Lagu Puja Lingser Wengi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca FS. Sebenarnya ini kali pertama saya menulis disini, jadi kalau ada salah dan silap sila beri tunjuk ajar ya . Cerita yang saya nak ceritakan ni berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa berumur 17 tahun. Saya menggunakan nama Aron sebagai saya *bukan nama sebenar dalam cerita yang bertajuk ….

LAGU PUJA LINGSER WENGI

Aron merupakan ahli pancaragam yang berpangkat tinggi di pasukan pancaragam sekolahnya yang mempunyai ahli seramai 60 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 5. Setiap hujung minggu pasti ada saja latihan yang diadakan bagi memantapkan pasukan itu. Setiap latihan akan dilakukan selama 3 hari 2 malam, Which is jumaat petang sampai ahad petang. Dan latihan pun diadakan pada hujung minggu tersebut sebelum kejadian berlaku.

Pada hari pertama tiada apa pun berlaku dan berjalan seperti biasa sehinggalah sampai pada hari kedua di petang hari. Jam menunjukkan tepat pukul 1 petang. Aron memberikan rehat untuk makan tengahari, solat dan melepaskan ahli ahli pancaragam untuk rehat. Tiba-tiba Aron dipanggil oleh cikgu Amin, seorang cikgu yang menjaga latihan pada hari tersebut dan terlihat dia membawa 6 ahli pancaragam yang dipanggil geng 6 jahanam sebab selalu buat masalah bersamanya. Cikgu Amin ni boleh dikira tenang je orangnya.

“Aron, tadi ada cikgu koperasi datang jumpa cikgu, dia cakap dia dapat tangkap budak budak ni tengah mencuri barang di koperasi”. Muka dan perasaan Aron bercampur geram dan malu ketika itu dan dia pun berkata “habis macam mana cikgu, dah buat tindakan ke” dan cikgu pun dengan raut wajah selamba dia “kamu sajalah yang settle kan , sebab malas lah nak perbesarkan hal ni”. Aron pun tidak mahu terus menghukum 6 jahanam tersebut kerana tidak mahu menganggu waktu latihan.
Selepas selesai latihan pada malam hari dan jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Ahli pancaragam lain pun dilepaskan untuk tidur. Aron memanggil kawan kawannya yang berpangkat seramai 7 orang dan merancang untuk menghukum 6 jahanam tersebut dengan melakukan operasi burung hantu. *siapa yang biasa pergi kem mesti tahu burung hantu ni apa. Semua pun bersetuju dan memanggil 6 jahanam tersebut untuk turun ke dataran sekolah. “Korang tahukan apa yang korang dah buat?” Aron dan rakannya tak berhenti membebel kerana bengang akan perbuatan tersebut.

Selepas di ceramah dan sebagainya, dengan mata yang ditutup mereka pun diletakkan di tempat tempat yang agak jauh sehingga tidak dapat berborak dengan antara satu sama lain . jaraknya kene menjerit baru dapat dengar. Ada yang diletakkan di atas pentas dataran, ada yang diletakkan di lorong ke kantin, ada yang di atas dataran, ada yang di sebelah bilik PJ berdekatan dengan dataran dan ada yang di tandas. “Ingat, kalau ada apa apa jadi jerit password yang aku bagitahu tadi” kata Aron kepada 6 jahanam. Dengan bertemankan cahaya bulan, Aron dan rakan-rakannya pun meninggalkan 6 jahanam tersebut selama 20 minit.

