Mainan Syaitan

Assalamualaikum wbt buat warga FS, terima kasih kepada admin kerana sudi publish post berkisar tentang pengalaman real kehidupan saya sendiri. Kenali diri saya dengan nama reen (bukan nama sebenar).

Seperti yang kita arif, syaitan dan iblis akan sentiasa membuat manusia leka, lalai, takut akan dia, lemah semangat, tidak turuti perintah Allah SWT dan terjerumus ke lembah neraka, nauzubillah.

Pernah tak kita terfikir kenapa terdapat insan yang selalu terkena gangguan, malah kerap ternampak akannya dan ada juga insan yang langsung tak pernah terkena gangguan directly daripada syaitan dan iblis yang dilakhnat? Allah tidak akan uji hambanya jika hambanya tidak mampu. Pegang kata-kata azimat ini supaya batin kita kuat bila diuji oleh syaitan.

Saya dilahirkan normal seperti bayi-bayi biasa, seperti anda semua. Saya merupakan anak sulung dan dibesarkan oleh arwah nenek saya (al-fatihah untuk beliau) di Jasin, Melaka. Mak dan abah bekerja di KL, dan atas desakan nenek saya sendiri yang sukarela untuk menjaga saya buat hilang sunyi katanya.

Sejak dari umur saya setahun sehingga 5 tahun saya dibesarkan di kampung itu. Kisah “ghaib” saya bermula sejak umur saya meningkat ke 6 tahun. Saya dibawa oleh mak dan abah ke Sungai Besi, KL untuk mula hidup bersama-sama.

Alhamdulillah, tahun 1993 adik perempuan saya yang kedua dilahirkan. Kami menetap di satu kawasan setinggan dekat Sungai Besi (kepada sesiapa hidup tahun 90an tahu dimana kawasan setinggan ini), kawasan ini masih ada sehingga sekarang cuma sudah agak maju, banyak dibangunkan apartmen dan rumah teres.

Kedua-dua orang tua saya bekerja, dan saya diletakkan di bawah penjagaan penjaga saya, yang saya panggil dengan panggilan Mak yun. Mak yun berumur linkungan 50-an dan mempunyai tiga(3) orang anak yang diberi nama Rizal, Ita dan Mira.

Mak yun sangat baik dan merupakan guru mengaji Al-quran untuk budak-budak dalam kawasan kejiranan ini. Bibit hitam ini bermula apabila munculnya suatu watak yang tidak asing lagi dalam hidup kami iaitu jiran kepada Mak yun yang diberi nama Mak lin. Mak lin dan Mak yun merupakan biras (suami mereka adik-beradik). Tanah yang Mak yun tinggal merupakan tanah pusaka arwah suami Mak lin. Pada awalnya saya tidak dapat meneka sengketa yang kian wujud diantara mereka . al-maklumlah baru umur 6 tahun.

Dalam pertengahan tahun 1996, Mak yun sering menerima gangguan seperti paip terbuka sendiri, bunyi seperti ada orang masak di dapur, terdapat taik manusia di depan bilik air dan cakaran di atas atap. Gangguan ini bukanlah berlaku hanya pada waktu malam, malah pada waktu siang pon sama, kelibat Rizal (anak Mak yun) mandi, tetapi tunggu 30 minit tak juga keluar-keluar dari bilik air, intai dekat ruang pintu di atas, rupanya tiada orang, tetapi air paip terbuka.

Gangguan fizikal yang paling geram sekali ialah taik ayam merata-rata di depan pintu rumah, sampaikan dalam selipar pon terkena, walhal Mak yun tidak pernah membela ayam.

Pernah suatu hari,dalam pukul 6.30pagi, seperti biasa Mak saya akan menghantar saya dan adik ke rumah Mak yun, tidak disangka, haritu merupakan hari bermulanya hijab saya terbuka. Isnin, 1 September 1997, Mak tinggalkan saya pada Mak lin kerana ketukkan pintu di rumah Mak yun tidak bersahut, Mak menyuruh Mak lin tolong jaga saya sebentar sementara mungkin Mak yun sedang solat Subuh.

Mak lin membisu, hanya pakai baju kurung tidak berkain, terus menarik lengan saya masuk ke rumahnya. Adik saya mak bawa ke office kerana perasaan tidak sedap hati melihat Mak lin. (Kisah di dalam rumah Mak lin saya ringkaskan kerana waktu itu masih kecil, antara ingat atau sudah lupa), Mak lin menyuruh aku duduk di tangga, (hanya memberikan isyarat tangan), dia naik ke atas tiba-tiba bunyi “Buukkkkkk” kuat seperti almari jatuh.

