#Maroo- Permulaan

Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum kepada rakan-rakan FS sekalian. Ni story pertama aku di FS. Banyak story yang aku kumpulkan untuk hantar di FS. Story-story ni berdasarkan pengalaman mata yang melihat duniawi.
Nama aku Maroo, Alhamdulillah baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Diploma di sebuah Institusi Swasta area Selangor.

Segalanya bermula ketika aku berusia 14 tahun. Pada hari raya kedua di kampung arwah atok dan opah sebelah emak yang berhadapan dengan Sungai Perak. Kampung aku ni ada bahagian atas dan bawah. Bahagian atas dibina daripada kayu dan bahagian bawah dibina daripada campuran batu dan kayu. Waktu ini, tak ramai ahli keluarga yang pulang beraya. Malam itu ketika sedang enak diulit mimpi, tiba-tiba…

“BAMP!”

Bunyi yang kuat mengejutkan aku dari tidur. Anehnya, bunyi itu cuma aku seorang sahaja yang dengar. Rupanya tingkap kayu di hadapan aku terbuka luas…

“Whooosh…”

Angin dingin menerpa tubuhku… datangnya dari tingkap kayu yang terbuka itu. Kedudukan waktu ini, aku baring dalam keadaan kaki yang melunjur ke arah tingkap kayu. Rumah kampung bahagian atas mempunyai dua jenis tingkap. Bawahnya tingkap kayu yang bersaiz petak empat segi dan di atasnya ada lagi tingkap, iaitu tingkap kaca yang boleh nampak bayang-bayang di luar dari dalam. Aku terpisat-pisat bangun dan merangkak menuju ke arah tingkap kayu yang terbuka. Aku tarik tingkap kayu yang berat itu dengan dua tangan dan kemudian selak. Terdetik dalam hati…

“Ishh, macam mana boleh terbuka ni? Sebelum tidur tadi dah selak dah…”

Aku merangkak kembali ke tempat tidur. Baru beragak-agak mahu menutup mata, aku dikejutkan dengan bau yang sangat wangi.

“Arghh… apa pulak lagi ni?”

Otak aku berkira-kira mahu bangun atau teruskan tidur. Ketika ini aku mengiring ke kanan. Bau-bauan itu masih ada lagi. Bau wangi yang sangat kuat hingga memeritkan rongga pernafasaan aku.
Aku bingkas bangun dan duduk dalam keadaan melunjur. Waktu ini mataku tertancap pada tingkap di hadapan aku.

Berderau darah aku… apa yang aku sedang lihat di luar tingkap ialah satu bayang dengan keadaan rambut yang menggerbang. Masih segar dalam ingatan aku rupa makhluk itu dengan tiada mata dan mulut yang terlopong. Ibarat kepala tengkorak yang dilitupi rambut. Waktu ini otak masih lagi ligat berfikir.

“Kalau orang, macam mana dia boleh berdiri depan tingkap tu? Ni rumah bahagian atas. Kena guna tangga kalau nak berdiri betul-betul depan cermin tu.”

Tak sampai beberapa saat aku berfikir, angin kuat menderu dan menerpa tingkap-tingkap tu sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Rambutnya yang mengerbang turut menimpa tingkap itu serta dengan bau-bauan yang semakin memeritkan hidung. Aku terkaku diam seribu bahasa. Ingin menjerit memanggil adik di sebelah, tetapi lidah seolah-olah beku. Aku segera menarik selimut menutupi wajahku. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar sahaja badanku lemah dan panas. Hampir tiga hari aku demam panas dan tidak beraya-ke mana-mana.

Malam ketiga selepas sembuh daripada demam panas, aku berbaring di rumah bahagian bawah sambil menonton televisyen. Oleh kerana baru baik demam, badan aku masih agak lemah untuk ke mana-mana. Aku pandang jam yang tergantung di dinding. Hampir pukul 10 malam. Keluarga aku tak pulang lagi dari beraya di rumah saudara di Bota Kanan. Waktu ini aku tinggal berduaan dengan opah. Opah aku jenis yang berdisiplin. Lepas isyak je, dia akan tidur sehinggalah waktu subuh. Sedang ralit tengok drama raya, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di bahagian atas. Oleh sebab bahagian rumah atas diperbuat dari kayu, kalau ada bebanan yang memijak akan menyebabkan kayu tu berbunyi…

“Krekk.. kreukk.. kreekk.. kreukk…”

Segera aku mengamati bunyi itu. Berjalan… kemudian berhenti… kemudian berjalan lagi. Kali ini bunyi tapak kaki yang kuat dan sedikit laju,

“Kekkk! krekkk! kreukk! kreukk! krekk!”

