#Maira – Siang Direndam, Malam Dipanggang

Assalammualaikum warga FS yang amat setia sekalian. Kali ni aku nak kongsi kisah yang berlaku pada kakak aku sendiri. Ni cerita sihir. Yes! Kakak aku disihir orang. Dan cerita ni diceritakan semula oleh opah dan mak aku.

Kejadian ni terjadi dalam tahun 1992. Masa ni kakak aku belum kahwin lagi. Baru je habis SPM. Masa tu aku ni dalam kategori kanak-kanak ribena lagi.


Lepas je SPM Kak Yati kerja part time dekat shopping mall yang sememangnya tak jauh dari rumah kami. Itupun lepas puas pujuk mak aku. Mak aku ni memang garang, kalau putih kata mak aku maknanya putihlah. Jangan pernah kau mimpi nak tukar jadi kelabu taik itik ke kuning kunyit busuk ke. No way!!!

Jadinya, selepas dapat keizinan dari mak aku. Kak Yati pun dapatlah kerja dekat kedai bunga. Memang dah kenalah dengan jiwa dia. Dan macam yang aku cakap, mak aku kan garang. Nak kerja? Mak aku izinkan tapi kena ikut syarat mak aku lah. Syaratnya??

  • Pergi dan balik kerja mak atau abah yang hantar dan ambil.
  • Kena balik rumah sebelum pukul 10.30 malam.
  • Jangan ada kawan lelaki.

Kalau boleh ikut syarat mak aku ni, kerjalah. Tapi kalau rasa tak boleh, baik duduk diam dekat rumah sambil tunggu orang masuk meminang.

Zaman 90-an. Time ni mana ada orang usung handphone sana sini. Orang bercinta pun masa ni pakai pos surat dengan public phone je. Dah kata mak aku garang, kan? Rumah kitorang, telefon kena kunci. Yelah, ibarat kata orang tua-tua, nak jaga lembu sekandang tak sesusah nak jaga anak dara seorang.

Dalam kepatuhan Kak Yati tu, dia tetap juga langgar syarat mak aku. Syarat no 3. Dalam senyap-senyap Kak Yati ‘berkawan’ dengan abang Naim. Abang Naim jiran kitorang dan dia ni seorang yang handsome, tu aku tak boleh nak nafikan. Gila merenyam kau , bila aku yang kanak-kanak ni pun boleh cakap dia handsome.

SELEPAS SETAHUN

Selepas setahun hubungan diorang direstui oleh mak dan abah. Abang Naim dah susun plan nak hantar rombongan meminang Kak Yati. Masa ni, Kak Yati dah sekolah balik. Habiskan tingkatan 6. Dalam masa yang sama, Kak Yati ni still kerja part time dekat kedai bunga tu. Dah ada duit sendiri, dan dah pandai nak melaram. Ramailah yang duk mengusha dan Kak Yati ni pula entah macam mana jadi rambang mata (tu kata mak aku la). Nasib baiklah abang Naim ni jenis setia habis dan sabar entah tahap apa entah. Dia kiranya sebijik sebijan lebih kurang abah aku la.

Tiba-tiba satu malam tu. Abah aku pergi jemput Kak Yati balik dari kerja. Sampai je abah aku dengan Kak Yati dekat rumah, tiba-tiba Kak Yati pengsan. Pengsan tu pula betul-betul waktu dia nak buka pintu rumah (pandai betul dia setting tempat). Cemas sekejap mak dengan abah aku. Aku? Aku cuma mampu tengok je.

Kelam-kabut mak aku panggil orang minta tolong. Bila Kak Yati sedar, dia cakap badan dia panas. Masa tu dia punya menggelibas sebab tak tahan panas tu hanya Allah je tahu. Dia menjerit-jerit cakap panas. Bila mak aku sentuh badan dia, suhu dia normal je. Tak ada pun panas macam orang demam. Tapi Kak Yati ni, mulut dia tak berhenti duk cakap panas-panas. Sampai satu tahap, dia duduk dalam bilik air semalaman. Mak aku la yang tunggu dia dekat bilik air.

