Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 30 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil makhluk halus ni “menatang @ natang”.
Aku ada submit lapan (8) kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham apa yang berlaku. Ok skip terus to the main part. First reply feedback mana yang sempat. Ok aku cakap masa part 7, kalau pasang mp3 orang mengaji, Natang tak dengar.
Bukan aku maksudkan jangan pasang. Sila pasang dan anda ikut baca bersama. Dapat pahala and Natang pun lari. Tu maksudnya. Bukan pasang mp3 lepas tu sibuk update status FB “ada momok dalam rumah. Done pasang youtube Yaasin. Keluar la kau hantu dari rumah aku.” Memang tak jalan la.
Yang kedua, Kak Yulie tu siapa yang tak tahu, dia pembaca dan pengulas kisah-kisah aku. Bukan hantu perempuan ye. Kalau cari memang la tak jumpa. Yang ketiga, aku ni masa kecik takut ya amat ngan Natang. Sebab tu kisah aku semua masa kecik, masa kolej. Sebab tu masa aku penakut Ya Rabbi. Dah besar ni, takut juga kadang-kadang.
Tapi sekarang Alhamdulillah, ada sedikit berani. Yang keempat, yup aku ada 2 ekor kucing sepasang. Yang jantan nama dia Handsome. Yang betina nama dia Sayang. Si Handsome aku pernah tengok, dia Nampak Natang dia biar dah masuk rumah, baru halau. Konon macam jadi hero. Kalau si Sayang, Natang kat luar dia da kembang bulu, tak bagi masuk. Mak aku kalau datang rumah aku, aku mesti confuse.
Kalau dia panggil sayang tu, dia panggil kucing ke panggil Ayah. Kakak aku pun sama, aku tak tau dia panggil kucing ke panggil abang ipar aku. So sebelum start cerita,aku nak bagitau yang…
AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.
KISAH 9 – JERRY YANG MENAKUTKAN
Sebelum start, aku nak minta maaf aku dah takde idea nak bagi tajuk so repeat je tajuk lama. Kali ni tak seram tau, maka bagitahu awal-awal siapa nak seram, kisah kali ni memang cerita pasal aku dan keluarga aku je, pasal hantu ni sikit sangat kali ni. Ada yang minta kisah bersama Jerry, asyik ngan Sepul je.
Aku pun naik boring tulis pasal Sepul. Tapi kalau ngan Jerry kena mood serius. Sebab Jerry ni tegas orangnya. Bekas ketua pengawas la katakan. Ok aku kan pernah bagitahu, Jerry ni boleh panggil Natang, Pak Lang ajar. Kisah kali ni Cindy ada. Kak Yulie jangan merajuk ye. Kali ni nak bagitahu ada watak baru. Adik Jerry, nama dia Tulip.
Muda setahun dari aku. Kitorang panggil Kiko. Dia paling muda dalam sepupu sepapat. Kalau nak tau, Jerry ni over-protective kat Kiko. Jerry pernah bertumbuk masa sekolah sebab ada mamat ni sorok beg Kiko. Pasal tu je. Nasib aku tak ada abang camtu. Disebabkan Jerry ni sekolah lelaki, so Jerry paksa Kiko masuk sekolah menengah yang sama ngan aku, Cindy ngan Sepul, masa Kiko naik form 1 so kami boleh jaga. Kiko rapat dengan Cindy sampai Cindy dengan aku dating zaman sekolah pun kena bawak Kiko kalau tak Cindy taknak dating.
So kisah ni tahun lepas masa Kiko kata BF dia nak masuk melamar dia, let say nama budak tu Abu. Budak bank harimau cawangan Shah Alam. Kiko tanya abang dia sesuai tak Abu tu buat suami. Yang Kiko tak tahu, Jerry pernah pura-pura jadi customer kat bank rimau tu, purposely nak tau sikap Abu ni.
Jerry ada cakap dia tak suka Abu ni. Ni dah dapat green light Kiko, apa lagi, Jerry ajak la aku ngan Sepul jumpa Abu. Kitorang jumpa la si Abu ni satu malam kat McD kat seksyen 3 Shah Alam. Ala yang besar tepi round-a-bout. Lepas salam-salam, borak la. Abu ni punya berlagak, dia kata dia selalu jadi imam surau. Takat imam, M pun Imam pada Cindy.
Eh? Dia tak kenal cucu-cucu Brahim ni, lagi-lagi Jerry. Setakat M dengan Sepul tu boleh la nego. So kitorang set nak jumpa dia pegi nightwalk Jumaat malam Sabtu.