Selepas 15 minit, Aron dan rakannya tidak puas hati kenapa tidak ada apa apa yang berlaku . Jadi mereka pun pergi memeriksa keadaan 6 jahanam dan mendapati yang 6 jahanam tidak pula rasa gelisah bahkan boleh relaks baring dan tenang. Dengan rasa tidak puas hati, Aron pun mengeluarkan telefonnya dan merancang untuk memasang lagu puja bahasa jawa yang bertajuk Lingser Wengi. Dalam keadaan senyap tanpa diketahui oleh salah seorang 6 jahanam yang sedang baring itu. Aron memasang dan meletakkan hampir ke telinga kiri budak itu dan bermainlah lagu tersebut

Lingser wengi
Sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang
Kang ngreridhu ati
Kawitane….
*DUPPP
Satu bunyi padat yang jatuh ke tanah, dan lagu tersebut terhenti dan tak dapat dimainkan sehingga habis kerana bunyi tersebut . dan membuatkan semua yang berada berhampiran Aron pun terkejut, mendapati bahawa pasu yang diletakkan di atas batu setinggi paras lutut jatuh ke tanah. Budak yang baring tadi memang sudah tak tentu arah gelisah dan menjerit password yang diberitahu sewaktu lagu tersebut dimainkan.

Kerana tak sedap hati, Aron pun mengumpul semula 6 jahanam yang lain untuk membatalkan operasi tersebut, walaupun merancang untuk mengenekan 6 jahanam dengan macam macam permainan. Selepas berkumpul, tiba tiba satu lagi bunyi hentakan kuat ke tanah dan mereka mendapati bahawa ada satu lagi pasu yang jatuh disebelah pasu yang dah jatuh tadi. Mereka pun segera pulang ke bilik tidur kerana risau akan perkara yang terjadi . Angin pun bertiup dingin pada malam itu.

Pada keesokan harinya, seperti tiada apa yang berlaku semalam, latihan pun berjalan seperti biasa sampai ke petang dan latihan pun habis pada pukul 3 petang dan dibenarkan pulang ke rumah. Aron terus pulang ke rumah dan ditanyakan oleh ibu, “nak makan tak”, “emm kejap lagilah bu” Aron menyahut. Dengan hanya memikirkan kepenatannya, dia pun terus ke bilik tidurnya. Aron mempunyai bilik di tengah-tengah rumah dan tidak mempunyai tingkap. Jika lampu tidak dibuka, biliknya akan menjadi gelap dan mempunyai cahaya yang masuk sedikit dari ruang di bawah pintunya yang datang dari pintu dapur jika pintu dapur tersebut dibuka.

Aron terus tertidur dengan kegelapan dan kesejukan kipas meja yang diletakkan di atas kepalanya. Sungguh nyaman ketika itu sehingga… Aron terkejut dan membuka matanya tetapi fikirannya merasa aneh kerana badannya kaku dan keras, mulutnya seperti dikunci Aron berfikir dengan pantas dan terus membaca surah Al-Fatihah didalam hati dengan badan yang kaku dan kepala tegak ke atas. Aron lega kerana dia dapat menggerakkan badannya dengan perlahan lahan. Aron pun terfikir untuk pergi ke tandas, belum sempat untuk menggerakkan badan untuk bangun, Badan dia sekali lagi kaku dan keras, mulutnya tidak dapat melontarkan jeritan yang mengganggu dalam fikirannya . badannya kali ini seperti digenggam erat oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Aron terus membaca surah Al-Fatihah lagi sekali dan sekali lagi badannya dapat bergerak, tetapi dia merasakan badannya sangat lemah, dan fikirannya seperti tidak dapat berfikir apa yang jadi sebenarnya. Selepas beberapa saat, sekali lagi badan dan mulutnya seperti dikunci oleh sesuatu tetapi kali ini di dapat menggerakkan kepalanya. Tidak sempat membaca surah surah yang Aron sudah hafal, tiba tiba ada suatu bunyi yang didengarnya di telinga sebelah kiri Aron. Alangkah terkejut dan terkedu Aron apabila bunyi yang didengarkan ditelinga kirinya ialah lagu Lingser Wengi. Aron dengan cemas memulakan dengan membaca surah surah yang dia hafal di dalam hati dan tiba tiba… Aron ternampak satu lembaga putih dalam keadaan samar samar kerana cahaya kecil yang masuk melalui ruang di bawah pintu biliknya. Lembaga itu sedang berada dia hadapan almari bajunya dan memerhatikannya sambil perlahan menuju ke pintu biliknya sambil lagu lingser wengi berbunyi di telinga kirinya.

