Lagu Puaka

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini sekadar coretan berdasarkan pengalaman yang aku pernah lalui pada zaman sekolah. Tapi mungkin juga ini adalah pengajaran buat aku.

Pernah tak dengar lagu, menanti kekasih. Kalau tak pernah dengar lagu tu, sila search dalam youtube. Lagu tu dikatakan rakaman dari Alda (penyanyi Indonesia). Katanya penyanyi tu kena bunuh di salah sebuah hotel.

Antara bait-bait lirik tu,

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Nak dijadikan cerita waktu tu aku tingkatan 5, agak nakal sebab bawak handphone, time aku masa tu tengah famous handphone Nokia Express Music. Jadi masa tu nak SPM, so overnight stay dekat bilik prep dengan kawan-kawan aku. Aku sekolah berasrama penuh yang agak haunted di selatan tanah air. Jadi masa tu baru je naik cuti, so banyak lah lagu-lagu baru aku masuk kan. Dan kebetulan akak aku bagi lagu tu, sebab dia kata lagu tu lagu berhantu. Jadi entah macam mana, aku gatal tangan play lagu tu. Kawan-kawan aku syok lah, kitorang siap gelak-gelak dengar lagu tu. Tapi malam tu takde apa-apa yang berlaku lagi.

Esok paginya, kawan si Ana aku dok ulang-ulang lagu tu, kena sound dengan kawan aki lagi sorang then dia terlepas kata “haaa jangan tanya kenapa kalau pontianak tetiba join kita malam ni”.

Jadi macam biasa malam tu kami stay malam dekat bilik prep, tapi di aras atas, jauh dari bilik aku. Tapi masih sama blok.

Jadi malam tu, aku pasang lagu dari phone, tetiba tengah lagu best, tertukar sendirinya lagu menanti kekasih,so aku ingat maybe tershuffle lah lagu dalam phone aku. Padahal jarang antara phone agak jauh sebab masa tu tengah charge sekali.

Habis lagu tu, aku dah rasa seram sejuk. Tapi, lagu tu diulang lagi. Aku rasa agak pelik kenapa nak ulang lagi lagu tu. Kawan-kawan aku dah tengok aku lain macam.

Tetiba dengar suara orang ketawa kuat dekat hujung koridor berdekatan bilik prep. Dah lah tu, lampu koridor memang kelip-kelip je. Aku terus ambil phone cabut bateri sebab nak lari masuk bilik.

Kitorang yang ada dalam bilik prep tu, terus kemas-kemas, tapi tak bawak balik pun barang-barangnya, terus masing-masing mulut kumat kamit baca ayat kursi.

Tetiba kawan aku si hana “jangan toleh belakang, kita jalan laju-laju tidur dalam satu dorm aku”, aku pula jenis orang kata jangan, aku toleh je, benda tu bertenggek atas koridor dekat dengan bilik prep. So kitorang lari laju, masuk dorm terus je duduk ramai-ramai satu katil, bayangkan 1katil muat 5 orang.

Kemudian, dengar lagi suara mengilai makin dekat. Time tu aku lah yang rasa bersalah sebab kenalkan lagu tu dekat kawan-kawan aku. Aku dah mengantuk masa tu, then pintu dorm macam kena gegar. Aku dengar suara budak menangis, kawan-kawan aku memula tak dengar tapi lepas tu dengar makin kuat. Kitorang pakat baca yassin kuat-kuat sampailah dah nak pukul 3 baru keadaan ok.

Esok nya, aku delete lagu tu. Tak lama kemudian phone aku tu rosak, padahal baru je beli. Hantar ke kedai dia kata phone macam masuk air. Padahal aku punya jaga phone tu sebab phone tu aku beli dengan duit biasiswa pulak tu.

