#Lynn – Koleksi Pengalaman Seram Asrama

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat semua warga & pembaca FS. Pertama sekali, terima kasih kepada pihak FS yang sudi menyiarkan kisah2 saya sebelum ni. Terima kasih juga kepada pembaca2 yang memberi komen2. Saya minta maaf jika gaya penulisan saya agak membosankan dan cerita yang disampaikan tidak menyeramkan. Saya memang tidak ada bakat dalam menulis, tapi saya sangat teringin untuk berkongsi pengalaman2 yang saya dah lalui.

Kisah kali ni adalah sambungan dari kisah2 saya sebelum ni.

Sambungan… #Lynn – Pelik Tapi Benar

Kisah ni berlaku masa mula2 saya masuk sini. Masa menulis hari tu, saya pun dah terlupa cerita yang ni sebab dah lama jugak berlaku.

Saya selalunya parking kereta di belakang blok fakulti kimia. And untuk ke bilik saya, selalunya saya cross bangunan tu dekat laluan makmal kimia & bilik pensyarah kimia. Depan makmal kimia, ada satu meja and beberapa kerusi, mungkin diletakkan di situ untuk tujuan budak2 kimia study or lepak sementara tunggu kelas bermula. Selalunya bila saya lalu situ, ada ja student2 kimia tengah buat report (ya kot, sebab sambil bukak laptop), study group or kadang2 jadi port mak cik cleaner rehat lepas menyapu kat kawasan tu.

Ada satu hari tu, saya macam biasa la lalu short cut depan makmal kimia untuk ke blok yang menempatkan bilik saya. Saya terserempak dengan sorang budak laki ni, umur rasanya lebih kurang 18 – 20 macam tu, kiranya nampak la macam gaya budak2 lepas spm lagi. Dia duduk dekat kerusi meja depan makmal tu sorang2. Saya just senyum ja dekat dia bila dia pandang saya. Dia pun senyum balik. Bila lalu depan2 dengan dia baru perasan, keliling mata dia hitam, ala2 mata panda gitu. Saya just terfikir, dia ni stay up lama sangat ka, macam dah berapa hari dah tak tidur gaya dia. Tapi macam lebam kena tumbuk pun ada. Tapi kalau kena tumbuk, macam tak logic pulak, dua2 belah mata. Tak tahu nak describe macam mana, tapi memang gelap la keliling mata dia tu.

Keesokkan hari pun macam tu, saya jumpa dia di tempat yang sama, dengan gaya yang sama, cuma tak pasti baju yang sama or tak sebab saya tak ambil peduli pun dia pakai baju apa. Saya macam biasa, senyum dekat dia, and dia senyum balik dekat saya.

Masuk hari ketiga pun sama. Saya terjumpa lagi budak tu. Tapi kali ni dia berdiri, bila saya lalu depan dia, dia senyum and bagi salam, assalamualaikum sambil tunduk. Saya senyum and jawab salam dia sambil jalan. Bila dah keluar dari blok kimia, nak lintas jalan ke blok saya, baru saya terfikir, kenapa dua tiga hari ni, depan makmal sunyi ja, tak dak student and mak cik cleaner pun saya tak jumpa. Blok saya pon sama macam tu. Saya tanya la pensyarah fakulti saya, rupanya student tengah cuti seminggu time tu. Tak ingat cuti apa. Mak cik cleaner yang duty melibatkan kelas & makmal, akan tukar sementara ke kawasan lain sementara student cuti.

Keesokkannya, saya kononnya nak buat2 la ramah dengan budak yang saya jumpa tiga hari berturut2 tu. Mindset saya masa tu, budak tu tak balik sebab nak buat projek, sebab kebetulan masa tu, dah dekat dengan pertandingan, engineering innovation, something macam tu la. Tapi budak tu tak ada pulak hari tu.

