Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 10 – TEBUAN, BULUH DAN ANAK SUNGAI

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 30 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil makhluk halus ni “menatang @ natang”. Aku ada submit sembilan (9) kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham apa yang berlaku. Minggu lepas gi Tokyo, meeting and training 4 hari. Sejuk 14° C nak type pun malas. Baik bergolek tengok kartun Jepun lagi syok. Jumaat baru balik, so memang delay la episode 10.

Aku reply sikit eh episode 9. Memang tak boleh kawan ngan Jin Islam. Aku dah kata jangan tiru aksi Jerry dengan Pak Lang. Diorang ada ilmu. Tapi diorang tak bela sebab syirik kot. Kalau aku tau Jerry bela jin ke, natang ke, jangan risau. Aku orang pertama pijak, lompat-lompat perut dia sampai dia tak nak bela dah. Yang kedua, Sepul dah kahwin la, siapa tah tanya kalau dia single. Ha Jerry single. Wife dia dah tak ada. Siapa nak try boleh la. Gaji pakai US Dollar, pakai BMW, rumah sewa ada dua. Siapa nak? Tapi tinggal rumah mak mertua la. Dapat Jerry free anak lelaki 1. Heh heh. Yang ketiga, Tulip ngan Kiko orang sama. Kiko tu nama panggilan. Nama IC dia memang Tulip. Siapa nak cari dia, office dia dalam KLCC tingkat berapa aku tak tahu.

Nak bagitahu yang Cerita aku semua tak seram tau. Cerita peribadi. Memang sesetengah tanggapan orang mungkin kata ni rekaan tapi terpulang. Ni perkongsian bukan cereka. Aku pun tanya Sepul detail dia kalau aku sorang ingat semua, agak susah. So memang tak boleh puaskan hati semua pihak.

AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.

KISAH 10 – Tebuan, Buluh dan Anak Sungai
Seram tak tajuk dia? Aku pakai bubuh je tajuk ni. By the way, Cindy, Yati dengan arwah Lily (ex-wife Jerry) pernah cakap. Kalau aku, Sepul ngan Jerry dalam satu tempat yang sama, mesti benda-benda pelik jadi. Contohnya, kisah ni tahun 2012. Masa ni semua belum kahwin tapi semua dah kenal la masing-masing. Kitorang berenam (aku, Cindy, Yati, Kiko, Sepul, Jerry) pergi ke Jengka, Pahang sebab Jerry nak jumpa parents Lily, nak bincang pasal majlis nikah. So sampai sana, masuk ke Homestay. Homestay dia gila angker. Kiri, kanan, belakang semuanya belukar. Satu je jalan keluar masuk kereta, tu pun curam juga. Kalau jalan kaki mau patah pinggang. Dalam website gambar cantik, dah sampai, Pehh. So nak jumpa parents Lily hari kedua.
Kitorang sampai sehari sebelum.

So petang hari pertama tu, aku, Kiko ngan Sepul gi jogging. Anak owner homestay tu, let say nama dia Bob ikut tunjuk jalan. Budak tunggu result SPM. Konon kami jalan-jalan tengok kampung la. Cindy ngan Yati tak ikut nak prepare dinner katanya. Jerry pun tak ikut. Nak settle hal business Pak Lang. So kami bertiga jogging la. Orang kampung tengok pelik je. Aku pun pelik ngan idea jogging tengah tengah kampung macam tu.

Tengah jogging tu tiba-tiba ada satu group lelaki lari arah kitorang sambil jerit, “Tebuan, Tebuan”. Kitorang yang tengah penat, lari juga la, kang tebuan gigit tak pasal je. Lepas tu Kiko stop. Dia cakap mana ada tebuan kejar kitorang. Aku ngan Sepul tengok, betul juga. Tapi group tu terus lari tak cukup tanah sebab kena kejar ngan tebuan. Aku da pelik, kenapa tak kejar kitorang, dia tak gigit orang bandar ke? Bob orang kampung tu taknak gigit? Dah la dekat tengah-tengah kelapa sawit. Tiba-tiba ada bayang orang mengendap dari celah pokok sawit. Bila Sepul sergah, bayang tu lari arah anak sungai, aku kejar, dia terjun dalam sungai, hilang macam tu je. Tak timbul-timbul. Aku dah tak sedap. Aku call Jerry. Dia cakap dia datang segera. Nak jadi cerita, Bob hilang.

