dan dadi, kami menceritakan dengan mereka mengenai hal yang terjadi sebelum kami semua tidur malam tersebut. Setelah dadi mengubati tangan udin dengan air yang sudah di bacanya dengan kalimah surah Al-Quran, udin kembali tidur.
Aku, mami, dadi dan kakak duduk di dapur, aku mula menceritakan kesemua kejadian bermula dari Fitrra hendak pulang ke Indonesia sehinggakan hal-hal yang terjadi pada aku dan kak Zaza termasuk Fitrra.
Dadi hanya mengeluh. Mami pula marah-marah sebab tak menceritakan hal ini dengan mereka. AKu tahu, mami risau jika apa-apa terjadi pada aku. Kami membuat keputusan untuk esok berjumpa dengan Cik Ngah.
Keesokan hari nya, selepas solat maghrib, aku, mami , dadi dan kakak pergi ke rumah cik ngah. Kakak aku nak ikut, katanya tak sampai hati biarkan aku sendiri lalui benda macam ni, udin pulak kakak aku amanahkan Nono jaga dirumah, Rhaz pulak mami dah awal bagitahu untuk stay di rumah sahaja malam tu untuk jaga Nono dan Udin.
Sesampai sahaja kami di rumah cik ngah, kami disambut dengan mesra oleh mereka. Mungkin kerana sudah jarang berjumpa semenjak aku mula berkerja. Dahulu selalu sahaja aku pergi menuntut ilmu dengan mereka.
Mami menceritakan kesemua perihal yang berlaku terhadap aku, sedikit sebanyak aku tolong sambungkan. Cik ngah menggelelng kepala melihat aku.
“Liza dah semakin berani menghadapi benda-benda macam ni, baguslah. Tapi kalau sudah sampai tak dapat nak laluinya sendiri jangan malu datang berjumpa dengan mami dan dadi, luahkan masalah, ini bukan untuk Liza seorang sahaja, kita ada untuk membantu’ – Cik Ngah, nadanya ada sedikit terkilan mungkin kerana aku tidak menceritakan dengan mereka masalah yang aku hadapi.
Tubuh aku terbaring kaku, tidak dapat bersuara atau mahu membuka mata,yang hanya aku dengar suara cik ngah, dadi dan mami bercakap sesama mereka. Kami dalam proses berhubung dengan ‘dia’ dan ya, ‘dia’ sekarang sedang menggunakan tubuh ku untuk berinteraksi dengan Cik Ngah.
Jari-jari tangan aku mula mengeras, seperti tubuh aku digerakkan oleh seseorang, tapi bukan aku !!
Tangan kanan ku terangkat dan menunjuk kearah Cik ngah yang berda di hujung kaki aku, ya aku tahu siapa yang aku tunjuk kerana aku masih mampu mendengar dan tahu di mana kedudukan mereka.
“Siapa kau? Apa yg kamu mahu dari anak ini?” – Cik Ngah
Aku mendengus.
“Kau tak mahu keluar?” – Dadi
Aku mendongak, seperti ‘aku’ marah pada dadi.
Cik ngah memegang ibu jari kaki aku, dan entah kenapa kaki aku seperti kesakitan, mahu menendang Cik Ngah
“Panas kan? Tahu kau panas bukan? Mahu keluar atau tidak ?” – Cik Ngah
Tiba-tiba tangan aku bergerak seperti sedang membuat satu pergerakkan dan memegang sesuatu. Dan tangan ‘aku’ melibas libas ke udara.
Waktu ini mami dadi dan Cik ngah sudah mula bersedia untuk menghadapi ‘aku’. Mami dan dadi cuba memegang ke-2 belah tangan aku tapi tak Berjaya kerana terkena libasan ‘ku’.
Cik ngah mula membuka kekuda, sepertinya ‘aku’ dan cik ngah sedang bertarung dengan tenaga batin. Posisi ku masih terbaring, aku masih sedar Cuma aku tidak dapat berbuat apa kerana tubuh ku diguna. Cik ngah mula sepertinya bersilat dan menghentak tapak tangan nya ke lantai sambil menyebut “Bismillahillazi la yadhurra ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa buas sami’un alim”
Serentak itu, tangan aku terus turun. Sepertinya ‘aku’ kalah.
(sewaktu kejadian, kakak aku mula-mula dia ada ambil video tapi tak lama dia ambil, aku yang bukan ‘aku’ ni dengan mata tertutup tengah tengok kakak aku, dia pun rasa pelik, tiba-tiba tangan dia menggigil dan terus berhenti merakam aku.)
Aku fikir kan sudah selesai, aku dengar mami dan dadi sedang membaca surah yassin, dan badan aku mula menggeliut seperti kepanasan. Cik ngah pulak pegang kepala aku, ‘aku’ mendengus seperti marah. Kaki aku menghentak-hentak lantai. Tak semena-mena, tangan ‘aku’ memegang tangan Cik ngah yang sedang memegang kepala aku.
