Mandi Manda

Salam semua pembaca FS. Nama aku Liza. Aku seorang bekas pelajar sebuah IPTA di negeri Selangor. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman seram yang pernah aku hadapi. Semasa belajar di sana, aku menetap di Kolej 14, Tingkat 5 yakni aras tertinggi sekali di kolej tersebut. Tiga tahun setengah aku belajar di sana memang mengah naik turun tangga bertingkat-tingkat itu. Bilik aku terletak betul-betul di sebelah tangga (Wing A), tandas pula terletak di bahagian tengah di antara Wing A dan Wing B. Maka agak jauhlah perjalanan yang harus aku tempuh untuk ke tandas memandangkan bilik aku terletak di hujung sekali dan aku terpaksa melalui kira-kira 10 buah bilik untuk sampai ke tandas.

Kejadian seram ini berlaku semasa aku berada dalam semester akhir pengajian di universiti. Aku ini seorang yang suka berjaga malam sebab susah bagi aku nak lelapkan mata. Bilik aku ni dihuni oleh empat orang penghuni iaitu aku, kawan aku, dan dua orang ‘junior’ aku. Mereka ini jenis yang senang lelapkan mata, baru letak kepala sahaja dah boleh dapat mimpi-mimpi indah. Sewaktu malam kejadian ini, aku seperti biasa sibuk menonton ‘movie’ di komputer ribaku dalam keadaan yang serba gelap kerana lampu sudah ditutup. Tiga, empat, lima ‘movie’ aku tonton sampailah aku sendiri pun dah berasa muak untuk menghadap komputer riba itu lagi.

Aku pun bangun dari meja belajar dan berbaring di katil. Aku lihat rakanku di sebelah sudah nyenyak tidur, begitu juga dengan dua orang ‘junior’ku. Aku baring sebentar sambil memeriksa telefon bimbit kalau-kalau ada sebarang pesanan ‘Whatsapp’ daripada insan-insan yang tersayang namun hampa kerana tiada apa-apa pesanan pun yang muncul. Maka kebosanan aku makin memuncak. Hendak lelapkan mata pun tidak terlelap juga, hendak layan ‘youtube’ pun ‘earphone’ aku pula rosak malas hendak berbuat bising ketika orang lain tengah tidur, hendak macam-macam hendak lah katakan tapi satu pun aku tak dapat nak jalankan kerana hari dah kian lewat.

Jam pada telefon bimbit aku periksa. Tertera pukul 3.50 pagi pada skrin telefon. “Ya Allah, lambat lagi nak siang ni. Nak Subuh pun lambat lagi. Kalau nak ‘study’ waktu-waktu ni mesti boleh jadi genius tapi sayangnya aku ni pemalas”, getusku dalam hati. Selepas bergolek dan berguling kebosanan di atas katil seketika, aku mendapat idea yang bernas ketika itu iaitu untuk mandi. Ya, aku nak mandi! Aku bangun dan mencapai tuala dalam kegelapan dari almari yang berada di hujung katilku lalu aku berpatah balik ke katil untuk memeriksa waktu jam di telefon bimbit. “Wahh, pukul 4 pagi tepat dah ni. Elok jugak ni mandi sebelum Subuh boleh sihat badan aku ni”, ujarku perlahan sendirian.

Baldi yang berisi kelengkapan mandian aku capai dan tuala aku sangkutkan pada bahu lantas aku keluar dari bilik. Cuaca di luar pada ketika itu sangat sejuk dan menyamankan tambahan pula aku tinggal di tingkat atas sekali jadi kesejukannya lebih terasa. Aku sempat menjenguk ke blok-blok pelajar yang lain di sekitar tempat laluan kawasan ampaian yang berada bersebelahan dengan bilikku. Suasana sunyi sepi dan gelap. Tiada satu pun bunyi-bunyian yang muncul pada waktu itu. Selalunya terdengar juga pelajar lelaki dari blok sebelah ketawa, menjerit, melolong beramai-ramai namun malam itu tiada apa-apa.

