Makhluk Hitam

Assalamualaikum.

Aku nak share satu kisah yang aku lalui masa kecik dulu. Cerita bese bese je okay tak delah havoc sangat.

Cerita dia, aku dulu duduk rumah teres. Ada dua bilik. Bahagian dapur rumah aku tu besar sebab tuan rumah perbesorkan. So memang luas la dapur dari ruang tamu. Kat dapur ada satu tv and tv tu aku sayang walau tv tu dah lama. Sebabnya, tv tu lagi legend dari tv 9inci 79 inci 12345 inci yang terbaru ni hahaha.

Aku ni selalu habiskan masa kat dapo. Aku suka tengok tv kat dapo dari kat ruang tamu. Ruang tengok tv tu bersebelahan dengan toilet. Bila aku alone kat dapo, tengok tv, memang selalu aku tengok sekor makhluk mirip manusia cuma takda mata, mulut or hidung. Dari atas sampai bawah hitam pekat. Like orang minyak but its not orang minyak. Dia lari laju gila masyaAllah zzupppppp sekelip mata dia lari ke hulu ke hilir. Cepat gila.

Masa tu aku tak gelabah pun sebabnya aku dok fikir tu imaginasi aku and aku takda rasa takut dengan benda tu. Idk why tapi aku just, ‘eh lantak ko lah asal ko tak ganggu aku’ pastu sambung la buat keje aku, tengok tv ke, makan ke. Tapi bila dah everyday ko tengok menatang tu, tu bukan imaginasi nama dia. Tu betul betul wei. Realiti.

Sama jugak macam bila aku ke toilet. Menatang ni tiap kali aku masuk toilet, aku sangkut towel, mesti menatang ni ada belakang aku. What deeeee! Dia intai aku di sebalik pintu tandas. Aku memang nampak kepala dia. Just kepala kosong jela. Takda mata, hidung, mulut macam aku kata tu. Plain. So maybe sebab tu aku tak lah rasa takut sebab tak nampak something worst pon hahaha. Wehh apa kes tiap kali aku masuk jamban dia datang wehh. Duk tengok aku before aku tutup pintu toilet. Masa tu aku budak lagi. Sekolah rendah. Adik aku yang selepas aku ni masa tu kecik lagi and putih lagi haha (laa ni dia kuat bersukan hitam hanguss muka). Aku tak pernah pulak tanya adik aku pasal menatang ni. Adik aku ni pon takdalah cerita apa apa.

Suatu hari, ada la pagi tu dalam 9-10 pagi kot. Ma dah bangun so pintu bilik tu ma biarkan terbuka. Aku yang masa tu penggemar Barbie memang bangun lewat. Bila aku celik, aku pandang kat luar alang alang pintu bilik tu terbuka. So, tahu apa aku nampak? Menatang tu lari zzupppp!!!! Laju gile bak hang! Dia sebijik cam manusia. Cara lari dan bentuk fizikalnya cuma yang bezanya dia man in black. Aku bagitau ma. Aku blur time tu. Masa aku tengok tu, aku terus panggil ma and gitau ma, “Ma, ada benda lari laju”.

“Benda tu kaler itam”, sambung aku lagi.

Hahaha masa tu nak gelak pon ada. Apanya bengapnya aku ni taktau takut. Masa tu, bagi aku benda tu something new walaupun hari hari aku tengok. Kiranya tu first time aku gitau dekat ma maybe sebab aku excited benda tu betul betul depan mata aku.

So, aku pon start la cerita apa yang dah aku nampak sebelum ni dekat ma. Ma pon ada cerita dekat aku. Masa aku demam panas, aku dengan ma tido kat luar (ruang tamu). Ma teman aku, jaga aku sepanjang malam. Masa tu ma tengah mengandungkan adik kedua aku (my adik bongsu). Masa tu ma cakap, benda tu ada berdiri tengok kami dua beranak dekat ruang tamu tapi dia tak buat apa-apa, tak ganggu. Just berdiri tengok kami dua beranak. Aku taktau apa sebab tido. Hee. Masa tu, ma cuba berpesan kat benda tu..

