MAHARANI RATU LAUT HIJAU SANGGARA
Written by Rasian
Bab 1
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga…
Sayup kedengaran suara nyanyian ulit mayang di tepi pantai berhampiran dengan rumah Aki daeng. Aki hanya melihat dan mendengar suara mendayu dayu memuja kehadiran puteri puteri ratu laut. Aki mengeleng kan kepala tanda tidak setuju dengan keadaan yang sedang berlaku di kampung nya. Bukan dia tidak suka pada seni tetapi andai seni memuja dia tak suka nanti memakan diri.
Petang kelmarin ada Ucu leman mengajak nya turun sekali untuk mengadakan majlis menyemah dan memuja anak-anak ratu laut. Ratu laut atau namanya Maharani Ratu Hijau Sanggara. Kononnya baginda memerintah kehidupan di dalam laut termasuk haiwan dan jin. Sangat berkuasa dan angkuh sesiapa yang tersalah langkah binasa padahnya. Wajahnya cantik tetapi bengis. Sentiasa mengenakan busana hijau zamrud. Indah tetapi penuh dengan aura kejahatan. Jangan saja ada yang tersalah masuk ke wilayahnya tanpa izin pasti mereka akan dihukum mati ataupun dijadikan sebagai hamba di singgahsana nya. Maharani ratu mempunyai tiga puteri yang cukup cantik menjadi bualan rakyat jelata nya di lautan. Cuma perangai mereka jauh berbeza dengan Maharani.
Puteri puteri ini mempunyai keistimewaan tersendiri si puteri sulung boleh merawat apa jua keadaan sakit kecuali mati. Puteri tengah pula pandai membaca fikiran dan bijak mengatur strategi perang. Si bongsu paling cantik bijak bermain senjata. Mereka bertiga mempunyai satu kegemaran yang sama suka naik ke daratan dan berkawan dengan manusia biasa. Mereka akan muncul dalam pelbagai rupa kadangkala sebagai kanak kanak bermain di pesisir pantai. Ada kalanya menjadi wanita tua yang miskin bersama dua orang cucu nya.
“Aki marilah kita pergi ke sana. Mad nak tengok orang menari dan bermain muzik.” Ahmad satu satunya anak yang dia ada. Hasil perkahwinan dengan wanita pilihan keluarga tetapi jodoh tak panjang. Isteri nya meninggal dunia sejurus Ahmad dilahirkan.
“Aki tak suka tengok upacara seperti itu ia bertentangan dengan ajaran agama. Jika Ahmad ingin pergi Aki tak melarang nanti balik awal ya”. Tegas Aki daeng berkata kata walaupun dia tidak bersetuju namun dia memahami kehendak jiwa remaja si Ahmad.
Ahmad berlari menuju ke pantai di sana kelihatan ramai orang kampung berkumpul. Di tengah tengah ada sekujur tubuh terbaring kaku bukannya mati. Dia kenal siapa itu anak jirannya Acu leman. Bukan orang lain sepupu nya juga.
Ketika Ahmad sampai di sana dia dapat melihat tiga orang wanita cantik berjalan dengan lenggok gemalai ke arah Usin sepupu nya. Antara ketiga tiga tu seorang daripada mereka duduk bersimpuh memandang simpati ke arah Usin. Dia mengeluarkan sesuatu daripada celah bajunya. Berkilauan jelas sekali. Lalu diusapnya ke wajah Usin. Selesai sahaja dia berbuat demikian Usin membuka mata. Ketiga tiga wanita cantik itu pun bangun dan kembali menuju ke arah laut. Sebelum menghilang di dalam pecahan ombak sempat salah seorang nya memberi senyuman kepada Ahmad. Orang kampung mengucapkan terima kasih kepada puteri puteri yang telah datang. Ahmad tersedar dari lamunan senyuman manis puteri bongsu anak Maharani ratu laut. Dia pun berjalan pulang ke rumah bimbang Aki akan memarahi nya kerana lewat pulang.
“Assalamualaikum Aki. Mad ni.” Sambil mengetuk pintu rumah kayu Aki daeng. “Baru balik kamu Mad, macamana dengan sepupu kamu tu dah elok ke?” “Saya nampak ada wanita cantik datang ubat kan dia, lepas je siap berubat Usin sedar.” Bersemangat Ahmad bercerita kepada ayahnya. ” kau nampak puteri puteri tu tadi? Nampaknya kau mewarisi kebolehan aku Mad.” Ujar Aki daeng sambil mengusap kepala anaknya.