Lokasi Jerry cakap dia share location baru Abu datang ke tempat tu. Masa tu Aku ngan Sepul pun tak tau tempat Jerry nak jumpa. Maka jumaat malam sabtu pun tiba. Sepul ambil MC sebab nak ikut. Sepatutya dia kerja tu. Kalau HR ko baca ni, mesti ko kena buang Sepul. Heh. Korang jangan gi buat eh apa yang aku cerita ni. Silap langkah boleh syirik nanti.
Malam tu kumpul la kat rumah Pak Lang. Lepas dinner, Jerry kata nak gi Mimaland kat Gombak. Yang Cindy nak ikut. Aku tak bagi sebab Cindy tengah pregnant 2 bulan setengah. Lepas tu dia merengek-rengek terpaksa la aku bagi sebab Pak Lang pun bagi dia ikut. Aku lemah betul kalo Cindy pujuk Mak Lang, lepas tu Mak Lang pujuk Pak Lang, mesti dapat.
Pak Lang back-up besar tak kan aku nak larang. Tengok Cindy ikut, Kiko pun nak ikut. Jerry bagi je. Dah tu Yati pun nak ikut. Sudahnya kena pegi naik kereta Pak Lang sebab ramai nak ikut. Yati ngan Cindy best. Cindy siap bawak bekal roti takut lapar. Yati pulak da siap make-up ingatkan Mimaland tu shopping Mall.
Siapa tak tau Mimaland tu, ia adalah Taman Tema terbiar dah lebih 20 tahun. So dah sampai tapak Mimaland, Kiko share location kat Abu. Sementara tunggu Abu sampai, Jerry kata dia nak cakap ngan Natang, so Yati ngan Cindy prepare. Aku, Sepul, Kiko dah biasa tengok Pak Lang cakap ngan Natang so ok la.
Masa tu Jerry baca surah, aku tak nak reveal la surah apa nanti ada yang gi try pulak. So aku Nampak ada seekor natang datang ke arah kitorang, berdiri depan Jerry. Aku tak nak reveal apa isi perbualan kami, tapi cut short, lepas Jerry perkenalkan kitorang ni siapa, dia suruh Natang tu tunjuk muka depan Abu and bantu dia tengok Abu ni sesuai tak.
Aku masa ni, tak takut sangat. Dah dewasa. Boleh cakap ngan Natang tu lagi. Lepas tu Natang tu terbang gi mana tak tau. Jerry kata, tu Jin Islam. Dia kenal pun melalui Pak Lang. Masa tu aku terkejut juga la Jerry ni handal benda-benda ni. Ingat Pilot macam moden, urban sangat hip-hop. Ok yang gadis 3 orang tu, diorang Nampak macam aku, Jerry ngan Sepul cakap ngan angin. Diaorang bukan Nampak pun. Cindy punya la excited nak tengok katanya.
Lepas tu Abu datang. Pakai baju nak g jogging, tapi tangan pegang Yaasin. Aku tak pelik tapi dah Nampak dia penakut. Da jumpa, borak sikit, lepas tu kitorang konon-konon la gi jungle trekking malam-malam buta. Abu jalan ngan Jerry. Tapi lama-lama dah sampai tempat dinosaur tu, Jerry tarik aku dengan Sepul suruh stop.
Kitorang toleh, Kiko ada dengan Jerry. Kitorang pun tarik la isteri masing-masing. Lama-lama aku sedar. Abu jalan ngan 6 Natang muka kitorang. Muka Cindy, muka aku, muka Jerry, semua la. Jerry yang sebenar suruh kitorang diam, menyorok kat atas Bukit, Nampak tempat lapang. Dalam 5 minit macam tu, Abu ngan 6 Natang sampai la. Cindy kata yang 6 orang ngan Abu tu semua dia Nampak. Mesti Kiko ngan Yati pun nampak.
Ok cerita dia gini. Sampai kat tempat yang Jerry set-up tu, group Abu ngan Natang muka kami 6 orang tu berhenti nak minum air. Kami yang real 6 orang Nampak Abu ngan Natang dari atas Bukit. Memang jelas view kitorang dari atas tu. Pembaca semua boleh bayangkan tak? Kisah ni rumit sikit. Kalau lukis baru Nampak.