Itulah kisah tak berapa nak seram aku dengan lagu tu. So sesapa nak rasa jumpa tu, mainkan lagu tu versi original nyanyian Alda.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

31 thoughts on “Lagu Puaka”

  1. Aku dulu dudok asrama aku la plg penakot.aku ketua dorm dlm dorm tu senior form5 3 org je termsk aku yg lain sume junior form2..nk dijadikn cerita time 2 bebudak ni bsg xnk tido last2 aku ckp korg bsg la bsg kang hantu melompat dpn korg bru tau.aku pon trs naik katil tido.pastu aku ckp dkt membe sblh haa tau tkt smbl bsk2..tp aku pelik la aik kjp nya dieirg dh tido snyp trs.rupanya bila esok pg bgn dieorg ckp kak mulot masin la smlm lps akk ckp cmtu bnda tu melompt dpn katil akk.aduhh trs blurr aku

    Reply
  2. Pernah dengar lagu tu, tapi pasang waktu siang.. Malam tu tido dengan adik, but nothing happened to me.. Esok tu adik cakap dia tak boleh tido malam tadi sebab dengar perempuan menyanyi lagu tu dekat pokok rambutan tepi bilik kitorang, ingatkan dia saja je bagi takut kita.. Last2 malam tu kita pulak yg kena, huhu…

    Reply
  3. Pernah dengar lagu tu, memang lirik dia x bley blah langsung. Macam saiko pun ada. Tapi katanya 3 hari lepas lagu tu siap direkod, penyanyi tu dijumpai mati. Dan dari penemuan forensik, penyanyi tu sebenarnya dah mati 7 hari yang lepas. Jadi siapa yang rekod lagu tu? Pengurus penyanyi tu sendiri pun x tau, sebab katanya jumpa dah siap rekod dah. Misteri nusantara btol…

    Reply
  4. Nak lagi seram korang pasang lagu tajuk “lengsir wengi” lagu seram popular di Indonesia..kisahnya lagu ni memuja kuntilanak..meremang ooo dgr mlm2..MJ12 pun kdg2 jadikan lagu ni sbg soundtrack..

    Reply
  5. bila aku baca je nama tajuk lagu tu terus aku bukak youtube try nak dengar…seram gila lagu tu yang paling tak leh blah part dia mengilai macam pontianak tapi nasib dengar kat sekolah bukan kat rumah….

    Reply
  6. lagu menanti kekasih dan lengsir wengi mmg lagu2 seram…naik bulu roma kalau dengar sorang2….kalau takut lepas tu pasang rukyah sampai pagi….

    Reply
  7. selama ni tak tahu pulak pasal lagu ni.. bila baca komen2 ni.. teingin jugak nk dengar.. da search utube.. tapi xde kekuatan nak dengar.. muzik permulaan j dgr.. tibe2 berdebar.. sebab malam nanti tido di hospital.. hihi.. sekali dia datang teman.. haru jadinye…

    Reply
  8. Menanti kekasih by Alda risma.. bnyak cerita yg blm tentu betul tentang kewujudan lagu tu.. ada yg cakap lagu tu wujud dalam simpanan 3 hari setelah kematian alda.. ada juga yang cakap setahun slpas kematiannya.. dan menjadi persoalan tentang bila proses rakaman lagu itu d buat.. Cerita mistik ttg menanti kekasih d perbesarkan.. motifnya tak d kenal pasti.. mungkin cuma mahu menambah rasa seram utk lagu tu.. cari punya cari, tok jumpa kenyataan rasmi dari pihak studio rakaman dan syarikat tmpt Alda risma bernaung.. Lagu itu d rakamkan sendiri oleh alda semasa hayatnya untuk sebuah film seram.. tetapi tidak dapat d publishkan kerana kes pembunuhannya..

    Lirik dari lagu itu dan kronologi dari kes pembunuhan alda terdengar seakan berkait.. membuatkan netizen lebih mudah percaya kepada cerita mistik yang berbangkit.. Terpulang kepada yang mendengar lagu itu sebenarnya.. Benda akan jadi betul bila yg mendengar ambil serius ttg lagu dan kisah mistiknya.. Dengar lagu ni untuk suka2 InsyaAllah x de benda yg akan jadi..

    Reply

Leave a Comment