Assalamualaikum pembaca FS.Aku Mira. Aku nak ceritakan satu kisah yang berlaku pada aku yang kini membuatkan aku untuk lebih berhati-hati mengenali lelaki.
Aku kenal seorang lelaki bernama Wan. Aku kenal ketika mengikut satu kursus yang diadakan oleh tempat aku kerja.
Perkenalan bermula , apabila dia menyapa aku ketika makan tengah hari. Mula dari sapaan itu, kami bertukar nombor telefon.
Entah apa yang membuatkan aku tertarik pada dia, aku pun tak tahu. Nak cakap hensem. Tak lah sangat.
Tapi satu yang ku puji pada dia adalah perfume/bauan yang dia pakai. Agaknya itu yang membuatkan aku melekat?
Baru seminggu kenal, aku terima dia dalam hidupku. Kami “declare” diri kami sebagai pasangan kekasih.
Hujung minggu itu, dia ajak keluar jalan-jalan. Aku pun turutkan saja. Siapa tak rasa happy keluar ‘date’ kan.
Tiada apa yang mencurigakan berlaku waktu itu.
Ada perkara yang aku perasan. Bila tak bercakap, mulutnya selalu terkumat kamit seakan bercakap dan bebisik sesuatu. Aku pun tak tahu dan tak nak ambil tahu sangat. Agaknya memang habit dia macam tu kot.
Pada minggu kedua kami keluar, perasaan sayangku padanya semakin membuak-buak. Sehinggakan dia pegang tanganku, aku biarkan sahaja. Padahal, aku tidak pernah menyentuh tangan lelaki bukan mahram sebelum ini.
Perkara ini yang amat aku kesalkan berlaku pada aku.
Bulan kedua, dia ajak lagi keluar sekali. Kali ini kami tengok wayang. Haruman yang dia pakai kali ini semakin semerbak dan menusuk hidung. Aku tahu bauan itu tidak senang untuk dihidu sesiapapun, akan tetapi ,aku suka menghidunya.
Itu kali terakhir aku berjumpa dengannya. Balik dari tengok wayang, aku tidak lagi berjumpa dengannya.
Chat masuk tiada, call pun tiada berbalas. Aku jadi pelik, dia hilang entah kemana.
Dalam beberapa hari saja , aku diibaratkan seperti mayat hidup. Makan pun tak lalu. Aku kerap bersendirian. Dan bayangannya selalu sangat terlintas di fikiranku.
Masuk minggu kedua dia tak contact aku, keluargaku ambil keputusan untuk berubat dengan sorang ustaz ni.
Mak aku pun bertanya pasai dia. Mak aku ceritakan semua yang sedang berlaku pada aku. Aku pun ada sekali masa tu.
Ustaz tu ubatkan aku, disuruh aku baca selawat dalam hati. Dalam pada masa yang sama, ustaz membaca ayat-ayat suci alquran.
Tiba-tiba badan aku menggeletar. Serius. Aku nak tahan tak dapat. Tiba-tiba aku mengerang kesakitan. Seluruh tangan dan kakiku kejang.
Dalam 5 minit aku keadaan begitu. Ustaz pula masih terus membaca ayat suci quran.
Setelah reda, aku rasa lemah dan terkulai layu.
Ustaz pun beritahu.
Mengikut apa yang ustaz rasa dan nampak, kami disuruh putuskan hubungan kami.
Ustaz menambah lagi , dia ni juga suka menggunakan pukau dan gunakan ilmu hitam untuk tawan hati wanita.
Ustaz bagithau, dia gunakan ayat-ayat alquran yang telah diubah susunan ayatnya (aku kira ini adalah ilmu hitam) dan juga gunakan haruman untuk memikat.
Lepas daripada itu, aku cuba sedaya upaya lupakan dia. Tetapi bukan mudah untuk melupakan. Ibaratkan seperti tak makan nasi sehari. Begitulah perasaan ‘craving’nya untuk mencari dan berjumpa lelaki bernama Wan ni.
Apa yang aku lakukan, aku perbanyakkan istigfar apabila teringat dia. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku dapat ‘recover’ untuk menjalani hidup seperti biasa.
Ini adalah kejadian 5 bulan lepas.
Akan tetapi, baru semalam, tiba-tiba whatsapp aku menerima masuk mesej dari nombor yang telah ku delete. Ya, nombor yang aku kenal. Nombor lelaki itu, Wan.
Cuma satu perkataan yang ditulisnya..
“sayang..”
Semalam hingga ke hari ini, aku tidak membalasnya, akan tetapi badan aku terasa seram sejuk dan perasaan kacau bilau dulu itu kembali bertamu. Apa perlu aku buat…
Tapi si wan tu tak ade ape2 kan awk lah kan? Alhamdulillah.. Pengajaran untk bnda mcmni.. Susah nk jangka manusia skrg.. Memg rmbut sma hitam tp hati lain2.. Teruskan berubat dgn ustaz.. Semoga urusan awk dipermudahkan..