Dan kemudian bunyinya berhenti.
Menurut firasat aku, bunyi itu bermula dari bahagian hujung atas tempat aku tidur tempoh hari. Sambil dia berbunyi, aku membayangkan keadaannya bergerak di bahagian atas.

“Krekkk! krekkk! kriukk..”

“Bunyi ni dekat ruang tamu atas ni…”

Kemudian bunyi lagi kayu dipijak,

“Krekk! krukk! kreukk..”

“Ni dekat hujung rumah tamu ni…”

Kali ni bulu roma aku merinding. Volume TV aku kuatkan. Semakin kuat suara TV, semakin kuat bunyi tapak kaki tu menghentam kayu. Aku tak terfikir untuk menjerit memanggil opah.

“Krekk.. kriukk.. krukk..”

“Macam bunyi dah dekat dengan tangga ni…”

Aku ketika itu duduk di ruang tamu bahagian bawah bersebelahan dengan tangga. Dalam hati tak putus-putus berdoa. Terbayang keadaan mahluk yang aku lihat tempoh hari. Mata fokus pada skrin televisyen, tetapi hati dan fikiran memikirkan benda lain. Tak sampai seminit bunyi tu hilang… bersambung dengan bunyi yang lain,

“Tappp.. tapp..”

Kali ni mulut aku terkumat kamit membaca ayat pelindung. Adrenaline aku merembes dengan derasnya. Sebab waktu ini, bunyi itu sedang menuruni anak tangga. Tangga kampung aku ni tangga yang tinggi dan banyak anak tangga. Setiap langkah yang bunyi, makin kuatlah degupan jantung aku.

“Tapp.. tapp.. tapp..”

Bunyinya menghampiri penghujung anak tangga. Mata aku katup rapat-rapat dan baring sambil menutup telinga. Kemudian, sunyi sepi. Dalam ketakutan itu, aku menangis sambil tertidur. Aku hanya terjaga apabila opah mengejutkan aku untuk mendirikan solat Subuh.

Sejak daripada itu, bermulanya kisah-kisah yang membawa kepada kenyataan yang sebenarnya kita semua sedang berkongsi kehidupan dan tempat bersama dengan makhluk yang tidak dapat dilihat. InshaAllah, kalau story aku ni dipublish, aku akan hantar lagi banyak story di FS berkaitan pengalaman aku di sekolah, pengalaman aku dikejar makhluk di IPTS, pengalaman aku di Kem Pahang, pengalaman aku bersama rakan yang terserempak dengan kereta tanpa pemandu, pengalaman GPS dimainkan dan pengalaman-pengalaman lain.

Wallahua’lam.

“Dan Ingatlah, Allah sebaik-baik PELINDUNG” – al-imran

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

191 thoughts on “#Maroo- Permulaan”

  1. Permulaan yg baik Maroo.. Abang suka cara penceritaan ni.. Cuma abang mcm nak sangat maroo tgk sape yg turun tangga tu.. BTW seram tu sampai juga kat abang.. Walaupun hanya 25% je.. Kipidap writer

    7/10

    Reply
  2. Lama dah meiyo tak komen.. Okey maroo, nice story, steady pace.. Pendek tapi paham la, nama pun permulaan.. Cerita sekadar dengar itu dengar ini, kalau meiyo cerita kat member mesti 1nafas je dah habis, tapi maroo boleh tulis sedap dibaca.. Looking forward to your next story, kipidap!

    *hm mcm baik sgt je aku komen

    Reply
  3. Nice story Maroo. Tapi kadang-kadang aku sedih dengan orang-orang yang tak pernah merasa diganggu oleh ‘makhluk-makhluk’ ni. Bila kita cerita kita kongsi pengalaman kita, mereka galak mentertawakan malah dituduh pulak diada-adakan cerita. Aku harap mereka ni diberilah peluang walau sekali seumur hidup untuk rasa macam mana agaknya bila ‘diganggu’.

    Since ramai yang mula rasa menyampah bila tengok komen aku dan kawan-kawan yg lain, aku rasa ini adalah komen aku yg terakhir. Kepada semua penulis, aku tetap sokong korang. Teruskan hantar karya-karya kalian. Jangan mudah melatah bila ditegur tapi ambillah sebagai motivasi untuk kita perbaiki penulisan. Sebab aku pun ada menulis dalam ni. Maaf kalau ada yang terasa hati dan menyampah dengan gurauan aku dan kawan-kawan. ?

