Assalammualaikum sahabat pembaca FS yang setia. Terima kasih admin. Cerita kali ni berkenaan dengan jiran aku (arwah Kak Nor) yang meninggal pada hari-hari terakhir berpantang selepas bersalin.
** USIA KANDUNGAN 8 BULAN**
Kak Nor? Kak Nor ni jiran aku. Aku dengan sepupu aku Ain memang rapat dengan Kak Nor ni. Dan masa ni Kak Nor mengandung anak keduanya. Dan kebetulan juga Kak Nor dengan kakak aku sama-sama mengandung. Disebabkan aku dah kena duduk rumah kakak aku. Jadinya aku dah jarang menjengah Kak Nor. Cuma cerita berkenaan Kak Nor aku tahu dari mak aku. Kak Nor ni tak ada keluarga. Keluarga suami dia pula jauh nun di Sabah. Kiranya dorang dekat Johor ni sebatang kara la. Mak aku dengan mak Ain je yang paling rapat dengan Kak Nor dan Abang Ijan. Apa-apa masalah, muka mak-mak kitorang ni la yang dicari.
HARI BERSALIN
Kakak aku dimaksudkan ke wad sehari selepas Kak Nor selamat bersalin baby boy. Aku sempat pergi tengok Kak Nor sementara nak menunggu Kak Yati dalam labour room tu. Setelah hampir seharian dalam labour room, kakak aku selamat melahirkan baby boy seberat 4.3kg secara normal. Sekali lagi aku ulang secara normal. Haaa banyak tak banyak la kena jahit kalau dah baby besar macam tu. Tu la pengorbanan seorang ibu.
44 HARI BERPANTANG / MINGGU KEDUA
Waktu ni aku dah balik rumah mak aku sebab mak mertua kakak aku dah datang nak menjaga kakak aku. Bila dah balik rumah mak aku, macam-macam ceritalah yang aku dengar pasal Kak Nor. Rupanya selama tempoh dia lepas bersalin, Kak Nor langsung tak berpantang. Seminggu lepas keluar dari hospital dia dah usung baby pergi shopping mall. Tu belum lagi nak cerita yang dia kesana sini macam orang sihat je. Aku yang dengar terasa ngilu. Ke Kak Nor sebenarnya tak ada rasa sakit langsung? Dan yang paling teruk aku dengar, nurse dari klinik perbidanan datang nak check up dia, dia boleh halau nurse tu balik. Korang rasa???
MINGGU KETIGA
Aku : Mak dah pergi tengok baby Kak Nor?
Mak : Belum. Nak tengok macam mana kalau semua orang dia tak bagi datang rumah.
Aku : Kenapa pulak macam tu?
Mak : Entahlah. Cuba petang-petang karang kau pergi jengah Kak Nor tu. Mana tahu dengan kau dia nak bagi masuk.
Aku : Taknaklah mak. Menakutkan je Kak Nor tu.
Mak : Nak takut apa? Bukan dia makan orang pun. Dulu kau duk bertagan sehari suntuk dekat rumah dia, tak reti takut pulak?
Petang tu aku beranikan diri ke rumah Kak Nor. Entah apa yang aku takutkan sangat pun aku tak tahu. Mungkin sebab perangai pelik Kak Nor tu kut. Selama aku kenal dia, Kak Nor tu orang baik. Dia memang suka ajak orang datang rumah dia. Sebabnya, boleh teman dia berborak. Tapi kalau dah sampai jiran-jiran nak datang melawat pun tak dibagi, memang jadi satu hal yang sangat peliklah.
Berkali-kali aku bagi salam, tapi tak ada orang yang menyahut. Mak aku cakap, dia ada dalam rumah tapi aku tengok pintu rumah bermangga. Aku niat nak patah balik je tapi tak jadi bila aku nampak Dani, anak Kak Nor ada main dekat belakang rumah. Aku terus atur langkah ke belakang rumah. Rupanya pintu belakang tak kunci, cuma pintu depan je.
Aku : Dani, mama mana?
Dani : Dekat dalam.
Aku : Ayah?
Dani : Kerja.
Aku : Baby?
Dani : Dekat dalam.
Aku : Kenapa pintu depan kunci, Dani?
Dani : Ayah yang kunci.
Aku biarkan dulu persoalan dalam kepala otak aku tu. Aku masuk kedalam rumah Kak Nor dari pintu belakang. Aku terus ke ruang tamu bila dengar suara baby menangis. Aku tengok baby dalam buai dan Kak Nor terbaring beralaskan tilam atas lantai. Aku enjut buai sambil aku cuba nak bercakap dengan Kak Nor.
Aku : Kak Nor, baby menangis ni. Nak menyusu agaknya.
Kak Nor : Aku panas. Panas!!! Tolong aku…
Keadaan Kak Nor masa ni agak menakutkan aku. Dia menggelibas serba tak kena duk cakap panas. Sedangkan kipas siling aku tengok dah maksimum kipas lantai pula dah nombor tiga. Takkanlah panas lagi. Aku nak suruh dia susukan baby pun, dalam keadaan dia macam tu memang mustahil la dia nak menyusukan baby. Nasib baik juga aku terpandang susu formula dalam tin yang diletakkan diatas meja penjuru. Masa tu aku bancuh susu ikut sedap tekak aku je sebab aku memang tak pandai. Anak-anak buah aku semuanya tak minum susu formula.
Kak Nor : Aku panas!!!!
Kak Nor tiba-tiba menjerit. Dari gaya dia tengok aku masa tu, macam nak terkam aku je. Aku tak tunggu lama. Aku capai botol susu dengan tin susu dan terus dukung baby bawa balik rumah mak aku.
Aku : Dani, kalau ayah balik. Cakap baby dekat rumah Kak Hani tau.
Dani : Dani takut.
Aku : Takut kenapa?
Dani : Mama macam hantu.
Aku : Ish tak baik cakap macam tu. Mama Dani tak sihat tu. Dani main-main dengan Fizi dulu ea.
Aku terus balik. Mak aku sikit lagi nak menjerit tengok aku dukung baby gaya macam baru lepas culik anak orang.
MINGGU KE EMPAT BERPANTANG
Petang aku bawa lari anak dia tu, dia dikejarkan ke hospital. Malam tu juga dia start koma. Doktor cakap jangkitan kuman dalam paru-paru. Bidan Mak Dara yang tengok Kak Nor sebelum dia ke hospital tu cakap, bentan. Biasalah…. pendapat saintifik dan tradisional jarang seiring.
Empat hari Kak Nor tak sedarkan diri. Masuk hari ke lima dia dah sedar. Sedar dia tu, terus macam orang sihat. Macam tak ada apa-apa penyakit sebelum tu. Abang Ijan yang jaga dia dekat hospital siang malam. Dani, tinggal dekat rumah Mak Nab (mak Fizi). Baby Kak Nor pula aku yang jaga.