Awk block je no diaa
Betul tu. Block jer. Kalau still kacau jugak, tukar no baru.
ilmu pelalau kalau kna..hmm hati2 la..sbb aku slh sorg mangsa dr terkene ilmu tu
Inform pada keluarga perkara ni. jangan bertangguh. rajin istigfar. amalkan surah yassin ayat ke 9.
Setuju yang ni.. Jangan biarkan
Tukar no telefon/wasap awak. Sbb kalau awak block no dia kang takut nanti awak unblock balik. Awak belum stabil lagi ni sebab nampak macam masih keliru. Lepas tu jgn ngengade nak hafal no telefon dia pulak. Apa2 benda yg dia pernah bagi, tolong buang or bakar. Baju2 yg pernah pakai waktu keluar dgn diapun buang.
X phm sy, kenapa nak guna ilmu tu. Saje2 nak test ke. Sb dia x buat apa2 pun kat awk kan. Suruh awk bagi duit ke, body ke… 😬
Pe pun alhamdulillah, x jadi benda lebih buruk.nasihat sy sentiasa stick dgn fmly, spy fmly dpt pantau kalau jd pe2.
try terbalikkan ilmu ni.. letakkan tapak tangan di jantung/ hati anda dan bayangkan wajahnya, istighfar, selawat atas nabi.. pejam mata kuat2.. baca ayat qursi 3 kali. hembus seakan2 dia depan mata
Amalkan selama seminggu insya allah dia akan pergi sendiri. ini bukan ilmu hitam, ini ialah antara ikhtiar utk elakkan terkena ilmu pengasih – pengalaman itu mahal
Saya suka cadangan ini dan yakin ia akan memberi kesan. Cuma saya juga cadangkan Mira amal Bismillah 5 sepanjang masa terutamanya selepas solat, masa nak tidur dan apabila melangkah kaki keluar rumah. Berserahlah kepada Allah kerana segalanya dalam pengetahuan dia.
Jantan hanat mcm ni jgn diberi peluang.. Tak baca kisah Diana? Sampai Meninggal kena sihir.. Cari lah pendinding dan bg tau keluarga sebelum tergadai duit dan body..
Tukar ja no lain, pindah je kat tempat baru…. amalan ustaz pesan amalkan
awak perbanyak kan istighfar, kalau boleh sentiasa dalam wuduk. zikir banyak2. kesian nya dekat awak. semoga awak kuat ye.
melampau betol!
adik aku mangsa jntan tak guna mcm nie..sampai kurus kering adik aku sebab drg 1 tempt kerja selagi jantan tue tak ajak adik aku mkn adik aku tak kan mkn.nak cerita ape terjadi dekat adik aku mmg sakit hati aku..mak sedare aku bawak berubat dgn sorg makcik nie siang bawak adik aku mlm ‘bende ‘ jantan tue serang makcik tue ckp jgn gnggu urusun die..Alhamdulillah adik aku dah sembuh cm peragai die baran menjadi2 tak bolah slp skit n jodoh berat bila plan nak kawen tak jadi.malcik yang berubat tue ckp jantan tue bg dekat adik aku 3 biji gula2 jer.baru2 nie die ade cll aku tnye pasal adik aku n ade bg tahu die nak kahwen dgn adik aku.mase die buat dekat adik aku die dah kawen.n die penah ckp ” kalo aku tak dpt adik ko sape2 pun tak dpt”
Berubatlah sebelum terlambat. Saya lambat sedar utk ubatkan suami jadi dia selamat jadi suami orang yang guna2 kan dia. Sekarang dah ada ikatan suami isteri lagi susah nak ubatkan. Berserah pada Allah semoga semuanya dibukakan selain tingkatkan amalan untuk hentikan perbuatan syirik madu tu. Orang yang kena pengasih ni nampak orang tu je yang terbaik walau hakikat banyak benda buruk org yang hantar pengasih tu buat.
Doakan saya juga masih berubat untuk sedarkan suami kembali
sempat lagi bertanya
sambung berubat lg sebelum terlambat sistaaa
Salam sis tukar hp la. Bagitau keluarga ya. Jgn contact lagi.
Semoga awk pulih spt sedia kala. Menarik cerita ni
Saya sarankn tukar no fon baru.pergi la berubat lg.saudari belum pulih sepenuhnya..selalu berzikir dn baca ayat kursi.kena kuat dan lawan bila perasaan rindu @ craving nk jumpa dia.saudari jgn bersendirian..kena selalu ada teman.semoga saudari sembuh seperti sediakala..
pergi jumpe die pas tu tumbuk muka dia…..
Tell your mom and never let him come again in your life. Stay away from people like this tho
soalan senang je tp awak yg susah nk buat.
tukar nombor dan jgn contact dia. kalau stkat block, nt dah x tahan awk unblock plk.
pokok pangkal dtg dari kita.c
Nowadays got Black Magic Act. Hire lawyer to take legal action against him. B**i lahanat jantan sial. Kalau suke masuk meminang bknnye htr black magic.!!! I was a victim when 18years old, met him at Kem Bina Negara in Melaka. It turned out that he was trying black magic on me !!! Now he is a lecturer at one of the reputable public universities in Malaysia. I hope he already got his karma !