    Reply
    • maaf army, aku tumpang menyelit sekejap komen ko ni. hmmm. aku pon rasa ni komen last aku. memandangkan aku duduk carta teratas sekali. aku tahu ramai tak suka, ramai menyampah dgn aku, ramai ingat aku asyik mengarut je. hmm. hmm. asyik kena bodoh je dgn org bila komen sini. huhuhu. tak baik tau mulut tu. ko nk aku cili ke mulut ko dgn rendang DIVA AA?? Marah jgn sampai menghina. Jgn berkait dgn mak bapak. sob! ?. semoga ko puas hati ye? ye kooo. Grim Reaper and the gang

      Reply
      • Sory jugak armyy.. Aku nak menyelit kat komen ko jugak.. Aku pun sedih tengok ramai yg tak suka kita komen… Siap bagi nama persatuan lagi kat kita.. Apa tu namanya? PPM? PPIM? Persatuan perapu merapu? Hmm…
        so this is my last comment yaa.. Semoga yg mengutuk and acah² tabur dedak kat kitorang tu diberi kelembutan hati.. Mana tau esok² jadi ahli sejid ke, kuat beribadat ke kann… Aku malas nak buruk sangka.. Okay la tu je wasiat aku… Bye²… Pasni korang la pulak jadi penyeri FS ye…huhuhuu

        hug and kiss

        Reply
    • serious hamm? hm. Aku tumpang kejap eh. Aku nak mintak maaf kat semua warga FS tak kira silent reader ke x. Hm. Maaf jika terlanjur kata, terkasar bahasa bagai. Tercarut ke. Termaki ke. Terhanat ke. Tapi so far, aku x mencarut lagi lah huhu.

      i know ramai tak suka aku drop komen yg mengarut bagai. Jual teh ke bagi org minum teh ke. Hm. Sedih gak lah kena bodoh, kena maki hamun tsk tsk. Nak menegur jangan sampai memarahi. Nak marah jangan sampai menghina. Nak hina jangan sampai melampaui batas. Aku pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Sejarah mungkin akan berulang but for now, wat lek wat peace lah. Aku undur diri. Ampun maaf di pinta. Kalau rindu teh aku, boleh singgah rumah aku di alamat yg tertera. Ok aku tipu. Huhu

      Reply
      • cc : grim reaper, bebulu tebal. Eh maaf. Bebulu halus. Setan camel, diva AA, dan seangkatan dengan nya.

        SEMOGA KALIAN BAHAGIA SELAMANYA

        Lagi sekali sapa rindu dgn teh aku, sila datang jumpa aku di alamat yg tertera. Ok tipu lagi. Huhu

        Reply
        • Setiap ciptaan pasti ada baik buruknya… Dan kami pun ada kelebihan n keburukannya…. *
          Apapun semoga pengomen n silent reader fiksyen shasha dapat maafkan segala silap kami. Ada gedik kat mana2 ke, carut kat mana2 ke.. Mohon maaf semuanya… Setiap org ada khilafnya.. Ini khilaf kami
          *Semoga bertemu lagi..

          Assalamualaikum

          Reply
    • Asalamualaikum.. Mohon Maaf sekiranya gurauan kami d salah ertikan.. Yang buruk kadang datangnya daripada kami jua..

      Grim reaper & the gang..
      Ur wish come true..
      Enjoy bro..

      Till we meet again

      Reply
      • Bersabarlah korang semua. Aku selain baca story aku baca komen2 jugak and aku sgt enjoy. Tapi these few days dah rasa tak best sbb setiap kali aku scroll je, mesti ada komen yg tak Sedap dibaca (serius aku xblh digest yg jenis sakit hati tgk kebahagiaan org mengeratkan hubungan selama manusia). Entah nama apa2 je dtg memporak perandakan keadaan. Kata tak suka, tapi melayan komen2 kat sini like so funny! Kpd tok ketua and penduduk kg bunian, thanks coz u’ve made my day every single day dgn conversation merapu korang hahaha. Yg tak berkaitan tu dah boleh start take over dengan segala hormatnya. Kpd writer, sori aku menambah komen merapu lagi Kat sini. Ampun