Aku ngan Sepul mencari la keliling sawit, tak ada. Kiko aku pegang, tak pasal-pasal hilang pulak nanti. Lepas tu Jerry sampai dia bonceng Lily naik motor. Lily yang tunggang, Jerry bonceng. Macam mana Lily boleh datang, aku tak tanya pulak. Cindy ngan Yati tinggal homestay. Jerry pun terkejut Bob tak ada so kami Cari. Tak jumpa juga. Natang banyak la aku Nampak. Diorang punya shift dah nak start la tu. Lastly, Lily call orang yang pandai berubat. Katanya lebai kampung. Cepat gila orang tu sampai. Dalam 10 minit je. Pak Haji; pakai kopiah, pakai kain, tak pakai baju, naik motor Honda lampu bulat. Tak tahu la anda semua, tapi bagi aku uniform dia pelik.

Dia start la baca surah. Aku tau surah tu tapi panic tak terfikir pulak. Da panic. Masa dia baca, Nampak la Natang semua mencicit lari. Lepas tu, dia kata kena sorok bunian. Lepas tu pakcik tu kata nak balik, nak azan Maghrib dah. Dia nak gi surau. Tapi pakcik tu pesan cari pintu masuk alam bunian. Caranya cari buluh yang bengkok menyerupai pintu gerbang. Dah jumpa pintu, call dia. Lepas Isya’ dia datang. Dia cakap yang lelaki kat situ ada kelebihan. Senang je jumpa. Dia maksudkan aku, Sepul ngan Jerry. Lepas tu dia balik.

Kitorang berlima macam ternganga jap ah. Terus kitorang gi area buluh jarak dalam 50 meter, cari pintu. Masing-masing tak tau rupa pintu tu macam mana tapi kitorang cari juga. Sampai satu tahap, aku tak tahan nyamuk, aku rasa macam nak tebang je buluh tu buat pintu, macam pintu gol bola tu. Ok bagi anda clear eh, dunia bunian kami tak tau apa-apa. Taknak tau pun apa ada. Even kami boleh Nampak Natang sikit-sikit, tapi bunian bukan dari kalangan Jin. Maka kami tak ada access ataupun Bahasa mudahnya access denied.

Kitorang cari la lagi tapi tak ada hasil. Mana ada pintu pun. Nyamuk ada la. Natang pun ada. Bayangkan Sepul ada cakap ada jumpa Natang muka Siti Nurhaliza masa tu. Aku buat lawak la kata kan kat Pahang, Siti kan asal sana. Ok, Sekali Jerry call Pak Lang. Lepas tu tunggu la Pak Lang call balik. Ingat lagi masa tu Cindy call tanya bila nak balik, nasi dah nak sejuk. Ok ini iklan. Bagi memanjangkan cerita.

Pak Lang pun call lepas 20 minit, dia cakap pintu tu ada kat tempat busut kena pecah. Mesti Pak Lang ada ‘informer’ kat Pahang. Besar cable dia ni. Kitorang cari la busut kat tempat Bob hilang. Masa tu dah Maghrib. Memang solat semua ke laut la. Lepas tu jumpa busut kena pecah tu. Dalam 5 meter dari busut tu, ada buluh macam pintu. Ni la kot. Bila lalu tak ada apa-apa. Tak pergi alam lain pun. Tapi kan bagitau korang, Natang penuh keliling pintu tu. Diorang macam intai-intai pintu tu. Kitorang yakin itu la pintunya. Kitorang pun call pakcik tadi. Dia datang lepas 1 jam. Soalan pertama dia; korang tak solat Maghrib ke? Baju sama je. Terus aku rasa macam petir menembak ke dada.

Lepas tu pakcik tu bersila depan pintu, dia pesan kalau Nampak bunian jangan ikut kalau diajak. Yang perempuan amat cantik. Ok yang ni memang macam wayang. Lepas je perkataan ‘cantik’ keluar dari mulut pakcik, Cindy ngan Yati sampai ngan kereta. Macam tau-tau je aku ngan Sepul nak cuci mata. Masa pakcik tu start dia kata nak panggil Bob balik, banyak gila Natang berkumpul tengok-tengok. Macam ada konsert. Jerry bagi warning, ada Natang nak kacau, dia sembelih.