Aron terus membaca dengan perasaan yang takut bercampur bingung. Akhirnya lembaga putih dan lagu tersebut terus hilang dari pandangan dan pendengaran dia, dan lega kerana dapat menggerakkan badannya sedikit. Aron dengan lemah dan lesu itu terkejut kerana rupa-rupanya telefonnya tergantung dan sedang dicas. Bunyi apakah yang didengarkan di telinganya ?

TAMAT

*sampai sekarang saya masih tidak tahu bunyi apa yang saya dengarkan masa kejadian tersebut. Selepas kejadian itu berlaku, saya memang sudah tidak dengar lagi lagu puja itu. Kalau korang nak dengar lagu tu, boleh cari dekat youtube. Lagu tu sebenarnya lagu dari cerita kuntilanak . Selamat mendengar.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

97 thoughts on “Lagu Puja Lingser Wengi”

  1. Eh eh dia siap offer dengar lagu tu pulak. Kita dekat sini baca FS berbackgroundkan didi n friends punya lagu tau. Btw bro, best. Keep it up okay!

    Reply
  2. adehhh kena offer pula.. nnt la bila senang aku cari lagu tu..

    **aku da upgrade skrng.. sbb aku dngr lagu shark doo doo je..

    Reply
    • Lagu nina bobo pung org buat dodoi kan ank..
      Dulu sllu gak dodoi kan ank pertama lagu tu..
      Dah biasa.. but 1 malam ade sesuatu menganggu..

      Reply
      • aku senang semua anak aku kalau nak tidur pasang je vacum tdo lena.. memula pasang vacuum yg betul sbb tak tau lak ada kt youtube bunyi vacuum.. seram pulak aku nak tidokan anak gn lagu ni.. kang ada yg turut menyanyi.. wahaha

        Reply
          • yela annur anak aku yg first masa baby tak tdo malam 3bulan.. penat aku bejaga sampai panda haa.. aku gugle lah.. bunyi2 white noise mcm vacuum mesin basuh tv rosak tu bleh wat baby tdo lena.. aku try.. dalam kiraan 123 papp pengsan mcm kena hipnosis.. ya ampun menjerit aku kesukaan menggeletis dapat tdo lena malam.. sampai la anak ke tiga aku buat.. ni on the way ke 4 siap ko tggu mami pasang2 siap2.. hahah..kak yulie nnt mane tau nak bg adik kat yg second tu boleh la try.. hahah

          • Mane ko tau anak akk dh yg second???
            Ko xde pesbuk pn nk stalk akk…
            Curigaaa nih…
            Buat rase lapar plaaakkk…
            Kang kembong msk angin nk kentot segaannn…
            Hahahahha…

          • kak yulie aku takda pesbuk.. tapi laki aku ada.. aku stalk kak yulie pakai fb laki aku.. hahaha.. tapi aku tak add kak yulie la.. nnt laki aku tengorat kak yulie kang beperang pulak asben2 kita.. hahahah

          • Btw.. mami ..kau org mana ek ?
            Idea baru ni.. xtau lak…al maklum la.. dulu teman ni pakai hp baling hanjing.. (sian hanjing..napr bukan natang lain ek?)
            Padulik sanaa..
            Dulu anak2 semua nanges2 jer.. mcm2 alunan lagu dah.. hahaha.. smpai2 teman berjalan dodoi kan ank2 dr ruang tamu naik ke tingkat atas.. trun balik tngga.. smpai la jam 4 5 pagi.. nympah dah tikus2 lipas2 nengok muke ni.. semak jerr.. seksa nye lahaaiii

          • aku parents asal kelate tapi aku org selangor.. gahah.. aku pon mcm kau annur.. tu aku gugle cara nak bagi budak jgn nangis n tdo lena.. bunyi vacuum berkesan.. mmg selamat.. anak2 aku kembung pon pakai bunyi vacuum dia jadi tenang.. aku tanya paeds anak2 aku.. dia cakap mmg vacuum salah satu cara nak tenangkan anak.. kau cubalah kalau ada baby baru nnt.. tp baby je tau.. yg dah toddler tak layan dah diorang..