Dan kak Nor ni macam tahu-tahu je yang mak aku nak datang melawat dia, tengahari tu dia call mak aku.
Kak Nor : Kak Ros, akak tak datang tengok Nor?
Mak : InsyaaAllah esok akak datang. Hari ni tak dapat, mak mertua Yati nak balik dah.
Kak Nor : Kirim salam Yati. Akak jangan tak datang esok, Nor tunggu akak.
Mak : InsyaaAllah Nor.
Beriya-iya dia suruh mak aku datang tengok dia. Dan petang tu selepas asar, Kak Nor disahkan meninggal dunia. Hampir semua orang macam tak percaya dengan berita tu. Mak aku lagi lah tak percaya. Baru tengahari tu mak aku berbual dengan dia dalam telefon, gaya memang macam dah betul-betul sihat. Suara ceria je. Tahu-tahu petangnya Abang Ijan call mak aku bagitahu yang Kak Nor dah tak ada. Tak ke terperanjat semua orang.
Jenazah diuruskan pihak hospital sepenuhnya. Kami jiran-jiran cuma menunggu dirumah arwah. Rumah dah dibersihkan dan dikemas sementara nak menunggu ketibaan van jenazah. Sesampainya van jenazah, jenazah diusung dibawa masuk kedalam rumah untuk penghormatan kali terakhir. Aku dengan Ain pun tak lepas peluang untuk sedekahkan bacaan Yaasin untuk arwah Kak Nor.
Selesai urusan kami, aku dengan Ain nak berlalu untuk bagi ruang pada jemaah surau pula untuk solat jenazah. Waktu aku baru keluar dari rumah arwah, aku ternampak seekor kucing jantan berjalan kearah penutup keranda (yang bentuk macam rumah) dan terus memancitkan najisnya pada penutup yang disandarkan pada batang pokok kelapa.
Aku cepat-cepat pergi ambil gayung siram bunga Mak Ain dan terus siram penutup keranda tu. Tapi niat murni aku disalahfaham orang pula.
Makcik 1 : Hei..kau buat apa siram penutup keranda tu!
Makcik 2 : Habis basah penutup tu. Buang tebiat agaknya budak ni.
Makcik 3 : Entahnya, tak ada angin tak ada ribut disiram penutup tu.
Bertubi-tubi aku kena sound. Tak sempat nak bela diri. Mak aku yang dengar terus datang cubit aku. Apa salah aku???
Mak : Yang kau tiba-tiba siram penutup tu kenapa? Dah habis kerja?
Aku : Kucing pancit dekat situ. Tu yang Hani siram. Nanti tak pasal-pasal jenazah terkena najis pula kalau biarkan.
Terpinga sekejap makcik-makcik yang sound aku. Dengan mak aku terpinga sekali. Dan kisah kucing dan pancitannya tu jadi buah mulut orang pula. Macam-macam andaian yang keluar.
Selesai je solat jenazah dan jenazah nak dibawa masuk kedalam van. Sekali lagi aku tak tahu adat dan budaya mana yang makcik-makcik ni amalkan. Ada ke patut disuruhnya Abang Ijan, Dani dan baby lalu bawah keranda yang diangkat tinggi sedikit dari aras bahu sebanyak tiga kali. Alasannya, untuk mengelakkan anak-anak teringat-ingat dekat arwah.
SEMINGGU PEMERGIAN
Siang tu kami jiran tetangga gotong royong mengadakan kenduri tahlil setelah genap seminggu pemergian arwah. Dan atas persetujuan Abang Ijan juga, pakaian arwah akan disedekahkan pada orang-orang yang memerlukan. Dan abang Ijan minta jasa baik mak aku, mak Ain dan mak Nab untuk uruskan hal pengagihan pakaian arwah.
Kenduri malam tu diadakan disurau. Abang Ijan ni tak cukup kaki tangan nak menguruskan seorang diri. Mana nak uruskan anak-anak lagi. Nasib jugalah semua urusannya lancar. Dan setiap malam Abang Ijan tidak tidur dirumahnya. Katanya takut nak tidur rumah sendiri. Baby pun masa ni dah dibawa sekali. Aku dah tak jaga baby dah. Tapi itulah silap abang Ijan. Kut ya pun takut janganlah dibiarkan rumah tu gelap gelita. Sekurang-kurangnya on la lampu. Ni rumah dah gaya macam rumah hantu je.
Malam tu, aku dengan Ain nak ke kedai. Laluan utama kami memang dihadapan rumah arwah. Dan sewaktu kami melintas dihadapan rumah arwah. “Mak!!!!!!” macam tak cukup tanah aku lari sambil tarik tangan Ain yang terpinga-pinga tak faham apa yang terjadi.
Mak : Dah kenapa Hani? Terpekik macam nampak hantu.
Ain : Entah cik Ros. Hani ni tiba-tiba je.
Aku : Mak… rumah arwah tu.
Aku : Mak, Hani nampak ada benda putih duduk dekat tepi pintu pagar tu.
Mak : Mengarut je la.
Aku : Iya mak. Hani nampak. Cuba mak pergi tengok.
Mak : Ain? Nampak juga ke?
Ain : Tak. Kau ni ye je ada benda duduk.
Aku : Yelah! Mak tak percaya, jom kita pergi tengok.
Mak : Jom. Kalau tak ada siap kau.
Aku tarik Ain sekali ikut langkah mak aku ke rumah arwah. Selamba je mak aku buka pintu pagar yang tak berkunci tu. Aku tak ikut mak aku sampai depan rumah. Aku berhenti dalam sepuluh langkah dari pintu pagar.
Mak : Mana ada apa-apa. Ni plastik baju arwah ni, mak dah kumpul nak bagi orang.
Aku : Ye mak. Sebelah plastik tu Hani nampak.
Mak : Ni meh sini tengok. Tak ada apa pun.
Aku : Eiii tak nak lah (berdesup aku lari tinggalkan Ain)
Mak aku masa tu aku tak tahulah. Saja buat-buat berani atau memang mak aku tak rasa takut.
Siang esoknya beriya-iya aku cerita dekat mak aku apa yang aku nampak. Siap aku ajak mak aku pergi rumah arwah dan aku tunjukkan dekat mana tempat yang aku nampak benda putih tu duduk. Mak aku mulanya macam percaya dengan tak je cerita aku. Tapi selang dua tiga hari lepas tu. Jiran-jiran yang lain pun bercakap benda yang hampir sama. Contoh macam Mak nab.
Mak Nab ni rumah dia betul-betul bertentangan dengan dapur rumah arwah. Tiap-tiap malam mak Nab dengar riuh dekat dapur tu macam time arwah masih hidup. Tapi Mak Nab mulanya fikir baik je. Perasaan dia je. Dan bila Mak Nab dah dengar cerita aku yang nampak ada benda putih dekat beranda rumah arwah. Makin kuatlah alibi masing-masing.