Lepas waktu subuh barulah Kak Yati bertenang sikit. Itupun tak lama, naik je matahari pagi dia mula mengadu cakap sejuk. Abah aku bawa Kak Yati pergi klinik siang tu. Tapi doktor cakap suhu badan dia normal. Tak ada demam ke apa. Heran kan? Dalam masa menunggu abah dengan Kak Yati balik dari klinik mak aku sempat call opah bagitahu keadaan Kak Yati. Petang tu juga opah dengan atok sampai dari kampung.

Keadaan Kak Yati tetap tak berubah. Masuk je maghrib dia mula duk menjerit-jerit cakap badan dia panas. Abah dengan mak aku terpaksa biarkan dia berkurung dalam bilik air sebab tu je caranya yang dia kurang sikit merintih. Siang pula dia berselubung sampai tiga empat helai selimut sebab kesejukkan.

Opah dengan atok aku pun dah tak tahu cara apa lagi nak ubatkan Kak Yati. Air Yasiin, air zamzam, segala air penawar dah bagi dia minum. Tapi tetap sama. Keadaan Kak Yati berlarutan hampir sebulan. Sudahnya, opah dengan atok sama-sama setuju untuk bawa Kak Yati balik kampung. Mungkin boleh diusahakan cara orang kampung pula. Yalah, zaman dulu-dulu bomoh ke, pawang ke lebih famous dari ustaz-ustaz. Setiap orang ada caranya yang tersendiri kan?

Masa di kampung, tak cukup tanah juga atok aku usaha untuk ubatkan Kak Yati. Tapi rata-rata semuanya mampu menggeleng je. Tak sanggup. Sampailah satu hari tu ada seorang pak cik (kitorang panggil Wak Rebung). Kebetulan dia terserempak dengan atok aku dekat pengkalan. Orang-orang tua sebaya atok aku lebih suka panggil atok aku dengan panggilan tok udang.

Jadinya, berceritalah atok aku dengan Wak Rebung ni pasal Kak Yati. Lepas maghrib, Wak Rebung tu datang rumah atok aku. Masa tu kitorang balik kampung. Kebetulan cuti sekolah seminggu. So, dapatlah aku tengok apa yang jadi.

Kak Yati masih sama. Tak ada sikit pun perubahan. Hatta 0.01% pun tak berubah. Tetap siang kesejukan, malam kepanasan. Masa Wak Rebung tu sampai je rumah atok aku, Kak Yati ni makin teruk. Terpekik-pekik macam nampak hantu. Padahal yang datang tu Wak Rebung je.

Rumah atok aku ni dua tingkat. Kak Yati, opah letakkan dia ditingkat bawah, siap opah gantungkan tirai kain untuk jaga aurat Kak Yati. Yelah, kalau dah sakit macam tu, orang yang datang menziarah semestinyalah tak surut-surut. Pula tu yang sakit perempuan, banyaklah yang nak kena dijaga dari pandangan mata orang. Orang kampung….biasalah (statement ni aku refer pada jenis makcik-makcik ketupat, okay).

Balik pada cerita Wak Rebung. Dari penglihatan aku yang masa tu sememeh lagi, Wak Rebung ni belum sempat buat apa-apa pun, tengok Kak Yati pun belum. Tapi dia dah menggeleng kepala. Atok dengan abah aku cuma menunggu penuh debaran dan kesabaran untuk dengar penjelasan Wak Rebung.

Atok : Bung, kenapa dengan cucu aku ni?

Wak Rebung : Ada yang sakit hati dengan dia ni, Udang.

Atok : Sakit hati yang macam mana?

Wak Rebung : Orang berkenankan dia, biasalah orang muda.

Atok : Habis dibuat apanya pada cucu aku ni?

