Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Bila di office, tetiba masa layan banyak ATM report branch satu Malaysia tak balance ni la banyak kenangan lalu masuk (aku keje bank di HQ). Haihh. Tak nak hampakan rakan-tak-kenal-tapi-baca-kisah-aku so aku start menaip. Aku jadi seronok lak bila baca comment korang.
By the way, Osman call aku malam tadi. Da la pakai whatsapp call. Saving betul kau Osman. Dia cakap dia baca kisah kat sekolah sebab ada kat newsfeed bini dia share. So serta merta dia tau tu kisah kitorang. Dia baca komen dia suruh bagitau yang dia tau pasal Atok aku sebab Ustaz J yang bagitau. Pulak dah. Sekarang macam mana pulak Ustaz J tau tu pulak aku tak tau. Aku pulak musykil. Osman dengan Ustaz J tu kalau new reader tak tau, baca episode 1. Sila cari sendiri. Sebelum start aku nak bagitau, masa aku tulis episode 2 tu hari Ahad, aku sorang-sorang kat office. And masa tu tetiba dengar Kak Mah security (nama dia bukan Fatimah, bukan Rosmah) tiba-tiba cakap, “Ms Kelly, rajin datang hari Ahad. Tunggu sini. I pergi ambil kunci bilik you”. Aku dengar macam tak percaya sebab Boss aku tu pemalas nak datang weekend walau kerja menimbun. Aku pun call rumah dia kat PJ. And dia angkat. Korang rasa??? AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA. Hahaha
KISAH 4 – ZAMAN MASUK KOLEJ
Aku dapat sambung Kolej buat Pre-Degree kat luar KL. Kolej aku tengah-tengah kelapa sawit. Aku tak nak cerita perihal dalam kolej yang Cliché macam dalam S.O.P Hantu Asrama Satu Malaysia. Makcik karipap, Hantu Almari Kaki Terjuntai, Pochong dalam toilet, Orang Minyak, Hantu Jepun Kawad, tu semua ada kot. Tapi kat tempat lain la kot. Aku duk sana 12 bulan tak de nampak hantu yang dinyatakan pun. Nasib baik la. Tapi nampak dari jauh tu ada la, macam biasa.
Kisah aku ada, start cerita masa aku jemur baju. Lepas tu angkat. Aku letak la dua bakul tu dalam bilik. Sebelum tu nak bagitahu aku duduk bilik sorang-sorang sebab roommate aku lepas 1 sem, fail exam kena tendang kolej. Aku pun kunci pintu pakai selak. Lepas tu aku tidur. Bila bangun, baju aku dah siap lipat. Amazing nya. Aku pun pelik. Sebab lipat bukan style aku. Macam mak aku yang lipat. Aku pun simpan la baju-baju dalam almari. Tapi ada baju-baju tu aku perasan bercalit darah dengan tanah. Tak semua la tapi. Aku dah fikir yang bukan-bukan. Dah la aku duduk sorang. Aku cakap slow-slow jangan kacau aku. Lagi 2 bulan je aku nak blah. Masa ni dah berani sikit. Umur da 18. Heh heh. Sejak tu malam aku tidur buka lampu sampai la habis kolej. Tapi esok baju yg kena darah tu, yang aku sayang aku masuk plastik hantar dobi kat pekan. Yang dah buruk aku buang, tak nak aku simpan baju darah hantu. Hahaha
Tak habis kat situ, dalam minggu depannya tiba-tiba pintu aku kena ketuk. Aku bukak la. Datang 2 orang warden dengan security guard. Diorang kata aku bawak perempuan masuk. Ramai saksi nampak. Aku dah la baru mandi masa tu maka buka pintu tengah pakai tuala. Nampak macam tangkap basah x? Hahaha. Pastu diorang masuk check la dalam almari, bawah katil nak cari ‘perempuan’ dan yang bangangnya ada yang gi bukak laci meja. Masa ni member aku bilik sebelah tahan ketawa. Mana ada orang dalam laci woi. Aku pun buka cerita pasal ada orang lipat baju and warden serta merta suruh aku pindah malam tu juga. Tapi pindah bilik sebelah je sebab member pun duduk sorang . Aku macam what the? Macam tak de effect apa-apa pun. Ceh. Sebab nak study exam, aku abaikan je tak ambil port.