Tu belum lagi, Si Fizi anak Mak Nab nampak ada orang lalu dekat ruang tamu rumah arwah waktu dia temankan Dani dalam rumah tu. Macam-macam lagilah versi tambahan orang kampung bagi nak menyedapkan cerita.
Dan last-last mak aku cakap. Roh orang meninggal ni akan balik rumah dia untuk tengok ahli keluarga dia dalam masa 40 hari. Makin hari makin jauh, makin jauh sampailah 40 hari. Lepas tu dah tak ada dah. Pendapat mana yang mak aku guna, wallahua’lam. Tapi aku pernah juga terbaca pasal roh yang balik dalam tempoh 40 hari selepas kematiannya. Aku baca dalam buku peristiwa sakaratul maut. Terbitan syarikat mana aku tak ingat, dan buku tu pun aku tak tahu mana mak aku campak. Silap-silap dah selamat kena jual dekat Ah Seng lori surat khabar lama tu.
Sekian wassalam. Harap korang fahamlah cerita aku ni. Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk, datangnya dari kelemahan aku.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ini baru betul maira kan?..
Maira gula kasar ada letak hashtag dpan nama dia..jgn keliru singkong..haha
maira gula kasar dipanggilnya… hahaha ye betul Revanz Chido.. ada # depannya
#maira besarnya anak buah awak 4.3kg bersalin normal .fuhhhh
kan?? maira pun terkejut… doc awalnya nak ceaser tapi baby nak keluar normal juga.. tpi lepas tu kena masuk NICU sebab kurang oksigen.. baby dah lebam satu badan
huhuhu kesiannya boleh imejen macam mana kakak maira bawak perut dia tu. Alfatihah buat arwah Kak Nor,biasa mak2 lepas bersalin nie kan makhluk halus suka,sebab tu orang2 dlu tak bagi keluar rumah masa berpantang.
ye betul HSZR91.. maira pun dengar macam tu juga.. mungkin sebab org lepas bersalin ni tanggung darah nifas..
Sorry klau tsinggung..? tp tu je yg tlintas d pikiran ku mau beza kan maira ngan maira yg lain..haha
x tersinggung pun…. hikhikhik.. tu maksudnya Revanz peka. kredit to abg singkong sebab bg Maira gula kasar
Fuhhh..kuat semangat..haha..
abang singkong is maxis user.. kredit tu pling cikai pun bg lagi 60 hengget ye..
**buat2 x paham
alaaa 60 hengget je?? x mencabar langsung
bnyk2 nnt x abis pakai pula.. haha
hahah… ye ke x abis pakai.. boleh caya ke??
cikbambam try cek data singkong ni tinggal bape
Mmg la data singkong x abes2..die g bantai pkai data nenek kebayan..tu laju je reply komen..
Perasan x nenek da ilang?haa..sbb data da abes la tu..hihi?
ish..ish.. x baik singkong.. sian nenek.. haha
ehh nenek kebayan kan kaya.. x luak duit kwsp tuk beli data.. haha
Mmg jimat sbb die sebat data opis…
Sbb tuuu boss die slumber kebas beger die plak, gantirugi…
Hahahahhaha…
hahaha… betul juga.. dia kira balas dendam la tu kat den kan..
Sedor pon…
Sendiri mau ingatlaaarrr…
Hahahahahha…
singkong baru check ada 6.2GB lagi.. baru siap pakai 3.8 GB.. jimat kan.. haha
jimat..jimat.. transfer sikit kat 33ten maira
hahaha.. done transfer.. jimat2 ye maira
tQ abg singkong… ni utk kegunaan hari ni je.. esok transfer lain oka. hahaha nah gula kasar sebutir..
maira gula kasar.. haha
X mau bahas lagi..hahaha
Revanz… percayalah…. singkong x kan berhenti membahas.. hahaha
Dia dah stop tu..? tp x pe lah asal maira x marah kan..klau dia bahas pun aku x mau reply..hahaha
bahas la.. jgn di biarkan tergantung sepi topik ni.. haha
Asal bukan pasal gula kasar..haha
kalau gula kasar maira terima.. gula batu.. gula melaka.. gula nibung.. gula halus. semua tu maira x terima.. hahah
Owhh..ok..nice..hahaha
Singkong..maira dah bagi kebenaran tu tuk bahas topik gula..haha
Gula lain x d iktiraf by maira.. so kita mmg akan bahas soal gula kasar je..
Owhh..ok..
Dari mana nak mula nie..haha
apa kata mula dengan harga terkini sekilo gula.. lepas tu darab dengan 2 kilo gula tiap2 kali abg singkong bagi maira.. hahahaha
Tp harga sekilo gula yg tkini pun aku x tau..harga gula² aku tau..hahaha
harge gula terkini rm2.95 sen…
Owhh..ok
hahaha… trademark maira yg terkini **mairadangulakasarberpisahtiada
hahaha maira dan gula berpisah tiada..
haha.. jangan bagi gula dekat orang lain lg tau
mmg x la.. haha gula da mahal la ..
ermmm akn difikirkan alternatif lain sbb gula da mahal.. madu okay kut.. hahaha
Nice..hahaha
haipp!! hahaha… tu maksudnya maira manis macam gula kan? kan? kan?
**maira perasan jap
cerita sini abis sini k..
**ye maira manis mcm gula..
**tapi x bole lawan cikbambam la
hahah.. maira x lawan cikbambam… nanti kena hempuk dgn penyapu nenek.
Hati ku berbunga2 lepas baca komen abg singkong ni..???
**background music (seharum bunga..yang mengoda..sekadar dipandang usah dipuja..)
kenapa seram pula background musicnya.. haha
**background music untuk cikbambam (Inilah barisan kita yg ikhlas berjuang)
seram ke??x romantik ke tu?
hahaha..da tu je lirik lagu yg berkaitan bunga..
cikbambam belasah je la..hahaha
iye singkong.. ni baru betul maira… hikhikhik maaf la andai mengelirukan singkong..
*maira x bersalah
hahaha.. abang singkong mmg da tua tp x senang keliru..
yeke?? hahah bukan baru lepas kompius ke??
konpius dgn keliru tu sama eh? hahaha
yg tu off record.. series mmg ingt tu maira.. haha
singkong!!! maira yg blur sekarang ni.. kompius dgn keliru tu sama ea?? hahah
hahaha.. maira ni sama maksud la tu..tp ye ke sama?
haishhh dy ni… lepuk juga karang.. hahahaha
tahun 80 an ke ko? hahaha
#tanyajer
adakalanya maira tercampak ke dimensi lain MS… hahaha
tahun 89 hahaha
tu singkong… lahir tahun 89.. bulan october.. hahaha
bulan october saper? singkong bulan 7 la hahaha
eh salah ea??? ingatkan bulan oktober.. haha
#maira pulak tahun berapa?
maira tahun 90… tp kadang2 boleh anggap tahun sebelum masihi juga..
satu kapal lah kita. haha
Ouh laa… baru nak ingat kakak2 tadi.. hahahaha
hahahaha.