Wak Rebung : Cucu kau ni, mungkin disihir. Aku belum dapat tahu macam mana caranya, nak kena ditanya dulu.

Wak Rebung : Dah disempurnakan auratnya?

Atok : Dah.

Dan lepas tu Wak Rebung pergi menjengah Kak Yati. Memang dari awal lagi opah dengan Mak aku dah sempurnakan aurat kakak aku tu. Pakaian pun dah dipakaikan apa yang sesuai. Yalah, mana tahu tiba-tiba dia nak bersilat ke, berinang sari bagai tak ada lah terselak sana sini. Wak Rebung mula bagi salam je, kakak aku dah terpekik macam kena libas dengan tali pinggang je gayanya. Dan lepas tu aku tengok Kak Yati menggelibas sambil tutup telinga dia waktu Wak Rebung mulakan baca-baca. Aku yakin yang Wak Rebung tu baca ayat Quran sebab tu Kak Yati punya refleks macam tu.

Lama juga Wak Rebung cuba ubat Kak Yati malam tu. Bila keadaan dah tak terkawal, atok dengan abah aku pun tolong sama pegangkan badan Kak Yati. Aku tengok masa tu atok aku pegang kedua tangan Kak Yati, abah aku pegang kaki dan Wak Rebung cuma pegang kepala Kak Yati.

Wak Rebung : Siapa kau ni? Kenapa diganggu budak ni?

Kak Yati : Aku nak dia!

Wak Rebung : Apa yang kau buat pada dia?

Kak Yati : Malam dipanggang, siang direndam.

Wak Rebung : Kenapa diseksa budak ni?

Kak Yati : Biar dia mati. Biar semua putih mata.

Wak Rebung : Apa salah dia?

Kak Yati : Dia tolak hati aku dan pilih jantan tak guna tu!!!

Wak Rebung : Lepaskan budak ni.

Dan macam biasalah, proses mengeluarkan jin dan syaitonirrajiim. Dan malam tu Alhamdulillah, Kak Yati okay walaupun badan dia sangat lemah.

Wak Rebung : Cucu kau ni, Udang…belum cukup kuat. Orang yang buat tu masih sakit hati lagi dengan dia.

Atok : Nak dibuat apa lagi Bung?

Wak Rebung : Ada baiknya, dia dijauhkan dari hal yang biasa. Kalau kerja, elok berhenti. Kalau ada berkawan, elok direnggangkan. Untuk sementara waktu.

Atok : InsyaaAllah, nanti aku bincang dengan mak abahnya dulu.

Wak Rebung : Nanti esok malam aku datang lagi. Nak pulihkan semangat dia.

Lepas mendengar penjelasan Wak Rebung tu, mak aku terus minta abah aku jumpa bos kedai bunga tempat Kak Yati kerja untuk bagitahu yang Kak Yati terpaksa berhenti. Dan lepas tu minta juga abah aku untuk jumpa dengan abang Naim dan terangkan hal yang sebenar. Yalah, dah tengok anak menderita macam tu, mak siapa pun takkan duduk diam.

Dan nasib baiklah abang Naim tu faham. Dia terima je permintaan mak dan abah aku untuk renggangkan diri dari Kak Yati buat sementara waktu. Dan atok dengan opah pun setuju kalau Kak Yati tinggal dikampung. Sebabnya untuk elakkan Kak Yati dari terserempak atau terjumpa dengan mana-mana lelaki yang pernah dia kenal atau yang pernah dia kenal.

**Baiklah, sampai sini je dulu. Mohon maaf kalau banyak terkurang dalam aku bercerita ni. InsyaaAllah ada masa, ada kekuatan aku akan kongsi apa yang jadi lagi pada Kak Yati selepas tu. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

63 thoughts on “#Maira – Siang Direndam, Malam Dipanggang”

  1. Hi maira. Menarik la sama situasi kakak maira dgn kakak aida. Kakak aida pun pernah kena sihir juga 2 tahun lepas kalau x silap tapi tak lama dia kena sebab dpt detect awal. Then last year kami dua beradik kena sihir pelalau pulak. Tapi alhamdulillah skrg dah bersih dari gangguan.