Malam itu dinginnya lain macam nak dikatakan angin tidak juga. Sekarang bukan musim tengkujuh. Aki daeng dapat merasai rumahnya ini ada tetamu tak diundang. Dari aura nya bukan berniat jahat sekadar nak menziarahi.
Aki daeng bangun dan berjalan menuju ke bilik anaknya dilihat nya ada satu susuk tubuh wanita sedang duduk bersimpuh di tepi anaknya itu. Nampak gaya ada yang terpikat dengan anak teruna nya. ” wahai puteri bongsu usah direnung terlalu lama anak hamba itu tak manis. Masuk ke rumah ku tanpa izin apa hajatnya? Pulang lah segera ke asal usul mu sebelum ibunda mu murka. Jika ibunda mu murka bukan kamu yang ditimpa musibah. Aku dan anak ku yang kau sayang ini menerima padah.” Aki daeng tegas menggunakan hujahnya.
“Baiklah beta akan kembali semula. Ini aku hadiahkan kepada mu sebagai tanda kunjungan kita ke sini.” Puteri bongsu bangun dan terus hilang. Meninggalkan sebutir cicin permata. Aki daeng hanya istighfar dan terus menuju ke tempat solat untuk menunaikan solat sunat yang menjadi rutin harian. Dia mengejutkan Mad dan turun ke bawah menuju ke telaga.
Bab 2
“Mad jangan lah tinggal kan solat sunat yang selalu ayah buat ni, buat sampai bila bila pun. Kalau kepenatan sekali pun buatlah witir. Ingat ni pesan ayah.” Aki daeng memberi nasihat kepada anaknya si Ahmad. Memang dia faham benar fitrah anak muda seperti Ahmad jiwa masih mentah dan memberontak. Tetapi jika diasuh selalu perkara ini akan menjadi kebiasaan dan akhirnya akan terbit rasa suka dan seronok untuk melakukan ibadah.
Ahmad hanya mengangguk sambil memandang merenung sejadah. Dia sejak kecil telah dilatih Aki daeng untuk tidak tinggalkan solat wajib dan solat solat sunat. Walaupun dia kadangkala rasa berat untuk bangun kerana berat mata dek mengantuk namun dia tetap bangun kerana ia telah menjadi rutin harian nya.
Aki daeng bangun dan melihat ke langit telah masuk waktu subuh detik hati nya. Aki daeng mengalun kan azan subuh dengan begitu lunak dan merdu. Selesai azan subuh, Aki daeng dan Ahmad pun membaca doa lalu menunaikan solat sunat sebelum solat subuh.
“Mad, ingat pesan ayah solat sunat sebelum subuh ini jangan ditinggalkan kerana ia amat besar manfaat nya selain daripada mendapat pahala di situ letaknya kunci segala kekayaan.” Ahmad mengangguk tanda faham akan pesanan Aki daeng. Ahmad bangun dan iqamat. Aki daeng mengimamkan solat mereka seperti kebiasaan.
Selesai solat subuh Aki daeng mengaji al Quran begitu juga dengan Ahmad. Kemudian barulah Aki daeng akan menyuruh Ahmad mengambil kayu untuk menghidupkan kan api. Ahmad keluar ke pangkin rumah nya menarik beberapa kerat kayu yang telah siap dipotong untuk dijadikan bahan bakar dapur rumah mereka. Ahmad berasa dingin dan sejuk, cepat cepat dia melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Aki daeng hanya duduk di tangga dapur melihat Ahmad menyediakan air panas untuk dibuat kopi sarapan pagi mereka.
Susah benar api ingin menyala pagi ini puas Ahmad menyalakan api pasti terpadam. Lalu Aki daeng turun dan mencuba. Menyala akhirnya api. “Puteri janganlah kamu mengacau anak ku ini dia masih mentah”. Bisik Aki pada Puteri Bongsu yang daripada tadi mengikuti Ahmad dan sengaja mengusik. Ahmad tidak dapat melihat nya kali ini kerana ilmunya masih belum ampuh lagi. Si puteri tersenyum melihat gelagat Ahmad dan mengangguk tanda faham arahan Aki daeng.