#jejakkasih
Nmpk sgt mkcik dh tua..klu kawen lg awal ada anak baya hani..
Eh hani pulak..maira
Dua2 pun boleh.. Hani tu nama timang2 je..
hani mana ni makcik???????? hahahahahha
Bawa la hani join FS juga.. Hehe
tua ko lagi lah dari aku. hahaha
ahhh maksudnya kau jgn melawan ngan aku.. kena sopan2 ngan org tua haha
tua setahun je pon. haha.
~maknanya aku tahun berapa? haha
kau 2017.. hahaha
baby lagi lah aku rupanya.
hahaha.. apa2 pun aku ttp lagi tua dr korang.. len kali kalau aku masuk kau kena cium tangan..
**jangan risau aku pakai sarung tangan
takpe. aku salam tangan ko, tapi aku cium tangan sendiri
#stylo
eh, cikbambam tahun berapa?
aku main agak2 je la.. tahun 91/92/93/94/95/96/97/98/99
byk sgt dol ko punya agak2 tu. asal ko tak senarai je semua tahun
~cikbambam , jgn biarkan kami diselubungi misteri
Jap maira seru cikbambam jap…
cikbambam oooo cikbambam.. ni budak medicak ni panggil
hahaha main seru2 nampak..
See?? baru seru dah sampai.. power x??
itu maknanya aku konpiden nak menjawab..haha
Hahaha..cikbambam 80an..seangkatan dgn abg singkong..?
hi kakak.
#tetibe
#hahahahahaha
Hye adik medicakk..amboii..terus pgil kakak ko kan..haha
hamboii..hamboii..hamboii…………………………………….
Yaaa…hehh…hehh…hehhh
sukanye mak lampir…
Aku jadik emosi lar bila bab2 orang meninggal lepas bersalin nie * sob sob sob
cuma aku curious pasaipa kaknor tu jadi lagu tu? hg memang taktau apa apa kah maira pasai tu? steady ja lepas beranak p shoping mall aku yang jantan ni pulak seriau dengaq…..
Daus… maira x dapat jawapan sampai sekarang. bila tanya nenek-nenek pasal benda ni.. semua duk cakap apa yg jadi ada sebabnya yg kita tak tahu.. wallahua’lam
ohhh kak nor tu muda lagi ka weh??? sian dia anak kecik lagi2 masatu….
muda lagi.. belum 35 tahun lg arwah masa tu
Means awk sorg je yg nampak kucing hitam, pancit ke penutup keranda tu?
Ayat ni, “Harap korang fahamlah cerita aku ni”….x paham…Arwah meninggal, ada kaitan dengan benda2 mistik or btul2 sakit?
Jadi tertanya2 psal, npe arwah tetibe rasa panas melampau, n kucing hitam pancit kt penutup keranda tu.
Nia…
1) memang maira sorang je yg nampak kucing tu.. maira pun x tahu pandangan mata maira je atau kucing tu betul2 ada.
2) tanda tanya untuk semua yg jadi pd arwah tu masih x de jawapannya..
Owh…cmtu. sama2 doakan yg terbaik utk arwah.
bez….citer la lagi.. 🙂
Cerita kemas, and scary. berdebar debar baca. cuma cerita yang scary tu agak ringkas, tak puas nak rasa takut. Tapi semua okay 🙂
tQ Pheerrero.. maira nak elobrate panjang-panjang nanti kena komplen panjang sangat pula.. tu sebab ringkas kan je..
ok. sedih.
bertagan tu apa?
MS.. ikut bahasa mak maira.. bertagan tu macam datang @ bertandang rumah orang… macam tu la.
ohh. ok hihi
abang singkong ingat maira typo td.. abang singkong baca bertahan td.. haha
hahah.. bertahan pun boleh abg singkong
MEMANG AKU XPAHAM….BUANG MASA BACE SEBENANYE YG JD KAT KAK NOR TU? MEROYAN KE KENA BUATAN ORANG KE APA????CUBA JELASKAN LEBIH TERPERINCI JGN BG ORG FIKIR BUKAN2… KELAUT MOOD AKU….
Abu… terima kasihlah baca ye… maaf kalau mood Abu kelaut.. akan ada persoalan dalam kehidupan yg kita takkan dapat jawapannya. sama la macam kisah ni…
maira budak lahanat ni yang dok kecam fazahmad kat cita sebelah tu kan….muka dia lagi… admin dah boleh buat carta pengomen yang dikecam ramai….
jangaaannn.. sure aku no satu hahaha
jangannn jugak!! maira no 5 nanti… hahaha
ye Daus.. x silap lagi.. memang Abu yg sama…
mesti aku ada dalam senarai. baru lepas kena kecam petang semalam, tu yg jadi baik sikit harini. huhu
Tu kisah hidup K Nor. Kalau laki dia tak mau ambik pot apa sebenarnya yg terjadi, org lain pun payah nak tau jawapannya. Mungkin laki dia ada jawapan dan tak nak aibkan bini dia. Mana la kita tau. #Maira tokey gula cuma nak cerita pengalaman berjiran dia kat sini. Semoga jadi peringatann utk bakal2 ibu dan bapak.
p/s: kalau ko rase cerita tergantung, ko kasi 2 ha suda ler. ha ha
Melorq… setuju! setuju!.. ada sebab kenapa maira tak terangkan detail kenapa & kenapa..
TULIS AWAL AWAL CERITA NI TIADA PENGAKHIRAN ATAU LEBIH TEPAT TIADA JAWAPAN DRI APE YG BERLAKU……DAH AH BLAH ARR……
rilekkk lah abu. bawak bertenang. jgn marah,2, nanti cepat tua.
Tu kira mcm spoiler dah tu..klau ckp awal²..
ala budak Abu ni.. macam tak pernah tengok drama dekat tv je.. awak tengok kartun pun x de tulis awal2 ‘TIADA PENGAKHIRAN @ TIADA JAWAPAN’… silalah beredar ye… penat nak menjawab.. hahah! bye
Sabar itu separuh daripada iman 🙂
tQ atas peringatan Airish.. maira masih bersabar & bertenang dengan budak Abu ni.. hahaha
Bole x komen jgn ikut perasaan..trima kasi..?
dah ajal, nak buat mcm mana? semua tu asbab je.
#serius
MS…. betul!! bijak..bijak.. i lap u la
lap u too. hoho
jap2. ni cite ko ke? aku konpius baca komen2 kat atas. lady NH tu sape? asal gambar sama?ke mcm mana?
tu email punye username.. maira baru register td.. x perasan terus connect ngn username email… maaf MS buat kompius
ohh. ok ok. takpe. maaf diterima. haha
aku kan da pesan.. komen tu cer bawa bertenang
Dia mmang x bole nak bawa bertenang tu singkong..kena bawa berenang ke laut..atau bawa bertendang..your choice..haha
my ultimate choice is bawa bertendang.. hahaha
Hahaha..nice..
ok ok. aku dah tulis dalam note book aku. setiap kali nak komen, BERTENANG. Tapi kan singkong, kalau ada org kecam, ko rasa nak buat apa?
maira rasa… buat dek je.. hahaha balas yg paling murni yg boleh.. tu maira rase la.. singkong rase.. nanti dy komen.