Esok, lusa, tulat dan seterusnya pun tak ada. Sampai la lepas seminggu, student semua dah start kelas balik, saya pun dah lupa isu budak tu. Tiba2 saya terjumpa budak tu. Tapi kali ni betul2 dekat hujung blok kimia. Dia senyum ja. Muka dia putih bersih. Langsung tak dak bekas mata panda dia tu. Saya pun tak perasan kali tu saya senyum or tak. Sebab rasa pelik. Dia tengok ja sampai saya masuk blok saya. And tu la last saya jumpa budak tu.

Bila saya cerita dekat kawan saya, mesti diorang usik, “entah2 bukan orang yang kau jumpa tu”. Saya pun tak tahu nak fikir apa, tapi tak ada la kejadian seram pun yang berlaku. Cuma pelik. Sampai hari ni bila lalu depan makmal, saya ingat kat budak tu.

Sambungan… #Lynn – Asrama

Cerita 1:

Cerita ni berlaku masa first year saya masuk asrama ni. Masa ni saya ditempatkan di blok C. Blok C berlainan dari blok D (yang saya cerita sebelum ni). Sebab blok C terbahagi kepada bilik2, manakala blok D satu dorm panjang. Setiap blok ada dua tingkat, and setiap tingkat ada dua wing. Saya ditempatkan di wing biru yang terletak sebelah kanan pintu utama. Masuk ja wing, boleh nampak deretan bilik2 tidak berpintu. Sekali tengok, macam penjara pun ada tempat ni, walaupun ada cahaya dari lampu koridor. Bilik saya terletak hujung sekali. Satu bilik menempatkan empat orang. Untuk pengetahuan semua, sebelah kanan blok ada ampaian, and sebelah ampaian ialah hutan.

Cerita bermula bila selalu kami terdengar orang berjalan di kaki lima luar blok. Katil saya pulak tepi tingkap, bertambah lagi keseraman dia. Bila kami nak beri perhatian dekat bunyi tu, daripada bunyi orang berjalan biasa, bunyi tu bertukar jadi bunyi orang jalan seret kasut. Sreeettt… Sreeettt… Sreeettt… Tapi langsung tak ada kelibat lalu. Kalau ada orang lalu, selalunya nampak bunyi tapak kaki macam biasa plus nampak baying pantulan dari cahaya lampu koridor luar. Kadang2 tak dengar bunyi tapak kaki langsung, tiba2 ternampak bayang2 lalu dekat tingkap. Nak dikatakan warden or guard, selalunya warden & pak guard akan round berdua, and selalunya akan dengar suara bersembang sambil round. Kalau tak bersembang pun, diorang akan suluh tingkap dengan lampu suluh untuk check tingkap dah tutup or tak.

Ada satu hari tu, salah sorang roommate saya, Jiji tak boleh tidur. Katil dia terletak di tepi pintu, across dengan katil saya. Pusing kiri pusing kanan still tak boleh tidur, sampai sekali dia terpusing ke arah katil saya, dia ternampak ada benda putih berdiri tercacak di depan katil saya. Tapi menghadap ke arah dia. Dia terus terkaku sambil terketar2. Dia cuba nak tarik selimut, tapi badan dia jadi keras, tak boleh bergerak. Mata dia pun tak dapat dialihkan dari bertentang mata dengan benda tu. Dia cakap, time tu tak teringat langsung nak baca surah apa2. Sampai beberapa ketika, benda tu tiba2 hilang. Baru dia dapat gerakkan badan dia, dia tarik selimut tutup satu badan. Tapi tak dapat tidur sampai subuh. Esoknya dia demam, tak tahu la sebab terkejut or sebab tak tidur langsung.

Selama kami di bilik ni, banyak juga kejadian2 pelik lain yang berlaku. Kawan sebelah katil saya ni selalu mengigau, bila dia dah tidur, kadang2 dia bangun duduk sambil mata terpejam, sambil bersembang sorang2 dalam bahasa yang tidak difahami. Bila dah habis bercakap, dia automatic sambung tidur macam biasa. Esoknya, bila ditanya, dia tak ingat apa langsung. Dia sampai tak berani nak tidur atas katil sorang2. Yang peliknya, bila tidur sekatil dengan orang lain, kejadian tu tak berlaku.