Jerry start angin bila ada yang start kacau Lily. Lily tiba-tiba je diam, ketawa macam mengilai sambil Tarik rambut Kiko. Rambut Lily nasib baik pendek. Kalau tak, dah macam Pontianak mengilai. Pakcik tu stop jap. Sebab dah 2 hal. Bunian satu, Natang satu. Ok ni nak cerita sikit, bila arwah Atok aku atau Pak Lang halau Natang, diorang diplomatic, pujuk-pujuk Natang keluar, renjis air, tiup-tiup, bercakap ngan Natang. Macam tu la . Macam good-good je. Tapi bila Jerry naik angin, dia jerit, dipaksanya Natang keluar. Jeritan Jerry tu, aku rasa kampung sebelah pun dengar. Tak macam Atok ngan Pak Lang. Lembut je. Sebab Atok kata, Natang pun ada keluarga.

Lepas tu, kejap je Lily sedar. Jerry lepas tu warning Natang lagi, siapa kacau kitorang, dia patahkan kaki ngan tangan, macam yang baru dia buat. Lepas tu pakcik tu continue, dia bincang-bincang nak Bob balik. Yang ni sama kot caranya dengan kisah bunian lain so aku tak repeat la. Tapi aku nak cakap yang perempuan keluar dengan tok penghulu bunian tu, cantik gila. Cindy Nampak pula, yang dia punya bodyguard. Cindy kata muka kacak habis. Patut la manusia rela kahwin ngan bunian. Tapi Cindy lagi cantik. Lalalala.

Kitorang gi amik Bob seberang sungai. Ala tak dalam pun. Paras betis je air nya. Tapi Bob tak basah pun. Cuma dia macam hilang ingatan jap. Lepas tu Jerry hantar Bob balik naik kereta. Yang perempuan semua ikut naik kereta. Pakcik tu pun balik naik motor. Aku ngan Sepul juga kena jalan kaki. Ok tamat kisah 10.

Kisah 10.1 – Hantu Dapur
Ni selingan khas untuk peminat Cindy. Tapi dah macam cerita confession la pulak. Haha. Semalam birthday aku. Kitorang gi Bangsar Village makan, tapi Cindy order aiskrim je. Aku makan tiba-tiba Cindy blah nak gi beli hadiah katanya. Nasi aku banyak lagi. Dia tinggalnya aku jaga anak. Adoi la isteriku.

So aku makan lama gila. Nak jaga anak merengek lagi nak makan lagi. Noah ni dah la kalau mak or nenek dia takde, merengek je. Ayah dia pun dia taknak. Lepas tu dapat whatsapp Cindy kata dia kat Fashion Valet. Aku dah pelik buat apa dia gi kedai tu. Aku pun bayar, dokong Noah gi situ. Tiba-tiba ada satu perempuan Arab bertudung datang ke arah aku, mintak credit card. Aku pun dah ingat ni mesti kes pukau, aku ignore je la.

Baru jalan dua tiga langkah, phone aku bunyi, Cindy call. Dia kata dia kat belakang. Aku toleh, la Cindy rupanya perempuan Arab tu. Dia pakai tudung ngan sunglasses, mana aku kenal. Aku pernah tengok dia pakai tudung pun masa nikah je. Tu pun pakai selendang. Dia marah tapi aku buat-buat main ngan Noah. Selamat.

Masa bayar, aku terfikir, birthday aku tapi kenapa Cindy dapat hadiah aku kena bayar? Tapi dia beli tudung, aku yang happy. Even harga bil tu boleh beli Golf Set baru, tapi aku happy. Lepas tu, lalu la owner FV, Vivy Yusoff. Aku cakap la Vivy Nampak cantik kat luar dari dalam TV, lepas tu dia terus muncung. Dalam kereta tak bercakap langsung. Dia tak tahu husband dia ni kat luar, bercakap dengan perempuan tundukkan pandangan, alihkan perhatian tengok lantai je. Mana nak cari suami macam ni.

