Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Kali ni saya nak ceritakan pasal satu kedai makan yang saya kunjungi bersama keluarga. Ceritanya tak ada la seram. Cuma sekadar perkongsian.
Hari tu hari ahad. Saya dan keluarga saya baru sampai Kedah dari Perlis. Time tu, dalam pukul 10 malam. Walaupun pukul 10 dikira masih awal, tapi time tu semua kepenatan sebab hari sabtu tu kami bertolak dari Kedah ke Perak, dan hari ahad pulak dari Perak – Perlis – Kedah. Niatnya, nak berhenti makan dekat Nana’s Classic sebab dekat dengan area rumah, tapi sampai saja dekat situ, restoran tu tutup. So ayah cakap, kedai mana bukak lepas ni, kita singgah ja. Tak yah banyak akai. Sebab tak larat nak cari yang jauh2 dah.
Then jalan depan sikit, ada la satu kedai makan ni. Kedainya nampak suram. Mungkin sebab dah pukul 10 lebih, orang pun dah tak ramai. Mungkin juga sebab factor lampu or factor cat. Entah la, tapi memang nampak suram. Kedai ni asalnya rumah semi-D yang dicantumkan menjadi bungalow dan diubahsuai menjadi kedai makan. Harap dapat bayang macam mana. Di catkan dengan kaler hijau dan lampu yang ala2 dim. Depan kedai makan ni, ada la gerai burger, tapi nampak macam dah lama tak beroperasi. Ada la dua tiga orang mamat motor dok lepak dekat situ. Selama kedai makan ni buka, tak pernah rasa teringin nak singgah. Tak tahu kenapa. Padahal dekat ja dengan rumah kami. Malam ni pun kalau boleh tak nak kedai ni, tapi sebab semua tak berani bantah cakap ayah, kami follow ja.
Ayah parking kereta sebelah kedai dan kami berjalan melintasi mamat2 motor tadi. Diorang tengok kami pelik. Bila kami dah jalan melepasi diorang, saya nampak diorang berbisik2 (macam mengumpat pun ada) sambil tengok arah kami. Tapi saya ignore ja, malas nak layan. Kami pun masuk ke kedai dan pilih salah satu tempat. Kedai tu ada la dalam 20++ tempat duduk, tapi masa kami sampai, ada la dalam 3 meja (3 family) yang ada orang tengah makan kat situ, tapi kedudukan meja jauh2.
Kami tengok masa tu tukang masak (pakai apron), pelayan, and dua tiga orang pekerja dok bersembang di satu meja ni. Ignore ja kedatangan kami. Siap sembang, gelak2, bising satu kedai lagi. Ayah mula nak marah dah, dalam hati mula fikir “patut la kedai tak ramai orang”. Bila kami macam nak bangun balik, baru salah sorang mai ambil order. Kalau tak sebab penat, memang dah tukar pi kedai lain, tapi sebab penat, order ja apa yang ada.
Dah siap ambil order, saya and adik2 terus menyerangguh (tidur berlapik tangan) atas meja. Baru saya nak tutup mata kejap, masa tu la (dengan mata terbuka separuh) saya tiba2 ternampak macam ada orang (all black) berdiri ja depan meja sambil tenung kami sekeluarga. Terus saya bukak luas mata saya. Tapi tak ada apa2. Saya pon fikir mungkin salah tengok. Saya pun nak nap la sekali lagi sementara tunggu makanan sampai. Sekali lagi saya nampak macam something putih pulak lalu belakang mak ayah saya (saya duduk bertentang dengan mak ayah). Terus saya duduk tegak, terbantut hasrat nak nap.
Tak tahu nak buat apa, saya just scroll2 fon tengok apa yang ada. Tiba2 saya ternampak seekor tikus, tak besar tak kecik. Berlari2 bawah kerusi. Saya tunjuk kat parents and adik2 saya. Time tu telan air liur la, kitorang, terbayang kedai tu kotor semua. Tapi yang peliknya, orang2 lain yang makan kat situ, buat tak tau ja even tikus tu berlari2 dekat kaki diorang. Macam tak nampak. Yang lagi tak boleh hadam, orang2 pekerja kedai tu siap boleh gelak2 kuat tengok tikus tu. Macam jadi bahan lucu pulak, tunjuk2 kat tikus tu sambil gelak2. Muka bersalah lagi la tak ada. Saya tunjuk la dekat adik laki saya kerenah orang2 kedai tu. Elok saya tunjuk ja, saya rasa macam ada orang lalu belakang saya (ibarat macam orang tu lalu, sengaja bagi badan dia kena belakang saya). Saya pusing belakang, tak ada apa. Baru ja saya nak pusing depan balik, saya perasan macam ada benda hitam lalu bawah meja saya. Saya terkejut ingat kucing (sebab saya takut kucing), bila tengok balik, dah tak ada. Mak ayah pelik ja tengok saya kejap bangun kejap duduk. Tapi bila fikir balik, tak logic kucing, sebab sekali imbas tengok macam anak kambing hitam. Tak tahu nak describe macam mana.Time tu saya tiba2 teringat ceramah yang saya pernah dengar, ustaz tu cakap, kalau nak tahu kedai tu “bersih” atau tak, cuba baca tiga qul. Saya try la baca. Tiba2 saya nampak dengan ekor mata macam ada benda bertenggek atas pastu pokok bonsai dekat satu sudut kedai tu. Bila saya tengok betul2, tak ada pulak.