Mana boleh buat dekkkk je. sakit hati pulak baca bila kena kecam. hahaha
sakit hati tu wajib MS.. hahaha
aku balas balik.. haha drng ingat aku x de data ke nak reply.. hahaha (ketawa setan)
HAHAHAHAHAHA
jap..jap.. ni citer yg mana ni? hahaha
Hahahhahahaaa…
Ni lawak…!
apa yg lawak kak yulie.. maira x jumpa topik apa dorang cakap ni.. sob..sob..sob
Ni haaa ayat Singkong td lawak…
“Aku balas balik.. haha drng ingat aku x de data ke nak reply.. hahaha (ketawa setan)…”
Konon data jimat pdhal lenjan data boss…
Hahahahahhaa…
Kak long kawasan bab data tu den off record hahaha.. Rasa bersalah pula kat boss tu.. Haha
Haha..marah plk encik abu ni..persoalan tu penulis pun xtau jawapan..kalo die tau jwpn msti penulis ade bgtau kt setori..harap bertenang ye..?
hahah.. nantilah maira jd detektif utk cari jawapan untuk tiap persoalan.. bagi encik Abu ni puas hati..
Nice..tp masi ada misteri d situ..arwah mcm kena sihir..atau mmbela..?
9.2/10.1
kenapa 10.1?? hahaha
Sbab d dunia nie x pernah ada yg cukup..haha
Ok..jawapan serius..score aku lain dari yg lain..x mau sama..hehe
ok faham! sebab tu juga la maira guna hashtag.. x nak sama dengan ‘maira’ yg lain. hahaha
Nice..hahaha
kesian kat baby dia and dani tu….. mistik betul cite kak nor ni…
kesian Shahrir… baby x sempat merasa susu mama dia pun
8/10 (2 point lg aku bg bila maira sambung setori ni) **yakin yang setori ni ada sambungan..
**gula kasar 2 kilo..
**kenapa kak nor bole jadi mcm tu?
**mas b samting wrong samwer.
**petua macik2 suruh lalu bawah keranda tu mmg pelik..
ahahah…. gula kasar diterima.. InsyaaAllah kalau rajin ada la sambungan..
ahhh ni baru betul maira.. gula kasar ku d terima.. haha
ko ni singkong. merosakkan bahasa omputeh.
ehhh kenapa pula ….
A ah la petua tu sangat pelik.
klau makcik ada situ makcik sound kot..”Hadith mana korang pakai kena lalu bawah keranda?”
…lalu bawah keranda?..haisshhh…
bawah jemuran baju dilarang pulak
kalau lalu bawah jemuran habislah susuk nanti. hahahahah
Yg ni mmg akak dilarang keras xleh lalu bwh ampaian…
#serius
sebab apa kak tak boleh lalu?
#serius nak tahu jawapan
Haaa saspen kaannn…
Mesti korg dh pikir akk pakai susuk jarum emas berlian bagai…
Iyelaahhh…
Zmn skrg ni ampaian jenis yg lipat2 tu…
Yg bertingkat2 tu kaannn…
Gilor kooo akk nk lalu bawah tu???
Akk dahlar kononnye tggi lampai gagah perkasa…
Mau tersangkot kang nk kena pggl bomba plaakkk…
Jatuh ar imej Kak Long Kawasan…
Tu blom kire plak membazir sbb ampaian patah…
Hahahahahaa…
Saapen kan…???
AHAHAHAHAHHAHAHHH. ingatkan apelahh. ampaian skrng dah tak mcm dolu2.
#logik
Oh..tu pntang susuk?bru mkcik tau
penah tengok kat TV. HAHAHA
Macam c medicak ni mmg. X bole lalu bawah ampaian la.. Haha
betul tu makcik.. masa tu nak cakap dah.. tapi kena warning dengan jelingan maut mak maira.. terpaksa diamkan diri..
lalu bawah ampaian nanti jampi x menjadi… hahaha
Hai maira..
Mak makcik tak kuasa nak bagi petua dekat makcik sbb makcik mintak dalil aqli dan naqli..ada baru makcik buat.
Bukannya makcik alim pon..cuma mkcik tak kuasa gan benda2 merepek org melayu ni..
Masa kecik dulu..makcik ckp kat mak makcik dah duduk atas bantal dah 2 minggu senyap2..tak tumbuh bisul pon?
Akhirnya mak bgtau ..oh org tua tak nak kita dok atas bantal pijak bantal sbb nati kotor..kan nati nak letak kepala..sejak tu mak bagi ‘petua’ y murni2 je..ada logik & kurang kiasan..& mkcik lbh menurut kata.
botol.. maira selalu langgar pantang mak yg x boleh potong kuku malam & x boleh potong rambut malam.. hahaha.. tu belum lagi part x boleh mandi malam.. x boleh menyapu rumah malam..
Mcm org kata klu period xleh potong kuku+rambut, akk x puas hati…
Dln kelas mse sek akk tanya pd ustazah…
Islam suruh kita jaga kebersihan…
Tapi kenapa plak bile period aspek kebersihan diketepikan???
Rasenye klu period lg kena ptg kuku sbb mase tu kita dlm keadaan kotor, xkan nk kotor kuasa dua plak…
Terdiam terpinga ustazah nak jawab soalan akk…
Sabor jelah…
1- tak boleh potong kuku malam2 kang, nanti terpotong isi pulak. yelah kan, dah malam, tak nampak sgt
2- tak boleh potong rambut malam2 sebab (tengah pikir sebab apa)
tak boleh menyapu malam2 sebab,kan dah malam, orang nak tido.
#teori aku
kahkahkah
haha logik pada kita MS..
Kan siang bole buat.. hahaha
Makcik…
Kita serupa~~~…
Klu xde dalil hadis bagai pon, at least lojik dr aspek sains…
Klu x mmg akk dok KENAPA KENAPA KENAPA jer buat degil…
Buatnye keranda tu terlepas mau satu fmly arwah…
Haruuuu…
tahu xpe… dah macam gaya main jambatan sudah roboh je..
tp tula buatnya terlepas.. naudzubillah
??????
Awat tetbe Tiara ni luvly sgt ni…?
Heheheheh…
???????
aku masih tak faham.. ??♂️
tak faham part mana armyy??
cerita best ~ senyum lebar baca …
thanks to #maira share cerita macamni~
tQ kranberi.. apakah yg disenyumkan itu.. hikhikhik
Done baca
tQ Opiez sudi baca
Seminggu lepas keluar dari hospital dia dah usung baby pergi shopping mall.
