Assalamualaikum, salam Ramadhan kepada admin dan pembaca FS. Kali ni aku nak berkongsi cerita yang terjadi diatas lebuhraya bersama kawan aku dari cerita lalu bernama Donki dan juga Lan. Pengalaman ini boleh kata antara yang paling seram lah yang pernah aku alami. Kalau suka bagitau kawan, kalau tak suka bagitau saya,
‘Wei Zom, jom teman aku boleh dak’
‘Haa awat. Teman hang pi mana’
‘Balik kampung wei, tok wan aku meninggal’
Aku melihat jam pada dinding menunjukkan pukul 8.45 malam. Ah, tiba-tiba rasa tak sedap hati menyelubungi badan.
‘Err… bila’
‘Sekarang ni la. Esok pagi nak simpan’
‘Uish, serius ka ni. Malam dah ni, dia dok mana’
‘Perlis, aku dah deal dengan Lan. Dia on’
‘Haa okay la kalau macam tu, mai ambik aku dalam 10 minit.’
‘Trimas bro’
Perjalanan yang sudah memakan masa 2 jam itu tidak terasa begitu lama. Kereta Saga kelabu dipandu sederhana laju. Tak berani Lan nak memecut lebih laju dari 120km/j. Mahu tertanggal tayar yang sudah lama tak diservis. Suasana didalam kereta itu agak ceria, mungkin Donki cuba menenangkan hatinya. Walaupun dia taklah seberapa rapat dengan tokwan sebelah ibunya itu, tetapi siapa yang tak sedih bila kehilangan ahli keluarga kan. Memori itu tetap tersemat sampai bila-bila.
Semuanya berjalan dengan lancar, kami target sampai Perlis pukul 5. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Lan steady lagi bawak, Donki duduk depan manakala aku sedap landing dekat belakang. Aku tak dak lesen kereta, jadi tiadalah gunanya aku duduk di seat co-pilot walaupun sebenarnya muka aku ni dah boleh jadi pelakon utama Suri Hati Mr.Pilot (up market, hahaha). Kisah tak menyenangkan berlaku bila kami masuk area Tapah. Dengan tidak semena-mena, hidung aku diterjah oleh bau yang sangat busuk. Ah sudah, aku seolah-olah dapat mengesan sesuatu yang buruk bakal terjadi.
‘Wei…’ Lan cuba membuka mulut. Donki pula membatu kat depan.
‘Dah, jangan dok buat pasai. Hang rasa lecturer Johor haritu cun dak?’ Aku segera memotong dan mengubah topik.
Perbualan mengenai lecturer Johor berlanjutan sehingga beberapa minit sehinggalah aku tertoleh ke arah tingkah sebelah kiri. Allah! Aku tak dapat tengok dengan jelas, tapi aku boleh nampak perca kain putih lusuh sedang berkibar ditepi tingkap. Macam benda tu dok sedap tumpang atas bumbung kereta. Peluh dingin mula terbit, jantung berdegup laju. Aku mula membaca apa yang patut. Tiba-tiba Lan bersuara, nak luruh jantung aku.
‘Alamak bro, aku sakit perut la. Ni mesti pasal meggi puaka Arip tadi.’ Ya, meggi roomate Lan sememangnya puaka. Hantu pedas itu kalau buat meggi memang tahap kepedasan dia memang puaka. Tetapi yang lebih maha puaka adalah, tiba-tiba sahaja kereta tu diselubungi bau kari bercampur telur dan beberapa lagi bahan yang hampa tak mau tau. Donki yang sejak dari tadi khusyuk bermain telefon, kini mula memandang Lan dengan riak wajah marah. Selang beberapa milisaat aku dan Donki mula lemas, betapa siksanya bauan itu. Donki cuba mencapai suis tingkap, tapi aku hold dulu. Lega bila tengok kain tu dah takdak. Lega juga bila dapat menghirup udara segar.
Sampainya kami di RnR, Lan memulakan langkah seribu. Ada beberapa buah kereta dengan pemiliknya sedang asyik diulit lena. Donki nak hisap rokok, aku ikut Lan. Sedap juga basuh muka pagi-pagi ni. Sempat jugak aku toleh kat bumbung, kosong. Tandasnya sunyi saja. Sebaik melangkah bulu roma aku berdiri tegak, tapi aku beranikan diri. Masa dok basuh muka aku dapat rasa angin sejuk bertiup. Dia punya sejuk sampai tulang. Tiba-tiba aku teringat adegan-adegan seram dalam filem hantu. Mesti bila aku panggung nanti ada benda nak ‘say hi’.
‘Lan woi, hang ada dalam ka?’ Senyap tak berbalas. Aku masih membasuh muka tak berani nak panggung kepala. Mata khusyuk memandang lubang sinki. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pam tandas dari bilik hujung. Lega la sikit, mungkin tu Lan kot, kalau bukan dia pun janji orang sudah. Kreeeekkkkk…. Bunyi pintu dikuak. Aduh, klise betul bunyi dia. Boh la lagu ka, bila bukak pintu keluar ringtone Hello Adele. Baru la sedap sikit. Masa ni muka aku naik kecut dah, lama sangat dok basuh. Ah, aku nekad nak keluar jugak. Pintu tu terbuka tapi takdak pula orang keluar. Kata orang, jangan check, jadi aku pun tak check, haha.