“Sudah lah tu Ahmad marilah kita ke depan biarkan tetamu kita bantu kita buatkan sarapan pagi ini”. Ahmad yang dari tadi tidak mengerti apa yang terjadi hanya menonong mengikut ayahnya ke langgar rumah. Bahagian hadapan rumah Aki daeng adalah hamparan lautan saujana mata memandang. Permandangan waktu pagi yang amat indah. Melihat wajah suria yang masih muda memancarkan cahaya tersipu sipu malu. Warnanya cantik tidak perit pada pandangan. Deburan ombak menghempas pantai sehingga ia kian berubah rupa. Pasir pantai makin putih dibasuh ombak setiap hari. Jika begitulah diri manusia yang penuh dosa dibasuh dengan air mata keinsafan dalam sujud pastinya hati akan sebersih pasir pantai.
Puteri bongsu pula mengambil tugas menyediakan sarapan dua beranak pagi ini. Sungguh hati puteri terpaut dengan Ahmad kerna hati nya yang baik. Sehingga sanggup dia mencuri curi keluar dari istana tanpa pengetahuan sesiapapun waima kakak kakak nya. Selesai menyediakan kopi dan ubi rebus puteri bongsu pun pergi ke tangga rumah Aki daeng. Dia melambaikan tangan segera menghilangkan diri bersama sama buih di lautan. Pada anggapan puteri pemergiannya ke daratan tidak dapat dihidu oleh sesiapapun. Dalam tidak sedar dia telah diikuti oleh si Jentayu perisik Maharani ratu. Jentayu sepantas kilat menyembah sujud Maharani ratu dan memberi perkhabaran tentang puteri bongsu.
Maharani sangat murka mendengar perkhabaran itu lalu dia mencabut pedang nya dan melemparkan ke arah pengawal. Mengeletek dan bersemburan darah merah ke dinding dan lantai istana.
“Beta mahu puteri bongsu ditangkap dan bawa dia ke mari! Segera!” . Titah Maharani kepada Jentayu hamba kesayangan nya. Sepantas kilat Jentayu menghilangkan diri mencari dan menghidu bau puteri bongsu. Kakak kakak puteri bongsu mengetahui bahawa adiknya akan dihukum oleh ibunya lalu mereka terus menyembunyikan puteri ke daratan di rumah Aki daeng. Mereka telah menukarkan adik mereka menjadi kulit cengkerang yang cantik sekali. Namun begitu kulit cengkerang itu disembunyikan di dalam tempayan budu. Tujuannya supaya bau tuan puteri bongsu tidak dapat dihidu oleh Jentayu.
Jentayu mengikuti jejak bau puteri bongsu hingga ke darat dan akhirnya terhenti di depan rumah Aki daeng. Namun hairannya tiada langsung jejak atau kelibat puteri bongsu.
Ahmad kusyuk mendengar tazkirah daripada ayahnya. Sesekali tersengguk juga dia kemudian cepat dia betulkan kedudukan nya di hadapan ayahnya. ” wahai anakku usah di kau menjadi bagaikan ghutsa yakni buih kotor yang terbawa oleh arus banjir. Kerana sifat buih mudah ditiup angin ke sana ke mari, dibawa arus tak berhenti, dan paling rugi ia bersifat rapuh dan mudah pecah.”Aki berhenti bercakap dan dia merasakan malam ini tetamu tidak diundang datang lagi. Kali ini meminta perhitungan.
Tiba tiba angin menderu deru masuk. Tingkap dan pintu terbuka sendiri. Tanpa sempat Aki hendak bangun dan mengambil keris nya satu tusukan tajam mengenai dada. Basah berdarah Aki tersembam jatuh ke lantai kayu rumahnya. Nafas nya turun naik. Ahmad kaget dia tidak tahu apa harus dia lakukan. Mata Aki tertutup perlahan lahan.
Bab 3
Ahmad termengkelan melihat kejadian yang terjadi tanpa diduga di depan mata nya. Ahmad memangku ayahnya yang berlumuran darah. Air matanya laju mengalir ke pipi.
“Aki, bangun la aki..jangan tinggalkan Mad seorang. Mad cuma ada aki seorang saja. Aki…bangun lah.” Tubuh Aki daeng digoncang oleh Ahmad namun dia tidak membuka mata. Ahmad berlari keluar untuk memanggil Ucu Leman pakcik nya supaya datang membantu. Belum pun sempat Ahmad sampai ke tangga rumah. Ada bayangan hitam menerpa ke arahnya. Pandangan nya gelap. Jentayu menangkap Ahmad untuk dipersembahkan kepada Maharani ratu hanya Ahmad sahaja yang tinggal. Orang tua itu telah mampus dikerjakan oleh nya. Jentayu terus hilang dalam kepekatan malam menuju ke istana kerajaan Maharani ratu.