So ceritanya bermula. Jerry punya tujuan satu je. Dia nak tengok Abu. Kalau dia jerit, tak ingat agama masa Nampak Natang, dia bukan untuk Kiko. Dia kata sebelum tu, kalau dia istighfar je pun da cukup, Abu dah pass test. Maknanya dia ingat Allah. Setakat cerita jadi Imam tu, alahai. Sedikit selingan, time ni la Cindy paksa aku ngan Kiko makan roti dia kata malas nak pegang plastic roti dah. Ok sambung.
Masa kitorang intai tengok Abu tu, tetiba Natang semua dari muka kami berenam, semua tukar muka yang buruk, macam muka dalam Pirates of Caribbean punya monster pun ada. Abu aku rasa la terkejut, terduduk jerit panggil Kiko. Kiko diam je. Ketua Natang tu, yang jumpa Jerry sebelum Abu sampai, bersuara. Nama dia Aslam. Oo lupa. Masa ni Abu pegang Yaasin tunjuk kat Aslam. Tapi tak baca. Aslam buat tak tahu je. Yang ni aku buat dialog eh, baru faham. Dialog dia aku reka tapi isi sama la. Mana aku ingat setiap patah yang disebut. Tapi ni aku pendekkan aku bagi yang point penting je
Aslam: Abu,ko takut tengok kami?
Abu: Takut
Aslam: Kami ni penjaga Tulip. Kami nak ko tahu kalau sesiapa kahwin ngan Tulip, kena jaga kami juga.
Abu: Tak nak. Aku takut
Aslam: Kalau tak nak kami kami akan mengamuk. Suami Tulip tuan kami juga kena bagi kami makan
Abu: Kalau macam tu, aku tak kahwin ngan Tulip pun tak apa. Aku janji ngan ko aku tak akan kahwin dengan dia
Macam tu la lebih kurang. Sebenarnya panjang lagi. Dia mengaku macam-macam. Sebab takut ngan Aslam dan kawan-kawan Aslam. Sebab Jerry dah bagitahu Aslam apa yang nak ditanya. Antaranya yang dia mengaku dia pernah ambil duit customer bank, pernah tipu Kiko, and paling best kami dapat tau dia dah kahwin, Kiko tu dia nak jadikan isteri kedua, macam-macam lagi la.
Lepas dalam 15 minit macam tu, Aslam ngan kawan-kawan dia pun pergi. Abu mencicit lari ke arah kereta. Aku tengok Yati ngan Cindy lepas tu tengah pujuk Kiko yang tengah menangis. Aku ngan Sepul tengah makan roti yang Cindy bawak. Banyak kot sedap pulak tu. Tapi habis juga malam tu lapar. Jerry hilang, masa dalam kereta baru dia cakap dia pergi jumpa Aslam. Masa dalam kereta, Jerry kata dia tak dengar sepatah pun Abu tu istighfar ke, baca surah ke, apa-apa la.
Yang dia dengar tu la apa yang kami dengar. Maka confirm Jerry reject la. Lepas tu dalam kereta, Abu ni whatsapp Kiko. Ayat dia, dia kena balik awal sebab pening kepala. Menipu lagi, memang makin melalak la Kiko tu. Nasib Cindy dapat suami yang baik hati, sopan-santun, hormat orang tua, jujur, penyayang. Kalau tak, tak tau la. Kiko pun mintak putus. Sekarang ni Kiko bercinta ngan lecturer kolej swasta. Pesan aku pada lecturer kolej swasta tersebut, good luck brother!
Ok kita masuk bahagian tips. Ni tips sahaja eh. Bukan 100% betul. Kalau jadi bagus la. Tak jadi, tak jamin. Ok kalau nak halau Natang tu, kucing luar rumah, tak pasti tapi aku rasa la kena kucing tu ada kat depan dengan belakang la kot. Baru berkesan. Tips berkaitan Natang, tapi ni bukan dari Pak Lang tapi teori aku sendiri. Ok bagi aku, Natang suka dekat dengan orang yang terlampau takut ngan diorang.
Sebab diorang boleh tahu. Contohnya aku masa kecik. Da besar ni takde la sangat aku jumpa Natang ni compare masa kecik. Yang kedua, korang mengaji kat rumah, baru Natang tak masuk. Dia mungkin pergi rumah orang sebelah ke, rumah depan ke. Kalau susah nak ngaji, lepas sembahyang tu baca je al-Fatihah ke, ayat Kursi ke, surah an-Nas ke, surah yang pendek-pendek, baca kuat-kuat.