SERIOUSLY? Kalau nenek aku dengar ni. Mau kena bebel sampai raya tahun depan! Itu la orang sekarang.
ROH BALIK LEPAS 40 HARI!
Maaf la. Tu semua tak betul! Roh lepas mati akan ada di di alam barzakh. Barzakh maksudnya dinding. Dinding yang memisahkan manusia yang hidup dengan manusia yang berada di alam barzakh. Roh manusia tak boleh balik kedunia samaada di bulan Ramadan atau bulan-bulan yang lain. Kalau ada nampak pun, itu QARIN! (Jin)
aku penah dengar, orang2 tua cakap. setiap malam jumaat, periuk nasik kena tinggalkan nasi sikit, sebab roh org meninggal akan balik nak makan. hahaha. tak faham aku org2 tua ni. huhuhu
Hahaha. Itu mungkin ada sebab. Untuk ayam esok ke. Kadang2 org tua ni saja menambah2 cite jadi seram.
kat kampung maira lagi dahsyat.. periuk nasi yg dah habis nasinya tak boleh dibiar kering (kalau belum cuci). kena letak air sikit kalau tak nanti malam ada bunyi mennagis dari periuk tu…
ohhh. dia suruh letak air sebab esok senang nak cuci. sebab tu dia saje takutkan. haha
Hahaha. itu saja suruh takutkan. Kalau tak rendam. Esok memang patah jari cungkil kerak nasi.
Mau tercabot kuku wooo…
Klu betol balik masaklah satu piyok siap lauk 2-3jenis ke…
Kesian member tu dahlar blk semggu skali, dpt plak kerak nasik jer…
Haaaa kau tgk cemane akk melawan nk soh org tua2 ni berpikir…
HAHAHAHA
Yup..btul tu..khurafat
tQ EL info.. tp tu la yg x bestnye.. sebab ada buku yg maira baca cakap macam tu..
Buku mana tu? Boleh baca. Tapi jangan percaya. huhu
tak ingat terbitan mana.. tapi taju buku peristiwa-peristiwa sakaratul maut..
Macam best je! Nak baca la. Haha.
nanti maira try kembor balik buku-buku dekat rumah.. (kalau ada lagi) nanti maira pos dekat EL.. hahah
Haha..lama betul nenek EL bebel smpai raya tahun depan..tapi serius betul..org zmn skg x amek berat psl berpantang..kwn den baru lepas bersalin..baru 2 mggu da naik moto g kodai..parah btl..??♀️
tah2 raya Deepavali tahun depan! Seminggu kot! Bayi 30 hari tak leh keluar rumah! bawak siar ke jadah apa. Mak bayi pantang sebulan! Tak boleh minum air batu sebulan. Huh
uiii EL. expert kauu. hahahahahaha. mcm ko pulak yg berpantang. hahahahaha. sorry wei. aku pon tak tahu benda2 mcm ni.
Keluar pergi Klinik je boleh. Magrib KENA DUKONG! Letak penyapu dkt bantal. Hahaha. Well! Dah ready nak jadi Papa 😛
Nnt wife EL bersalin xde can ar nk mengelat mse dlm pantang…
Jage baeekkkk punye!
Heheheheheeh…
untung wife EL. hahaha
#bile?
#calonDEKATsekolahrendah
kepakk.. kepakk.. kebung.. kepakk..kepakk..kebung…(bunyi CD kompang)
untung wife EL.. hikhikhik
Selamat Pengantin Baru EL
HAHAHA! Memang tak la. Nak kurus balik ke tak? kalau tak nak, langgar la pantang2 tu 😛
kurus 1 hal EL.. nak bagi badan sihat balik ke tak??? beratus urat putus kut…
ye betul.. sbb setahu sye dan apa yg sye pham selama ni, dlm tempoh 40 hari tu roh masih berlegar2, dan selepas tu baru dia kembali ke alam sana dan kekal di sana. maaf kalau salah, sila betulkan kalo salah.
feeya.. maira pun ada baca yg macam tu. tapi wallahua’lam.. kena tanya ustaz2 untuk pencerahan.
ye maira, mungkin kita dgr dari org yg salah, benda tu dah jdi sebati dan anggap betul pulak
betul tu feeya..
Yup2..mak den pun mara ada ke abg bawak akak ipar dlm pantang kuar jenjalan ngn bb walaupun nek kete.. sound habesla.. org dedulu nk pantang siap ikat kaki ngn batu lesung xnak bg kaki bergerak
dasyat tu.
#terkejut
ini kakmami setuju.. dan pengetahuang kita tentang roh amatlah sedikit.. itu Allah emang ada bgtahu dalam buku cinta dia
Setori menarik & senang paham..walaupun x seram sgt tp cara penyampaian maira tu smpai la ke hati cikbambam ni..
Sedih bile arwah kak nor x sempat nk jmp mak maira..byk persoalan yg x terjawab..kalo tny pun maira si gula kasar pun xtau jwpn..so xpyh tny la..heee?
Cikbambam bg 8.1/10..kipidap..teruskan menulis..?
nasib baik sampai ke hati cikbambam.. hahah jenuh nak fikir cara kalau tak sampai.
kalau x sampai boleh je sampaikan kat hati abg singkong.. nnt abg singkong sampaikan kat hati cikbambam
alahhhh…. hahaha sebagai adik yg baik.. nanti la maira minta abg singkong sampaikan..
Scarynya :'( 9.5/10 untuk #Maira.
Kita jadi jiran dia ni sekali terseka. huhu
cop..cop.. ayat Lina ( Kita jadi jiran dia ni sekali terseka ).. ni kita berjiran ke Lina? hikhikhik
Ohyeke, ya ampun tak perasan. Lina terover sampai terbawak bawak dalam cerita sebab rasa macam Lina je dekat tempat Maira, kahkah
hahahahaha
gelak kau eh medical. nasib Lina taksambung cerita dia kahkah
hahaha sokay… terkejut maira.. ingatkan kita berjiran
kalau kita berjiran, mesti part ain jalan dengan maira tu adalah Lina hahaha
“mesti part ain jalan dengan maira tu adalah Lina”.. siapakah Lina….. hahahaha adehhh maira hari ni macam terlebih makan gula pula. semua benda terasa macam menyeramkan…
Sedihnya cite ni, tambah sediah bila tahu masa kak Nor pantang semua buat sendiri.penatnya.
baca cerita tringat baby kat umah..tringat pulak masa kena pantang2 sendiri..
ye kak… time berpantang memang penat.. lagi kalau buat sendiri.. maira belum pernah berpantang tapi jaga kakak berpantang pun rasa macam nak meroyan.. hahaha
Yer..phm perasaan tu
kak mami 3 anak semua pantang sendiri.. masak sendiri.. mandi baby sendiri.. basuh baju sendiri.. semua sendiri lah.. nak soh mak jaga pon mak pon keje lagi.. mak mertua abaikan.. husband ? tak reti.. kak mami bawak baby cek kuning pon drive pelan2 sendiri tau.. badan ni bisa sakit smpi skg.. so adik2 pantang la betul2.. nak amik confinement lady yg pakej masak seme tu asben tak bg..sudahnye kak mami yg sakit..
