#Mal – CINCIN PUSAKA

Assalam warga fs dan salam admin fs. Ni dah 3kali aku try hantar cerita dekat fs. Minta-mintalah kali ni di publish ye admin. Kalau dipublish terima kasih banyak-banyak. Kalau tak publish admin bacalah buat koleksi ye. Buat yang baru baca kisah aku ni. Aku pernah post cerita #Mal Melaka – kelantan.

Intro lah sikit pasal aku ni. Nama aku Mal. Umur 26. Dibesarkan dikelantan. Cerita aku yang lepas aku janji pasal cincin kan dekat korang semua. Okay hari ni aku tunaikanlah. Mungkin ini last story kot aku hantar cerita. Mungkin je la. Kalau yang dibalik tabirnya okay jadi okaylah aku. Kisah ni tak panjang. Maaf tak memenuhi kehendak korang.

Okay mari mulakan cerita ini dengan bismillah. Apa yang aku ceritakan ini dari mulut-mulut keluarga aku sendiri dan dari arwah nenek aku. Nenek, amal rindu sangat. Harap nenek tenang disana. Al – Fatihah.

Setahu aku yang aku tahu cuma 3 orang sahaja yang dapat cincin ni. Wallahualam yang lain Aku tak tahu la dapat ke tak tapi samar-samar ada cerita yang dapat juga cincin. Aku cerita yang aku tahu je ye korang. Kisah pertama ni dari sepupu aku iaitu ayoi.

“Su, semalam aku dapat mimpi cincin, ada orang tua buta pakaian serba putih bagi” tanya ayoi pada pakcikku.

“Mungkin dia kot bagi, warna apa kau dapat?” Balas poksu sambil riak wajah ingin tahu.

“Warna aku dapat warna hijau, apa maksudnya ek?” balas ayoi sambil garu kepalanya.

“Cuba ko tanya ummi ko, kot-kot dia tahu” balas poksu.

Setiap warna ada maksudnya sendiri tapi aku tak tahu la apa kegunaan kecuali tuan cincin itu sendiri je yang tahu. Maka satu hari ayoi keluar pergi jalan-jalan ke satu pasar ni. Lalu melilaulah matanya dan tiba-tiba dia tertarik Dekat satu booth ni. Terpandanglah dia dekat satu batu ni. Batu cincin warna hijau. Entah kenapa tanpa ditanya terus dia beli. Dia yakin itu batu yang sama dalam mimpi dia. Kelebihan cincin ni dia sajalah yang tahu. Aku tak boleh nak cerita panjang dan aku tak suka reka cerita.

KISAH POKSU

Kisah poksu pun sama, dapat cincin dalam mimpi tapi warna dia lain. Poksu pernah cerita dekat aku. Ni kejadian yang terjadi masa tu. Sewaktu dia habis kerja maka pulanglah dia ke rumahnya di johor bharu. Sedang asyik menonton telivisyen maka hilanglah dia ke alam mimpi.

Dia mimpi orang tua tu juga, sama macam ayoi. Keadaan orang tua itu pun sama. Ohye orang tua tu kami panggil Aki. Aki datang jumpa poksu dalam mimpi. Masa tu dekat satu kawasan ada sungai di tengah-tengah. Dihujung sungai tu ada benda berkilau seperti batu permata. Satu warna unggu dan satu lagi warna merah. Lalu aki berikan warna unggu pada poksu.

“Zam, ini hak kau. Kau ambillah cincin ini yang berbatu warna unggu ini”. Ujar aki pada poksu sambil menggenggam cincin itu nak diberikan pada tuannya.

“Aku taknak yang unggu ini, aku nak yang merah itu” balas poksu sambil tangannya cuba capai cincin berbatu merah itu.

“Tak boleh! Itu bukan hak kau. Ini hak kau yang aku genggam.” Balas aki dengan nada menidakkan.

Maka poksu terimalah cincin berbatu unggu itu. Kebolehan yang ada pada cincin itu dan apa maksudnya hanya tuan dia je la yang tahu. Setiap kali aki nak pergi dia mesti ada pesanan dia. Tak salah aku poksu ada cakap cuma maaflah aku dah tak ingat apa dia cakap dekat aku. Tapi adalah perkataan-perkataan yang aki bagi untuk dilafazkan masa susah atau senang.
Aki suruh baca benda tu masa diperlukan saja.

KISAH AKU

Masa tu berlaku pada bulan puasa, tahun, hari dan tarikh aku dah tak ingat. Maaf ye aku ni memang jenis pelupa sikit. Muda-muda dah lupa. Hampeh betul. Makan semut banyak kot.

Hari tu aku macam biasa menunaikan apa yang wajib apa yang Allah suruh. Kita sebagai hambanya kena selalu ingat pada dia tau. Susah senang dalam kepala kita Allah kita cari mula. Jangan masa ada masalah terus ingat dekat orang lain. Manusia boleh dengar tapi tak boleh buat apa-apa, jangan bergantung harapan tinggi pada manusia.

Sebab sikapnya berubah. Aku dah lali dengan manusia macam ni. Nak marah tak guna, tapi kalau korang rasa korang ada perangai macam tu, ubahlah sebelum terlambat. Allah tak mintak lebih malah tak pernah minta duit pun masa doa. Allah maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Maaflah terbebel kejap.