Puteri bongsu yang bersembunyi di sudut penjuru dapur Aki daeng mendengar dan mengetahui perkara musibah yang telah menimpa keluarga Aki daeng. Dia lah punca kenapa Maharani mengarah kan jentayu untuk berbuat onar di sini. Jentayu mencari nya tetapi mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa. Puteri bongsu memanggil kakak sulung nya agar datang segera ke rumah Aki daeng. Seruan puteri bongsu dapat didengari oleh kakak nya. Segera dia berpergian ke daratan mendapatkan adiknya yang mungkin dalam kesusahan.
” Adinda ku mengapakah dikau memanggil ku ke mari? “.
” kekanda tolong ubati Aki daeng dia telah diracuni oleh Jentayu. Pergi segera kekanda sebelum terlambat. Biar kan aku sembunyi di sini. ” Puteri bongsu pun. berubah rupa menjadi kulit siput dan membatu kan diri nya di situ sehingga sampai waktu sesuai untuk dia keluar bebas semula.
Puteri sulung segera mendapatkan Aki daeng yang terlantar di lantai. Lukanya agak dalam akibat tusukan sengat jentayu. Jentayu ini mirip seekor burung tetapi berbadan ikan pari mempunyai taring halus. Paling menakutkan kuku dan sengat nya sangat berbisa. Jika terkena sengat ataupun kuku pasti akan mati jika tidak diubati dengan kadar segera. Penawar bisa nya hanya terdapat di dalam taman istana Maharani ratu.
Puteri sulung perlu membawa Aki daeng ke istananya jika mahu menyelamatkan nyawa Aki daeng. Aki daeng pun dibawa ke singgahsana Maharani ratu. Dia disembunyikan di bilik rahsia. Hanya puteri sulung dan puteri tengah mengetahui jalan masuk ke sana. Aki daeng telah dirawat oleh Puteri sulung dan dijaga oleh puteri tengah. Namun Aki daeng masih belum sedarkan diri lagi walaupun fizikal luaran telah sembuh luka dalaman masih ada. Mujur lah Aki daeng sempat dibawa ke sini jika tidak ajal akan menjemput nya.
Ahmad diheret seperti anjing di lantai istana Maharani ratu. Pedih sakit kulit Ahmad akibat luka di pukul dan diheret. Muka nya lebam kebiruan. Badannya lemah tak bermaya. Dia dilemparkan ke hadapan singgahsana Maharani ratu. Terpelusuk tubuh kecil Ahmad betul betul di bawah kaki Maharani ratu. Maharani berjalan ke arahnya dan memijak kepala Ahmad. Sakitnya sehingga Ahmad kehilangan suara menjerit. Pedih tajam dan tak dapat diucapkan kesakitannya.Menjalar jalar rasa kesakitan keseluruh tubuh. Di dalam hati Ahmad tidak putus dia berdoa andai sudah ajalnya maka ampunkan segala dosanya. Ahmad menyebut nama Allah tidak berhenti di dalam hati. Dia redha dan menyerahkan diri hanya kepada Allah.
“Ini kah manusia yang berani mengambil anak beta? Celaka kau manusia anjing! Beta akan jadikan kau anjing suruhan beta.” Maharani ratu membacakan ayat sihir ampuh nya. Kemudian menyapu ke muka Ahmad. Ahmad telah berubah rupa seakan akan wujud manusia tetapi berwajah raksasa garang berbadan pagan seperti pahlawan. ” Bawa anjing ini ke kurungan pastikan dia dilatih dengan baik Jentayu atau kau beta bunuh!”. Jentayu tunduk dan menyeret raksasa anjing itu ke dalam sangkar khas. Kini Ahmad bukan lagi Ahmad yang dulu. Jasad dan Jiwanya telah menjadi milik kegelapan. Namun jiwa kecilnya masih sedar tetapi tak mampu melawan. Ahmad kini pahlawan Maharani yang sifat baiknya telah lupus.
