Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca FS..
Lagenda Nyi Roro Kidul – PENAMAT
Hj.Man membaca beberapa surah sambil mengelilingi kakak, ibu raisha berdiri disudut rumah sepertinya juga sedang memberi perlindungan kepada tubuh kakak, mami dan abg ipar kelihatan agak cemas melihat udin didalam dokongan kakak yang tidak sedarkan diri.
Aku berdiri menghampiri kakak.
“Kemari belahan jiwaku, ikut aku, aku akan turunkan segala ilmu ku kepada kamu”- Dialek jawa. Kakak menghulurkan tangan nya kepada aku
Aku hampir-hampir menangis melihat keadaan kakak, Hj.Man memberi signal kepada aku untuk memujuk Gustika. Aku menyuruh agar Gustika duduk di hadapan aku, sambil menggendong udin, kakak duduk bersipuh di hadapan aku. Ibu raisha membisikkan sesuatu di telinga ku.
“tak usah cuba-cuba hendak mempermainkan aku raisha. Jika tidak anak ini menjadi gantinya” – kakak seakan-akan sedang hendak mencekik udin
Kami semakin cemas.
Serta merta lampu di ruang rumah terpadam. Nono menjerit ketakutan. Aku pegang tangan Nono dan dalam masa yang sama aku dengar gustika membisikkan sesuatu pada aku.
“Kemarilah, aku hanya menginginkan kamu. Sebagai ganti kakak dan anaknya, aku hanya mahu kamu mengikutiku. Aku janji tidak menyakiti mereka dengan syarat, kamu.. aku miliki” – terasa seperti pipi aku di belai oleh kuku nya yang tajam.
Lampu rumah kembali terang, kami semua kebingungan apabila melihat kelibat kakak dan udin tiada diruang tamu. Diluar rumah, kelihatan kaum Gustika juga tiada. Ibu menyatakan mereka telah pergi secara tiba-tiba.
Kami semua bergegas mencari mereka diseluruh kawasan rumah, terjerit-jerit memanggil nama kakak dan udin.Sehinggakan jiran-jiran kami yang mendengar jeritan kami keluar ke pekarangan rumah. Beberapa orang anak jiran kami turut membantu mencari sekitar perumahan. Sehinggalah anak kak Som, memberi perkhabaran menjumpai seorang perempuan duduk di tepi semak samun tidak jauh dari kawasan perumahan sebelah kami sedang mendukung seorang budak.
Oleh kerana tidak berani menegur melihat keadaan rambut kakak berurai seperti tidak normal, mereka membuat keputusan untuk memberi tahu kami sahaja.
Abg ipar dan dadi menaiki motosikal mengikut dari belakang motosikal anak kak som menuju ketempat kakak berada, kami menaiki kereta turut serta pergi ke tempat yang dituju.
Sampai di kawasan tersebut, kami melihat kakak sedang mendodoikan udin dengan nyanyian lagu jawa sambil ketawa. Abg ipar cuba mendekati kakak, dilarang oleh hj.Man. Azil turut serta disisi aku memberi amaran supaya mengambil langkah berhati-hati. Kerana risau tentang udin yang berada di tangan Gustika.
Hj.Man cuba mendekati kakak.
“selangkah kau mendekati aku, anak ini aku b***h” – kakak menjeling ke arah Hj.man
Beberapa orang jiran yang melihat situasi tersebut ada yang bergegas kembali ke rumah masing-masing.
Aku pulak cuba mendekati kakak, sambil aku memandang Azil memberi tahu agar bersedia bila-bila masa sahaja.
Kelihatan pengawal2 gustika mengelilingi kakak, seperti sedang menjaga tubuh kakak dari di hampiri kami. Aku memandang ibu raisha untuk bersedia memberi perlindungan dari dayang-dayang gustika. Ibu raisha hanya mengangguk.
Kelihatan ada pengawal nya yang berupa seekor ular tedung selar sedang membelit tubuh kakak, bayangkan lah betapa besarnya ular tedung itu sehingga dapat membelit tubuh seorang dewasa. Terdapat seorang nenek tua sedang membelai-belai rambut udin. Wajah nenek tua ini ak ubah serpti wajah widya sebelum ini, dengan tongkatnya dan baju opah berkain batik, rambut panjang mencecah tanah. Wajahnya menggerutu dan dimulutnya seperti sedang makan buah pinang dengan sirih sebab kelihatan air liurnya meleleh berwarna d***h oren(mungkinlah – sebab aku tak nampak sangat apa dalam orang tua tu).Aku semakin risau akan kesannya nanti pada tubuh kakak dan udin.
Aku lihat wajah kakak agak sedikit berubah dari sebelum ini, mungkin kesan dari rasukan Gustika. Wajah kakak kelihatan seperti sedang marah, dahinya berkerut, mata nya terbuntang, rambut kakak mengurai kusut. Kakak masih menyanyikan lagi dodoian nya untuk melelapkan udin.
