Assalamualaiikum. Terima kasih admin kalau siarkan kisah pendek aku ni. Aku ni seorang pembaca setia FS… hehe. Selalu baca then suka share balik kat kengkawan or student-student aku (isi masa time2 diorang ngantuk dlm kelas). Dok seronok baca cerita-cerita orang terutamanya yang cerita pasal UUM. Tu yang rasa macam nak share 2 kisah misteri yang aku alami. Cerita biasa jer, sajer gatai tangan nak taip, harap korang sudi baca la.
Makcik 1
Kisah ni berlaku masa aku sem 4 or 5. Aku belajar kat UUM, aku duduk kat Kolej MAS (asrama, time aku panggil Kolej lagi, masa aku sem 6 baru tukar DPP). Kolej MAS ni terkenalnya sebab dia bangunan asrama yang paling lama ada kat UUM ni. Aku duduk sebilik 2 orang, bilik aku level bawah, tengah sebelah tangga dan mengadap basketball court.
Perkara yang berlaku ni masih segar dalam ingatan, masa tu jam menunjukkan 7.02pm, nak masuk waktu maghrib dah. Aku dengan roommate berjalan ke pantri tengah nak basuh tangan sebab baru lepas makan. Dari bilik aku ke pantri ambil masa dalam 10 saat macam tu jer, tak jauh pun. Keluar dari bilik pantri tu aku terpandang seorang makcik lengkap beruniform biru cleaner duduk bersila atas batu dekat tepi hujung basketball court sana, kiranya sebelah dengan jalan utama. Tapi dari basketball court nak ke jalan utama tu kena panjat sikit sebab macam bukit. Basketball court dah sunyi sebab boleh guna sampai pukul 6.30pm je.
Aku tengok makcik tu, duduk sorang-sorang. Aku tak cam dan tak kenal sebab makcik cleaner kat blok aku ni aku kenal. So terdetik la dalam hati ni, “makcik cleaner baru ke tu? Tak pernah nampak pun. Makcik ni tak balik lagi ke? Dah lewat ni”. Masuk jer bilik aku terus ke tingkap niat di hati nak perhatikan lagi makcik tu. Nak tengok dia nak lepak kat situ sampai bila. Bila aku tengok melalui tingkap bilik aku, makcik tu dah takde. Aku terus pecut berlari ke hujung asrama nak cari makcik tu, tak puas hati kenapa hilang macam tu jer. Hujung asrama tu area ampaian. Kira dari basketball court tu nak ke jalanraya tu mesti kena melalui area ampaian tu la sebab kat situ tak berbukit. Sampai hujung tu sunyi jer. Kelibat makcik tu langsung tak nampak. Nak kata dia naik ke jalan utama, mesti dia akan ambil masa nak kena panjat. Langsung takde kenderaan lalu time tu. Sedangkan baru 10 saat berlalu, takkan cepat sangat makcik tu panjat?
Aku balik ke bilik dengan perasaan yang pelik sambil tercungap-cungap. Tak puas hati aku mana pergi makcik tu. Musykil bebenor. Masuk jer bilik aku tanya roommate, “nampak tak makcik cleaner yang duduk kat atas batu tepi basketball court tadi? Cepatnyer dia hilang”. Then roomate aku jawab, “mana ada sapa-sapa kat basketball court tadi. Kosong jer. Mana ada makcik cleaner”. Aku terpana, terkesima, “Eh, ada la. Makcik yang pakai baju biru tu. Duduk bersila kat atas batu tu! “, sambil aku menunjukkan batu tu. Roommate aku sekali lagi menegaskan takde sapa pun tadi. Lagipun, hari tu hari Jumaat, jadinya makcik cleaner halfday, balik tengahari. So tak mungkin ada yang stay sampai pukul 7 petang.
Misteri…
Makcik 2
Cerita ni pulak jadi masa aku tengah praktikal kat Audit Firm, masa tu aku sem 6. Waktu rehat 1 jam yang dia bagi tu hanya sempat untuk aku pergi solat jer. Maklumlah, company Cina, dia tak provide surau. So kena menapak sikit la pergi ke surau bersebelahan dengan Econsave. Jauhlah jugak, tapi terpaksalah sebab nak solat zohorkan. Asar selalu aku balik solat kat rumah ja. Sebab tu selalu balik on time pukul 6ptg.
Masa nak ke surau tu, aku kena lintas jalan. Aku ternampak satu stall. Ada seorang makcik berdiri kat situ siap dengan beberapa bekas-bekas makanan atas meja tu. Aku agak kuih-muih atau lauk pauk untuk makan tengahari. Memandangkan aku puasa hari tu jadinya aku hanya bermonolog dalam hati ni, “alaaa… aku puasa la pulak hari ni. Kalau tak, boleh tengok-tengok makcik tu jual apa. Takpelah, esok la nak singgah gerai makcik tu”.
So masa nak lintas tu aku tengok la kanan, kiri, kanan then baru lintas sebab kereta lalu-lalangkan. Bila aku melintas sambil pandang balik ke stall tu, tinggal stall kosong jer. Makcik dengan bekas-bekas tu langsung takde. Sekelip mata jer hilang. Aku cuak campur musykil. Uik?? Biaq betoi. Mana pulak dah makcik jual makanan tadi tu? Stall tu mcm dah lama tak guna. Sunyi jer. Aku pun apa lagi, berlari la ke surau.
So apa pendapat korang dengan kisah makcik misteri aku ni?
~eikorina~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Aku rasa ko lagi misteri dari makcik dua org tu
Setuju buanget.. ?? dye nye lgi misterius dri mkck2 tuh..
Aku rasa tu benda nak berkawan dengan kau..haha hati2..ada yang memerhati..
misteri nyela haii
makcik tu dok usha ko nak risik jadi menantu..bersangka baiklah kita..jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda
Oh begitu ceritanya…
Hmm…
misteri gak…tp pendek sgt citenye
Done baca..
Misterilah
Alhamdulillah sepanjang study uum tak pernah ada gangguan..btw saya duduk DPP MISC batch 2010/11..tetibe rindu kat uum
ulang semula dok baca musim pkp nie. .lahaiiie