Tapi perasaan takut tu la penyebab utama aku tak amik port. Hehehe. Roommate baru aku cakap malam tu ada perempuan masuk dalam bilik aku masa aku dalam bilik. Budak kolej semua nampak. Dia pun nampak. Mesti ada yang gi report warden. Lepas habis je Exam Sem 2, aku terus kemas barang terus balik ayah Cindy yang ambil. Aku tak salam siapa-siapa say goodbye ke ambil gambar sebab aku tak tahan dah duk kolej tu lama-lama. Kes lipat baju punya pasal la. Deposit asrama pun lupa amik tak sabar balik ke KL jumpa mak ayah. Ok ni sedikit tipu sebab Mak Ayah aku takde kat KL masa tu sebab tu ayah Cindy yang datang. Cindy tu kalau new reader tak tau, baca kisah 2. Sila cari sendiri.
Tak habis lagi. Masa tengah angkat barang-barang turun, Ayah Cindy cakap bilik sebelah family diorang dah sampai. Wei tu kan bilik lama aku. Mana ada student duduk. Aku angkat barang sikit je dengan ringan-ringan sebab nak lari supaya perempuan tu tak sempat muncul. Sampai bawah aku tunggu dalam kereta. Ayah Cindy pun turun lepas tu cakap “young man, you can run down the stairs with all those things. It’s good young man”. Uncle, saya ni bawak baldi kosong dua. Nampak besar tapi ringan. Hahaha. Tapi aku tak cakap la. Masa nak bergerak kereta tu keluar pagar, ada satu perempuan senyum ke arah kitorang. Ayah Cindy cakap tu la perempuan yang family bilik sebelah. Lepas tu aku jadi, korang dah boleh agak kot. Aku terus tidur sebab penat malam tadi berjaga sebab study.
Sampai kat R&R Ipoh kot. Kitorang stop. Makan dengan aku nak solat Maghrib. Ayah Cindy bukan Islam so kitorang gi makan dulu. Sebab kalau aku solat dulu nanti nasi aku kena bayar sendiri, kalau makan sama-sama mesti dia bayarkan. Lepas makan aku gi surau then terus gi kat kereta. Tapi masa aku sampai je aku nampak mak Cindy dalam kereta. Mau tak terkejut. Mak Cindy dah meninggal masa aku form 2. Lepas tu aku pusing aku nampak ayah Cindy baru nak datang ke arah aku dari kedai makan. Bila toleh mak dia ada lagi dalam kereta tapi ayah Cindy aku rasa tak nampak. Lepas ayah dia masuk dalam kereta baru mak dia hilang, baru aku masuk kereta. Apa dalam tu aku tak tau sampai hari ni even aku dah anak sorang dengan Cindy aku tak tanya dia.
p/s: Mak Cindy asal Sabah. Kaum Murut. Potong kepala punya bangsa. Baca la buku teks sejarah. Murut mengamalkan animisme. Memuja roh. Korang rasa?
p/s/s: maaf cerita tak menarik. Sebab aku rasa setahun di Kolej tu zaman kegelapan aku. Bangun tidur sampai nak tidur belajar je keje. Main game tak sempat, main bola sekali 2 bulan. Nasib baik masa tu teman wanita belajar jauh. Maka gaya penulisan serius di sini
p/s/s/s: Aku next nak tulis pasal aku dengan sepupu aku kalau ada yang nak dengar lagi kisah aku. Ni cerita aku lari kena kejar lepas ngaji pakai kain pelikat masa kat kampung
Itu saja kali ini. Terima Kasih
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sambung lagiiii
Mak aaaiii…
Akk dok membygkan awek tu duduk bersimpuh dok lipat kain sambil muke tersenyum manis merenung suami yg nyenyak tdo…
Mmg persis isteri solehah drama melayu sangaaatttt…
Hahahahahahha…
Hahaha.. Sopan je haa.. Dpt bibik mcmtu pun xbsyukur kan kak.. ?