“jangan menangis anak kecil, tidurlah dalam pelukkan ku. Ibu mu sedang menjauh. Aku akan menjagamu dan mendodoikan mu sehingga terbit matahari dari barat” – selang nyayian kakak terselit ketawa sinis nya
Tubuh kakak dikawal ketat oleh dayang-dayangnya gustika, ada salah satunya tubuhnya berwarna hitam menyerupai tubuh manusia tetapi bersisik, matanya merah saga. Apabila dia membuka mulutnya kelihatan barisan giginya yang tajam. Berdiri kaku disamping tubuh kakak. Seperti pemerhati agar tidak di ganggu oleh kami.
Seekor lagi tak ubah seperti beruang, tubuh nya berbulu, memiliki satu tanduk sederhana panjang tepat di tengah-tengah dahinya. Jelas kelihatan kuku kaki dan tangan nya tajam seperti sedang bersedia untuk menerkam kami. Tubuh nya 2kali ganda besar dari Azil, seketika aku berfikir, dapatkah azil hendak menumpaskan makhluk ini?
Pada pandangan aku, mungkin ke-4 mereka ini merupakan pengawal dan dayang Gustika yang berpangkat palaing tertinggi dalam wilayah nya.
“Apa kamu sudah bersetuju dengan apa kemauhan ku?” – Kakak memandang aku
“Gustika, jika engkau benar-benar mahukan aku, ambil lah aku jangan lah sakiti keluarga aku” – aku memberanikan diri mendekati kakak.
Kakak memandang aku, tersenyum. Seram dowhhh .. kakak aku senyum macam tu. Bergegar lutut aku. Ahahhahah …
Aku hulurkan tangan kepada gustika aka kakak aku.
Terlihat ular tedung itu perlahan-lahan melepaskan belitan tubuh kakak, dan nenek tua itu berhenti dari mengusap kepala udin. Mereka berdua berdiri dibelakang tubuh kakak.
Sewaktu ini, kami semua yang berada di kawasan ini seperti semuanya siap sedia hendak menangani apa-apa yang bakal berlaku.
Dalam kelalaian Gustika, Hj.Man terus melibas selendangnya di bahagian tepi badan kakak, terus kakak menjerit kesakitan, abg ipar aku berlari mendapatkan udin dari dakapan kakak.
Beruang besar pengawal gustika serta merta hendak menerkam Hj.Man, segera Azil menerpa dan menolak beruang tersebut jauh dari kami. Ular tedung pula hendak mematuk Azil, segera ibu raisha melibaskan selendangnya mengenai mata ular tersebut.
Penjaga-penjaga ibu raisha turut turun padang membuka bunga bersedia menghadapi nenek tua dan makhluk itam itu. Mereka saling berbalas pukulan, seketika kelihatan libasan Ibu raisha menyebabkan luka pada tubuh ular tedung tersebut, kelihatan d***h hijau mengalir dari sisik tubuhnya.
Melihat Azil sedang bertarung dengan beruang yang 2x ganda besar dari nya, hampir-hampir kalah apabila tubuh Azil di hempas ke tanah, di tendang di bahagian perut, namun jelas aku melihat seperti azil tidak menyerah kalah. Semak samun yang luas itu menjadi medan pertarungan makhluk ghaib ini.
Aku melihat Azil sesekali mengaum dan dibalas oleh beruang tersebut, mereka berpusing-pusing sesama sendiri, seperti sedang bersedia hendak menyerang dan bertahan.
Di sudut lain pula, Ibu berdiri mendongak bertentang mata dengan ular tedung selar, sisik tubuh nya yang berwarna hitam kebiruan sesekali bertukar warna merah dan hijau. Ibu sedang membaca beberapa surah perlindungan diri dan dengan memohon keiizinan Allah SWT untuk menyakiti tubuh ular tersebut.
Ibu melibaskan selendangnya kearah tubuh ular itu, dan jelas dimata aku apabila selendang ibu yang lembut tersebut seperti berubah menjadi seperti pedang menusuk ke seluruh tubuh ular itu, libasan demi libasan selendang ibu mengenai tubuh nya, Seketika ular tersebut cuba hendak membalas serangan ibu dengan cuba memukul ibu dengan ekornya tapi gagal apabila ibu sempat mengelak.
Para pengawal ibu tidak kurang hebatnya, dengan seni silat mereka mempertahankan tubuh mereka dari dilukakan oleh nenek tua dan makhluk itam itu. Dengan tarungan 5 lawan 2, sememangnya keputusan nya sudah diketahui. Nenek tua itu dan makhluk hitam tersebut menjadi tawanan pengawal ibu raisha. Tidak berdaya hendak membalas serangan, dengan tubuh mereka yang cedera teruk oleh pukulan demi pukulan dari pengawal ibu akhirnya mereka berdua rebah tidak berdaya lagi hendak bertarung.
