Okay, sejujurnya, kisah ni agak menyeramkan. Jangan baca seorang-seorang. Dulu masa aku masih kecil, nenek selalu beritahu pada mak aku;
“Lukisan budak-budak tu jangan dibuang. Lukisan diorang ada semangat sendiri.”
Aku dan adik-adik aku yang memang gemar menconteng ni pun sukalah. Kami lukis banyak-banyak dan mak akan lekatkan dekat peti sejuk dan dinding bilik kami.
Sekarang, giliran aku pula ada anak-anak yang gemar melukis. Tapi malangnya, aku terlupa pesan nenek dulu. Bila aku kemas rumah, lukisan anak-anak aku akan aku buang. Bukan apa, terselit merata-rata.
Sampailah pada satu hari, masa aku tengah kemaskan rak buku anak-anak, aku terjumpa satu lukisan atas sehelai kertas drawing block. Aku tenung lukisan tu. Sebab lukisan tu nampak sangat pelik. Biasanya anak-anak aku ni kalau melukis, gambar kucing, matahari, tak pun gambar kami sekeluarga.
Tapi lukisan yang aku jumpa tu menunjukkan macam gambar seorang bayi yang berkepala besar dan berambut panjang. Mata bayi tu merah, gigi bertaring, tangan dengan kaki panjang luar biasa. Seriau pula aku tengok. Tanpa fikir panjang, aku ronyokkan kertas tu dan buang dalam tong sampah.
Malam tu, sebelum tidur, dada aku rasa tak sedap. Jantung berdegup kencang. Macam ada sesuatu yang tak kena. Kebetulan pula malam tu aku tidur seorang. Suami pergi outstation. Anak-anak pula walaupun masih kecil, memang kami ajar untuk tidur di bilik sendiri.
Aku buat endah tak endah jer dengan rasa tak sedap hati tu. Lepas call si suami tanya khabar, aku pun siap-siap nak tidur. Anak-anak pun dah masuk tidur masa tu. Aku jeling jam, pukul 12:30 tengah malam. Dada masih berdebar.
Aku letak jer kepala atas bantal, tiba-tiba aku dengar anak perempuan aku, Izyan (6) meraung dekat bilik sebelah. Berkejar aku ke bilik dia. Aku tengok dia tengah peluk lutut sambil menangis teresak-esak atas katil.
“Kenapa ni Yan?” Soal aku.
“Yan mimpi.” Dia jawab. Tak angkat muka. Mimpi rupanya. Berderau darah aku. Aku pun duduk sebelah dia, gosok-gosok belakang dia. Tersedu-sedu dia menangis. Seram sangat ke mimpi si Yan ni? Tapi aku malaslah nak tanya. Takut nanti dia jadi lagi teringat-ingat. Beberapa minit juga aku duduk sebelah dia. Tapi yang peliknya, dia langsung tak angkat kepala. Tak pandang pun aku. Risau juga. Aku pun perlahan-lahan cuba angkat muka dia. Tapi dia berkeras nak sorokkan muka dia.
“Yan, kenapa ni? Pandang ibu.”
Yan bersungguh-sungguh menggeleng. Jantung aku yang dah sedia berdegup kencang, terasa nak terkeluar dari dada. Kenapa dengan anak aku ni? Puas jugalah aku pujuk. Entah buat kali keberapa aku cuba angkat muka dia, barulah dia menurut. Aku tengok muka dia tak ada apa-apa. Biasa je. Cuma air mata je yang meleleh dekat pipi. Lega aku. Aku pun ajaklah Yan tidur dalam bilik aku. Sebelum masuk dalam bilik tidur, aku sempat tinjau ke dalam bilik tidur anak lelaki aku, Haziq (8). Lena dia tidur.
Yan masuk bilik aku, terus baring atas katil. Esoknya dia sekolah (tadika). Jadi, memang biasanya waktu-waktu macam tu dia dah tidur. Tapi sambil baring tu, mata dia celik merenung siling. Langsung tak berkelip. Aku biarkan je. Mungkin dia tengah teringat dekat mimpi dia tadi. Aku pun baringlah sebelah dia.