Aki daeng terjaga daripada rehat nya yang panjang. Pastinya dia terkesima melihat keadaan sekitar nya. Bentuk ukiran kayu di tempat tidur nya lain. Begitu halus seni nya. Di dinding kamar itu ada lukisan daripada pasir tetapi hidup. Seolah olah Aki melihat dedaunan bergerak, unggas berterbangan bebas. Asyik sekali pada fikirannya yang asing. Di luar kamar kelihatan ada pepohan yang asing wujudnya pada fikiran Aki daeng. Dia tak tahu di mana dia berada. Ahmad! Ya mana Ahmad satu satunya anak teruna kesayangan.
“Aki dah sedar. Bagaimana ada rasa bisa lagi? Tuan puteri sulung bertanya. Aki kenal pada wanita ini. Seringkali Aki melihat kelibat mereka bertiga bermain main di pesisir pantai. Mereka hanya pulang bila masuk waktu subuh. Aki tersenyum dan menggelengkan kepala. “Aki berehatlah dulu ya. Nanti kita cerita kan apa yang terjadi dan ke mana perginya Ahmad”. Jelas puteri sulung.
“Bagus latihannya yang kau berikan kepada anjing suruhan beta itu, beta nak lihat dia beradu tenaga dengan prajurit kita.” Maharani ratu memerhatikan langkah dan gerak anjing barunya ini. Dia menggelarkan nya Gutawan. Gutawan gagah dan ganas. Tidak ada sifat belas kasihan dalam dirinya. Membaham mangsa mengikut arahan tuan nya. Namun Gutawan juga punya keinginan menyerang tuan namun dia tak berdaya melawan sihir Maharani ratu.
Aki daeng semakin sihat dan kekuatan dalaman nya jua makin bertambah. Dia sudah mula menunaikan solat. Tindak tanduknya diperhatikan oleh kedua dua orang puteri Maharani. Aki daeng tidak lupa pada tanggjawab nya sebagai hamba Allah walaupun dirinya kini entah di mana. ” Ya Allah Ya tuhanku aku mohon ampun atas segala dosa dosa ku, andai ujian ini kafarah dosa dosa ku aku redha ya Allah. Aku mohon keselamatan untuk anak ku walau di mana ia berada.” Menitis air mata Aki mengenangkan nasib anak nya. Sujud nya lama kali ini memohon agar ditemukan dengan anaknya Ahmad.
Puteri sulung dan tengah sayu melihat tangisan seorang ayah yang merindui anaknya. Bagaimana mereka ingin memberitahu bahawa Ahmad sekarang sudah menjadi orang suruhan bonda mereka.
Jentayu berasa marah orang tua yang disangkakan mati rupanya masih hidup. Malah berada di dalam kawasan istana. Mujurlah dia begitu ingin mengetahui ke mana kedua puteri ini berpergian setiap hari. Rupanya mereka menyimpan musuh. Jentayu akan memberitahu hal ini kepada Maharani ratu supaya lelaki tua ini akan dibunuh. Jentayu tiba tiba ada satu perancangan jahat. Dia ingin Aki daeng bertemu dengan Ahmad di gelanggang. Biar mereka berbunuhan antara satu sama lain fikir nya.
Bab 4
Aki daeng membetulkan kekuda memulakan bunga silat nya. Walaupun telah lama ditinggalkan dia tak pernah lupa langkah tari silat. Ia telah pun sebati di dalam jiwa dan secara alami akan keluar gerak lengguk bunga tari silat mengikut langkahnya tersendiri.Dia telah berlatih semula ilmu pertahanan diri yang telah lama dia tinggalkan sejak dia berkahwin dan mempunyai Ahmad. Aki daeng telah lama tidak menggunakan ilmu dan amalan persilatan kerana dia ingin lari daripada dunia perbalahan yang tidak memberinya apa apa melainkan kehilangan sahabat dan paling sedih ia hilang anak dan isterinya. Ahmad adalah anugerah Allah yang diberikan kepada nya pengganti kedukaan akibat kehilangan isteri dan anak lelaki nya saat kelahiran. Ahmad dia temui di tepi pantai saat dia sedang berjalan jalan mencari ketenangan. Saat itu matahari dhuha sedang naik, air laut juga tenang saat itu.Ketika itu lah dia melihat seorang bayi lelaki berada betul-betul dipersisiran pantai di atas batu. Aki daeng mengambilnya dan menjaga sehingga anak itu sudah pandai mengaji dengan baik, menghormati orang tua, suka membantunya melakukan kerja dirumah dan ia juga telah di ajar ilmu pertahanan diri.