Maira…
Same mcm org lain akk pn tertanya2 gak…
Gayanye mcm dr lepas awal bersalin Kak Nor tu dh diganggu…
Ke sbnrnye die dh diganggu dr sebelum bersalin lg…??
Sbbnye utk 2nd baby, xkanlah die xtau lgsg pantang/adab selepas bersalin kan…
Kesian ank sulung die sbb kecik2 dh kena berdepan dgn situasi mak die yg camtu…
Last memory die, takot sbb mama mcm hantu…
Mesti mak ko cuak mcm ape kan ko tetbe balik usung baby org siap botol ngan tin susu bagai, heheheheheh…
Seolah2 lain yg mak soh buat, lain yg ko buat…
Kak Yulie, masak apa tengah hari ni?
Bihun grg jer…
Esok raya soo arini dh start malas msk…
Hahahahahaha…
kak yulie dah beli baju raya?? haha
Baju raya deepavali x susah dik…
Amik langsir pastu lilit2 satu badan kasik nampak pusat sket…
Siap…!
hahahaha gud idea kak… kebetulan langsir rumah mak maira kaler pink.. okayla tu.. dah masuk tema
Sebaiknye kaler oren dik…
Lg masyuukkk tema…
HAHAHHAHA/ lawak yg ni.
#jimat
Hahaha,
Kak Yulie,
Sediakan Muruku,Ladhu & kuih Nei Urundai
Nnti kita nak dtg bsok
aku takpakainlangsir kak yulie.. aku pakai bengkung yg panjang tu lilit buat mini sari.. baru hensem
hahaha.. ye kak. Mak maira punya berleter sebab bawak budak dalam hari keluar rumah dengan x berpayungnye.. lepas tu berani je main dukung baby yg masih lembut tu.. tahan telinga je la…
raya hari tu anak sulung dia ada datang rumah maira. dah besar dah Dani tu kak. Handsome! hahah.. tapi tu la, dia cakap teringat lagi dekat arwah mama masa sakit tu.. sedih juga dengar..
dari gaya dia.. masa mengandung lagi dia dah berubah lain macam kak..
Kaannn…
Memory die kuat mse mama saket…
Kesiannye…
Bape dh umur die skrg?
umur dy 18 x silap kak.. masa kejadian tu umur dy baru 7 tahun
Waaahhhh…
Dah bujang…
dah kak.. handsome.. nak meminang x?? maira boleh wakilkan.. hikhikhik
Maira..kirim kn salam kt dani..?
insyaaAllah.. kalau dia datang rumah lagi.. maira sampaikan salam cikbambam cantik ea,, haha
Xpelah…
Nnt die lg trauma MAK MERTUA GARANG MCM HANTU…
Mampuiihhh…
lebih kurang umur aku juga..
uit… abg singkong??? td bukan ckp tentang faktor usia… hahahahaha
ooo salah eh? hahaha
mane ade maira cakap salah…
Umur ko bape singkong???
28 ke lapan belas???
Jawab, jawaabbb…
saya tolong jawab. umur singkong 28 kak yulie. hahaha
#masihbelumberpunya
#sado
#kacakbergaya
#tahanmaki
#30juzukdidada
Bab tahan maki tu aku x ambik konpiden.. Hahaha
Kalau ikut ic mmg 28 la kak long kawasan.. Tp lepas den tolak cuti umum, cuti syarikat, tolak gst umur den ngan c dani tu lebih kurang juga.. Beza bulan je..
**yakin
Hihihi,
Muda yer ko, Singkong
Kira ko pangkat Adik laa nie
???
pheww……….
kenapa nanajerr??? penat berlari ea? hikhikhik
Meremang jap..org yg berpantang ni mmg byk dugaan nya..salah satu jgn bg kecik hati org tu.kdg kita x tau terckp apa..pada dia lain rasanya..jenuh gak nk pujuk bg cool balik..siap nangis lg.pasal 40 hari arwah still menjenguk keluarga terdekat tu.rasanya ya agaknya..sbb dari pengalaman tu..ada lah gak rasa arwah still ada sekeliling..tp x tau lah kesahihannya..al fatihah utk arwah2 yg telah menghadap sang penciptaNya..aamiin..
Alfatihah..
ye Zulfie.. maira tak pernah merasa @ nampak yg arwah ada di sekeliling.. cumanya dengar dari mulut mak-mak.
yg part berpantang tu betul.. even cuma jaga orang yg berpantang je.. kira macam kita kena masuk dalam dunia dorang sikit.. baru boleh faham keadaan mood dorang macam mana.
lama dah yer kejadian ni.11thn lalu.ms tu akak baru nikah ngan usben.betul.ppuan lps bersalin mmg emosi tak menentu.sbb tu kene berpantang.ms berehat org kata.ms ni lah suami nak beri perhatian lebih.tapi tu lah nak kata apa.dah bahagian kak nor mcm tu.semoga roh kak nor selamat disana.Aamiinn…nak ckp lebih2 bhgian kita pun lum tau lagi kan.harap y baik2 je y dtg.
ye kak maiza… sebab tu byk tanda tanya tentang arwah yg maira x detailkan…
yess maira,kita dulu pun akak2 bersalin mak yang jaga,so nampak lar penjagaannya macam mana,awal pagi dah kena bangun,tak cukup tidur,lepas tu anak asik menangis jer,mak2 berpantang nie emosi mudah terusik,tu yang benda2 halus nie suka kacau kalau emosi tak stabil.Kena tatang bagai minyak yang penuh gittuww
yes betul.. kena tatang bagai minyak yg terlebih penuh… hahaha terasa nak berpantang jugalah… mak oo mak.. kahwinkan maira mak….
amboi kau maira hahahahahaha .makcik oo makcik maira gatal nak kawin nieeeee
Sedihnya. Apa sebenarnya jadi kat Kak Nor ye? Allah lebih mengetahui. Sape jaga baby dia dan anak2 lain ek. Touchingnya T_T
Dani anak 1st tinggal dengan ayah dy sekarang ni. masih di JB. baby tinggal dengan makcik dy di Sabah..
cerita paling seram yang berlaku dalam hidup aku buat masa nie adalah,bila aku tengah seronok baca kekomen dekat FS nie,boss aku pun join duk belakang aku ~separuh roh keluar~huhuhu
#warningletteruntukaku
serius la dpt warning letter???
