Mainan Syaitan 2

Assalamualaikum buat semua pembaca FS yang setia. Terima kasih di atas comment dan review terhadap entry ‘Mainan Syaitan’. Kehidupan aku tak seperti dahulu lagi, setelah peristiwa ‘tinggal bersama Mak Lin’ dahulu. Aku dibawa berubat dengan ustaz, bomoh, pawang dan sebagainya. Jawapan mereka tetap sama, aku normal seperti manusia biasa. Ya, aku sememangnya memang tak gemar merujuk kepada bomoh, tapi biasalah atok nenek kita dahulu, walaupun dah ditegah untuk tidak mempercayai bomoh, tapi alternatif pertama yang mereka cari dahulu ialah BOMOH.

Pernah suatu ketika, ayah aku mendapat panggilan daripada pakcikku, mengatakan ada seorang hamba Allah ni boleh mengubati aku, sebab dari jauh lagi dia sudah dapat rasakan aura jahat yang ada dalam diri aku. Aku sememangnya tak percaya, sebab geng-geng bomoh ni nak kan duit je, pernah jugaklah aku terfikir, kalau diorang betul-betul bomoh handal, kenapa tak seru je duit tu bagi kaya-raya.

Tak perlu nak bersusah-payah ubat orang, haha. Ada satu petang, pakcikku bertegas supaya aku dirawat oleh ‘sahabat bomoh’ dia tu, dengar khabarnya handal. Masuk sahaja perkarangan rumah bomoh itu, tiba-tiba langit mendung, pagar kayu rumahnya seakan-akan terbuka sendiri ditolak angin bagi memudahkan kami masuk. Aku tak sedap hati. Aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang memerhati. Dari jauh kami nampak lambaian tok moh, atau aku panggil tok sik. Bersusuk tubuh sado, tidak berbaju, berkain pelikat, muka bengis dan memegang sesuatu.

Aku keluar perlahan-lahan, ayahku memberi salam, tetapi tidak disahutnya lalu terus tok sik mencelah, kamu ayahnya. Bawa dia masuk, tetapi dengan melalui pintu di bawah, ada pantangnya. Aku dah gengam tangan ibu, rasa nak lari je dari situ sebab tok sik ni gaya psycho gila. Kami duduk di atas tikar mengkuang, peralatan bomoh seperti kemenyan dan keris lama dihidangkan di depan mata. Tok sik menunjukkan sesuatu yang dia pegang dari tadi, seakan-akan macam keychain, tetapi nampaknya lusuh.

Tok sik menuang air kedalam balang dan memasukkan ‘keychain’ tersebut di dalam balang itu. Tiba-tiba ada cahaya merah keluar dari ‘keychain’ tersebut, korang bayangkan, ‘keychain’ yang aku maksudkan tu rupanya adalah spesis jenglot yang diawet, tiba-tiba satu rumah busuk bau bangkai, bau yang aku sendiri tak dapat describe, Tok sik siap sound, sesiapa yang keluar seinci dari tikar mengkuang ini, tak akan tenteram selamanya.

Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran, masa tu kami rasa rumah ni nak roboh bergegar, pintu dan tingkap bukak dan tutup bagai nk tercabut. Aku dah rasa nak penumbuk muka pakcik aku yang perkenalkan manusia yang menyekutukan Allah macamni. Bukan syirik lagi, malah sesat, korang bayangkanlah masa tengah azan Tok sik boleh cakap apa?

‘Akulah yang memberikan kamu pelindungan, dan bukannya Engkau, aku mampu mengubah apa sekelip mata mengikut atas kemahuanku’. Dia ulang ayat sama dekat 3 kali. Habis azan, semua kembali tenang seketika, ‘Mari kesini kamu!’ Tok sik tiba-tiba bersuara, sambil matanya tunduk ke lantai, tetapi jari telunjuknya tunjuk ke aku. Pakcikku dah tolak badanku supaya turuti apa yang Tok sik suruh.

Part ini yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila, sebab apa?? Aku dirasuk dalam sedar, selalu aku tengok cerita orang dirasuk tanpa sedar, tetapi kali ini segala perbuatan, percakapan aku, aku sedar tetapi aku tak boleh buat apa-apa. Ianya bermula selepas tok sik menekan pusatku, terus aku terasa lemah, lemah sangat-sangat, peha aku jadi kebas, aku nampak semua orang, tetapi mata aku kabur seakan-akan warna merah-kemerahan.

Perasaan marah tiba-tiba muncul, korang nak tahu apa yang aku cakapkan secara tiba-tiba?? ‘Aku benci kau, aku benci kau, aku benci kau’, mataku bulat memandang ibuku. Ibuku takut tengok aku, terus tundukkan muka, ‘Kenapa kau hantar anak kau pada Mak Yun? Perempuan tua tak sedar diri tuhh?? Aku benci dia sejak dari dia kenal dengan adik ipar aku! Perasan cantik, hidup atas tanah laki aku, aku tak mintak sesen pon, tapi ramai orang sayang kau! Aku tak suka, aku nak kau mati, mati, mati’. Korang bayangkan, akal aku dikawal syaitan, nafsu aku membuak-buak membenci ibu aku, tetapi hati aku masih aku.