Ala macam masa korang karaoke kat RedBox KTV tu. Ulang tiga, empat kali. Cuba test malam ni. Mesti korang akan dengar bunyi pintu terkuak la, bunyi pinggan mangkuk la, bunyi paip air la, bunyi guli la, yang mana rumah double-story tu bunyi orang pijak tangga la, bunyi macam jiran sepak dinding la. Tu semua Natang tu.
Diorang buat bunyi tu ada dua sebab.
Pertama sebab panas, diorang tengah lari selamatkan diri, kedua nak suruh korang takut dia, maka korang stop. Yang ketiga, jangan simpan patung dalam rumah hatta Teddy Bear pun. Natang jadikan tu as bekas dia lepak. Macam katil diorang la. Sebabnya usah ditanya. Tak silap aku banyak ayat Quran ngan hadis pasal simpan patung ni. Yang tips terakhir kali ni, jangan takutkan anak nakal korang dengan ayat “pergi la main kat situ. Ada hantu momok”.
Sebab bila Natang dengar dia ingat korang yang bagi kebenaran anak korang main dengan dia. Natang tu bukan nak main ngan anak korang pun pada mulanya. Mana tau dia tengah jalan-jalan ke, tengah dating ke, korang pulak ajak dia main ngan anak korang. Arwah Atok aku cukup banyak kes yang dia handle, bila ditanya, ibu bapa ada cakap macam tu. Kesian Natang. Korang jemput dia main ngan anak korang lepas tu korang halau dia.
Itu saja la buat masa ni, Cindy ajak gi Tesco ni beli barang dapur. Assalamualaikum. Bye-bye
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wei..aku suka giler cite ko..tgh dgr sinar.fm..sanggup bkk earphone nk khusyuk baca nyer pasaii..haha
:D. Terima kasih M, utk tips kucing halau natang . Your stories have never been dissapointing.
Bestnye dapat abang macam Jerry. serius la nama adik Jerry = Tulip?
Memang mak2 suka takutkan anak-anak dengan momok ek?
kakak ipar datang rumah aku, suruh anak dia mandi nanti hantu dinding ambik budak tu kalau tak mandi(sambil ketuk2 dinding). Subuh tu dia sorang je dengar bunyi pinggan mangkuk jatuh berderai kat dapur, aku tengok takde apa2 pon. Hantu momok datang rumah aku ke lepas dia panggil? haha hantu dinding.
kalau dengar kucing bunyi2 panjang2 meooowww depan pintu rumah pukul 3 pagi tu kucing ke natang? Tapi esok pagi aku nak g keja bukak pintu ade kucing hitam dok terpacak, tu natang ke kucing? pasal dah tak berbunyi langsung pulak.
waaa… best3..
smpi bleh siasat psal abu..
mujur ade abg protective mcm jerry..
psal teddy bear @ patung, kalu ade kt dlm umh kite buat main2 baling2, xpe x?
buat bantal peluk kt ank2..
Aku selalu jugak dengar macam macam kat bumbung bila aku solat maghrib. Kan kalau maghrib kita kena baca kuat kan. So, berdentum bunyi nya kat bumbung. Pastu satu lagi, time kalau aku baca Quran ke Yassin. Mmg ada je bunyi. Tp aku taktahu la tu natang ke binatang. Hahahah.
best cte kau.. kbye
aku ada patung buaya besar. tp dh tersimpan lama dlm almari. agak2 natang tu dok lepak situ ka? buaya tu aku simpan kt bilik lain.
aku xboleh buat keje.. kah kah kah!! ko buat lawak.. sekarang aku rasa natang bnyak kat aku sebab aku ngulor buat keje baca cerite bengong ko ni.
Tapi sayang nak buang teddy bear. Dekat 50 ekor teddy bear aku bela. teddy bear. teddy cow, teddy cat, teddy dog pun ada.. waaaaa 🙁
Awesome bro…Mmg among the best writer kat FS ni. Please continue with more
Kalau M update kisah dia confirm aku baca last sekali.. sebab nk fokus kisah dia..haha i like this story.. Nak jugak tau kisah jerry ni..
Yuhuuuu….yuhu yuhu yuhuuuu…
KAK YULIE is coming…
Ambooiii…
Siap ade yg x pueh hati kat pesbuk tanye sape Kak Yulie tu…
Pastu lucunye ade yg tlg jawab kate Kak Yulie tu yg tukang komen selalu buat M terase…
Gamaknye mesti die ingt akk punce M.nk stop menulis dlu…
Kijam ko dik, akk TUKANG PUJUK aaarrrr…
“Aku tengok Yati ngan Cindy lepas tu tengah pujuk Kiko yang tengah menangis. Aku ngan Sepul tengah makan roti yang Cindy bawak. Banyak kot sedap pulak tu. Tapi habis juga malam tu lapar…”
Tapi atas ni lebih kejamnye ko ngan Sepul kan…
Tapi x taulah klu tujuan ko perabis roti sbb xnak membebankan Cindy yg pregnant jd tkg pgg roti tu tadi…
Beraninye ko ekkk bwk Cindy akak tu yg tgh pregnant g Mimaland haunted cmtu…????
