malaysia vs thailand

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Piala AFF (Live Streaming) 10 Jan 2023

Malaysia akhirnya layak ke perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric menentang juara bertahan Thailand. Kali terakhir Malaysia berentap di perlawanan akhir adalah pada tahun 2018 menentang Thailand. Malaysia juga pernah menjadi juara kali pertama pada tahun 2010 menentang Indonesia.

Pada tahun 2014, Malaysia pernah menghadapi Thailand pada perlawanan akhir, namun kalah dengan jaringan agregat 4-3. Malaysia naib juara pada ketika itu.

Perlawanan imbal balik Malaysia menentang Thailand kini diteruskan. Sebelum ini Malaysia mendahului dengan jaringan 1-0. Walaupun terdapat sedikit kontroversi pada jaringan kedua Malaysia yang akhirnya tidak dikira, namun skuad harimau Malaya terus kekal positif dan akan bertarung habis-habisan pada perlawanan separuh akhir 2 Piala AFF ini.

Siaran Langsung Piala AFF Malaysia vs Thailand

Perlawanan ini boleh diikuti secara langsung dengan melayari laman web rtm sukan pada pautan https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm

  • Perlawanan: Malaysia vs Thailand
  • Tarikh: 10 Januari 2022
  • Masa: 8:45 malam hari Selasa
  • Tempat: Thailand

Selain itu, perlawanan ini juga disiarkan secara langsung pada saluran berbayar iaitu Astro. Kepada sesiapa yang mempunyai dan melanggan Astro boleh menonton perlawanan ini secara langsung.

Ayuh sama-sama berikan sokongan padu kepada barisan pemain yang berentap menentang thailand. Semoga peluang cerah akan diperolehi untuk terus mara ke perlawanan akhir seterusnya dapat melakar kejayaaan sekali lagi seperti pada tahun 2010 dulu. Ayuh Malaysiaku!

artikel lain:

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.