“Aku tak kacau kau, jadi aku harap kau pun tak kacau suami dan anak anak aku”.

Lebih kurang camtulah. And yes, memang la menatang tu tak kacau cuma biasa la mesti ada tengok jugak dia kat mana mana dalam rumah tu. And Alhamdulillah takda apa apa terjadi dekat kandungan ma aku sampailah adik aku lahir. Kami sekeluarga pon takda kena ganggu apa apa.

Adik aku dilahirkan pada tahun 2005. Masa adik aku dah dilahirkan, ada sorang jiran berbangsa cina depan rumah aku ni sangat baik orangnya. Dia sekeluarga memang baik sangat dengan family aku. Tolong macam-macam. Kami panggil dia Mek. Mek ni selalu tolong jaga adik bongsu aku bila ma nak solat. Aku dengan adik aku sorang lagi sekolah. So Mek la yang jaga adik aku ni. Mujur ada Mek. Mek ada jugak datang kemas-kemas. Tak silap aku, Mek ada cerita yang dia dengar bunyi orang basuh pinggan mangkuk, orang tengah mandi padahal takda orang pon. Tapi tu lah, dia abaikan je.

Beberapa tahun kedian, yang kes KB Mall runtuh ke tak silap aku.. ada kawan aku tunjuk satu video. Video insiden tu la. Aku malas nak tengok video tu sebab dah tahu dah tengok kat berita dll tapi kawan aku gitau tu video lain. Masa aku tengok video tu, memang bising la kan orang tengah kecoh tapi tak lama kemudian, mata aku membolat bila tengok sekoq makhluk sebijik macam apa yang aku nampak semasa aku duduk rumah teres tu. Sama, mirip manusia, takda mata apa semua dan lari laju gila. Aku terkejut tengok video tu. Ulang ulang dan ulang tengok. SubhanAllah! Makhluk apa ni?

Terdiam aku. Tak tahu nak kata apa. Cerita dekat kawan pon, kawan taktau tu apa benda.

And, please tell me apa sebenarnya makhluk tu? Aku sampai skang taktau dia spesis apa.

RUMAH BARU

Part ni aku nak share serba sedikit gangguan yang aku dapat kat rumah baru selepas pindah dari rumah teres tu. Sebenarnya, sebelum pindah rumah baru (rumah sendiri) ni, family aku pindah sebelah rumah teres yang bermakhluk tu. Takda gangguan sampailah berpindah ke rumah sendiri.

Di rumah sendiri. Alhamdulillah tak ade apa apa gangguan cuma biasala kawasan rumah aku tu pun memang agak seremmm and macam macam cerita aku dengar. Cuma, gangguan dari si dia dah takda. Si dia memang menunggu kat rumah teres tu. Ada satu petang tu ribut kuat, aku duduk kat ruang tamu, jaga adik bongsu aku tido. Ma tengah mandi. Masa tu mata aku terpandang dekat pintu rumah… ada satu makhluk macam makhluk kat rumah teres aku dulu tapi ni versi pompuan rasanya sebabnya, bentuk dia tak nampak kaki. Macam orang pompuan pakai kain smayang. Aku terkejut, berdegup jantung aku dup dap dup dap pastu dia hilang. Masa tu laju mulut aku baca al fatihah dan lain lain surah. Aku macam, ‘ni bini dia ke?’
Geram pon ada wei. Cis hahaha.

Kat rumah sendiri ni pon ada jugak gangguan cuma tak kuat. Pernah aku nak tido pastu terdengar someone panggil nama aku betul betul tepi telinga aku dengan nada marah. Memang jelas beb dia panggil nama aku. My name okay! Apa kes hahaha. Aku bangun, terus masuk bilik parents aku, tido sana. HAHA.