Dikejauhan aku melihat Azil teruk dibelasah oleh beruang tersebut, aku rasakan seperti hendak datang membantu tapi … bagaimana? Nanti orang fikir aku gila pulak dok terjerit-jerit dalam semak samun ni .. hahahhaha.
Dalam keadaan Azil yang hampir kalah, aku melihat azil menerkam beruang tersebut dengan mencakar ke-2 belah matanya, serta merta azil mengigit leher beruang tersebut. Beruang tersebut cuba hendak menolak tubuh azil, oleh kerana tercakaran azil pada tubuh beruang tersebut dan d***h yang terpercik dari leher nya oleh gigitan azil membuat kan tubuhnya rebah ketanah dan disebabkan gigitan Azil pada lehernya menyebabkan d***h tidak berhenti keluar membuatkan riwayatnya berakhir, kelihatan tubuh beruang itu menjadi kepulan asap putih dan menghilang. (SEBETULNYA MAKHLUK INI BKN BERUANG OK.. AKU TAK TAHULAH MACAM MANA NAK PANGGIL BENDA NI KAN, SO AKU BAGI GELARAN BERUANG JER LA, HEHEHE..)
Aku melihat Azil berjalan menuju ke arah ibu raisha untuk membantu ibu melawan ular tedung selar.
Namun, tidak sempat Azil membantu, ular tersebut sedar akan kekalahan menghampiri mereka, dengan segera dia melarikan diri ke dalam semak samun, tidak sempat ibu mengerjanya dan dalam keadaan Azil yang cedera parah, Azil tidak dapat hendak mengerja kelibat ular itu tersebut.
Dalam kegawatan makhluk ghaib ciptaan Allah SWT ini sedang bertarung.
Aku sesekali menyaksikan pertarungan antara mereka dan dalam masa yang sama sedang focus untuk membantu menghalau gustika daripada merasuk ke tubuh kakak.
Di jalanan ini dengan kawasan perumah yang lengang hanya jelas kedengaran suara kakak menjerit kesakitan dan bercakap dalam bahasa dialek jawa.
Ada jiran-jiran yang terganggu tidurnya, melihat kejadian ini dari tingkap bilik rumah mereka, ada yang keluar bertanyakan apa yang terjadi, anak-anak kak som yang masih bersama kami turut membantu memberi penjelasan kepada jiran-jiran.
Mami / dadi dan cik ngah segera memegang tubuh kakak yang sedang menggelupur kesakitan, aku nampak gustika sedang mengerang kesakitan, Rhaz dan cik ngah membantu untuk menutup aurat tubuh kakak yang terbuka. Udin selamat di pegangan abang ipar.
Jelas dari mulut HjMan membaca beberapa surah :-
• Al-fatihah
• Al-Hasyr 1-3
• Ash-Shaffat 1-10
• Al-Ikhlas
• Al-Falaq
• An-Naas
Selesai membacanya HjMan tiupkan pada ubun-ubun kakak dan serta merta kakak pengsan. Kami semua beredar dari kawasan tersebut dan pulang ke rumah. Aku sempat berterima kasih kepada anak-anak kak som kerana membantu, lupa hendak menanyakan nama budak-budak ni yang aku ingat nama mak diaorang jer, sorry yer adik-adik. Jiran-jiran yang lain tidak berani hendak membantu kerana ia diluar pertolongan batasnya mereka.
Dirumah, kami memulakan balik rawatan untuk memulihkan kakak.
Hj.Man memulakan bacaan surah-surah, mami /dadi dan cik ngah turut membantu. Kami yang lain hanya membaca surah Yassin
Menggelupur tubuh kakak tak berhenti, aku lihat wajah Gustika terbakar,melecur kulit mukanya, kerutu diwajah nya 1 persatu pecah mengeluarkan cecair hijau seperti nanah, dari mulutnya keluar cecair hitam pekat tidak berhenti.
Seiring itu, mami /dadi/ cik ngah membaca Ayat-ayat ruqyah bermula dengan surah Al-Fatihah / AL-Baqarah 1-4 / Baqarah 163-164 / Al-Imran 18 / Al-Hasyr 1-3 / Ash-Shaffat 1-10 / Al-Falaq dan An-Naas.
Semakin kesakitan gustika apabila mendengar ayat suci Al-Quran, kakak menjerit-jerit kesakitan minta diberhentikan
“berhenti !!! aku cakap berhenti !! sakit !!! sakit !!! berenti !!!” – dalam dialek jawa
Diluar kawasan rumah aku mendengar rauman azil semakin lantang, aku sempat menjenguk ke luar sepertinya nenek tua dan makhluk itu hitam itu cuba hendak bertindak apabila mendengar gustika menjerit kesakitan, sesekali aku melihat Ibu melibas-libas selendangnya kearah makhluk itu, sehingga melecur tubuh makhluk itu.