Disebabkan sifat ingin tahu, saya terus meluru masuk ke dalam bilik Mak lin, KOSONG. Tiada orang di dalam bilik beliau. Perasaan ingin tahu bertukar menjadi seram, tiba-tiba bunyi guruh dan kilat diluar saling menyambung, “Taaappp”! Elektrik terputus. Tuhan sahajalah yang tahu perasaan pada waktu itu, antara ingin lari atau bersembunyi, aku buntu.

Tiba-tiba aku dengar suara Mak lin didapur, “reeennnnn” (mengilai-ngilai), ayat yang aku tidak pernah lupa sampai sekarang, “ketapak maki eton menyilang tinggi, menggapai awan menyilang sabung”, mantera yang nyaring di telinga aku masa waktu itu (aku masih lagi di atas, tidak berani kedapur – ‘harap korang faham’). Mengesot aku perlahan-lahan ke tangga, tak puas hati gerangan apa yang bersuara itu. Alangkah terkejutnya aku ada seekor Pontianak, atau aku gelar Sundel Bolong (sebab sebijik macam hantu dalam cerita Sundel Bolong), terapung-apung di dapur. Serta-merta aku pengsan dan bergolek jatuh di tangga.

Selasa, 2 September 1997, aku tersedar, kepala aku pening yang teramat, aku terasa sangat lemah, aku pandang keliling, ada ramai orang yang tak berapa aku kenali, membaca Yassin mengelilingi aku. Ada seorang ustaz disisiku membaca-baca potongan ayat al-quran dan menyapu di mukaku.

Aku cuba bangun, tetapi tak boleh kerana tanganku terasa kebas, baru aku sedar, pergelangan tanganku patah (mungkin jatuh tangga), badanku penuh lebam-lebam biru, dan sesuatu yang meninggalkan kesan sampai sekarang ialah parut kecil hanya sepanjang 2 inci di ibu jari tangan kananku (tangan yang patah sebelah kiri). Ustaz pandang aku, selepas itu dia berbisik kepada abahku, aku terdengar, dia kata “masih ada lagi tu, tapi lemah” .

Aku dibenarkan pulang, selepas isyak (rupanya orang tuaku menghantarku ke Mantin untuk berubat). Selera makanku tiba-tiba meningkat, aku bantai ayam sampai lima ketul. Itu pon selepas ditegah oleh abahku. Pukol 9.30 kami bertolak dari Mantin ke Sungai Besi. Kisah kedua berlaku. “Gedeebukkk” ada sesuatu di atas bumbung kereta, adik saya yang kecik dah menangis-nangis tak berhenti, bunyi adik menangis di selang-selikan dengan bunyi ketawa.

Abahku seperti dirasuk, dia menumbuk-numbuk dashboard kereta. Aku dan mak mula takut, selang 15 minit, sampai di kawasan Kolej Tunku Jaafar, keadaan kembali reda, abah membisu, mak yang asalnya duduk di kerusi depan, dah berada di kerusi belakang semasa keadaan kelam kabut tadi sempat mak melompat ke belakang.

Sampai je di rumah abah menyalakan rokok di luar, dia menyuruh kami masuk ke rumah dan memberi salam “Assalamualaina Waalaibadillah issolihin”, membaca 3 Qul dan tutupnya dengan ayat kursi. Abah masuk, rupanya dia kata abah nampak “benda” tu terbang dari rumah ustaz tu mengikut kereta kami, sampailah suatu kawasan lengang, benda tu melompat ke atas kereta kami, abah tiba-tiba berasa seperti tak boleh nak kawal perasaan marah, seperti dirasuk, dalam masa yang sama dia cuba melawan sambil membawa kereta melepasi kawasan itu.

Selepas itu, Mak aku menceritakan apa yang terjadi sebenarnya, pagi semalam rupanya Mak lin dan Mak yun tiada di rumah, Mak yun balik ke kampungnya, Changkat Jering kerana ada kematian, tetapi sebelum dia berangkat, dalam pukol 5.30 pagi, dia cuba telefon mak saya tetapi tidak berangkat, malah Mak yun menyuruh Rizal memberitahu mak aku supaya dia tidak dapat menjaga aku sepanjang 2 hari ini. Rizal memberitahu bahawa dia ternampak mak aku berdiri didepan pintu rumah dan setelah menceritakan apa yang terjadi mak aku terus berpaling masuk ke dalam rumah.

Alangkah terkejutnya mak aku apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Mak yun yang ditelefonnya di rumah ustaz siang tadi. Mak yun memberitahu bahawa Mak lin sudah seminggu tidak ada di rumah kerana anak-anak dia membawa mak kesayangan diorang berjalan ke Langkawi.

Sudahh! Aku Tinggal dengan siapa haritu? Apakah makna parut ditanganku?

12 thoughts on “Mainan Syaitan”

Leave a Comment