Cik ngah membaca beberapa surah dan seperti sedang mengerat tangan ‘aku’. ‘aku’ terus melepaskan tangan dan aku sedar, ‘aku’ tersenyum seperti sudah menang.
Tidak berapa lama kemudian, tubuh aku seperti tidak senang, ‘aku’ seperti gelisah atau takut. Dan sewaktu inilah, dengan mata aku yang tertutup, aku seperti tahu, ada seseorang yang masuk dari pintu rumah cik ngah. Kepala aku mendongak melihat ke pintu rumah, dan mengikut kemana arah tubuh itu, dan ‘aku’ seperti nya takut dan cuba menjauhkan diri.
Dia duduk diatas kepala aku, disaat ini aku rasa ada tangan yang memegang kelopak mata aku dan aku lihat cahaya putih seperti seorang orang tua dengan janggut nya putih sehingga ke dada dan berserban. Dan tak semena-mena aku berada di satu tempat yang kosong. Di kejauhan aku melihat ada seorang wanita yang sering aku lihat dalam mimpi dan jaga aku. Wajah nya tidak nampak, hanya selendang emas dengan baju nya kehijauan. ‘Dia’ yang sering mengganggu aku.
Aku hendak pergi kearahnya tapi ada 1 tangan memegang bahu ku, aku toleh, dan aku nampak seorang pakcik tua yang masih gah rupanya dengan jubah putih, muka nya berseri.
Dia menggelengkan kepala menandakan jangan pergi kearah perempuan itu.
“aku Cuma mahukan dia untuk ganti kan kawannya” – Dialek jawa
“Dia bukan hak kamu, dia bukan milik kamu bahkan tak siapa di dunia ini milik kamu” – Tegas tetapi lembut suara pakcik ni. –bukan aku sorang jer yang faham bahasa perempuan itu rupanya .. hehhehe … nasib lah pakcik ni faham. Mahunya kena jadi translator lah aku.
“Dia dahulu yang mengganggu aku” – ‘Dia’
“Dia tidak mengganggu kamu, dia hanya hendak menyelamatkan kawan nya dari makhluk seperti kamu” – pakcik
“Kerana itu, aku mahu dia. Dia punya kelebihan. Aku mahu menjadikan nya anak didik ku.” – Dia
“Ilmu mu bukan lah sesuatu yang patut dipelajari oleh nya. Balik lah ke tempat asalmu. Jangan ganggu dia atau engkau aku bunuh” – Pakcik
“Siapa kamu mahu membuat keputusan untuk nya, dia mahu ikuti aku” – Dia
Pakcik ni terus tengok aku.
“Kamu nak ikut dia ke?”
Aku geleng kepala.
“Jiwa kesuma ku, akan aku jaga kamu seluruh kudrat ku, akan ku ajari kamu dengan ilmu ku, marilah ke sini ikuti aku, akan aku jaga keseluruh keturunan mu” – Dia
Aku geleng kepala..
Tak hendak aku ambik kau jadi saka aku. Sah-sah kau cakap keturunan. Ni memang nak jadi saka aku lah ni. Nak mndi darah bagai.
“Aku mahu kamu ! aku tetap akan ambil kamu tidak sekarang masa akan datang, aku akan kembali jua” – Dia
“Siapa engkau?” – Aku. Ehhh …. Masih juga aku nak tahu siapa dia
“Aku adalah penjagamu. Aku sudah memilih kamu disaat aku tahu bila kau muncul membantu kawanmu” – Dia
“Apa yang kau nak? Kenapa kau nak ambik kawan aku? Untuk apa? Jadi tuan kau ke?” – Aku berani ni sebab ada backup belakang aku. Ahhahaha
“kawan mu itu hanya untuk santapan laut yang dahagakan darah, tapi kamu istimewa. Kami mahu kan kamu” – dia
“KAMI????” – Aku.
“Permaisuriku mahu aku membawa kamu berjumpanya, kerana aku hanya dayang perutusan” – dia
“Jadi yang sering mengganggu aku adalah kamu?” – Aku.
“Tidak. Aku tidak mengganggu kamu, aku hanya mahu mengambil kamu” – Dia
Nampak tak permainan mereka ni??? Inilah namanya permainan iblis. Yang cuba membutakan mata kita manusia dengan katakata manis mereka. Sudah terang lagikan bersuluh. Nampak tak berbelit-belit cakap ‘dia’? nak menipu lah tu, tadi kata nak gantikan aku sebab kawan aku, dia nak ambik kawan aku sebab dahagakan darah, dahtu kata penjaga aku? tapi hari tu aku nyaris excident kena langgar adik aku, then dia cakap nak ambik aku pulak .. heyyyhhhh engko ni , ingat aku budak kecil ke???