Tidak lama kemudian, Hj.Man sepertinya sedang membuat pergerakan hendak menyembelih leher kakak. Kakak terus menangis dan mendengus seperti ketakutan, aku lihat gustika seperti sudah tidak mampu melawan lagi. Apabila Hj.Man hendak menyembelih kakak, aku sempat melihat gustika memandang aku dengan wajah sedihnya. Terputus 2 kepala gustika dari tubuhnya, terus hilang menjadi kepulan asap, keluar dari jasad kakak.
Diluar aku mendengar sorakkan dari penjaga ibu raisha dan ngauman Azil gembira Berjaya atas kebebasan aku dari Gustika. Setelah selesai, aku berjumpa dengan ibu.
“Syukur kehadrat illahi, semuanya atas bantuan Allah SWT untuk mempermudahkan urusan kita” – Ibu memeluk erat tubuh aku. Aku hanya menangis kegembiraan.
“Setakat ini sahaja lah pertemuan kita. Akan aku ingati pertarungan ini selamanya, akan aku ceritakan pada cucu cicit ku tentang kelebihan yang ada pada keturunan mu serta, akan aku amanahkan pada mereka untuk membantu keturunan mu seperti mana janjinya moyang aku dahulu pada keluargamu” – walaupun tubuh azil di penuhi kesan d***h luka dari tubuhnya hanya demi untuk menyelamatkan keluarga aku, tapi masih jelas menampakkan kan kesakitan yang dihadapinya.
Aku membelai dahi Azil (sebenarnya aku tak ada rasa apa-apa dengan bersentuhan dengan Azil – maksud aku, selalunya kita dapat rasakan bulu binatangkan? tapi bila aku bersentuhan dengan Azil, aku tak ada rasa apa-apa dari deria sentuhan tangan ni) serta mengucapkan terima kasih atas pengorbanannya untuk menyelamatkan keluarga aku dari makhluk terkutuk itu.
Dalam kesamaran malam, Azil serta ibu dan pengawal-pengawal nya membawa tawanan mereka pergi ke alam yang entah aku sendiri pun tak pasti dimana lokasi nya di dalam peta dunia ini. Aku melambai kearah mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Terasa sebak mendatangi perasaan aku. Entah kenapa aku rasakan selepas ini kami tidak akan bertemu lagi?
Yang menjadi persoalan ku, kemana tuju nya ular tedung tadi yang Berjaya melarikan diri dari ibu raisha. Pulang ke lautan kah atau masih bersiar-siar di darat mencari tuan baru?.
Beberapa jam berlalu selepas kejadian tadi, Kakak sedar selepas bebas daripada gustika, seluruh tubuh nya sakit dan bertanya kana pa yang sudah terjadi?
Waktu terakhir nya dia sedar, dia berada didalam bilik sedang mendodoikan udin untuk tidur dibilik atas. Entah dari mana, tiba-tiba kakak merasakan ada angin menyapa tubuh belakangnya dan merasakan sejuk semacam. Dalam masa yang sama kakak ada menghidu bau wangi dan kemerincing loceng dan terasa tubuhnya berasa berat dan tiba-tiba sahaja kakak sesak nafas dan terus pengsan.
Sewaktu itulah tubuh kakak diambil oleh Gustika, dan begitulah terjadinya bagaimana udin berada di dalam dakapan kakak aka Gustika.
Keesokan harinya aku, aku merasakan seperti kejadian semalam itu seperti mimpi. Kami semua menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi kesan nya masih ada pada kakak dan Nono.
Mereka berdua demam panas sehinggakan nono terpaksa di hantar ke hospital kerana panas badan nya tidak kebah dari hari selepas kerasukan Widya.
Kakak pula, ermmm.. entahlah, bagaimana hendak aku jelaskan. Selepas daripada kejadian tersebut, kakak kelihatan agak terganggu emosinya. Kadang-kadang menangis kadang-kadang ketawa sendirian sehinggakan abang ipar dan Udin tidak diperdulikan.
Kami sudah merawat kakak tetapi melihat kakak clean dari gangguan makhluk halus dan dirawat di hospital, pakar psikiatri bagitahu, kakak tertekan dan dalam masa yang sama dia macam fobia dengan kejadian macam ni sebab hampir melukakan udin.
Aku rasa sangat bersalah terhadap kakak sebab akulah keluarga kakak turut terkesan.
Tapi bersyukur kepada Allah SWT, beberapa hari ni, aku lihat kakak ada sedikit kembali ceria seperti sebelum ini. Aku harapkan kakak akan kembali sembuh sepenuhnya seperti sebelum ini. Amin.
Selepas kejadian tersebut, sedikit sebanyak aku sedari, kita manusia lemah mudah tertipu dengan dengan hasutan syaitan sepertimana aku yang sudah sering kali dimain mereka dengan rayuan dan menipu aku dengan menjelma dengan pelbagai bentuk.