#maira hahaha kalau warning letter pertama takper,tapi effect dekat bonus raya lar nanti ~huhuhuhu .Tapi boss okay jer tu,senyum2 tanya baca apa serius sangat tu.
haishhh HSZR91 ni…. terkujat kejap tadi maira baca dpt warning letter…hahah
hahahahaha dunwori be yeppi yer #maira . Happy deepavali ~hahahahaha
happy deepavali too…. jom2 ikut maira pi beraya
okay set kita pakai sari jap
uihhh.. kau kena beguru ngan aku la rasanya..
tunjuk ajar ku sifuuuu
senang je..beli mekdi bg boss kau mkn.. haha
boss tak makan fast food ,katanya nanti gemuk. huhuhu aku belikan dia bee hoon goreng jer lar besok
bagi bihun kangkang
sekali baca aku ingat bihun kangkung,dua kali baca kangkang rupanya.Kau ajar aku yg bukan2 yer MS hahaha
hahahahahhaa.
kena kangkang kaw2, baru menjadi.
okay tajuk cerita seram yg korang bakal baca,STAFF BAGI BIHUN KANGKANG KEPADA BOSS BELIAU.hahahaha
Arini akk msk bihun grg…
Mai sini amik…
Heheheheh…
kak yulie dah kangkang ke belum? hahahahah
kak yulie nun jauh disanaaa,daku jauh terperosok disini.akk scan jerlar bihun tu nanti email kat saya.kikikikiki
sye pun penah kantoi baca fs time keja tmpt lama dlu, ni pasal mulut puaka yg bgtau boss.. dan sye dipanggil boss dlm bilik dia n diberi warning. haihh ape la nasib..
maira hari2 kantoi dgn officer dekat ofis.. siap pergi toilet biarkan je FS terbentang luas lagi.. nasib la dorang okay.. syukur alhamdulillah
wahh syok la camtu, takde la takut2 nak baca or nak tinggalkan pc, ni setiap kali nk tinggalkan pc kena close tab hahah
mulut puaka ada dimana2 kan u
yup betul, kat mna2 pun ade
Seb bek ar keje dlu ade blk sdri…
Klu x usahkan nk layan FS, nak garu ketiak pn segaannn…
Hahahahhaa….
hahahaha rasa geli pulak ketiak sye ni bace ayat k.yulie. dah la bekerje ngn laki, tak bleh nak garu2
Akk dlu pon boss ramai laki, staff akk pn semuanya lelaki…
Jenuuhhh wei klu xde bilik…
Mau biru muke tahan gatal tahan kentot…
Hahahahhaa…
hahahaha lain kali lepaskan je seiring dengan berdehem utk cover, tp pastikan bunyi dehem lbih kuat dari bunyii tott tu.. ehh terbagi tips pulak heheh
(tp sye x pernah buat eyhh)
sye ni skrg satu department ngn sume laki, sye sorg je prempuan, so agak terseksa jugak la bila nk hadap saat2 getir tu huhu
Hahhaha.. Ni betul² seraaaamm…. Hahahha
CU JE KE YG NAMPAK KUCING TU? YANG LAIN TAK NAMPAK? CU JGN BUAT ATUK BERMAIN FIKIRAN KANG HAH..
ye tuk.. maira je yg nampak.. x tahulah betul ke x wujud kucing tu.
tuk.. nenek mana tuk???
LEPAS CU NAMPAK TU KUCING TU TERUS HILANG KE MCM MANA KE ATOK KO NI YANG XFOKUS BACA?? NENEK KO ATUK DAH LARANG DARI MAIN KOMPUTER KECIK DIA ADA TU HAH BUAT KETUPAT ESOK KAN NAK RAYA. KO NI PUN CU TAKKAN ITU PUN XTAHU??
cu ni tuk.. mesra kucing.. tiap2 petang balik keje duk bagi makin kucing berdulang2 depan rumah.. tapi kucing yg cu nampak tu x pernah tengok… nak fikir baik kucing baru datang kut.. tapi lepas dr tu kucing tu x muncul2 lagi dah..
tuk orang raya makan capati la… ada ketupat pulak
aku pulak baca roh orang meninggal takde balik2 dah. dia dah duduk alam barzah tgh menikmati hasil amal ibadat masa hidup kat dunia atau tgh experience pre-Neraka. wallahualam
Seram..tu sebab masa berpantang pantang betul2..n sangat2 perlu ada orang tolong jagakan.sebab masa ni la badan tgh kotor.xd tenaga.sangat2 lemah n emosi bcampur2..bnda2 ni sukala dtg kacau.
Yang paling takut bila ad bisikan itu ini..sampai nak bunuh2 anak..ish..tu lg takut.nauzubillahiminzalik..
Semoga dijauhkan dari kita n keturunan..
betul tu akakkiut
Best gak crita ni.
saya bagi rating 9.5/10
tQ…
Allah.. moga arwah Kak Nor ditempatkan bersama golongan beriman.
amiin
Laa,
Ksian yer anak2 Arwah Kak Nor tu…
Ye kak..
kesian kak nor tu…ape agaknya punca kematian dia erk.,..sian jugak kat anak2 dia terutamanya baby yg baru lahir tu..huhu…
Nenek!!!!!! i miss u.. mane nenek pegi nek??
Haa ni cerita #maira.. Haha! Jadi apa kesudahannya? Kak nor masih balik rumah? Taktau ke apa sebabnya? Seperti dijanjikan,lima bintanggg!
meiyo…. jangan la mention ‘ni citer maira’ hahaha malu ni tersalah komen..
dy x balik rumah lagi dah. dy datang dalam mimpi maira je.. x tau ape sebabnya dy jd masa tu..
wuu yang paling seram 4.3kg normal.. ngilu dik.. da mcm berat anak2 kakmami sebulan.. yg lahir kecik pon byk jugak jahit.. ni yg beso.. nape doc nak jugak baby besa2 tu normal.. sian baby gn maknye.. tak memasal bahu baby dislocket ke lemas ke seriau..
Nape kak mami?4.3kg tu dikire besar sgt ke?maaf la cikbambam xde pengalaman..hihi?
yela cbb.. besa tu..standard 2.5-3.4.. lebih pada tu besau dik.. biasa baby besau klu ibu ada gdm (kncg manis) masa peknen..
hii kak mami.. memang besar.. doc nk ceaser tp baby dah nak keluar normal.. hampir lemas.. masa doc pegang baby tak menangis pun.. terus kejar masuk NICU.. badan dah lebam.. dekat sebulan juga baru hilang lebamnya…
Sekarang ni famly arwah tu de lg x kat situ..kesian la
family arwah dah pindah
Menarik cerita Maira?
tQ… Airish
Kena buat Maternal Mortality Review la ni
Waknana.. Maternal Mortality tu penyebab kematian ibu yg bersalin kan?? kalau x salah maira la..
Hai #maira.. kisahnya berlaku bila ni? Skang umah tu ada org lain duduk ke? Nk tau je….
?
okay maira dah faham.
lps bsalin x jaga kesihatan btl2.. tak pantang bagai…
takziah di atas pemergian arwah.
ye.. pantang tu benda penting. Bukan nenek2 kita saja cipta benda tu.
👍
tq la makcikpeah