“Sudahlah, pulanglah kamu ke asal mu, jangan diganggu anak ini. Dia tak mahu mengikut kamu, katakan pada kerajaan mu, jangan berani-berani mengganggu anak ini lagi, jika kau langgar perjanjian kita, maka akan tercetuslah perang antara kerajaan mu dengan kami” – pakcik. Lembut suara nya tapi masih tegas dan ditekankan.
Dalam kejauhan aku nampak ‘dia’ berlalu pergi. Aku lupa hendak bertanyakan siapa permaisuri mereka? Siapa dia? Kerajaan apa? Sudah.. semuanya tak akan terjawab.
Aku membuka mata, mami menepuk bahu aku dan memberi salam 3x, aku menjawab salam mami dengan salam yang penuh. Aku lihat seorang pakcik yang aku nampak disana tadi, ya, dial ah bodyguard aku tadi. Aku lihat dia sedang merawat tangan cik ngah, rupanya kesan dari ‘aku’ memegang tangan cik ngah tadi mengakibatkan lecur di pergelangan tangan nya.
Oleh kerana tak mampu melawan, cik ngah memanggil Hj. Man (Guru kepada Cik ngah) untuk datang membantu.
Selesai semuanya. Kami memulakan sesi perkenalan antara kami dan Hj. Man. Seperti yang telah kami ber-2 lalui tadi ternyata telahan aku betul, ‘dia’ adalah dari kalangan jin laut yang mempunyai wilayah mereka sendiri. Mereka hendakkan aku kerana mahukan kelebihan yang ada pada aku yang dapat berinteraksi dengan dunia mereka dan hendak memperluaskan jajahan mereka dengan ilmu2 mereka yang tidak patut dipelajari. Ia ibarat kita memperhambakan diri pada mereka.
Dan seketika, Hj. Man bertanya pada mami.
“pada pandangan ku, bukan kan Liza ada penjaga nya sendiri?. Kenapa tidak di lepaskan padanya?” – Hj.Man
Sekali lagi aku dikejutkan dengan word “penjaga”.
“Bukan tak mahu lepaskan pada Liza, tapi kami masih risau untuk dia menghadapi benda macam ini. Tengok lah sekarang, dia tak mahu bercerita tentang hal ini dengan kami.” – mami
“ini kerana, dia mampu menghadapi nya, kamu harus percaya dengan anakmu, sebaik nya, dia perlu mengguna pelindungnya, jangan sampai dia diambil” – Hj. Man
Aku mula tak faham apa yang mereka bicarakan. Malam semakin kelam. Kami mula pulang ke rumah masig-masing. Sempat jua Hj.Man berpesan pada mami, berikan aku ruang untuk mengenali penjagaku. Mami menggangguk dan aku sempat mencuri dengar apabila Hj.Man katakan, “mereka” akan datang lagi mencuba untuk mengambil aku, mungkin kali ini secara paksa dan akan lebih ramai yang akan datang. Seeloknya kita mula berwaspada.
Sampai dirumah, kami terus membawa diri masing-masing. Aku dan kakak ke bilik tidur, kerana kakak ingin tahu mengenai apa yang aku lalui. Aku menceritakan kesemuanya dengan kakak, dan soalan siapa ‘dia’ masih tidak terjawap. Apabila kakak tanyakan Nyi Roro Kidul kah? Aku tidak pasti, bagiku mungkin tidak.
Kami lalui malam tersebut dengan rasa lega kerana ‘dia’ berjanji tidak akan mengganggu aku lagi. Tapi tidak !.
Selepas seminggu kejadian tersebut, ya. ‘Dia’ datang lagi. Dan seperti yang Hj.Man katakan, akan tercetus perang antara kami.
Aku akan sambung pada episode akan datang. Insya Allah aku akan ceritakan siapa “Penjaga ” aku yang aku tak tahu dari mami. Apa yang terjadi pada aku apabila ‘dia’ membawa tenteranya untuk mengambil aku secara paksa. Dan pada kejadian inilah, aku tahu siapa ‘dia’ dan wilayah nya serta permaisuri nya.
Nurkilan.
Liza
(22.09.17 – 06:27pm)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Waduuhh…
Emangnya makin berat kes ni…
Berderau bace…
tu diaaaa idolaku… paling awal baca eh???
Hahahahahah…
Idola ekk???
Ni bkn Idola Kecil tapi Idola Besoorrr…
Hahahahah…
Tak sabar nak tahu: )
Ada masa sambung ye k.liza
I tunggu hee
ala sis..
cepatkan smbungannya…
merana hati nak tahu..
Ade tak link cite liza yang dlu selain dr lagenda ni??? Leh share tak?? Tq in advance. ..