Masa beberapa langkah dari pintu keluar, hidung ditusuk bau busuk yang teramat busuk. Aku kenal bau busuk ni, mesti ‘benda’ tu ada berdekatan. Langkah dilajukan, masa nak sampai dekat kereta ada dalam 20 kaki aku nampak Lan dah masuk dalam kereta, Donki pun dah dok seat depan. Cepat betul si Lan ni buat kerja. Mata aku juga tak dapat lari daripada melihat satu susuk tubuh sedang duduk diatas bumbung kereta. Berjubah putih lusuh, rambut dia Ya Allah, panjang gila. Langkah aku mati, bulu roma naik punyalah tinggi kalah minyak naik. Bayangkan macam mana nak naik kereta selagi benda tu dok ada, silap-silap sangkut dekat rambut dia masa nak masuk.
Aku pelik kenapa Lan dengan Donki tak perasan. Aku Whatsapp Donki dengan Lan. Mujur depa tengah main fon. Group baru dibuat. Sebaik saja mesej bluetick, makhluk itu pun pandang tepat kat aku. Walaupun muka dia ditutupi rambut, tapi aku dapat rasa mata dia tajam tengok aku. Lembut lutut tak payah ceritalah masa ni. Aku tengok dalam kereta, Donki dengan Lan dok tengok aku jugak. Kereta diundur dengan laju benda tu jatuh bergolek. Dalam hati aku berdekah gelak tapi masih lagi lembut lutut. Lan memecut, sampai bunyi tayar, sreeeet. Macam scene perompak lari dari bank, haa macam tu lah. Tak sempat berhenti, Donki bukak pintu belakang aku kena lari kejar kereta tu pulak.
Sepanjang 30 minit perjalanan lepas tu semua diam. Tak berani bukak suara. Hanya bunyi radio Ikim FM saja menemani kami. Rupanya Lan masuk tandas perempuan malam tu. Katanya dah tak tahan, dia nampak tandas lelaki kelam ja. Dia pun gagahkan diri masuk tandas perempuan, nasib baik takdak orang. Tengah syok melabur, dia kata terdengar bunyi orang menangis. Apa lagi cepat-cepat keluar la. Masa aku tengah cuak tengok kakak rambut panjang atas kereta, Lan dan Donki pun takut tengok sup bunjut belakang aku masa tu. Meremang habis aku dengar cerita depa. Lepas tu Donki bukak pulak cerita masa aku ternampak kain tepi tingkap tu, dia ternampak tokwan dia duduk seat belakang. Aku marah dia, nak melawak pun agak-agak lah.
‘Aku sumpah weih, serius aku nampak.’ Aku masa ni mula loya tekak, sejuk, sakit kepala semua ada. Lan secara spontan menguatkan lagi radio. Aku pulak tak berhenti-henti berzikir. Badan rasa lemah, akhirnya terlena jugak.
Lepas tu tiada lagi gangguan mungkin sebab aku tidur kot. Semua berjalan lancar. Tok wan Donki pun selamat dikebumikan. Lepas semua selesai, Lan bukak cerita lagi. Dia kata masa aku tengah tidoq, dia perasan yang kereta macam berat. Dah bawak 110km/j pun masih slow lagi. Dalam 15 minit jugak lah, dia perasan jugak ada kereta bertentangan bagi high beam. Tapi lepas tu semua normal sampai Perlis.
Selang beberapa bulan lepas kejadian, Donki ajak aku dengan Lan makan. Dia bukak cerita. Dia kata moyang tokwan dia dulu ada membela. Bila sampai dekat tokwan dia, tokwan dia tolak. Pernah sekali tokwan dia cerita yang dia mimpi halau harimau sampai atas bukit. Jadi bila tokwan dia meninggal, benda tu tetap nak cari jugak pewaris. Donki la menjadi sasaran. Dia kata, malam tu dekat kampung pun ada beberapa kejadian. Pakcik dia terpaksa panggil kawan dia yang merangkap ustaz untuk tenangkan keadaan. Seram jugaklah dengar, tak sangka kami diganggu saka. Patutlah lepas kejadian tu, Donki jarang contact aku. Serba salah kot. Apapun memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang pengajian.
Sekian dari saya, Zom.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“Kereta diundur dengan laju dan benda itu jatuh tergolek” . Ha3x… yg ni mmg lawak
Kereta laju dia boleh lekat, fly. Skali yg ni boleh tergolek pehal? lupa pasang seat belt ke? siot je citer.
Kereta laju dia dah prepare dah. Ni reverse mengejut dia pun terkejut. Mesti menyumpah dalam hati, ‘apesal la aku tak pegang betol2 tadi’ Kah..
penulis high siot 420 kush blaze it
“Kereta diundur dengan laju benda tu jatuh bergolek. Dalam hati aku berdekah gelak tapi masih lagi lembut lutut. Lan memecut, sampai bunyi tayar, sreeeet. Macam scene perompak lari dari bank, haa macam tu lah. Tak sempat berhenti, Donki bukak pintu belakang aku kena lari kejar kereta tu pulak.”
Aku baru nak fefeeling seram, part ni aku berdekah kat office hahaha. apepun nice bro cite kau 😀
Sedekah kan la tudung kat dia, yang kau p hina rambut dia buat apa
berdekah sis gelak tang part keta reverse & tayar bunyi sreeett tu..
hahahahahahahahahaha.
hang memang lawak.teruih sis x ngantok dh.
“Bende tu jatuh bergolek” bhahahahaha
Part ni memang kelakauuuu habess
.
(Tengah taip komen tetibe botol air belakang kita bergerak.Rupenya kaki anak hakak yg tgah tidur p tolak.huhu buat suspen je)
“Berjubah putih lusuh, rambut dia Ya Allah, panjang gila. Langkah aku mati, bulu roma naik punyalah tinggi kalah minyak naik. Bayangkan macam mana nak naik kereta selagi benda tu dok ada, silap-silap sangkut dekat rambut dia masa nak masuk.” – part ni pun boleh buat kita tergelak…kalah minyak naik…ha..ha..ha..