        Reply
    • hye gais..dengan pengunduran penduduk kampung bunian..aku sebagai penduduk asal juga menarik diri dari medan komen di FS..walaupun skrg aku jarang komen tp aku baca sume komen2 korg tu..kpd sape2 yg rasa tak selesa & rasa terganggu dgn kehadiran kami kt sini aku mintak maaf..kadang2 aku ade tergedik, terkasar bahasa, & segala komen aku yg meloyakan korg aku mntk maaf jgk..tapi serius aku suke ngomen2 merepek ngn korg gais..

      aku maafkan sape2 yg pernah hina @ kutuk aku KECUALI yg panggil aku & singkong KIMAK aritu..aku tau ko ade kt sini..antara byk2 komen, komen ko la plg terkesan kt ati aku..terima kasih..sejahat2 aku xpenah lg aku mengkimak kn org..dengan xde nye komen2 dari kami penduduk kampung bunian ni aku harap korg bergembira la ye..

      selamat tinggal kawan2..kranzberi, cik bunga (menantu aku), encik kerandut, delu..ahhh sape2 jela..jmp lagi di lain dimensi..babai..

      yang benar,
      cikbambam

      Reply
    • Assalammualaikum semua.. maaf army, aku tumpang menyelit sekejap komen ko ni. hmmm. aku pun rasa ni komen last aku. Dan sebenarnya aku dah mengundurkan lebih awal disebabkan mulut-mulut yang sangat tidak senang dengan kehadiran aku & ahli keluarga Kampung Bunian.

      Kepada kalian warga pembaca FS, terima kasih untuk sokongan kalian selama ni. Ye, aku tahu cerita-cerita yang aku kongsikan tak best dan tak memenuhi citarasa korang. Dan aku minta maaf.

      *Kepada Grim_Reaper, Bebulu Halus & The Geng terima kasih atas kutukan dan kekasaran bahasa korang. Yes! Aku memang drop komen merapu disetiap cerita tapi aku tak pernah kacau korang. Dan suka untuk aku katakan Andai tak dapat berbahasa sebagai ahli syurga, janganlah sampai menggunakan bahasa ahli neraka. Terasa? Silakan, sebab aku lebih terkesan dengan segala makian korang yang “membabikan” “menyundalkan” “mengkimakkan” “membodohkan” orang.

      Maaf dari hati. #Maira

      Reply
    • Laa..apa jadi ni.. meiyo baru tinggal sekejap fs, baru nak kembali mengomen dan baca komen meriah hampa, hampa nak ciaou dah… ?.. Takpe,meiyo respek keputusan hmpa,moga bjumpa lagi ?

      Reply
    • sbnrnya org yg mengalami je dia fhm perasaan tu..mula mula maroo pun susah nk percaya dan menidakkan benda tu semua.. tpi kita lupa yg kna prcya pda alam ghaib juga. its okay armyy.. jgn pedulikan yg lain , kita tau apa yg kita buat.. okay armyy:)

      Reply
  4. Comel je cara penulis ni bercerita..ringkas dan mudah faham..tp apakah makhluk yg duduk dlm rumah opah tu? Jin ke bunian? Takde usaha utk pindahkan makhluk tu ke tmpt lain?

    Reply
  5. Salam aku suka cerita ko.. anyway seronok kenal korang semua. Kepada penulis teruskan berkarya

    grim bebulu halus selamat kenal. Sampai jumpa lagi nanti ya

    miss you

    Reply
  6. hai #maroo.. kita da bace cter ni, tp terpaksa scroll laju2.. sbb xnk ambik mood seram mlm ni…

    #penduduk kmpg bunian, till we meet again.. sure rindu korg nnti..

    ~huggies & kisses coklat (almond)

    Reply
  7. Aphl ngkorang nir? Singkong ; medi; CN; army; dn len2. Aq ckp mnder jer? Dh tber2 nk blh. Ok! Soryyy. Xdlah smpai xleh kmen pown…

    Reply
  8. Apa sebut2 nama aku?aku rasa korang yg bnyak merapu aku naik muak tgok,kat situ sini,org nak tau pasal cerita,bukan cerita entah apa2 tu. Aku xdak jugok mengata korang mngkimakkan korang,membabikan,menyundalkan aku xdak jugok babitkan makpak korang aku just xsuka tengok korang merapu yg takdak kaitan dengan cerita. Yang korang duk setann2 kan org boleh pulok..middle fingers kat orng kalau org tegor sikit. Tu boleh?kami tegur skit dah touching?apa je lah weiiii