Masa tu perasaan aku terasa lain sangat. Aku rasa macam janggal. Padahal yang tidur dekat sebelah aku tu anak aku. Tapi rasa macam tak selesa. Nak terangkan perasaan tu, macam kau baring sebelah orang yang kau tak kenal. Macam tu. Bila aku toleh pandang Yan, dia masih tengah renung siling.
“Tidurlah Yan. Esok kan sekolah.” Tegur aku. Yan diam tak jawab. Pandang aku pun tak.
“Yan?” Aku kuatkan hati untuk tegur dia lagi. Dia masih tak endahkan aku. Sedih pula aku tengok Yan masa tu sebab aku ingatkan dia terkesan dengan mimpi tadi tu. Aku cuba juga nak peluk dia, tapi macam aku cakap tadilah, aku rasa macam dekat sebelah aku tu orang lain. Orang yang aku tak kenal.
Lepas tu, tiba-tiba tak semena-mena Yan berteriak sekuat hati sambil menoleh ke arah aku dengan muka tersenyum. Macam orang yang happy sangat-sangat. Mata buntang, mulut senyum terbuka lebar. Aku punyalah terkejut, sampai melompat dari atas katil tu. Aku berlari keluar pintu, aku kejutkan Haziq. Aku pun tak tahu kenapa aku kejutkan Haziq. Mungkin sebab memang dah tak ada orang lain lagi kot masa tu. Tinggal kami bertiga sahaja.
Meraung-raung aku kejutkan Haziq. Yan pula masih berteriak dalam bilik aku. Sebaik Haziq terjaga, dia mula menangis. Teresak-esak macam Yan tadi. Aku dah terpaku sebelah katil dia tengok dia macam tu. Sayup-sayup dia menangis. Macam mendayu-dayu sangat. Walhal, Haziq bukanlah seorang kanak-kanak yang mudah menangis.
Benda pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah untuk call suami. Tapi handphone ada dalam bilik. Yan pula masih berteriak dalam bilik tu. Yang dekat sini Haziq menangis mendayu-dayu. Aku jadi gelabah. Aku tinggalkan Haziq, untuk pergi tinjau Yan pula. Perlahan-lahan aku jenguk kepala aku dari balik pintu. Tiba-tiba Yan tinjau semula dengan riak muka masih macam tadi. Mata terbuntang dengan mulut terbuka tersenyum lebar sambil berteriak kuat.
Itu perkara terakhir aku ingat. Esok paginya, aku terjaga jam 7:30 pagi dekat depan pintu bilik aku. Aku tertidur atas lantai. Aku tak dengar suara Yan dan Haziq dah. Cepat-cepat aku bangun, tinjau bilik aku. Aku tengok Yan tengah tidur atas katil. Nyenyak. Aku melangkah pula ke bilik Haziq. Haziq pun tengah tidur nyenyak atas katil. Aku hembus nafas lega. Hari tu aku tak kejutkan diorang untuk pergi sekolah pun. Aku biarkan je diorang tidur.
Tak lama lepas tu, diorang pun terjaga dari tidur. Berdebar juga aku, takut-takut bersambung pula benda semalam tu. Tapi nampaknya kelakuan diorang normal sahaja. Yang Yan bangun-bangun terus tanya aku kenapa dia tak pergi sekolah. Haziq pun sama. Bila aku cakap aku terlajak tidur, dua-dua terus duduk depan TV, tengok kartun. Aku pun siapkan sarapan.
Sambil bersarapan tu, aku kuatkan hati untuk tanya Yan dengan Haziq, ada mimpi apa-apa tak semalam. Dua-dua jawab ada. Bila aku tanya mimpi apa, jawapan diorang buat aku rasa nak pengsan.