1- https://fiksyenshasha.com/sihir-3/
2- https://fiksyenshasha.com/sihir-part-2/
Aku rasa tu je kot.. Xtau lah kot ada yg lain..
Ceh
Berdesing telinga baca
Ceh
Berdesing telinga baca
Aihhh seramnyaa . Macam mana lah peperangan yg akan berlaku dgn jin laut tu aih . Semoga cepat sambung ye . Tak sabar nak tahu ????
Ni ada kaitan dgn Sabdo Palon jugak ke?
knapa bila baca rasa mcm baca penulisan indonesia pulak…huhuhu
btw menarik cerita
terasa nk google je sape nyi roro kidul..tp lom sempat bulu roma da meremang x tentu pasal..
Meremang tu bkn sbb termakan semperit pahit yg dh expired ke???
ahahahahhahaahahha
Kak yulie ni memang kelakor ek orangnya. Point kena je ek nak kenakan org hahahahaha
Ya Ampun paakkkk…
Hati ni berkata yg baik2 indah2 belaka…
Tibe menaip tgn ni taip benda lain plaaakkk…
Akk x bersalaaahhhh…
best.. sblm ni pernah dgr nama ratu nyi roro kidul ni dr movie yg suzanna jd nyi roro kidul.
syok critanya.. bila bkwn dgn org2 indonesia, ada jugak dgr crita psl ratu ni.. mmg seram lah jugak.
apa pun teruskan next entry kak liza. xsbr nak baca.. 10/10
Wilayah dlm laut? Mcm spongebob squarepants eh. #peminatspongebob
Aritu baca yg part 1 pnye.. best.. sgt best..
Baca lgi sambungan kedua nye .. dah abis baca.. buka you tube.. boleh lak ngah scroll2 kua video cerita nyi roro kidul..
Perasaan cm nk buka video tu.. tp gerak aty kate jangan.. dah sudahh.. tetibe lak kluar video tu.. padehal xde type pun pasal nyi roro kidul.. dah hide kan supaya cerita tu tak kua lgi.. skli lgi tgh malam klua lgi video tu..
Aisshhh.. menganggu emosi toi..
hightlight ke ..hihi…mcm nak peksa plak..
‘Sebagaimana yang Liza dah maklumkan, sehingga sekarang ‘dia’ masih mengganggu kehidupan kami’
den dah rasa camne yang ko rasa liza….semoga tabah menghadapinya
Cer citer…
Ape yg ko rasa…???
Klu akk dh ghase geraaaammmm jer ni tggu org bayor hutang…
Hahahahhaha…
hahahahahaha ye kakak ku…den ingt tuh….nant den bgtau kat org yang
berhutang tu sila lunaskan hutang secepat mungkin…semalm ada benda
jadi lagi..camne dia nak byr hutang
Banyak citer ekkk…
Ckp kat die akk tunggu kat simpang…!
siapa ‘penjaga’ tu liza?
terseksa jiwa raga nak tunggu sambungan ni/
?aq x thu nk rase ape bile baca cite ni?
Takut? Sedih? Seram?.. Mungkin semuanye bercampur kut sbb tu x rse ape2.. Kpd semua insan yg diuji bersabarlah setiap perkara yg berlaku pasti ad sebabnya.. Setiap rahsia yg tersimpan pasti akn terbongkar.. Setiap kali ad perkara menimpa saudara seislam walaupun x knl dan jauh sperti palastine pasti aq bersedih dan bersalah..aku x thu knp? Sedangkan jarak kita terlalu jauh.. Sampai sekarang aq sendiri x thu knp aku mcm tu?.. Cuma aq percaya yg aq hanya hamba kpd Allah SWT dan sesungguhnye Nabi Muhammad itu Rasulku.. (Sory terluah perasaan yg aq pendam sejak dri darjah 1) Rahsia Allah SWT tiada siapa tahu kecuali Dia
“Bismillahillazi la yadhurra ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa buas sami’un alim”
**pembetulan: Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huwas sami’un ‘alim
“Aku Tanya apahal kau tak nak buka pintu untuk aku masuk tadi?” – Kasar, garau dan tersangat marah !!
Time ni tak tahu kenapa, tetiba dekat telinga rasa berdesing dan rasa cam ada orang cakap something padahal sebelah aku takde sapa.
mna sambungannya liza??
Wah …
Terbaik …
Memang best …
Penuh debaran …
Tak sabar nak habiskan part Kisah2 ni …
Mula2 bc mcm ok. Islamic. Tp bila part ‘penulis ada pnjaga. Dan lepaskan la pnjganya…’ hj man. Aikkk? Bukn ke kita xley brgntung selain dr Allah? Takpe2.. bg chance… kita smbung dlu part 4. Tngok mcm mn perginya crta ni