Ke Cindy mengidam nk join xtvt seekers korg tu???
Hehehehehehhe…
Papepon akk suke klu abg akk mcm Jerry…
Ini idookkk…
Abg akk penah duduk rilek jer mse akk kena kejor ngan bdk laki gatei mse zmn blk sek dlu…
Smpi skang akk dendam ngan die psl kes tu…
Huh!!!
Kirim salam kat Cindy…
Habaq kat die akk rindu die satu episod…
Suami die punce keadaan…
Hahahahahah…
First time komen. U’r my favorite writer. Cite lagi ye M. Klu ko buat episod sampi 100 pun aku follow. Hehe
Sepul single lg tk?
hahahaah bestttttttt .
Kesian Natang. Korang jemput dia main ngan anak korang lepas tu korang halau dia.
Kesian…kesian…
kt fs ni cite ko je yg aku tnggu nk bca…
best la citer ko dik…dari kisah 1..sampai 9 akak fokus baca..nak lgi ko share bnyk2 kisah natang..thanks for tips2 yg berguna..kdg2 menghayati smpai akak terpikir ko ngn jerry ni mcm pelakon Supernatural 2 beradik tu Dean & Sam Winchester..hahaha…ape2pon teruskan menulis utk kami.. terbaik bro!
(Bukan pasang mp3 lepas tu sibuk update status FB “ada momok dalam rumah. Done pasang youtube Yaasin. Keluar la kau hantu dari rumah aku.” Memang tak jalan la) ? ?.. tq tips bg M… org moden zmn skarang bnyk yg x pcaya bnda ghaib, mcm dia sorang jer kt bumi Allah..
Dah 3hari berlalu tanpa kisah baru. Mana M ni???!!! ???
first time saya nk komen..mmg follow dr yg frst smpai sekarang..smpai tertunggu2 bila nk kluar yg baru.gaya penulisan sempoi..senang nk faham..best weyh..best..
Boleh tak somebody tolong bagi list untuk cerita M ni dari first.. Please.. Thanks in advance??
*link
bleh search by keyword “benci”
lgpun mr.M tulis cite dia ade numbering..
so bleh bace ikut turutan number tu..
Tkde comment da. Best aje. Sila sambung
p/s Ak tnggu ko mentioned nama aku je sbb ak da marathon citer ko dri episode 1 to 9 in 10 hrs…gara2 assistnt ak dok bgi link sume citer2 ko..
Tu je, babai
Waalaikumusalam
Best citer ko nie
Kelakar pun kelakar
Kim salam semua
“Sedikit selingan, time ni la Cindy paksa aku ngan Kiko makan roti dia kata malas nak pegang plastic roti dah.” — Memang cutest to the max lah dak Cindy ni.
Tips pertama, berat sikit, sebab kami anak beranak elergik kucing.
Tips kedua, akan dipraktikkan.
Tips ketiga, ada lego, ada ironman, ada gundam, ada transformers, ada satria baja itam, ada macam-macam lagi collection, adessss ni berat tol laaaa
Tips yang last, aku kalau geram tahap cipan, for sure tu yg keluar dari mulut aku ni. So, moral of the story, no more momok for you my younger boy.
M, you are the best !!!!!!
Thanks bro.
aku paling benci org aja anak momok.. takutkan momok.. anak aku sampai skg tak tahu ape itu momok ke hantu.. cuma penah sekali dia rileks je goyang kaki sambil tengok tv tanya aku ‘kenapa popuan tu masuk bilik’ muka tak kisah sbb dia tak pernah tahu hantu ke ape.. aku tak suka bgtahu atau jelaskan.. bg aku byk lagi benda lain yg dia boleh belajar dan explore
Br 1st time follow crita awak.oklah seram ada klakar pun ada….kirim salam kt jerry…jarang dpat jumpa abg yg brtanggungjawab dgn dia…semoga kiko ketemu jodoh yg sebnarnya
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cumel
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cumel….
Kelakar
Memang surah Jin la. Untuk panggil diorangg. I tauu