Lumrah manusia mmg selalu x bersyukur…
Heheheheee….
aummm…..tolong lipatkan baju oii..
wakakkakakaka…kan kak yulie….elok je dok bersimpuh…
Kaaannn…
Ayuuuuu gituuuu…
Hahahhahha..
Ya..smbung lagi,x sbar nak haca.
hang bleh lawan #siCelupar la…
hihi..
sambung, best!
”ada satu perempuan senyum ke arah kitorang”
mcm mn rupa beliau? secantik pndgn manusia biasa tgk @ ?????hehehe
Pastu diorang masuk check la dalam almari, bawah katil nak cari ‘perempuan’ dan yang bangangnya ada yang gi bukak laci meja. Masa ni member aku bilik sebelah tahan ketawa. Mana ada orang dalam laci woi.
hahaha.. memang bangang yang datang cek tu pon.
Maybe depa nk cari bhn bukti lain spt kon**m
Diorng budget pompuan tu besa mana…hadoiii la taraf bangng apakah itu. Tpi i guess, dlm keadaan yg kekonon cemas tu, semua mende yg bole bukak di bukak ….
keliaaa hahahaha . please smbung yaa bro
sambung sambung. best woo.
“Cindy tu kalau new reader tak tau, baca kisah 2. Sila cari sendiri.”
Ko tulis citer ni xbagitau wife ke? haha..
btw..cite ko mmg AAA+
Rasanya yg carik s3ndiri tu mksudnya….cari cerita nbr 2 tu s3ndiri.M tkkn ngi link ke hape ke. Bukan cari sapa Cindy tu….sbb dlm citer 2 dia ada btau ckit2 psl cindy kot.
Jenuh la klu nk crik cindy tu sendiriiii bhaiii…hahhahhahha
best…crk pompuan dlm laci……x tau nk gelak atau nk kesian..mgkn dia terlalu gabra n x leh terima hakikat x jumpa pompuan dlm tu…kira mcm x puas hati lah x jmp…….smp x leh nk pikir….
Mesti matrik kan. I feel u ? . KMK pun sebelah pokok sawit ?
Lol…ade ker patut cari org smpi kt dlm laci…ne memng lawak…haha apa2 pon citer ne mmg best bro..keep it up..will wait for ur upcoming story..
Bgs Gila tlng lipat Baju, bnda yg plng aku mls buat… Tp kes aku “pompuan” tu suka pinjam Baju, bag, kasut yg aku Baru beli & blm prnh pakai je… Pas 1 – 4 week br dia bg blk (ltk bwh katil, pakej sekali dgn habuk)… So, kalau beli barang baru mmng x dh lh aku bwk msk Bilik… Aku simpan Kat bilik member…
Haaaa.. Ni bole share ni.
First time dengar yang pelik-pelik perangai.
Melampau sangat kan rasmikan brg baru beli.. ?
Bolehla
ust j plk…hahaha.
smbg lg ye..
Mungkin perempuan yang masuk bilik dia tu macam Dorami kot. Tu pasal check dalam laci
Huehuehue
ngammmmm…… teruskan lagi….
Siapa Cindy wehhhhhhhhhhhhhhhhhhh
P check balik citer no 2 ko tu
Haram jadah Cindy pun xder
Cindy tu skrg bini dia daaaaa…hahahhahahaaha
truskn bca lelama tau la sape cindy tu
‘Tak semua la tapi’
Org johor ke..?
Rajin yg tolong lipatkn kain tu..seram..
part yg warden nak tangkap basah boleh plak dorang cari kat dalam laci.. ahhahahaaa..
amazing kan….dye tolong lipatkan baju..hahahahah
best bca smbil lyan lagu hindustan(teri meri),memang layannn.
#cumel..