Yan dengan Haziq mimpi benda yang sama. Diorang mimpi ada seorang bayi merangkak masuk ke dalam bilik diorang, lepas tu carik-carik muka diorang. Kepala bayi tu besar. Rambut panjang, bermata merah. Rupa-rupanya sebab itulah Yan sorokkan muka dia. Sebab dia ingat muka dia betul-betul kena carik dengan bayi tu.
Bila diorang terangkan macam mana rupa bayi dalam mimpi tu, aku pun teringat lukisan yang aku buang siang tu.
“Abang (Haziq) dengan Yan ada lukis gambar baby ke baru-baru ni?”
Haziq dan Yan sekadar menggeleng.
“Abang mana reti lukis baby.” Tambah Haziq.
Aku bukanlah seorang yang percaya pada benda-benda ni. Tapi entahlah. Bila aku selongkar semula bakul sampah yang aku buang lukisan tu, lukisan tu masih ada. Bila aku buka lukisan tu, Haziq dan Yan bersungguh-sunggu suruh aku buang semula. Riak muka diorang memang betul-betul takut. Pucat lesi. Sampai bibir diorang jadi birulah. Petang tu, suami balik, aku ceritaka semuanya.
Dia pun suruh aku bakar lukisan tu. Aku turutkan saja. Lepas aku bakar lukisan tu, tak ada apa-apa perkara pelik berlaku. Bila bapa diorang tanya memang bayi dalam lukisan tu ke yang datang dalam mimpi diorang, Haziq dan Yan iyakan.
Mulai saat tu, semua lukisan anak-anak aku, aku pantau. Tak nak kasi diorang lukis benda bukan-bukan. Memanglah Haziq dan Yan tak mengaku mereka yang lukis gambar bayi tu. Tapi bila aku fikir logik, siapa lagi yang lukis? Takkanlah ayah diorang pula yang lukis.
Sampailah pada suatu hari beberapa hari lepas, sambil aku duduk atas meja makan sambil buat kira-kira belanja bulanan, tangan aku yang tengah pegang pen tu dok lakar-lakar kertas perbelanjaan depan aku tu. Tanpa sedar, aku terlukis sesuatu yang aku sendiri pelik tengok. Aku taknak beritahu apa yang aku “terlukis” tu. Cepat-cepat aku keluar dari rumah dan bakar kertas tu.
Sampai situ sajalah ceritanya
Akak lakar gambar baby tu jugak ke?
X dpt nk bayangkn bila berlaku pd diri sndri.. part seram bila yan tinjau balik penulis masa penulis nk tinjau dia… nasib baik pengsan lps kejadian.. klu x pengsan, terpaksalah “bertahan” hingga ke pagi…
Awk la tu yg lukis gmbr tu sbnarnya tanpa sedar
Juri FS mane???
dia ada latihan ballet kot
ni hah ade je.
sorry lah sibuk tengok cerita ANNABELLE.
Cerita sangat best 9/10.
singkong ko mesti jerit kalau tengok.hahahaah
aku pulak..aku ngan annabelle x jauh beza je kot perangai ..x de nye aku jerit haha
hai Idola! hehe
Spmvictim2017 mana?
cerita awak bagus..
senang difahami..tapi aku tak suka cerita yang ending tergantung.
overall aku rasa cerita kau ok,, good job
aku bagi 4.3 bintang
5/10 yo la..still ok sebab part misteri tu ada..
part seram kurang.
cerita ni lebih kepada banyak sangat berpikir bila jaga anak.hehehe.stress sangat tu.
kadang2 otak kita ni suka pikir bukan2.
3/10
Seriuslaaa??? Uiii naseb ad akk ni share story mcm ni,. Ank saudara tu suke lukis gambar yang pelik2..
draw me like your french girls
skang ni FS dah ramai juri ye..hhahaha #mudahterhibur
Juri bana kau! Kurang seram? kau ingat ni buat2 cerita? movie ? conjuring ?
adoi! Bebal aku tengok komen2 sekarang ni kt FS..
kalo bebal xpayah la baca komen..kan senang..
make it simple..lepas baca story sila move ke next story
tanpa menoleh ke komen..kahkahkah..