    Reply
  9. Grim Mail dan sesapa lagilah. Hangpa bertempik sesuka hati hangpa, tak fikir langsung pasai perasaan orang lain. Depa ni memang kuat merapu. Che’ tak rasa ada kesalahan pun dalam komen depa sebab kalau salah mesti admin dah block hat komen depa ni. Grim hang yang mulakan dulu. Sarang tebuan hang jolok hang kenalah sengatnya. Kalau hang tak mampu nak terima orang salahkan hang. Hang jangan cari pasai. Hidup ni simple je grim. Dan kenapa Che’ back up depa semua ni, sebab salah sorang mangsa mulut takdak insuran hang dengan kawan-kawan hang tu adalah tu adik kesayangan che’. Mind your own words.

    Reply
  10. Sape yang menyamar jadiaku tu?grim reaper kaler biru? Ko klon nama aku?supaya diorang ni pk engko tu aku?

    ITU KE ENGKO NAK GRIM REAPER ALIEN BIRU JAHAT AKU XDAK MENYUMPAH DIORANG WEI

    #
    ENGKO SAPE?JANGAN NAK JADI KLON AKU LAH,

    Reply
  11. deme dh blah tu yg korang dok betekak sesama sndiri dh knape?? bila deme ada korang meluat ni dh xde nk bsing2 lg. x fhm btul dgn org yg hati hitam ni. buat la cane pun korang2 ni still cmtu gak. deme ada dok kutuk sruh jgn komen ngarut, deme xde korang ckp xsruh pun deme blah. dh mmg deme2 tu komen ngarut, ceriakn fs ni. korang xperasan ke fs ni mcm suram hrini? sory la bebel pnjng lak. choww

    Reply
      • which ‘them’ are u referring to? aku silent reader slame ni. si bulu tu nk memekak ape lg kg bunian pun dh xde. dok pnjg cite lg

        Reply
          • at least diorang dh ngaku slh bkn mcm ngko. diorang slh pun kn dh mntk maaf? diorang pun dh xde msuk komen2 ngarut lg dlm ni mcm yg ngko nk. yg mnggelabah sgt nk defend dri ngko yg mmg trg2 xnk ngaku ada slh jgak tu pesal? org lain blh nmpk la wei x pyh nk brlagak bgus sgt la. puiiii!

    • Tak habis lagi ke? U all bertekak dapat apa? Bebulu dari tadi notification naik nama u je. Semak tahu tak?!! They all dah senyap kan? Dahlah! Ni dah macam ANJING MENYALAK BUKIT je. Tak nak ngaku siapa maki siapa. They all dah siap minta maaf tapi u pulak over nak attention.

      Reply
  12. Np gado2 dlm ni…xbestla..akak nk bc komen2 mngenai cerita yg d post jer..kalau out off topic jgnla gado2 sini…akak rasa admin kena wujudkan satu lagi forum..khas utk yg ske bdebat2 ni.jgnla bdebat kat ruangan komen..cian yg post cerita kt sini..dia nk tgk feedback cerita dia.bkn nk tgk korang2 ni gado kat sini…??

    Akak nk suh admin block j la yg ske cr gado ni.xpun kick j trus..ngn yg tgkp jiwang2 tu..akak perati j.sikit2 bole la..byk sgt melalut jadiny..adesss.tlg kcian kt tuan yg post citer ni.yg xd kne mngena xya la komen k. Sori adik2 akak…akak ske komen dlm ni.tp cmni xbestla

    Reply
    • Sebab tu aku tegur diorang tu dlu dekat semua cerita ada,akunnak bca berkaitan cerita bukan merapu,tapi dah diorang setan2 kan nak jugok aku naik angin, diorang tu komen cinta cintun,bajet suami isteri acah2 gud, dlu aku tegur baik,diorang ckp aku bukan2 xde hal,setan kan aku bnyak kali xdak jugok aku mentionkan. Mcm cerita kap3 tu korang tgok komen siapa bnyak? Diorang kan

      Reply
      • Ada satu tu,komen kutukkan dr seorang yg nama kakmami kalau xsilap aku.salah satu komen perempuan menegur aku xhingat siapa,si kakmami tu siap smpah smpai ovari pecah,aku tak hingat cerita apa dah,kat situ 1st komen aku tegur puak ni, sebb ni nak jugok aku bersuara menegur salah ke?kalau tegur dorang salahkan aku pulok?

