Assalamualaikum & hi readers Fiksyen Shasha, thank you admin if publish this fearful experienced i ever had. Insha Allah, aku cuba sampaikan dengan sebaik mungkin.
Okay, kenali aku K. Kejadian ini berlaku 3 tahun lepas sebelum kami sekeluarga pindah ke Kuala Lumpur, sebelum berpindah kami menetap di Perak. Ketika itu usia aku baru 14 tahun, zaman nakal nakal lagi time tu. Neighbourhood perumahan aku majority nya islam, rumah teres dua tingkat dan nearby dengan masjid & kindergarten. So aku memang rajin pergi masjid solat berjemaah lagi lagi solat maghrib.
Bila aku nak ke masjid tu aku akan lalui lorong gelap, aku kalau pergi masjid memang selalu jalan kaki lagipun masjid tu memang dekat dengan rumah aku. Bila nak lalu lorong gelap tu akan ada dua level, first level kau kena terus then second level kena belok. Then memang dari rumah aku kena lalu 2 level lorong gelap tu, kadang tu tak takut la juga sebab selalu aku dengan kawan kawan aku yang lalu jalan tu then kadang juga ada pak cik lalu jalan tu nak pergi masjid waktu maghrib.
Ada sekali tu waktu solat isyak, aku lalu lorong tu then aku perasan ada seekor kucing ni asyik meow ja dekat aku tapi time tu memang gelap la hanya ditemani lampu dari masjid yang jarak lebih 1 km macam tu. Kucing tu macam tengah bergaduh atau macam tengah cuba lepas kan diri dari sesuatu benda yang pelik. Aku curious then aku pun keluarkan phone aku then buka flash phone, ya Allah i was so suprised bila ternampak benda tu adalah penanggal.
Yes, hantu penanggal. Aku nampak mata dia kemerahan mulut banyak darah then usus usus badan subhanallah perasaan aku time tu mixture of ticklish and frightened. Distance aku dengan hantu tu tak jauh sangat & tak dekat sangat tapi aku memang boleh nampak penanggal tu. Facial expression hantu penanggal tu serious ya allah memang seram i couldnt describe in words it was so terrible literally!
Bila benda tu realised aku nampak dia, dia macam nak serang aku tapi tak boleh sebab aku dalam keadaan berwuduk waktu tu. Lepas tu, azan pun berkumandang benda tu pun terus terbang menghilangkan diri nya then ada pak cik tu nampak aku seakan bercakap seorang diri then pak cik tu nampak keadaan kucing tu agak ngeri then dia pun tanya aku kenapa dengan kucing tu. Then aku pun explained la yang semua tu angkara hantu penanggal then pak cik tu macam pelik then tanya aku balik yang semua kejadian kematian kucing kebelakangan ni angkara hantu penanggal tu la?
Aku pun tak tahu sebab tu first time in my entire life aku nampak hantu penanggal. Sejak kejadian tu , aku mula dapat lihat benda benda ghaib sebegitu dan selalu aku nampak dari lorong gelap tu. Bukan sahaja aku bahkan ramai yang mengalami peristiwa ternampak benda benda ghaib sebegitu. Ada sekali tu, aku ternampak pocong dia kawasan taska bersebelahan masjid. Masjid & taska sebaris.
Kelibat pocong tu mula mula tu aku nampak agak kabur sebab kawasan taska tu agak gelap then sekali tu aku nampak pocong tu tengah berdiri di tengah tengah pondok di dalam taska tu. Aku selalu ingat dalam cerita hantu dekat tv tu tak sama dengan realiti tapi bila dapat lihat dengan mata kepala sendiri ternyata ia sama tiada beza langsung mungkin cuma beza dari segi pergerakan. Then ramai mengadu akan penampakan pocong tersebut di sekitar taska then pihak sekolah dan kejiranan serta pihak pihak lain yang aku tak kenal pun agreed untuk merobohkan taska tu dan rebuilding taska tu semula di kawasan yang lebih tenang.
Kawasan perumahan aku tu memang dikenali dengan kisah kisah seram. Dan dikawasan padang perumahan aku tu ada 4 pokok yang seriously besar sangat dan berusia lebih beratus ratus tahun. Ramai juga mengatakan yang selalu terlihat penampakan benda benda halus seperti pontianak di atas pokok tersebut, sebelum aku pindah pihak kejiranan sempat menebang 2 dari pokok besar tersebut. Kerana aduan demi aduan tentang penampakan makhluk halus.
Bagi aku bila lalu lorong gelap tu kau kena dalam keadaan berwuduk then baca la apa apa yang patut supaya tidak diganggu makhlus halus bahkan bukan sahaja di lorong gelap tapi dimana mana sekali pun mula kan dengan bismillah dan sudahi nya dengan alhamdullillah.
Pernah juga kemalangan berlaku di kawasan lorong gelap tu dan ada sampai menyebabkan kematian tapi bila disiasat punca nahas hanya la disebabkan kecuaian sahaja tapi masyarakat setempat tahu semuanya berpunca dari makhluk halus di lorong gelap tu, kadang aku pun pelik ya lah belakang masjid tapi banyak syaitan nya.
Kesudahan kisah lorong gelap tu pun aku tak pasti dah berakhir ka atau masyarakat disana masih dibelenggu masalah makhluk halus ini, nauzubillah. Kita sebagai manusia khususnya umat islam harus la tidak mempunyai perasaan takut terhadap makhluk halus sedemikian kerana perasaan takut itu harus la ada pada diri kita terhadap pencipta sekalian alam Allah SWT ..
Insha allah itu sahaja perkongsian dari pengalaman aku yang tak seberapa seram insha allah btw thanks again admin sebab published . Assalamualaikum .
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dik kalau kau berani, cari la si penanggal tu. Orang kata penanggal ni orang yang amalkan ilmu hitam dan masih hidup. Wallahualam.
Benda alah ni kan kerjanya kan nak memesongkan umat Islam. Lagi2x mereka yang on the way nak beribadah ke masjid, makin menjadi2 lah diorang diganggu. Kalau takut dan patah balik rumah, diorang dah kira menang lah tu. Sebab tu lorong gelap tu diorang ramai, kot.
hantu, hantu, apalah nasib manusia yang takut,
buka hijab saya nak tengok benda ni
Aminn..mudah2an terbuka hijab anda boleh nampak segala tok nenek setan..