    Thanks maira for the story. Nah 5 stars!

    Reply
      • Mcmana blh tahu? Sebab kakak buat perangai balik time dia kena sihir mula2 tu. Lagi teruk rasanya. So kitorg 1 family bawak la dia pergi berubat, sampai kat luar rumah ustaz tu, aida dgn kakak non-stop sendawa sampai pening kepala sampai perut pun sakit. Ustaz tu kata aida pun terkena juga. Ustaz tu mmg tahu apa jd kt kitorg – time kakak buat perangai mmg kitorg xblh dekat lgsg rasa panas je. pastu xblh tido mlm sbb rasa mcm ada org kt sebelah. Aida pun byk amik mc sbb selalu sakit kepala. Xtau pun rupa2nya kena mcm kakak jugak. N yg buat tu pun org yg sama buat kakak. Tp ustaz tu xpenah nk ckp sape tapi kami blh agak. Spjg kakak kena tu, ada la dlm 4 5 kali dia lari rumah. Bila igt2 balik kan, mcm org sasau kakak aku ni.

        Reply
    • nenek.. maaf.. kesudahannya Maira akan sambung… insyaaAllah.. bukan apa.. banyak nak kena recall lagi ni.. nak tanya mak, kakak & atuk lagi…

      Reply
  2. Mana adik aku ni?.. Pedulikan kecaman yg tak berfaedah.. U got us dekat belakang untuk support.. Cerita bersambung tau nak kecam je.. Tgk drama bersambung bole pula sabar.. Kipidap dik

    Reply
    • Allah kak Nas.. cerita maira ni cerita picisan je… tak baca pun tak rugi.. Maira lagi suka cerita Kak Nas…

      BTW tQ kak Nas sudi baca

      Reply
  3. aku tak jumpa cite ni kat home FS. Bukak komen baru jumpa cite maira ni. aku problem ke ataupun benda ni yg problem?

    MAIRAAAAAA! WHERE HAVE U BEEN? Memang betul2 ko tunaikan wasiat kau ye hahahahahah

    Reply
  4. Assalammualaikum semua.. 1st of all maaf sangat2 dari Maira sebab cerita ni agak bersambung. Maira niat nak habiskan tapi macam panjang berjela. Nanti karang tak sanggup pula orang nak baca. Lagipun bukan 1 kejadian yang kena pada kakak maira. Kalau dah diletak semuanya dalam 1 cerita kan ke serabut nak baca dan faham. Nanti cerita panjang2 kena kecam lagi. Penat haihh asyik kena kecam je. Cerita panjang kecam, pendek bersambung pun kecam.

    Untuk yg mengecam, anda tak ditempat maira. Yang mana cerita ni 25 tahun yang lalu yang mana Maira sendiri masa tu budak kecik yang tak pernah berenggang dengan botol susu pun. So Maira kena interviu mak, atuk & kakak untuk detailkan dekat sini. Yes! Tak ada siapa yang suka tengok cerita bersambung dan baca cerita bersambung tapi situasi setiap orang tu berbeza. Dan InsyaaAllah Maira akan submit dalam minggu ni sambungannya. Sekian……..

    Reply
  5. sihir pelalau lebih kurang mcm badi pengantin…biar tak berjodoh…nice story…faham sgt sebab pernah lalui walau cara kena tak sama…

    Reply
    • maira pun tak tahu bila masa story ni keluar.. tengok2 dekat fb dah ade.. bila tengok home FS takde.. kena search by name #Maira baru jumpa

      Reply
  6. Maira.. u have such a good name.. n good stories too.. am i falling in love right now?!! hmm good job girl..

    Reply

Leave a Comment