          • Selain bnyi vacuum.. bnyi kuali tang3.. boleh takk…??
            Perghh tu jam bapak budak ni hayun haku dari tingkat hatas ke bwah tergolek aku… hehehe..
            (Haku fening tgk ruang komen dh jd cm hamendee tahhh…)

            Bile due mami ni.. (eh btul ke?)

          • aduh lannur tertelng pale aku bace tulisan tegak ni.. bunyi kuali mati nak jiran pon gegor umah kau nnt.. hahaha.. aku due tahun depan bulan 4 daa.. lame lagi.. anak no 3 aku pon baru 9bulan.. dasat tak.. doc sampai marah2 aku peknen semua rapat2.. acane doc aku kejor target sebelum 30 anak 4.. haha

          • Mencik toi haku baca komen melintang cenggini…
            Admin saja kan nak suruh org mngejaa…kehjamm btoii la admin niii…ohh..kira dah 30la no ekk.. nk pnggl kakak ke acaner nii.. kite baru 14tahunn..
            Muahahahahahahahah….

        • Pandei ank ko kan…
          Dh praktis dr kecik…
          Sok dh besar mak soh vacum lajuuu jer die bg alasan xnak sbb nnt tertdo…
          Dah selamat terlepas dr kena buat satu keje umah…
          Hehehehehehe…

          Reply
          • kahkahkah.. ade je kak yulie menghiburkan petang aku.. patut la bila aku vacuum uma anak2 aku tutup telinga.. takut tetido upenya.. bunyi vacuum ni bekesan utk baby bawah 1tahun je kak yulie.. dah atas setahun tak jalan.. bg je dorang katun pastu kita tdo lah.. hahah

          • Oooo effect die tu jangkamasa pendek jer ekk????
            Mgkn mase baby tu ko suke dodoikan anak smbl nyanyi kot…
            Soo ble die dgr bunyik vacuum tu die sedar yg bunyik vacuum lg membahagiakn dr dgr suara mak diorg yg acah2 Kilauan Emas Gegar Vaganza tu…
            Klu akk tu mmg dh kecik ati sesgt tu…
            Hahahahhahaha…

          • hahahah.. kak yulie tau2 je anak aku trauma dgn nyanyian aku.. anak aku yg first umo 4tahun buat baca buku siap cakap.. mami diam jap bleh tak.. nampak tak kakak baca buku.. lagi kecik ati aku bebanding dia tau.. kecik2 pandai kondem mak..

        • Xtau lak bunyi2 vacuum, tv rosak tu bole buat baby tido…
          Kalo kita yg dgr kompem tutup telinga…

          Btw, parents mami klate kat mana??
          Parents syer org klate gak

          Reply
  3. Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
    Ojo tangi nggonmu guling
    awas jo ngetoro
    aku lagi bang wingo wingo
    jin setan kang tak utusi
    jin setan kang tak utusi
    dadyo sebarang
    Wojo lelayu sebet

    **Maksud
    Menjelang malam, dirimu (bayangmu) mulai sirna
    Jangan terbangun dari tidurmu
    Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
    Aku sedang gelisah,
    Jin setan ku perintahkan
    Jadilah apapun juga,
    Namun jangan membawa maut

    Reply
  4. Gigihnye pasukan pancaragam sek ko siap buat latihan 3h2m tu…
    Mmg panjang akal ler utk bebudak yg kretip ni…

    Tu klu soh Singkong ke, Faz ke, EL ke, baru aman latihan ko tanpa 6Jahanam sbb diorg ni mmg dh x ke mane punye klu ade aweks kt group tu…
    Inikan plak aweks pancaragam, mmg peewwiitttt koottt…
    Hehehehehee…

    Tapi kan…
    Sebut 6Jahanam ni tingat zaman sek men dlu…
    Sllu kena kaco ngan bdk laki form5 satu group tu…
    Dahler mse tu zmn kegemilangan rambut botak2 tu kan…
    Serem koottt satu group bdk senior botak kaco ko secara berjemaah…
    Akk dhler br form2, sunti suci lagi kaannn…
    Mmg lajuuuu jelah akk buat kdri cukur jambul letak nme diorg 6Jahanam…
    Hahahhahaha amek kooo…