Malam tu aku mimpi di satu tempat yang sangat tenang. Tempat tu macam aku pernah datang tapi dekat mana aku tak tahula. Masa tu aku tengah tengok luar pintu sambil termenung. Tiba-tiba ada satu cahaya putih sangat dari pintu tu sampai mata aku silau. Cahaya tu makin dekat dengan aku. Aku tak lari tapi aku rasa lega tenang semuanya ada. Tak pernah aku rasa setenang tu. Menitis air mata aku masa taip ni rindu rasa tu.

“Assalamualaikum anak muda” aki bagi salam pada aku.

“Walaikumussalam tuk” balas aku masa sambil mata sepet*cahaya terang sangat.

“Sampai masa untuk aku berikan cincin ini pada kamu” aki berkata sambil tangannya cuba mengambil tangan aku.

“Apa ni tuk, saya tak biasa dengan benda ni, apa guna benda ni tuk” tanya aku pada aki sambil jariku disarung cincin itu.

“Jangan risau satu hari nanti kau akan tahu apa maksudnya dan ingat pesanan aku ini, ‘BIAR BUTA DIMATA JANGAN BUTA DIHATI'” balas aki sambil tersenyum pada aku.

Selepas semuanya dah selesai aki bagi salam dan terus pergi dari pintu tu. Keadaan aki masa tu buta tapi dia tahu tentang sekeliling dia. Kuasa Allah lagi Maha Mengetahui.

Aku terjaga dari tidur masa lepas jawab salam aki. Terkebil-kebil mata aku masa tu. Rasa di jari aku ada benda berat tak macam biasa. Rasa macam aku pakai cincin. Cincin tu sangat cantik batu warna merah petak halus dan pemegang cincin tu warna putih. Sampai sekarang aku dapat rasa dekat jari aku cincin tu. Terus aku selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 3 kali.

Bangun dari katil dan sahur la kan apa lagi. Sekarang korang tahukan siapa pemilik cincin batu warna merah tu. Ye aku lah. Dan aku tak tahu apa maksudnya sampai sekarang. Aku tak cerita dekat keluarga aku sebab aku tak tahu la apa benda ni kan. Aku diam diri je sampai la satu masa ni aku, pakcik dan kawan-kawan dari melaka nak pulang ke tangkak.

“Eh apa maksud mimpi gigi eh?” Tanya Mat dalam kereta.

Poksu membalas pertanyaan tersebut sambil kepalanya pusing ke belakang*masa ni dalam kereta. ” ada orang nak meninggal kot, gigi mana yang tercabut?” Tanya poksu.

“Gigi depan yang cabut” balas mat sambil tenung gigi dia dekat cermin pandang belakang.

“Ada orang terdekat la tu nak meninggeeeee” balas poksu dalam bahasa perok.

Aku masa ni tiba-tiba teringat mimpi aku tu. Terus aku tanya poksu.

“Eh su, apa maksud mimpi cincin hah?”Muka blur tanpa perasaan sambil memegang stering kereta.

Poksu gelak dan gelak, aku pandang sipi je ” aje gile orang tua ni ke ape” getus hati aku sambil memek muka Haaa!

“Punyala lama rupanya kau tuan dia, kau dapat warna merahkan?” Balas poksu sambil ketawa.

“Haah iyolah jang warno merah..mano ekau tahu ni jang?” Balas aku dengan aku haa lagi.

Korang dah baca kisah poksu tadi kan. Haa macam tu la dia tahu cincin tu dan warna siap dengan bentuk dia tahu.

“Apa maksud dia dowhh” *aku dengan pakcik aku memang panggil macam tu gila-gila. Anak beranak tak guna.

“Nanti aki datang aki bagitahu la ape maksud dia. Dia ada pesan pape tak?” Balas poksu.

“Ada je dia pesan tapi aku nok jugok tahu gapo bondo tu weii?” Balas aku versi kelantan KL Hashtag Looser.

Sampai sekarang aku tak tahu kebenda tu, tapi aku yakin satu hari aku tahu jugak apa bondo tu jang eh. Pakcik aku pesan jaga solat jangan tinggal solat selalu buat solat sunat nanti aki datang la jumpa aku dengan pesanan-pesanan dia nanti. Aki ni penjaga keluarga kitorang dari moyang dulu-dulu, dia boleh berubah macam-macam bentuk, nak jadi kucing ke apa ke tapi bentuk asal dia orang tua buta tu.

Wallahualam la semua. Sebulan sebelum nenek meninggal tiap-tiap malam belakang bilik dia selalu dengar cakar-cakar dan harimau menangis. Yang paling mengejutkan kami sekeluarga adalah bila makcik aku buka diari nenek dan bacalah dia. Alangkah terkezuttt bila dia baca nenek aku tulis hari tarikh waktu dia meninggal. Seolah-olah dia tahu dia nak pergi dah. Allah lagi tahu segalanya. Aku cuma hambanya akan terus Bersujud tunduk pada kekuasaan Allah S.W.T.

Akhir kisah ni, maaf ye aku tak tahu apa maksud dan apa kebolehan cincin tu. Bila aki datang nanti baru la aku boleh tahu dan aku akan kongsi kisah aku dekat korang. Mohon ampun mohon maaf. Aku susun sepuluh jari minta maaf kalau ada terkasar bahasa terucap kalimah yang tak patut atau ada melukai hati sesetengah pihak. Aku mohon ampun dan maaf. I will miss you all guys. SALUT
SALAM……

-Mal-

2 thoughts on “#Mal – CINCIN PUSAKA”

Leave a Comment