Hari pertemuan antara Aki daeng dan anaknya yang telah berubah menjadi gutawan anjing suruhan Maharani telah pun sampai. Jentayu mengheret kasar Aki daeng dari bilik persembunyian mujur lah Aki daeng telah sembuh dan bagi nya ini tidak ada apa-apa. Aki berasa sangat tidak tentu arah bukan kerana takutkan lawannya namun ada perasaan yang tidak selesa bila berhadapan dengan gutawan. Maharani ratu duduk di takhta nya melihat pertemuan antara kedua musuh nya. Bagi nya semua yang tidak dia sukai adalah musuh. Hatinya telah hitam dan sedikit pun tidak ada nur kebaikan setelah dia menghambakan diri kepada syaitan berpuluh tahun lalu. Diri nya penuh dendam lama. Kebencian yang membakar setiap kebaikan dalam dirinya sehingga menjadi rentung dan hitam. Umpamanya api yang membakar ranting, daun- daun dan kayu kering menjadikan ia hanya debu hitam yang tiada bersihnya.
Awan hitam semakin tebal di langit angin kuat menderu deru tatkala melintasi pepohonan ia akan menggugurkan dedaunan yang telah mati. Kanak-kanak telah masuk ke dalam rumah bimbang disebat oleh sang ibu jika bermain dikala cuaca tidak mengizinkan. Air laut juga bergelora menandakan isyarat hari penting akan berlaku hari ini. Ombak beralun alun menghempas pantai. Kuat! Ucu Leman dari tadi tak dapat duduk diam hati nya walang seolah olah turut mendapat perkabaran akan sesuatu akan berlaku hari ini. Ada nyawa akan terkorban ada darah akan mengalir membasahi bumi. Isterinya turut melihat Ucu Leman tak senang duduk hendak ditegur bimbang mengganggu. Dibiarkan ia terus begitu dan terus ke dapur menyediakan makan malam kerana hari hampir senja.
Puteri bongsu keluar dari tempat persembunyian menuju ke tepi pantai untuk pulang kembali ke istananya. Dia ingin membela nasib kedua beranak yang tidak berdosa sedikit pun dalam hal kehilangannya. Dia harus segera menemui Maharani ratu sebelum segala galanya terlambat. Dia terus menerpa ombak membelah lautan dan hilang dalam perut laut yang penuh rahsia tak terungkap. Puteri bongsu telah pun terlewat pertembungan antara kedua beranak telah pun bermula di gelangang istana. Maharani melihat pertarungan itu dengan kemenangan di pihaknya walau siapa pun antara mereka menang. Maharani ingin membalas dendam kepada Aki daeng kerana telah membunuh suaminya dan menyebabkan dia kehilangan kendali diri lalu terjun ke dalam lautan. Dia telah kehilangan suami dan juga anak lelakinya. Dia berasa tidak wajar untuk dia teruskan kehidupan kerna baginya suami tercinta telah pun mati terbunuh dalam perlawanan dan kini dia menjadi balu bersama anak yang masih kecil. Saat dia berada di tepi pantai bersama anak lelakinya dia mendengar bisikan memanggil manggil namanya. “ Sanggara ke mari kau kepada ku, akan ku tunaikan dendammu. Marilah datang kepada ku Sanggara. “ Suara itu memanggil diri nya dan tanpa sedar dia telah pun terjun ke dalam lautan biru dan meninggalkan anak nya terkuis kuis di atas hamparan batu. Sejak itu lah bermulanya kehidupann baru buat Sanggara kini dia bukan wanita lemah tetapi wanita hebat dan gagah berkuasa. Banyak kerajaan telah dikuasai dan dijajahnya.
Kesunyian diri tetap hadir walaupun Maharani mempunyai jajahan takluk yang luas serta kehebatan dalam ilmu sihir. Satu hari dia telah pun menerokai satu penempatan kerajaan bunian di satu pulau. Di situ gah sebuah istana kerajaan diperintah oleh Raja Bapurung dan Permaisuri Ratna Jungjung Buih. Permaisuri Ratna mempunyai tiga orang puteri yang masing- masing masih kecil ketika itu. Maharani ratu telah menyerang dan membunuh kesemua rakyat dan termasuklah permaisuri dan raja jajahan tersebut. Maharani ratu berjalan dengan megah dalam timbunan hanyir tengit darah. Maharani menghidu ada bau kehidupan. “ Ah! Siapa pula yang masih hidup ni? Jentayu cari dan bawa kesemuanya kepada beta!” Jentayu terus terbang mencari siapakah yang masih hidup dalam timbunan mayat mayat ini. Jentayu menemui tiga orang budak perempuan yang masih kecil bersembunyi didalam sebuah bilik. Terus disambarnya dan dibawa kepada Maharani ratu. “ Maharani, ini manusia yang masih hidup di istana ini.” Jentayu melemparkan ketiga –tiga budak kecil itu dihadapan Maharani. Menangislah mereka dalam ketakutan sambil berpeluk-pelukan. “ Jentayu bawa mereka pulang ke istana dan ajar mereka ilmu, jika mereka tidak mendengar kata bunuh sahaja.” Maharani ingin memelihara mereka bertiga sebagai pewaris jajahan takhluk dan membantunya dalam peperangan.