Sesungguhnya sewaktu aku mula menaip cerita ini sememangnya aku tidak tahu siapa ‘dia’ mungkinkah Nyi Roro Kidul yang sering menjadi sebutan ramai penduduk di Indonesia?
Ternyatalah dia bukan lah Nyi Roro Kidul tapi salah satu jin penghuni laut selatan. Dia menyamar untuk membuat aku fikirkan dia adalah Nyi, untuk menarik aku untuk menjadi hamba –Nya. Sesungguhnya tiada yg lebih layak untuk disembah melainkan Allah SWT.
Sebagaimana yang kita tahu, lagenda Nyi Roro Kidul ini memang femes di Indonesia, dan merupakan satu nama yang bukan lah boleh dibawa main.
Namun dalam masa yang sama, ada banyak makhluk2 yang cuba menipu kita dengan menjelma dalam pelbagai bentuk yang mereka kehendaki untuk membutakan mata hati kita untuk percaya dengan kewujudan makhluk tersebut.
Aku fikirkan semuanya akan berhenti selepas kejadian ini. Tapi tidak, masih ada yang cuba mengganggu kehidupan aku.
MALAM PERTAMA
Aku melihat seorang perempuan sedang berlari kearah aku dan di belakang nya kelihatan seperti ada seorang perempuan berpakaian ala-ala jawa seperti sedang mengejar dia, perempuan itu seolah-olah sedang melambaikan tangan nya ke araha aku seperti hendak meminta bantuan dari aku. Selang beberapa saat,aku terdengar bunyi loceng yang membingitkan telinga aku. Aku terus sedar dari mimpi tersebut.
Aku bingkas bangun dari katil dan berjalan ke ruangan dapur, oleh kerana lampu dapur tidak dibuka, aku membuka peti sejuk dengan membongkokkan badan hendak mengambil air botol,waktu ini aku rasakan di tepi pintu peti sejuk itu seperti ada satu bayangan hitam sedang menjenguk melihat kelakuan aku. Aku terus menoleh kearah atas pintu peti sejuk, tiada siapa. Mungkin perasaan aku sahaja.
Sedang aku hendak menutup pintu peti sejuk, dengan cahaya yang keluar dari peti sejuk itu, aku rasakan seperti ada tangan hitam yang hendak memegang tangan kiri aku, aku bergegas beralih arah. Tiba-tiba aku mendengar di luar bahagian belakang dapur, seperti ada ramai orang sedang bercakap-cakap tapi aku tidak dapat menangkap bahasa apa yang mereka gunakan dan apa isi perbualan mereka.
Melalui suara mereka itu, sepertinya jumlah mereka yang tersangat ramai. Sedang kecoh dengan sesuatu barang, tapi aku tidak dapat menangkap apa topic perbualan hangat mereka.
Aku memberanikan diri untuk menjenguk ke luar, tiada siapa. Seketika aku rasakan seperti ada seseorang turut serta disebelah aku menjenguk keluar rumah. Aku berjalan mengundur, pergi ke suiz lampu dapur, semasa aku hendak membuka suiz lampu, aku nampak kelibatan hitam yang tinggi berada di hadapan aku, ketinggian nya mencecah sehingga ke dek rumah, dalam ketakutan aku cepat2 buka lampu dapur, benda tu hilang.
Aku pergi ketuk pintu bilik mami dan dadi, bergegar seluruh tubuh aku. Mami tanya kenapa dengan aku, aku tak dapat nak bersuara. Sampai lah dadi bagi aku minum air yang dia tawar, barulah suara aku keluar. Aku cerita dekat mereka apa yang aku dengar dan nampak, dadi cakap mungkin ada benda lain yang datang ganggu.
Malam Ke2
Aku mimpi lagi, mendengar suara perempuan bernyanyi dalam gamelan klasik jawa, aku nampak perempuan tu macam kena rasuk. Terapung-apung tak cecah tanah kaki dia, dalam mimpi ni aku ingat lagi aku bacakan beberapa surah, aku tiupkan kat perempuan tu serta merta dia rebah. Aku tengok ada asap hitam kepul2 keluar dari badan perempuan tu. Aku dekati dia, aku tengok tangan dan kaki dia lebam. Tapi perempuan ni dengan perempuan semalam tak sama,dan aku tak kenal pun diaorang ni.
Malam ke3
Aku mimpi sekali lagi, kali ni bukan perempuan, tapi lelaki. Lelaki ni duduk tepi perigi buta tepi pantai. Ermmm.. perigi ? tepi pantai? Macam tak logik. Nama pun mimpi mainan syaitan kan. Aku nampak lelaki ni macam sedang bersyiul memandang kearah dalam perigi tu, kemudian tiba-tiba dia jatuh dalam perigi buta tu. Aku berlari kearah dia, tapi terlambat. Aku tak sempat nak selamatkan dia.