Langkah ku atur perlahan menuju ke bilik air. Satu persatu bilik pelajar lain aku lalui semuanya sunyi. “Semua dah tidur ni aku je yang masalah tak tidur-tidur”, bicaraku sendirian. Sesampainya ke bilik air, aku terhenti seketika di hadapan pintu utama bilik air kerana menangkap bunyi air dari dalam tandas. Keadaan dalam bilik air di kolej aku ni senang saja. Mula-mula masuk akan ada sinki dan cermin di bahagian kiri, bergerak ke tengah sedikit di situ terdapat ruangan untuk wuduk dan ruangan mencuci baju, seterusnya diikuti dengan bilik mandi dan tandas-tandas yang berada dalam keadaan ‘vertical’ @ memanjang secara berhadapan. Senang cerita, tandas dan bilik mandi terletak berhadapan dalam ‘ratio’ satu bilik mandi di depannya akan ada tandas yang bersamaan saiz. Terdapat kira-kira 8 buah tandas dan 8 buah bilik air.

Kembali kepada hal tadi, aku yang tercegat di hadapan pintu berasa sedikit gembira mendengarkan bunyi air dari dalam tandas kerana fikirku terdapat pelajar lain menggunakan tandas juga. Lantas aku pun melangkah masuk terus berjalan ke arah bilik mandi yang pertama. Aku suka mandi di bilik mandi pertama itu kerana di situ bilik mandinya lebih luas dan aliran airnya lebih laju, almaklumlah tinggal di aras paling atas sekali kadangkala aliran air sangat perlahan. Sebelum aku masuk ke dalam bilik mandi itu, dapat aku lihat percikan air keluar melalui bahagian bawah pintu tandas kedua sebelum tandas yang paling hujung. Percikan air itu pastinya menandakan ada orang tengah melepaskan hajat di situ dan mungkin sedang menyucikan diri kerana pintunya tertutup rapi dan kelihatan dikunci dari dalam. Aku pun berasa lega kerana aku terfikir ada juga orang lain yang belum tidur lagi, bukan aku sahaja yang tidak normal di situ.

Tanpa melengahkan masa lagi aku pun mula mandi dengan gembira dan girang sekali. Aku tutup sebentar pancuran air di atas kepalaku kerana hendak mencuci rambut. Aku tunduk untuk mencapai syampu rambut dari dalam baldi dan ketika itu aku terdengar pintu tandas yang aku lihat digunakan tadi dibuka melalui bunyi ‘srettt…’ yang terhasil. Kemudian diikuti pula dengan bunyi pintu bilik mandi dibuka dan dikunci dari dalam. Aku sudah arif dengan bunyi-bunyian seperti itu kerana sudah tiga tahun lebih mandi di sana bukan?. Tambahan pula suasana memang sangat sunyi ketika itu dan pastinya aku tidak salah dengar. Lantas aku terfikir bahawa pelajar yang menggunakan tandas sebentar tadi juga ingin mandi pada waktu itu. Lagilah bertambah senang hatiku kerana ada orang lain juga ketika itu. Aku pun terus mencuci rambutku.

Setelah agak lama aku menyampu rambutku, aku mula berasa pelik. Aku terfikir kenapa pelajar itu langsung tidak membuka air untuk mandi kerana telah lama juga sejak kedengaran pintu ditutup tadi. Namun aku bersangka baik dengan mengatakan dalam hati bahawa pelajar itu mungkin tengah ambil ‘mood’ untuk mandi. Air ku buka semula dan rambut ku cuci. Setelah itu aku tutup semula pancuran air untuk memeriksa sama ada pelajar lain itu sudah mula untuk mandi. Namun masih sunyi sepi. Aku begitu yakin bahawa pelajar itu masih berada di dalam dan belum keluar kerana aku tidak nampak dan berjaya mengesan sebarang pergerakan keluar sejak tadi. Dek kerana aku berada di bilik mandi yang pertama, selalunya memang aku akan nampak dan dengar sekiranya ada orang keluar atau masuk dari bilik air atau tandas namun sehingga waktu itu aku sangat yakin bahawa pelajar itu memang belum keluar.