Suasana di gelangang sengit kedua dua mereka tidak kalah tidak menang. Serangan demi serangan dapat ditangkis dengan mudah oleh kedua dua mereka. Aki daeng berdoa membaca lafaz doa nabi Sulaiman lalu ditiup kepada gutawan. Gutawan tersentak dengan serangan yang tidak ia ketahui punca itu. “ Argh!” Tersungkur gutawan tersandar ke dinding istana. Aki daeng terus melancarkan jurus serangan kepada gutawan. Serangan yang tak di duga itu menyebabkan gutawan tidak bersedia langsung. Merecik darah merah kelantai lantaran jurus silat Aki daeng tadi. Aki tidak melengahkan masa terus mengunci kuasa dalaman gutawan agar dia tak mampu berlawan lagi. Gutawan terkesima seketika kerana saat itu dia mengenali lelaki yang sedang ditempurnya ini. Bayangan silam seolah menerpa ke layar fikirannya saat itu. Dia amat mengenalinya dan amat menyayangi nya. Siapa kah lelaki di hadapan nya ini? Tanpa gutawan sedar, Jentayu telah pun menghunuskan ekornya yang berbisa tepat ke jantung nya. Gutawan tidak dapat bernafas dengan baik. Darah pekat hitam mengalir membasahi lantai istana. Wajah nya yang gergasi itu semakin sirna dan menunjukkan wajah sebenarnya. Aki daeng terkejut tatkala melihat susuk tubuh dihadapan nya ini. Ahmad! Ya Ahmad anaknya. Dia berlari menutup tubuh Ahmad yang tiada berpakaian. Cepat –cepat ia pangku kepala Ahmad. “ Mad, mengucap nak. Maafkan Aki tak tahu yang tadi itu kau nak.” Nafas Ahmad turun naik, dia mendengar ucapan suara Aki daeng. Lafaz laillahaillah menamatkan seksa penderitaan Ahmad. Matanya terkatup nafasnya terhenti wajahnya tenang menghadapi kematian. Sudah sampai ajalnya di sini, ya Ahmad mati di hadapan ibu nya sendiri.
“ Sanggara! Tidak kah kau sedar siapa lelaki yang kau bunuh itu tadi? Itu anak lelaki mu Sanggara. Aku yang menjaganya sejak kecil setelah kematian suamimu dan pemergiaan mu ke alam ini. Kau memang kejam wanita tidak ada perasaan.” Aki daeng membuka cerita silam rahsia yang tak mungkin Ahmad akan ketahui lagi. Maharani ratu turun ke gelanggang dan membuka kain yang menutup anaknya. Dia merenung tubuh anaknya itu. Sejuk kaku tidak lagi bernyawa. Ya, itu anaknya kerana ada tanda pada dada kiri anak lelaki yang ditinggalkan nya dahulu. Maharani ratu menghumbankan segala apa yang dapat digapainya. Dia sudah kehilangan kendalinya. Aki daeng meraih anak kesayangan dan memohon kepada sang puteri sulung dan tengah untuk kembali ke daratan. Aki daeng ingin menyempurnakan jasad Ahmad dengan sebaik baiknya tanda kasih sayang nya yang tiada batas. Terputuslah takdir kehidupan dunia ini berjalan lah insan menuju Allah yang Maha Esa. Puteri Bongsu baru tiba ke gelangang tersungkur melihat tubuh kaku Ahmad. Menangis lah ia tidak berhenti dan memanggil nama Ahmad. Namun ia tidak akan sekalipun mampu menghidupkan insan yang telah mati. Kematian itu sesuatu yang pasti hidup itu insyaallah.