Malam ke4
Aku duduk luar rumah, termenung jauh menikmati keindahan malam, angin lembut menyapa pp aku yang gebu gebas ni.. cewahh .. kemudian, aku dengar seperti bunyi kuda entah dari mana datangnya dia, bila aku toleh kiri kanan. Tak ada apa-apa2 pun.
Kemudian aku rasa nampak samar-samar dari mana datang kabus tebal ni, aku nampak ada 2 ekor kuda putih sedang tarik sesuatu dan apa yang buat aku tekejut, belakang kuda tu ada tempat duduk, dan ada seorang perempuan berpakain emas, rambut panjang sehingga ke bahagian pinggul, memakai mahkota emas, dibahu nya dibelit dengan selendang emas kehijaun batik, seiring dengan itu terdapat 2 orang perempuan yang mengiringi nya. Dia memberi salam menyapa aku.
“Assalamualaikum WTH wahai anak istimewa, nama ku ***** *** *****, penguasa laut selatan ,Aku lah **** **** *****. Aku kemari hendak bertemu mu.”
Aku sedikit terpaku dan terpersona dengan kecantikan paras rupa nya, agak bersinar kulihat tubuh nya yang terdedah.
“Waalaikum mussalam. “ kepala aku menunduk tanda hormat
“Maafkan aku atas penghuni laut yang mengganggu kehidupanmu, itu diluar kuasa pengetahuan ku, sememangnya mereka tidak akan berhenti dari mengganggu nya manusia seperti kamu. Jangan mudah terpedaya dengan makhluk terkutuk seperti mereka”
Aku hanya menggangguk dan tak henti memandang ke setiap perinci wajah dan tubuh nya.
“Ini aku serahkan kepadamu sebuah keris, untuk menjadi pelindung dirimu dan keluargamu, jika kamu hendak memilikinya hendaklah kamu memperlajarinya dan berguru kan kepadanya” – menghulurkan keris yang panjang nya separuh lengan ku berwarna keemasan bertahta kan emas di tempat pemegangnya.
Aku tidak memberi apa-apa reaksi menerima atau menolak.
“Jika kamu hendak bergurukan nya dan beramal dengan ilmu nya serta menguasinya, pada malam esok, datang lah ke mana-mana lautan yang kamu kehendaki dan ajukan mata keris pada arah selatan, maka akan dtglah dia dan pergurukan dia, jika kamu menolak tujukan pemegang keris pada arah selatan. Maka ia akan kembali kepada ku”
Aku hanya mengganguk faham. Perempuan yang mengiringinya meletakkan keris itu ke bawah dihadapan ku.
“Akan banyak yang datang mencabar hidupmu pada masa kan datang, maka berhati-hatilah dari terjatuh ke bawah naungan iblis durjana. Perliharalah kehormatanmu dan agamamu serta berserahlah pada yang Esa, hanya dia tempat mu meminta bantuan dan akan datanglah bantuan-Nya dalam pelbagai bentuk. Bersiap sedialah menghadapi masa depan mu dengan membantu yang memerlukan.”
Seiring itu, dia berlalu pergi dengan diiringi para pengiringnya serta kuda putih sasa nya memecah kesunyian malam.
Aku tidak bercakap apa-apa pun dengan dia, aku hanya mampu menjawab salam nya. Dalam waktu tersebut, aku hanya mendengar apa yang ingin dia katakan. Tiada sedikitpun perasaan ingin tahu aku bertanyakan pelbagai persoalan yang masih menjadi misteri buat aku sendiri.
Aku terus tersedar dari mimpi. Telinga aku berdesing dan kepala ku sedikit berpinar, terhidu bau wangi halus yang tak pernah aku cium sebelum ini. Dan di hujung kaki katil ku, kelihatan 1 kotak kayu biasa isinya sebuah keris lama, bentuknya hampir sama seperti dalam mimpi ku tapi warna nya tidak sama. Seperti keris ini sudah lama tidak diasah.
#Aku cuba mengingati kembali wajah mulus ratu laut selatan itu, tapi tidak jelas. Seolah-olah aku lupa wajah nya. Adakah ia hanya mainan mimpi? Jika ya, bagaimana aku hendak mengulaskan kewujudan keris ini?
Keesokan harinya aku menceritakan mimpi aku pada mami dan dadi, kami meminta pandangan Hj.Man dan mereka katakan itu terpulang ke atas aku, dan Hj.Man scan lah keris ni dan dia katakan benda ini bagus. Maksudnya benda ni benda yang eloklah kan, bukan benda-benda yang salah.
Tapi dalam masa yang sama Hj.Man bagi pesanan dengan aku, zahir batin kena sedia kalau nak bergurukan dengan makhluk ghaib macam ni. Bukan calang-calang benda macam ni nak dipelajari, dan tersangatlah rare kalau dapat menjadi anak murid mereka.
Panjang lagilah ceramah pesanan Hj.Man ni. Tapi selebihnya terpulang dengan keputusan aku.