    Reply
    • amboi kak. hahahahhaha.. mesti kak yulie dulu ni hotsetap kat sekolah kan..
      kalau x, x nye 6jahanam tu mengacooooo hahahah

      Reply
      • konpom la hotsetap ko.. sampai skg ha kau tengok dia hotsetap kat fs ni.. tapi aku syak kak yulie gengster kat skolah.. kak yulie i love u nak sain (sambil angkat baju tang perut)

        Reply
        • Skrg sikit sikit nak hot, salah sikit nak hot, kipas mati kejap akk naik hot…
          Hotsetap dh jadik hot sentaapppp…
          Hahahahhaha…

          Reply
    • Hahahaaha…
      Akk dlu sek pengawas yg pengganas…
      Geng2 kongsi gelap kat sek tu pn takot ngan akk…
      Akk bkn jenis maki hamun, akk jenis gune mata pon org dah seriau, gituuu…
      Soo ganeh x ganeh ar kaannn…
      Tp entah ekk…
      Ghamei plak peminatnye…
      Siap penah ade jurulatih tetbe dtg umh nk merisik bagai, pdhal suami org tu…
      X cukup bonzer ke akk ni gamaknye…
      Nak kena letak parut kt pipi ni br nmpk lg bonzer kaklong kawasan kot…

      Reply
    • den dulu gudboi kak.. den 24/7 duk kat library je.. hahah 24/7 tuh.. silap2 mak aku da buat report polis anak dia ilang..

      Reply
      • Akk dlu lepak gak library…
        Tp xleh study aarrr…
        Stalker ghameiii…
        Tersipu2 akk kena tenung dibuatnye…
        Jiwa kacau, hati meracau…
        Hahahahah…

        Reply
      • Woowww…
        Budak cerdik2 nerd2 ni cinta berputik di library…
        Akk kompius nape kena 20k???
        Patotnye ko bg die rak buku jer bebyk…
        Baru kena ngan jiwa die kaaannn…
        Hahahahhaha…

        Reply
      • Yg cerdiknye dia kak den numpang cerdik je.. Tu pasal bapa dia simpan 20k kut.. Haha bapa dia x yakin kot tgk muke den..

        Reply
        • Org yg cerdik ilmu blom tentu cerdik akal…
          Ade jer akk sllu jmpe manusia yg belajor mmg tiptop…
          Tp daya kepekaan die x dpt mengatasi daya kePEKAKan…
          X hirau masalah atau kebajikan org lain…
          Dia tau life dia sdri jer…
          Setereeeass hadap manusia cmtu, apatah lg org tu dlm fmly sdri…

          Reply
      • Hahah cikbambam x cukup lg.. Nak tambah ke? Ingat nak join program bersamamu.. Kot2 nnt ada orang sudi tolong cukupkan.. Haha

        Reply
  5. dh dgr lagu tu .kt google kata lagu tu bukn panggil hantu .lingsir wengi ade 2 versi.yg pertama versi ketuhanan(,mengingatkn kita pada pencipta).yg kedua versi kuntilanak dlm film tu ^^ .

    Reply
  6. Menjelang malam, dirimu (bayangmu) mulai sirna
    Jangan terbangun dari tidurmu
    Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
    Aku sedang gelisah,
    Jin setan ku perintahkan
    Jadilah apapun juga,
    Namun jangan membawa maut

    Reply
  7. Asal lagu lingser wengi ni sebenarnya lagu dakwah. Kalau tahu tntang kisah 9 wali dari indonesia. SalahBig seorg dri wali tutu berdakwah melalui syair atau, lagu. Versi pemujaan ni plk, diubah khas utk pembikinan satu filem seram indonesia
    Wallahualam.. sbb sy pernah terbaca pasal ni dulu

    Reply

Leave a Comment