Yang peliknya kenapa dia diam membisu dan langsung tidak mandi atau membuka air sekalipun. Tiba-tiba aku mula berasa seram sejuk dan ada yang tidak kena ketika itu. Air masih belum ku buka juga kerana aku masih menanti kiranya akan muncul bunyi air dari bilik mandi tersebut namun setelah beberapa minit menunggu masih tiada apa-apa bunyi. Keseraman yang aku rasakan ketika itu kian memuncak dan kelihatan bulu romaku mulai tegak berdiri. Dengan saki baki sabun yang masih melekat di badanku, aku buka air dengan perlahan dan mencari secebis keberanian untuk terus mandi. Kemudian aku mencapai tuala yang tersangkut di pintu bilik mandi, membuka kain basahan di badan dan terus memakai tuala.

Ketika itu perasaan aku bercamput baur antara seram dan ingin tahu. Aku masih berdiri tegak di dalam bilik air dengan baldi ku pegang kemas namun masih belum berani untuk melangkah keluar atau membuka pintu. Risau barangkali ada ‘apa-apa’ yang kelihatan. Namun aku masih ingin tahu sama ada aku telah mandi dengan ditemani oleh ‘pelajar’ halus ataupun sebenarnya pelajar itu masih berada di dalam bilik mandi. Lantas aku mengenggam sekelumit keberanian yang berbaki, membuka pintu dan melangkah keluar dari bilik mandi. Aku tercegat berdiri di situ dan beberapa saat kemudian aku mengatur langkah bergerak menuju ke tandas yang kulihat digunakan tadi.

“ALLAHUAKBAR”. Apa yang dapat kusaksikan ketika itu ialah tandas yang berada dalam keadaan kering kontang yakni lantainya langsung tidak basah. Begitu juga dengan tandas-tandas dan bilik-bilik mandi lain selain yang digunakan oleh aku semuanya berada dalam keadaan kering seperti tidak digunakan oleh sesiapa. Ketika itu aku mula berasa seram semacam kerana rupa-rupanya sejak awal tadi lagu aku cuma bersendirian. Jadi, siapakah yang tadi menggunakan tandas sambil memercikkan air sehingga keluar dari bawah pintu? Siapa yang mengunci pintu tandas itu dari dalam? Siapa yang keluar dari tandas, masuk ke bilik mandi dan mengunci pintu? Siapa?

Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mengatur sejuta langkah berlari sepantas kilat menuju ke bilik. Aku rasakan begitu jauh untuk sampai ke bilik ketika itu. Bunyi seliparku yang basah sambil berlari menjadi peneman setiaku ketika itu. Sesampainya ke bilik aku terus berbaring di katil menginsafkan diri untuk tidak mandi pagi-pagi buta lagi. Syukurlah aku tidak diperlihatkan dengan apa-apa jelmaan.

Sebenarnya sudah banyak pengalaman seram yang aku sendiri anggap seram pernah aku lalui sepanjang belajar di sana. Namun bagi aku, pengalaman inilah yang terpaling seram sekali. Pernah sekali ketika di semester ketiga aku pernah mandi di bilik mandi yang sama dan terdengar suara riuh-rendah dari luar seperti berlakunya histeria. Terdengar jeritan perempuan seperti dirasuk yang menjerit dengan nada yang sungguh seram. Aku mengandaikan begitu kerana aku masih ingat yang aku telah terdengar suara seorang perempuan berkata, “Nak buat camne ni dia kena rasuk ni” seiring dengan suara jeritan itu. Ketika itu waktu siang selepas Asar. Aku mengandaikan betul lah ada pelajar histeria kerana terdengar ucapan itu yang sayup-sayup kedengaran ketika itu. Bunyinya memang sangat kuat dan ramai orang yang menjerit dan bersuara ketakutan yang aku dengar ketika itu.

