Lembaga Hitam Tinggi DiLuar Jendela

Assalamualaikum, Nama aku Azzuan, ini ialah kisah aku utk dikongsi kan bersama.

Mungkin cerita aku ni tidak lah seram mana jika korang baca, tapi bagi aku ianya cukup seram.

Benda ni bermula pada minggu ke-2 aku di PLKN, aku ditempat dalam kompeni Charlie , pada awal-2 masuk just tak dak apa-2 benda pelik-2 jadi….

Pada malam tu ialah hari khamis, so kami para pelatih akan dapat handphone masing-2 la….lepas saja habis roll call dan ambik handphone kami semua akan naik ke dorm untuk masuk tido, sebelum tido aku sembang-2 dulu dgn Azrul, Aidil, Akmal Spec, dan Haris Sado, dalam tgh sembang-2 tu, Si Aidil bukak youtube dan mainkan misteri Jam 12…kononnya nak feel seram la sebelum tido, lepas saja kami sembang dan dgr Misteri Jam 12 ,jam dah masuk kul 12:30, kami semua tido lah, Aidil ambik tilam tido bawah, azrul plak tido atas katil Aidil,

Aku tak sedar dalam kul berapa aku tiba-tiba aku terbangun dari tido aku, aku tgk sekeliling aku…semua dah tido…tapi entah kenapa aku secara tiba-tiba tergerak hati nak pandang keluar jendela, aku ternampak seperti ada bayang-2 yg sedang berdiri dekat luar tu..pada mulanya aku anggap hanya baju yg disidai diluar tu…lepas tu aku baru teringat mana ada orang sidai baju tinggi sama paras dgn lampu bumbung..bila teringat benda tu..aku terus diam dan pejamkan mata serapat yg boleh sambil tutup kepala dgn bantal…
Esok nya aku cerita apa yhlg terjadi malam semalam kat Aidil dgn Azrul…tapi diorang just buat endah tak endah la…

Selang beberapa hari kemudian, Si Aidil plak kena benda yg sama…malam tu seluruh kem kami blackout..memang panas perluh merecik la…Si Aidil macam biasa la tido bawah dgn tilam nya..Aidil terjaga di tengah-tengah malam buta…dia nampak seolah-olah ada seorang yg tinggi sedang berdiri di hadapan pintu dorm sama paras tinggi dengan siling dorm…esok nya Aidil cerita kat aku…aku kata “benda” sengaja nak bagitau kat kita bahawa dia ada bersama dgn kita

Sekian cerita aku, Azzuan

3 thoughts on “Lembaga Hitam Tinggi DiLuar Jendela”

Leave a Comment