Malam tu dia tak habis merajuk lagi, tapi dia masuk dapur nak masak. Aku nak surprise dia konon. Aku pegang bahu dia. Lepas tu dia toleh, muka dia putih melepak. Pakai masker. Menjerit la aku. Lepas tu Noah nangis lepas aku jerit. Terkejut kot. Sudahnya aku kena marah lagi, aku dinner Maggi Cup je. Itu la kisah hantu dapur

p/s: Tadi gi kerja dia tak pakai tudung pun. Hemmm…

p/s/s: Kalau dia pakai tudung full time, aku pun nak quit smoking la. Heh heh

Ni link previous semua 9 kisah:
http://fiksyenshasha.com/?s=halus+benci

38 thoughts on “Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 10 – TEBUAN, BULUH DAN ANAK SUNGAI”

  1. Salam. Agak musykil, bukan ke natang tu dari kalangan jin juga?

    Makhluk halus ini semua kan jin secara umum? Bapa jin namanya Jann.

    Reply
        • Akak Google ramai cakap bunian bukan kalangan Jin. Akak pun ingat dalam satu ceramah kat surau ustaz tu pun kata macam tu. Wallahualam. Sebab tu M tak boleh nampak kot

          Reply
    • Bunian mungkin jin juga tapi api yg sejuk..kalo kita hidupkan dapur gas kan kita nampak api warna biru² sikit..mcmtu la perbandingan Bunian dgn jin biasa
      Mungkin sbb makhluk api nih dah bersyahadah, beriman Islam Ehsan..dan amalan² zikir semua yg jadikan dia makhluk gitu – mungkin la itu yg dimaksudkan lain drpd jin biasa tu…
      Apa² hal pun depa tetap makhluk dimensi ke5(mcm jin, ifrit, iblis) dan ada nafsu jadi kalo kita silap kawan depa alamatnya melencong la juga…wallah hua’lam

      Reply
      • En Mal silap.bunian adalah bunian,jin adalah jin.mereka mmg mahluk yg manusia biasa(hijab masih tertutup) xblh nmpk,melainkan manusia yg hijab mereka terbuka.elemen bunian sy xtau,tp syaitan drpd api.sbb tu masyarakat melayu panggil bunian,org bunian.sy xprnh plk dgr MM pggl bunian,setan bunian.sy xprnh dgr lagi ad org yg sesat klu mengikuti org bunian,dan xsemua org blh melihat org bunian.sbb kurangnya org skrg yg beribadah mcm sahabat2 rasulullah.mengapa sy tulis cmni?sbb sy xprnh dgr mat2 rempit,mat2 pet,kaki2 pompuan,kaki2 botol berjumpa dgn org bunian.klu en. Mal mahu tahu lebih lanjut,blh bli majalah mastika

        Reply
  2. aku doakan bini kau pakai tudung amin,
    moga keluarga kau menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmaah,
    ha doa aku pagi2..
    tapi betul la, natang ni kita jangan takut ngan dia, tapi nk wat guana dah gope hodoh, takut le kita, haha
    laki aku kalau Nampak dia pesan, yang, jangan jerit, jangan jerit, buat bodo je..
    ajee gila x jerit muka tekejut, depan mata kot..

    Reply
  3. Jerry betul2 garang ye. Lily meninggal sakit apa? Cindy tetap isteri misali dalam dok sibuk2 cari bob sempat lagi ajak makan. (Wah2 mana nak cari bini gitu. siap puji Cindy cantik lagi dr bunian.) Tapi Mr M kejam hantu dapur tu Cindy hahahah. Semoga Cindy terus istiqamah la pkai tudung (bukan sebab fesyen) ye la kami dh screenshoot Mr M nak berenti merokok klu Cindy pakai tudung hehe.

    Reply
  4. sesungguhnya maseh blur
    natang tu termasuk ( cik pon, cik poch, bang raya, ++++ ) suma2 la kan?
    adakah natang ni sebenarnya kalangan jin?
    apa beza dengan kaum bunian? bukan dr golongan jin ke?
    pastu penah baca karya carlito rocker kot namanya, jin ni ada banyak zaman, pastu mkin blur jap mcm baca sama ngan bunian.
    haihhh penin la. mohon jawab sapa yg tau.
    mekaseh
    p/s, M sambung lagi cita mu, bestt

    Reply
    • Rasanye penah bace yg bunian ni kacukan manusia & jin..so kalau ade zuriat yg terhasil drp hubungan dua jenis makhluk ni, alam yg akan die tinggal bergantung pada peratusan darah jin atau darah manusia yg ada dlm badannye..kalau tinggi di bahagian jin, die akan tinggal di alam bunian..kalau tinggi di bahagian manusia, die akan tinggal di alam manusia..tapi hidupnye mungkin berbeza dgn kite sebab die masih boleh berhubung dengan alam jin walaupun tinggal di alam yg berbeza..