Aku mula berasa tidak sedap hati kerana takut pelajar histeria itu masuk ke tandas lantas aku nekad untuk keluar dan pulang ke bilik. Setelah melangkah keluar aku hairan kerana suara itu tiba-tiba hilang secara mendadak. Aku bertanya kepada ‘senior’ aku ketika itu yang sedang khusyuk mencuci baju sejak aku awal-awal tadi ke bilik air, “Sapa jerit ramai-ramai tadi tu kak? Ada budak histeria lagi ke?”, soal aku. “Hah, sapa yang jerit-jerit? Akak tak dengar pape pun”, ujar ‘senior’ku. Aku terdiam dan tersenyum tawar. “Saya gurau je nak usik akak”, ujarku untuk mengelak daripada ditanya bermacam-macam soalan lain pula daripada Kak Yani. Langkah aku atur perlahan untuk pulang ke bilik sambil diriku diselubungi misteri. Itu antara kejadian misteri lain sepanjang menggunakan bilik air itu belum lagi dicampur dengan pengalaman lain sepanjang belajar di universiti itu.

Itulah antara sekelumit pengalaman yang bagi aku agak seram namun konotasi dan interpretasinya mungkin berbeza bagi kita semua. Maaf atas segala kelemahan penulisan dan penceritaan yang sudah lama tidak diasah. Yang baik datangnya daripada Allah swt dan sekiranya ada yang buruk daripada saya harap dimaafkan. Sekian, Assalamualaikum.

12 thoughts on “Mandi Manda”

  1. Gilooorrrr berani mandi sensorg pkol 4pagi weeeiiii…
    Udahler toilet jauh…
    Lengkali standby air sebaldi dlm blk…
    Ghase2 xleh tdo g main celup2 kaki cukoplah yer…

    Reply
    • Haha.. aku pun rasa kompem kat upm ni… sbb aku pun duk kolej 14 gak.. tp wing b..

      alhmdulillah.. spnjng 4 tahun aku duk sana dulu xpernah lak jd pape keseraman.. kecuali ada msa aku sem 2 kt sna, kecoh psl kes org mnyak je la.. tp xpernah jmpa pn..

      *teringat kenangan sekodeng mamat2 main sepak takraw kt tingkap bilik di petang2 hari.. siap aku g mngorat sorang lg, bg no telepon… hahahaha…

      Reply
    • Mmg betul. Sbb ikut sains, bila kita tgk video n bunyi2an , minda kita punya wave mcm diaktifkn. Sbb tu susah sikit nk tido.
      Sbb tu kita sgt2 digalakkan dgr bacaan al-quran masa2 nk tido. Supaya kita tenang aje.
      *hnya brkongsi ilmu 🙂

      Reply
  2. Zaman Berasrama dulu toiletnya ntah kenapa kalau (aras paling atas) ceiling nya banyak lompong2. Dah tu sambil nak tunaikan hajat, sambil mata melilau pandang keatas. Sereeem.

    Tapi ada Ustazah ni bg tips;
    Katanya, kalau tgh kamu melabur, pegang je paip getah tu. Kalau kena jerkah, kamu hala je air pada ‘deme’ (benda) tu. Sebab ‘deme’ kan dibuat dari api.. Kamu simbah le air bagi ‘sejuk’ ?

    Reply
  3. saya rasa macam cikgu pulak baca cerita dari penulis..huhu
    btw kalau duk asrama dinasihatkan jgn la g toilet sorg2. =)

    Reply
  4. Same goes to me.2 semester aku mandi awal pg ditemani ‘kwn’ tu.aku selalu terjaga dalam 3-4 pagi,terus rasa nak mandi dan dgn automatiknya,aku akan bukak pintu,cuba dgr ada org kat toilet x.toilet ada 2.biasanya mmg dgr la gebom gebam bunyi baldi.dgn gembiranya aku mandi,basuh baju semualah.sampai 1 hari tu,aku mandi agak lama la.dlm 4.30 baru aku keluar bilik pergi mandi.basuh baju barang 2 baldi.sengaja aku melambat lambatkan.sbb aku x pernah tgk siapa yg selalu bgn awal dr aku.aku tunggu bilik shower dpn tu keluar, punya lama x keluar2.sampai ke azan subuh org tu x keluar2.satu aras aku tny siapa yg bgn awal.rupanya,dorg ckp,kat tangga yg aku selalu lalu tu,ada nenek kebayan menunggu.dy mmg selalu ikut budak pergi toilet balik toilet ni

    Reply

Leave a Comment