        Reply
        • Lagi satu yang komen atas2 tu,menyokong diorang selama ni takpernah pulok aku tgok nama2 diorang ni wujud tertiba puak ni mengundur diri timbul pulak dorang ni menyokong puak tu .aku rasa diorang yg sama d sebalik nma berbeza
          Sbb tu membela sangat

          Reply
          • Grim.. sebelum ni we all tak memunculkan diri sebab we all silent readers. Terhibur je dengan komen diorang. Kalau we all muncul, dah tentu u bash we all sekali kan?? Then bile jd macam ni, we all back up sebab tak nak fs suram.

          • ko ni kan grim. dari semalam lagi aku perati ko. ko tak habis2 nk memekak. ko boleh tak? diam sekejap. ko tak payah nk petik nama aku konon aku yg menyamar? helloo, ko ingat aku rajin sgt ke? nk menyamar bagai?????? takde mase ehhh aku nk menyamar bagai. ni haaa! aku ckp terus terang dgn ko. apa lagi ko tak puas hati??? kalau ko boleh belajar tulisan tu, ko ingat org lain pon tak boleh belajar?? ko pon sama jugak! komen mcm sampah! nak kawan, kawan, tak payah nak tabur dedak! ko pon sama naik je aku tgk. melayan jugak komen ntah apa2 sana sini? kan? ke ko nk aku screen shoot tepek sini bukti ko pon sama jugak? tak payah nk tuding jari ayam ko tu sgt! huh! marah betul aku. ????

            sincerely,

            medi

          • Haa aku xtuduh aku syak je tadi wei..engko ni huhu aku nak ikat engko kahkahkah engko ni ikat tepi je lahh yer. Sekarang aku musykil sape yg klon aku tu,aku tgok dia bnyak kuang ajaq

          • hmmm. lantak ko lah. dia menyamar jadi ko. bukan aku.huhu. rude mcm ko lah. sama je aku tengok. huhu. dahlah. ko takpayahlah ye tabur dedak lagi. dah kenyang dgn dedak ko. daa! ??

          • Grim_reaper.. I like your name.. Do you like to watch korean drama?.. Your name sounds familiar in that drama.. But, i forgot the dramas’ name..

          • Orang yg ada masalah jiwa ni jgn dilayan sgtla korang..dia ni kurang kasih sayang sebab tu tak boleh tengok orang lain berkasih sayang…anggap je lalat2 ni tak wujud buat bodoh je…lama2 dia diamlah sbb takde orang nak layan provokasi dia..just look when you entertain them, lagi galak dia merapu..nak kawan jugak nak perhatian jugak..
            So just ignore,come back and shut them down.

      • apa masalah kau sebenarnya ni Grim? kau yg beriya tak nak tengok komen kitorangkan? Semua orang dah senyap. Yang kau nak memekik je kenapa? Jadi orang tu cukup-cukuplah dengki dengan orang lain. Ke kau ade penyakit nurani? Hati tu dah tak ada titik putih ke? Tak boleh ke niat nak aman damai je? Aku tak nak maki marah2 orang.. tapi kau ni macam dah melampau sangat.

        Reply
          • Jangan bergaduh,tak baik..?
            Maaf kalau Airish ada silap dalam berkata.
            Cuma satu nasihat yang ingin Airish sampaikan.☝️?

            Menegurlah dengan cara yang baik
            Dalam berdakwah,Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggikan suara dan berkasar.Baginda sentiasa menasihati dan menegur umatnya dengan tutur kata yang lembut dan sopan.Jadi ikutilah cara Rasulullah S.A.W dalam menegur.Dengan macam ni,kita tak akan mengguriskan hati mana2 individu.Orang lain pun boleh menerima nasihat kita dengan hati yang terbuka?

          • Oh ya,satu lagi.Airish rasa lebih baik kita elakkan diri daripada pergaduhan.☝️?
            Pergaduhan boleh merenggangkan ikatan ukhuwah yang padu sesama kita,baik yang Islam mahupun bukan islam.? Pergaduhan akan menyebabkan perpecahan dan perpecahan juga merupakan punca-punca utama penghinaan dan kezaliman yang berterusan berlaku.
            Perkara sebegini adalah apa yang patut kita elakkan di zaman mutakhir ini.☺️
            Mintak maaf banyak2 kalau ada mengguris hati sesetengah pihak.?
            Cuma berniat untuk menasihati,
            Bukan menyakiti.

            Assalamualaikum dan salam sejahtera

Leave a Comment