      Reply
  5. Hahahahaha sabau je la… ko jgn main2 la… nk citer hantu citer je la.. smpi bini ko pn mo ckp hantu dapur hahaha

    Best2… kem salam cindy ek…

    Reply
  6. ”Cindy Nampak pula, yang dia punya bodyguard. Cindy kata muka kacak habis. Patut la manusia rela kahwin ngan bunian. Tapi Cindy lagi cantik.”

    – Ayat orang “takut bini” ni…wakakakaka…(gurau je bro)..

    Reply
  7. Assalamualaikum n hai hai hai uoollsss…
    Memule nk habaq mai kat hampa suma naa…
    Ceehhh bajet retis glamer ade org carik plak, hahahahahahahha…
    2-3mgu akan dtg ni hakak biziiii sket sbb nk pindah umah…
    Ni curik mase sket demi M my peberet writer asben of Cindy, hahahahah…
    Sooo klu hakak senyaaappp x mengkomen tu sbb akk bizi tau…
    Bkn sbb akk meninggal, huhuhuhuuu…
    Unless klu mmg ajal dh sampai mesti akn ade announce kt pesbuk hakak kay…
    Slumber badak air sirap bandung soda jer akk tumpang tampal memo kt page M yg glamerrrrr lg ensem beristerikan isteri cantik kalah puteri bunian tu…

    “Patut la manusia rela kahwin ngan bunian. Tapi Cindy lagi cantik. Lalalala…”

    Akk memule bace ayat ats ni ade sedikiiitttt curiga tau dik…
    Tapi bile sampai part ayat bawah ni mmg curiga akk tu berasas dan terbukti…

    “Lepas tu, lalu la owner FV, Vivy Yusoff. Aku cakap la Vivy Nampak cantik kat luar dari dalam TV, lepas tu dia terus muncung…”

    Ceehhhh…
    Hampagassss btol ko ekkk…
    Konon Cindy lg lawoooo dr puteri bunian tp tgk Vivy pon ko dh beria puji cantik smpi Cindy majuk…
    Sbb mata akk tgk Vivy tu biaseeee seadenye jer kot…
    Padan muke x pepasal kena kacau Hantu Dapor, hahahahahah…
    Bravo Cindy, bravo…!!!
    Good job…!!!

    Habaq kat Cindy kot xnak tudung yg maheeiiii yg amat tu, bak mai kat akk selaku peminat die nih…
    Hehehehehehe…

    Reply
    • Sila rindu utk bbrpa mgu akn dtg tau…
      Hehehheee…
      Sbb akk xleh nk menjengah selaluuuuu kt sni…
      Bizi nk pindah…
      Huhuhuhuuu…

      Reply
    • bia la dia nak cite psl family dia. best kot cite family dia hahaha mesti family admin tak hooraaayy hooreey mcm Mr M heheh

      Reply
  8. Bunian tu… Mmg bukan jin islam la ye? Mak slalu ckap bunian tu lebih kurang mcm jin islam… Or diaorng mmg dari spesies makhluk lain.. Tolong jelaskn jwapan tntang nie secepatnye.. Terima kasih..

    Reply
  9. jerry ni mcm spesis laki aku je…sikit nak bunuh, sikit nak sembelih..
    fyi laki aku pun mcm en M ni..dpd baby lagi dah ada kelebihan..
    tp dia x suka share cerita dia ngan org sebab klu dia cerita dia akan demam
    setakat ni dah 4 kali lps dia cerita kat aku dia demam panas…
    last dia cerita kat aku masa kami kat kedai makan…dia tegur dtg makan pun bwk ‘hantu raya’ sambil pandang sorg pak cik tu..
    esoknya dia demam panas..aku jugak yg kena EL sebab jaga dia..

    Reply

Leave a Comment