Antara nak menangis atau apa, aku sendiri tak tahu nak describe perasaan masa tu. Hidung Tok sik berdarah, dia tunduk membisu sahaja memandang bawah, sepatah pon tidak dicakapnya. Ayah, ibuku dan pakcikku buntu, xtahu nak buat apa. Tiba-tiba ada panggilan masuk di handphone ibuku, ‘Assalamualaikum, makcik tolong mak saya makcik, dia tak berhenti meracau panggil nama makcik dan Mak lin’, ibu jadi buntu, apa salah aku? Aku cuma minta Mak yun menjaga aku dan adikku sahaja, kenapa boleh jadi berat sampai macamni sekali. Mak aku berkeras paksa suruh anak-anak Mak yun, membawa

Makyun sekali dengan ustaz ke rumah Tok sik ni. Tok sik Tinggal di Pasir Salak, Mak yun ada di Lambor kanan, perjalanan lebih kurang sejam setengah, dengan perasaan takut ibu, ayah dan pakcik tak berani keluar dari tikar itu, aku pula dah macam terpukau keletihan, mataku terbuka luas, sambil baring memandang mereka.

Lebih kurang sejam, tiba-tiba aku terasa seperti panas yang melampau sekali, aku bukak baju ak dan nak bukak semua, ayah dan pakcik aku tarik aku keatas tikar tu, peluk aku kuat2, aku menggelupur sakit macam ayam disembelih, suara aku tersekat-sekat, aku tak boleh langsung nak menyebut ayat suci al-quran. Bammm!

Bunyi sesuatu serentak! Korang agak apa benda? Dari pintu pagar luar, pintu dalam rumah, tingkap, dikunci serentak. Ibu aku tak henti-henti baca ayatul kursi. Tukk tukkk tukk ada orang ketuk diluar, Bammm, pintu dipecahkan, kelihatan dalam 10 orang lelaki diluar, ‘Lepaskan anakmu, itu bukan dia’ jeritan seseorang, ayah dan pakcik aku melepaskan aku, dan aku menggelupur berguling-guling di depan pintu. ‘Baringkan perempuan itu disebelahnya’. Aku amati dalam kabur, perempuan itu Mak yun, penjaga aku. Tak semena-mena Mak yun menggelupur macam disembelih oleh sesuatu, mulutnya keluar darah tak henti-henti mengalir.

Ustaz di luar memanggil dan menyuruh beberapa orang pengikutnya memagar rumah. Aku seperti dihasut hantu, menampar-nampar muka Mak yun, menarik rambut sambil berkata ‘ Kau mesti mati harini!’ Ustaz kata, biarkan mereka. Ustaz menyuruh ibu, ayah dan pakcik minum air Yassin. Dan segera keluar dari rumah ini. Ustaz kata, keliling tikar ini sudah dijampi dengan sesuatu yang kuat.

Tok sik masih tidak sedarkan diri, tiba-tiba bumbung rumah bunyi seakan-akan dicakar-cakar berkali-kali. Bupppp! Korang nak tahu apa bunyi tu? Zink rumah runtuh himpap ke kepala aku dan Mak yun. Aku macam kebal, tak rasa sakit, malah tiada perasaan, apa yang aku rasa, aku nak Mak yun mati hari ini. Ustaz melangkah sahaja atas tikar itu, mata Tok sik terbuka luas. ‘Kenapa kau tolong merekaa??Kau tak takut mati?’,

Tok sik bersuara. ‘Kenapa kau menipu mereka??Kenapa kau nak budak ni mati?Budak ni tak ada kaitan dengan permusuhan kedua-dua biras ini, aku nak kau lepaskan mereka’. Ustaz membalasnya. ‘Aku nak guna jasad budak ni untuk balas dendam’, Tok sik berkata. Ustaz terus membaca sesuatu, dan mencampakkan lada hitam kearah kami, terus pengikut ustaz memegang tangan aku. Aku seakan ada tenaga yang luar biasa, tercampak-campak pengikutnya walhal saiz badan mereka jauh lebih besar dari aku.

Zappp! Aku seperti tercekik, terus melayang melekat ke dinding, masa tu dunia aku nampak kabur, semakin gelap, aku pengsan. Sedar-sedar aku di dalam kereta. Ustaz tersebut berjaya membuang benda di dalam badan aku secara paksa, dia punya sakit, tuhan sahaja tahu, patotlah kalau kita tengok drama, atau demo, cara-cara ustaz mengeluarkan benda, dia akan pujuk perlahan-lahan, cuba ugut dia supaya dia keluar dengan tenang.

Supaya jasad tuan punya badan tak merasa sakit, masa tu, aku rasa jantung aku dipam-pam laju, aku berpeluh, badan sakit, pening teramat, dalam masa yang sama nak tahu apa yang nak jadi seterusnya. Kau bayangkan kain pelikat ustaz terkoyak-koyak. Ustaz keluar dari rumah, Bumm! Pintu rumah Tok sik ditutup sendiri.