Bila makanan sampai, kami pun makan. Tapi saya makan separuh ja, sebab jadi tak selera bila terjumpa lalat dalam nasi goring ayam blackpaper saya. Masa nak bayar makanan, ayah bagi la duit, kalau ikutkan perkiraan kami, dapat la baki dalam rm8 macam tu, sekali mak cik yang jaga kaunter tu kata tak cukup. Kami tunjuk balik makanan yang kami order tu dekat menu, boleh mak cik tu kata menu tu tak update harga. Diorang dah naikkan harga, tak sama dalam menu. Tapi sebab malas nak argue, ayah bayar ja. Saya and mak tanya ayah, kenapa tak lawan, ayah cakap dia pun tak tahu, macam ikut ja apa mak cik tu cakap. Padahal kalau harga beza sikit tak kisah la, ni sampai berbelas2 ringgit.
Masa nak balik, sekali lagi mamat2 motor tu berbisik2 sesama diorang. Tak faham saya. Dah sampai rumah, rehat2 semua. Tak ada apa yang jadi. Tiba2 saya teringat nak cerita kat mak ayah saya. Masa tengah lepak2 dekat dapur, saya cerita la pasal semua yang saya nampak dari awal sampai habis. Mak ayah saya cakap, antara semua yang saya cerita tu, yang diorang nampak and perasan, pasal tikus tu ja. Tapi diorang memang rasa lain la start2 masuk kedai tu. Elok2 saya habis cerita, tak semena2 saya muntah semua isi perut yang saya makan. Sampai lembik terus badan saya. Lepas tu mak cakap, tak pa la, ni first & last kita makan dekat situ. Lepas ja mak cakap macam tu, mak pulak muntah2. Last2 kitorang stop cerita kat situ ja. Alhamdulillah, lepas tu dah tak ada apa2. Tapi memang dah tak berani nak singgah lagi kedai tu.
Sekarang ni, setiap kali lalu situ, mesti adik2 tanya, bila lagi nak singgah kedai “kegemaran” kak lagi? Setakat ni dulu la perkongsian saya kali ini. Maaf jika perkongsian saya tidak menepati selera pembaca. Assalamualaikum wbt.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
kat mana kedai tu Kedah ke…seram bila baca crita awak ni…
Aah, kat kedah kedai tu..
Salam dik, kat mana area kedai ni dik? Akak selalu juga menyinggah di perlis ni sbb sukan mkn angin kawasan Sutun, Trang etc et di Siam
Wasalam.. Kedai tu kat Kedah akak..
Selalu p siam ka, kami dok p takat hatyai dgn danok ja, la x p seba matawang pun susut,
Macam area kulim ja kedai nih? Btol kan?
Adakah kedai tu area Kulim?
Haha… Yes… Pernah kena jugak ka???
Aku pun dok rs mcm area kulim sj…kedai yg dia kata tu,aku tgk,x ramai pun pelanggan dia,kot area situ byk lg kedai2 …tak pun mai nasmir ni..duaplohpat jam..
Nasmir jauh sikit.. Ni main singgah kedai yang 1st jumpa lepas kedai yang di aim x bukak.. Haha..
tepi shell ka?
Kat area situ byk kedai,ada tepi mobil tu,ada 2 kedai tomyam…lps shell ada lg kedai,tomyam periuk besaq nuuu….adat la org nega ni,amik pelaris….tp yg tak bleh blah pelaris dgn setan tu la…mmmm
ape motif mat moto tu bisik2? ermmmmm
Saya pon musykil sampai sekarang.. Menyesal xtanya..
Dalam byk part, akk plg x puashati apsal mat motor tu bisik2…
Kot pasni Lynn lalu situ ngan family pastu nmpk diorg, peliisss benti soal selidik kat depa naa…
Heeheheheh…
same la..
sama ngan pengalaman aku time g holiday kt langkawi dulu…kedai mkn tu sblh menyebelah je. seigt aku satu kedai tu mcm nama2 siam mmg penuh la satu kedai, berbeza sgt dgn kedai yg satu lg tu, nama melayu la. mula2 kitorg duduk kedai siam yg pnuh tu.. almost full house tp ada la semeja yg kosong tp lgsg xde pelayan die amik order. dahla lapor kitorg pun decide g kedai sblh dgn harapan xde org cpt la die served kan. pas kitorg gerak kedai mkn sblh tu org lam kedai siam tu pdg2 je aku mak aku n kakak aku. apekehal nye lak kan. x pastila de bisik2 tak tp mmg nmpak sesuatu sgt. kitorg de gak rs cuak tp mls nk fikir, plus kitorg org dtg so wat tak tau je. pastu order cam biasa n makan. wow not bad. just pelik spjg kitorg makan tu org yg dtg terus je masuk kedai sebelah tu walaupun mcm da takde seat lg walhal kedai kitorg mkn tu mmg kosong; as if invisible je kedai tu. alhamdulillah, nothing happened. makanan pun sedap harga berpatutan. siap before holiday kitorg abis aku n kakak aku makan lagi kat situ sbb sedap kata kakak aku. heheh berbezala ngan pengalaman penulis. just misteri kali pertama je… maap spamming 😛
Kau buatkan aku lebih berhati-hati memilih kedai makan
Nasib baik masa muntah tu tak keluar ulat ke apa2 yg tak sepatutnya. Eii..😣
ha’a la part abg2 mtr bisik2 tu kenapa.. hehe