Aki daeng kembali ke daratan diiringi ketiga tiga puteri dan mereka semua kekal bersama sehingga selesai pengembumian jenazah Ahmad. Pusara Ahmad telah pun ketiga tiga puteri tandakan dengan hiasan tanda ingatan mereka kepada Ahmad. Puteri bongsu melihat kuburan Ahmad dengan penuh kesayuan dan rasa gundah tiada tepian. Sungguh dia tidak menyangka ini yang terjadi dan ini takdirnya. Dia meminta izin pada Aki Daeng untuk tinggal di kawasan kuburan ini untuk menjaga nya. Aki daeng tahu dan mengerti kesedihan hati orang yang berkasih dia membiarkan puteri bongsu merawat hatinya dengan cara nya sendiri. Sampai satu masa kesedihan itu akan sirna juga dan kebahagiaan akan menanti.
Puteri Sulung dan Tengah bersama angkatan panglima mereka kembali semula ke istana untuk melihat keadaan istana setelah kematian Ahmad. Maharani ratu dilihat sudah tidak siuman dan pakaian nya sudah compang camping. Keadaan istana tidak terurus manakan tidak sudah tiada ketua lagi mentadbir. Selama ini mereka hanya takutkan Maharani ratu kini mereka ada yang telah lari ada yang membuat hal sendiri di istana. Jentayu pula sudah tidak kelihatan kelibatnya setelah dia membunuh Ahmad. Hilang tanpa sebarang perkabaran. Kedua dua puteri ini memeluk ibunda mereka dan menjaga Maharani dengan sebaiknya. Kini Puteri Sulung menjadi pemerintah istana ini dia sesungguhnya tidak meneruskan kekejaman yang Maharani ratu telah lakukan dahulu. Pemerintahan Puteri Sulung kekal sehingga kini menjaga keamanan lautan dibawah jajahan nya.
Aki daeng termenung melihat awan pagi ini, dia telah ke perkarangan pondok puteri bongsu dan membawa kan makanan. Dilihatnya puteri sedang bersolat dhuha. Alhamdulillah. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Walaupun ia perkara yang menyakitkan hati dan perasaan namun pastinya ada kebaikkan yang kita tak mampu mentafsirnya. Ombak lautan kelihatan tenang menghempas pantai. Deruan angin juga tidak garang dan menyapa lembut wajah.
TAMAT
Keangkuhan diri atas kekuasaan yang ada sama sekali tidak akan memberi sedikitpun kebaikkan malah hanya meninggalkan keburukan yang amat perit untuk ditanggung. Kekejaman di dunia ini mungkin tiada batasnya namun seperti kata seorang sahabat ku api itu mengenal mana nerakanya…semoga kita semua walau sehebat manapun kita tidak akan menggunakan kekuatan dan kelebihan untuk perkara yang sia sia semata mata untuk kepuasan nafsu.
Cinta itu bukan lah sesuatu yang pasti untuk kita miliki..cinta sesama manusia bersifat sementara sampai masa ia akan terhenti dan hilang. Cinta abadi hanya lah cinta terhadap Allah swt. Hati kita tidak akan sama sekali menemui ketenangan dalam mencari cari semata mata cinta manusia. Marilah kita semua mencari cinta Allah dan kita akan dipinjamkan oleh Allah nikmat cinta manusia yang terbaik untuk kita.
Kematian adalah pengakhiran kita di dunia ini. Pemutus segala urusan dunia dengan semua nya. Kita tidak boleh menolak dan melambatkan sebuah kematian. Sedih akan kehilangan memang amat memeritkan dan luka kesedihan atas kehilangan itu tak mungkin dapat kita hilangkan dengan begitu mudah. Rindu kepada yang telah pergi jua tiada ubatnya, hanya masa dan doa sentiasa mengiringi tangisan sebuah kerinduaan.
Memohon kemaafan atas segala kekurangan dan inilah pengakhiran untuk ketika ini. Wasalam.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
wahhhh…!!! deaabaakkk…!!!
Mcm penah baca. ??
Seolah olah novel ramlee awang murshid…cinta sang ratu
Agree…
Maybe kisah ni ada mcm2 versi. Sebab tu rasa mcm penah baca.
Kann !! Baru nak cakap
macam baru baca je cite ni. dah penah post ke
Best, mcm novel pendek….
Wowww…terbaekkkk…sgt2 bpuas ati…???????
waww. speechless, sangat sangat woww citer ni.
erm..macam novel cinta sang ratu, Ramlee Awang Murshid..
best weyh