Ustaz datang dengan peluh keringat. ‘Aku tak boleh lawan dia seorang, aku kena panggil ustaz lain untuk bantu aku’. Ustaz seakan marah sampai terlepas cakap ‘Aku pantang datuk nenek aku, aku kena humban keluar masa aku tengah melawan’.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, kami masih diperkarangan rumah Tok sik. Aku tertidur, tapi tak lena, ada kereta jenazah dan 2 buah kereta masuk diperkarangan rumah. Keluar beberapa orang yang berserban putih, aku yakin itulah kenalan ustaz. Tapi dari gaya bahasanya seakan Indonesia. Mungkin berdarah jawa.

Ustaz datang kepada ahli keluarga Mak yun, ‘Kalau korang dengar apa-apa, kami pangil apa-apa, Jangan pergi, kalau dengar mak korang pangil sekalipun, Jangan korang menyahut, syaitan memang diturunkan untuk menyesatkan manusia, mohon korang cari ahli keluarga Mak lin, paksa Mak lin datang kat sini, hari ini juga, aku kena selesaikan sebelum Subuh esok hari’.

Mak yun masih di dalam rumah, dalam 6 orang ustaz termasuklah ustaz jawa itu masuk kedalam rumah setelah membaca sesuatu dan tiba-tiba pintu rumah itu terbuka dengan sendirinya. Seusai mereka masuk, pintu terus tertutup kembali, aku tak tahu antara korang nak percaya atau tidak, memang ini betul-betul terjadi. Tiba-tiba, kami nampak ada sesuatu merangkak atas atap, korang tahu siapa?

Tok sik weiii. Meremang kami kat luar tengok dia. Pintu terbuka tiba-tiba Mak yun merangkak keluar, menyebut-nyebut nama anaknya, ‘Rizal, tolong mak nak, mak sakit, kamu tak sayang mak ke?’, Rizal nak melangkah kearah maknya ditegah oleh ayahku. Korang bayangkan kalau mak korang merangkak kearah korang, dengan mulut berdarah, menangis, dan korang tak boleh nak tolong dia, perit wei.

Ada cahaya kereta datang kepada kami, kelihatan 2 buah kereta park dekat luar perkarangan, kelihatan wanita tua, tua ya amat berjalan perlahan-lahan ke arah Mak yun, menangis-nangis, ‘Maafkan aku yun, aku tamak, aku dengki, aku nak kau mati, semua sebab laki kau, dulu aku bercinta dengan dia, kau rampas dia dari aku, aku kawin dengan abang long dia supaya aku boleh dekat dengan dia, tapi kau dah tahu, kau jaga laki kau sebaiknya,.

AKU YANG BUNUH DIA! AKU HANTAR BENDA SUPAYA BUNUH KAU, TAPI DIA YANG KENA! Aku merayu, maafkan aku, aku janji tak akan kacau kau lagi’.

Bedebukk! Bunyi macam nangka jatuh, Tok sik, jatuh dari bumbung, tidak bernyawa lagi. Rupa-rupanya yang kami nampak pada mata kasar tu bukanlah Tok sik, tetapi hantu raya belaannya yang mainkan peranan dengan hantu belaan Mak lin. Mayat Tok sik membusuk, dan mungkin itu juga sebabnya tiba-tiba kami terbau busuk macam bangkai masa awal-awal jejak kaki kerumah itu.

Dan sebab itu jugalah ustaz jawa tu membawa van jenazah, rupanya dari awal dia dah tahu Tok sik tu siapa setelah diberitahu oleh Ustaz. Mak yun sudah sedarkan diri, dia menangis tak henti-henti menyalahkan Mak lin, kerana membunuh suaminya. Mak yun berkata ‘Aku tak nak tanah laki kau tu, kalau tak sebab laki kau suruh laki aku janji supaya menjaga kau kalau dia pergi dulu, ini kau lagi tak bersyukur, bunuh orang yang jaga kau, tolong kemaskan laman rumah kau, kau yang sememangnya syaitan’.

Mak yun diangkat oleh anak-anaknya dan ditenangkan. Ustaz-ustaz yang ada menyuruh agar kami sekeluarga kuatkan semangat, bawalah anak kamu tu untuk ditutup hijab. Cerita yang aku sampaikan ini adalah benar-benar terjadi dalam hidup aku, aku faham kalau korang terasa macam rekaan, tapi apa yang berlaku ajar aku erti hidup. Nanti aku sambung kisah mainan syaitan apabila hijabku terbuka.

11 thoughts on “Mainan Syaitan 2”

  1. Ni story ulangan atau copy paste ni? Penah baca la weiiii… kalo memang post 2 kali bole la diterima. Tapi kalo ko copy paste, ko jgn nak buat hebat kat sini dik oi. Ingatan pembaca FS ni kuat, baru lagi kot story ni. Takkan kitorang dh lupa. Aiyyakkk..

    Reply

Leave a Comment