Aku ada juga, cuba hendak berhubung dengan Ibu raisha atau Azil untuk mendapat pendapat mereka dengan benda ni, yela memandangkan mereka berasal dari alam yang sama jadi mungkin mereka lebih arif tentang benda macam ni.
Tapi cubaan aku sia-sia, walaupun aku cuba panggil ibu raisha dan Azil. Aku ada rasa nak pergi ke kampong ibu raisha tapi risiko aku untuk berada di alam mereka amat tinggi disebabkan jarak masa disana dan di alam kita berbeza. Jadi aku siap solat sunat, solat subuh, asar, zohor dan solat istikarah untuk minta bantuan Allah memberi aku petunjuk.
Dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku terima dan cuba fahami pertunjuk yang aku dapat.
Malam itu,Aku membawa mami dan dadi meneman aku ke pantai ****** *****, sebab aku katakan aku sudah ada keputusannya. Mami dan dadi bersedia menerima apa-apa sahaja keputusan aku selagi aku tidak menduakan Allah SWT dan selagi aku masih menjaga solat, mereka tak kisah apa-apa keputusan yang aku kehendaki dan aku membuat keputusan untuk menghalakan pemegang keris kearah selatan, aku letakkan pada permukaan air laut serta merta jugalah keris itu menghilang ke dasar lautan.
Dikejauhan aku melihat ada ada pusaran di tengah air laut yang tenang. Agaknya mungkin ke situlah tuju keris tersebut. Aku hanya tersenyum dan bersyukur dengan keputusan aku.
Pada buah fikiran ku, agar sukar untuk aku memegang tanggungjawab seperti ini di dalam zaman serba moden. Cukuplah dengan beberapa perkara yang aku alami yang sudah boleh diketegorikan sebagai cerita fiksen. Bagi aku, itu sudah cukup untuk buka mata aku pada manusia sejagat di zaman sekarang.
Walaupun aku tahu ada baiknya aku mendalami ilmu seperti ini tapi siapa tahu kebaikan yang akan mendatang? Mungkin lebih kepada keburukan. Aku sendiri sedar kenapa dalam keluarga aku yang punya kelebihan ni pernah ada yang sangup butakan mata sendiri dan cuba hentikan penurunan kelebihan ni kepada waris seterusnya. (Bab ni aku dan jelaskan pada episode SIHIR)
Bagi aku sendiri, aku pun tak boleh nak terima logik akal tapi siapa tahu rahsia Allah SWT itu banyak dan diluar kotak pemikiran kita semua?
Cukuplah dengan apa yg aku pelajari daripada mami dan dadi serta Cik ngah dan mak ngah. Bagi aku sudah mencukupi buat aku pelihara diri tapi untuk sampai ke tahap untuk aku untuk mencuba ilmu ini sendiri aku tak boleh.
Masih banyak perlu aku pelajari walaupun dari azali nya lagi aku dah boleh rasa kehadiran benda-benda ni dan lalui beberapa peristiwa pelik dengan mata kepala aku sendiri. Tapi aku buat keputusan untuk cuba menjauhkan diri dari benda macam ni.
Aku tahu, mimpi-mimpi yang aku perolehi tu menandakan anda sesetengah orang yang aku tak kenal atau aku kenal perlukan bantuan aku, seperti yang berlaku kepada Fitrra. Tapi aku tak kuat nak lalui benda mcm ni lagi apabila tempiasnya terkena pada ahli keluarga aku.
Ini dah menjadikan antara hidup dan m**i seseorang.
Biarlah Allah SWT yang merancang perjalanan hidup aku, kerana sebaik2 perancang adalah daripada-Nya. Aku terima setiap perkara yang menimpa dalam hidup aku sebab aku sedar, setiap yang buruk ada baiknya. Kadang2 aku leka dengan dunia sampai lupa nak sujud kepada-Nya.
Walau macam mana sekali pun aku nak larikan diri, benda tu tetap ada berkeliaran di sekitar aku, macam mana pun aku kena lalui nya.
Kepada para pembaca, dari apa yang kita perolehi dari kisah hidup aku jadikan teladan, kuatkan iman kita, dekati Allah SWT, jauhi dari bisikan Iblis yang hendak menyesatkan kita, sememang nya memang itulah tujuan mereka diciptakan.
Sejak kejadian beberapa hari yg lepas, aku tak teringin nak jumpa lagi dengan Ibu Raisha dan Azil tapi mami bagitahu mereka bukanlah pendamping kita tapi hanya utusan Allah SWT untuk membantu tapi tak boleh nak obses sangat dgn mereka sebaik-baik pertolongan adalah berdoa kpd Allah SWT. Mereka hanya datang membantu dengan izin Allah SWT dan bukan atas kehendak masing2. Gelang emas yang ibu Raisha bagi aku masih pakai sampai hari ini dan Al-Quran itu, aku bacakan setiap malam, mami cakap, Al-quran yang diberikan bukan untuk disimpan tapi untuk dibaca dan dibelai isi nya serta difahamikan.