Ada jugak bunyi orang ketuk tingkap pukul 12 malam walhal tingkap bilik aku tu tinggi weh. Mustahil manusia mampu ketuk tingkap. And, tiap tiap malam aku memang tido pasang ayat ayat al quran. Dalam henfon aku memang ada satu folder khas untuk ayat ayat al quran. That’s mean takda lagu pun. Setiap malam sampai la aku tertidur memang aku akan pasang ayat al quran. Satu malam tu, ditakdirkan, ayat quran tengah pasang tu tetiba tertukar. Tetiba bunyi lagu jiwang. Adohaii aku masa tu hat tengah nak tido tersedar. Aku capai henfon, cepat cepat bukak ayat al quran dan mata aku bukak luas luas, aku check balik folder tu ada tak lagu jiwang tadi. Jawapan aku,

NO. TAK ADA LANGSUNG LAGU JIWANG TU.
Aku dah check berulang kali weh.

Nak kata tertekan, takdalah wei. Mana ada usik and masa aku check tu, memang dalam folder al quran. Cuma yang peliknya kenapa lagu jiwang tu tetiba dimainkan?

Tu belum lagi frame gambar abah aku jatuh pukul 2 pagi. Terkejut aku wei. Tengah syok tido tetiba frame gambar jatuh. Dah la gambar abah aku. Grrr. Jatuh je frame gambar tu, aku terkejut terus terbangun. Berdebor tak payah cakaplah. Dah la jenis tido sorang.

Yang tendang almari aku pon ada. Lepas aku solat maghrib, aku berdoa, dummm!!!! Bunyi orang sepak almari. Wei, tak sakit ke? Kuat gila. Apa benda la hoi. Nasib ah dia tunggu aku habis berdoa dulu. At least dia beradab la sikit.

Aku memang jenis tak layan. Lagi diganggu lagi aku kuat pasang ayat al quran. And kat rumah aku tu tiap hari abah or ma akan pasang ayat ayat ruqyah. Paling penting jaga solatnya jugak. Takda teruk sangat gangguan cuma bile ko alone dalam bilik tu memang kena la jugak kekadang sebab kawasan rumah aku tu dulu memang pokok getah. Mesti ada benda benda ghaib tu. Yang penting kuatkan diri. tak kuat, masuk bilik parents, tido sana hahahha.

Kat rumah ni, takda la aku rasa gerun sangat. Maknanya, kalau kena manja manja tu buat biasa je. Gangguan gangguan ni aku kena masa aku sekolah menengah dulu. Masa lower form. Lama lama tu Alhamdulillah makin berkurang. Dah takda dah pon. Maybe sebab dulu baru duduk kawasan tu so dia nak berkenalan.

InsyaAllah, Allah lindungi keluarga aku. Siang malam jangan lupa doa agar Allah lindungi keluarga kita. Cuma, ma aku ni kalau anak anak semua kat asrama, dia akan solat dalam bilik aku. Pastu solat dalam bilik adik aku pulak. Ma cakap, dia taknak bilik aku dengan adik aku tu dibiarkan tanpa ada orang solat. Bilik solat tu pulak memang abah aku solat kat situ dan kadang kat ruang tamu.

Tu jela serba sedikit. Tak seram sangat pon just cerita diganggu manja manja. Cuma, bila alone, memang akan rasa la seram tu. Bagi aku, memang adatlah ada benda tu ganggu manja manja. Takyah layan sangat. Aku kadang malas layan, aku tido je. Kat asrama ni macam macam aku dengor cerita. Kat uni ni pon.

Jaga solat dan biasakan rumah dengan alunan ayat ayat al quran. Lagi lagi waktu maghrib.
Sekian dari aku.

Bye!

2 thoughts on “Makhluk Hitam”

  1. Sama….makhluk hitam tu. Sama dengan yang saya pernah jumpa satu tengahari dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sampai hari ini saya masih terfikir makhluk apakah itu….

    Reply

Leave a Comment