Lebam2, ‘kena gigit hantu’ bak kata orang2 tua tu dah jadi perkara biasa bagi kami. Ada kadang2, bukan takat lebam biasa, siap ada bekas gigi lagi.

Cerita 2:

Masa zaman saya sekolah dulu, trend gantung kunci locker dekat leher guna tali nametag tu. Kiranya senang boleh bawak pergi mana2, sampai time mandi pun kunci locker selamat dengan tuan masing2. Dekat blok kami ni, ada satu pantang larang. Tak boleh pusing2 tali kunci tu. Tapi biasa la, bila dah larang tu, ada jugak yang teringin nak try2.

Ada satu hari tu, ada sorang ni, saya namakan dia Ju. Masuk ja wing, sambil nyanyi2, sambil pusing2 kunci tu. Cing3 (saya pun tak tahu bunyi kunci nak tulis macam mana). Tiba2 ja dia berlari, menjerit2, terus hysteria. Selepas ustaz dah pulihkan dia, semua tanya la, apa yang terjadi sebenarnya. Dia cakap, dia balik blok, masuk wing lalu koridor nak ke bilik macam biasa. Sambil pusing2 kunci tu. Tiba2 dia dengar ada bunyi lain selain bunyi kunci dia. Dia stop, bunyi tu stop. Dia try pusing lagi, dengar lagi. Dia stop sekali lagi, bunyi tu still ada. Dia cakap bunyi macam gelang kaki india menari tarian tradisional, macam dalam Hindustan selalu tu. Lepas tu dia dengar bunyi tu semakin dekat dari belakang dia. Dia pusing tak ada apa2, tapi bunyi tu semakin dekat. Dia pun lari la nak masuk bilik, lepas tu dia dah tak ingat apa. Sedar2, ramai orang keliling dia. Start dari hari tu, semua tak berani dah langgar pantang larang kat sini.

Cerita 3:

Kisah ni berlaku masa saya on the way balik ke asrama dari kelas. Dari kelas, kami kena melalui foyer. Masa tengah melalui foyer tu, saya nampak ada sorang lelaki, berjanggut & berjubah putih, berdiri ja dekat tepi foyer. Saya fikir time tu, mungkin ada parents yang dating nak ambil anak sebab ada masalah keluarga or emergency. Tapi pelik kenapa ‘pak cik’ tu tak duduk sedangkan banyak kerusi rehat dekat kawasan foyer tu. And lagi pelik, kalau parents, selalunya akan tunggu depan pondok warden sebab dekat situ ada warden bertugas, kalau ada parents datang atas sebab2 tertentu, warden tersebut akan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara untuk panggil pelajar terbabit. Saya yang tengah bersembang dengan kawan saya isu lain tiba2 terspontan tanya, “awat pak cik tu tak duduk?”. Kawan saya tanya, “pak cik mana?”. Tak sempat saya jawab, ada sorang budak laki lalu kat tempat pak cik tu berdiri. Saya ingat anak pak cik tu la. Sekali, dia lalu through pak cik tu. Yes, tembus pak cik tu. Lepas tu slow2 pak cik tu menghilang. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu, terus saya tarik kawan saya jalan cepat2 balik bilik. Esoknya baru saya cerita dekat kawan saya. Sekali tu ja la saya ternampak ‘pak cik’ tu.

Sampai sini dulu kot kisah saya untuk kali ni. Segala kesilapan dari segi penulisan, mahupon penyampaian, saya mintak maaf. Dan terima kasih. Assalamualaikum

8 thoughts on “#Lynn – Koleksi Pengalaman Seram Asrama”

Leave a Comment