Terima kasih atas sokongan dan doa dari para pembaca kepada Liza. Sekiranya ada silap dan salah harap dimaafkan, yang baik datang daripada Allah SWT yang buruk datang dari khilaf saya sendiri.
Nur Kilan
Liza (09.10.17 – 10.24am)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First !
Batak
kesah? syuh! syuh!
Congratulations la.. Haha
ada jugak yg congrats. asyik nk kecam je si amran malaun ni.
yela…sjak xfemes kat fb…tu yg jdi mcm tu..hahaha
Siapa yg x femes kat fb? Medical ke amran? Haha
amran! kahkah!
Hahaha.. Aku pun sama juga ngan amran.. Tu pasal aku sedih bila kayong x ltk nama aku dalam setori dia.. Kalau x bole la femes sikit.. Haha
#Sedih hahaha
ko jgn risau. aku dah deal tadi dgn kayong. nanti next story dia letak ko.
Kisah penulis sgt menarik..bukan semua org dpt peluang begini..keputusan penulis pulangkan semula keris adalah bijak..ada sorang isteri kenalan saya slps sembuh sihirnya selama berpuluh tahun kini boleh mengubat org atas bantuan wali2 katanya..tp ujian dia juga hebat..ahli keluarga dia pula jadi mangsa..dan sering rasa tak selamat..
jujurlah. aku tak berani baca. sebab ko ckp kalau kena ganggu ko tak bertanggungjawab. Ada sorang staff ofis aku ni baca, aku perati je petang2 dorang layan FS. Esok nya whatsapp mintak MC. Dengar2 dorang sembang, katanya ada kesan lebam2.
medical student.. ofis?? praktikal ke?? haha
praktikal mende?? aku keje dgn bapak aku. knp?? ada yg kelakar ke kat situ??
OOoooooooooooo… sebab nama kau ‘medical student’ kut. tu yg aku duk ingat kau tengah siapkan report praktikal dekat ofis..
taklahh. aku bukan student pon. saje letak student.
Terase mude kan letak student tu…
Hehehehehe…
tak letak pon mmg muda begetah lagi
kahkahkah
x kuat semangat… kot
Tak semua yang dapat merasai pengalaman seperti ini….best sangat2…
kat astro ada cta ni kalau xsilap malam ni or mngu dpan kan,bca cta kak liza dah seram2 cmne lah nak tonton cta tu pulak nanti uhu
Cerita apa ye
N.K wes mangan opo urung?
Wes warek wes arek mentong…
Best..benar atau tidak.terpulng kpd penulis..hanya Allah yg tahu…
Mmg best
Pengalaman yg sgt sgt limited super rare edition…
Mesti susah bebile nk share ngan org kan…
Dah penat2 cerita panjang lebar di akhirnya ade yg persoalkan Kisah Benar ke…???
Fuuhhhh mencabar sungguh…
Akk legaaaa ko akhirnye menghalakan pemegang keris bknnye mata keris…
Sbb msti lg besar cabaran dan dugaannye nnt klu ko terima ilmu ghaib tu…
Alhamdulillah, Allah masih memelihara kesekahteraan kamu…
MCMNE GN KWN OPIS KAK LIZA YG KNE GANGGUAN TU..DH OK KER??
aku ada satu kawan dr indonesia yg aku knal dr smule. aku suka olok2 dia yang nanti awaslah malam karang nyi blorong nyi roro kidul ni masuk mimpi dia.. like seriously dia marah betul dgn aku mcm dlm seminggu dia x wsap aku. aku pun ‘eh pesal dia ni tu pon nak marah’
aku saja usik dia sebab waktu kecik aku pernah tgk cita PERKAHWINAN NYI BLORONG tu.. suzanna berlakon.. aku ingatkan benda tu tahyul jek, tu la sngaja usik2 dia.. bila lepas aku baca semua crita liza ni baru aku paham makhluk bernama Nyi Roro Kidul ni mmg sangat menakutkan org2 indonesia.. erghhhhhh sori la mas. aku tak tau -.-‘
baru je main dekat astro sabtu lepas
Nice
Kita pernah bersua di alam khayalan mimpi
TAMAT …
JIKA ada lagi kisah2 menarik mistik silalah share …
Alhamdulillah …
Cerita apa ye
Kidul ni ada saudara prmpuan. Nama xlorong. Si xlorong ni jahat. Dia la yg ganggu manusia dn myamar as kidul. Yg x leh pakai bji hijau tu xlorong la punya keja. Xlorong ni ular besar, wajah ke pinggang manusia. Dia suka hasut manusia buat persugihan. Bila mnusia ni m**i, dia.ambil qarin manusia ni jd hamba dia. Kidul pula, islam..itu la yg dipercayai oleh para perawat di indonesia. Awas jgn sbuy nama pnuh. Ha ada juga kata 7 puteri di laut cina selatan dtg dari keluarga kidul juga.