Mataku Tak Berhijab

Assalamualaikum rakan FS. Terima kasih kepada admin FS kerna sudi siarkan cerita aku. Ini kali ke 2 aku post cerita aku kat FS. Cerita pertama, ramai yang kecam aku. Tapi tak mengapalah, aku doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan semoga cepat mendapat hidayah dariNya. Aamiin Ya Rabb. Ambilkan cerita aku dulu sebagai ikhtibar bukan mengutuk dan mengata seseorang sesuka hati. Pengalaman itu dapat mendewasakan diri seseorang.

Terlebih dahulu, aku bersyukur pada Allah SWT. Alhamdulillah, aku adalah salah satu seorang insan terpilih oleh Allah SWT yang diberikan kurniaan untuk melihat, merasai kehadiran makhluk alam ghaib. Malah benda ini terjadi untuk dibuktikan mengukuhkan lagi tentang kekuasaan & kewujudan Allah SWT. Bahawasanya didunia ini kita berkongsi dunia dengan makhluk yang lain. Memang tak terjangkau akal fikiran. Dulu aku memang tidak percaya tentang kewujudan makhluk lain. Tetapi selepas aku dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Mata batin aku terbuka. Kehidupan aku mulai berubah. Aku ingin kongsikan tentang pengalaman diriku bertemu dengan makhluk alam ghaib. Kisah ini benar-benar terjadi. Bukan aku ingin bersifat takbur dan riak, cuma mahu berkongsi pengalaman sahaja. Terserah pada kamu mahu percaya atau tidak. Siapa diri kita nak menindak kekuasaan Allah SWT. Kita hanyalah seperti debu debu Allah SWT, terlalu kerdil disisiNya.

Kisah 1
Ketika ini aku berumur dalam 20th, aku ingin keluar malam untuk pergi ke shopping mall kerna niatku ingin mencari sebuah telefon yang baru. Telefon yang lama sudah rosak. Kira-kira lepas waktu maghrib, aku keluar dan menjenguk dipintu rumah. Didepan rumahku terdapat pokok buah-buahan. Sedang aku leka intai-intai diwaktu malam, tiba-tiba pandangan mataku tertumpu pada benda di atas pokok mangga didepan rumahku. Benda itu pakaian warna putih, wajahnye terselindung dengan daun pokok mangga. Tubuhnya menghadap kepadaku seolah-olah kami bertentang mata. Dalam masa yang sama, Mama aku bertanya padaku, ” Kakak tengok apa tu? Macam kusyuk sangat duk tengok kat atas pokok tu.” Akupun jawab “takde tengok apa-apalah, saja je mama”. Aku berbohong kat mama aku kerna aku tahu dia seorang yang lemah semangat dan tidak dapat melihat apa yang aku dapat lihat. Dalam perjalanan menuju ke shopping mall, aku membaca surah qursi berulang kali kerna aku bimbang jikalau benda itu mengikuti aku dan ia boleh mengakibatkan kita hilang tumpuan berlakunya kemalangan jalan raya.

Kisah ke-2
Pasar malam kat kampung aku diadakan pada setiap hari rabu. Aku dan sepupu aku membonceng motosikal untuk pergi ke pasar malam. Sesudah selesai membeli makanan dipasar malam, belum sampai kat rumah aku, tiba-tiba mataku boleh terpandang sesuatu yang warna putih kat atas bumbung rumah jiran aku. Benda itu seperti seorang wanita, berpakaian putih, rambut mengerbang dan panjang mengurai. Duduk mencankung sambil melihat aku, kami sama-sama saling berpandangan. Aku pun semakin laju membonceng motorsikal dan buat tak tahu je. Malah aku tidak bagitahu kat sepupu aku yang berada dibelakang aku yang aku boleh nampak pontianak kat atas bumbung, kerna aku risau dia lari tinggalkan aku sendirian. Lepas sampai kat rumah, baru aku cerita kat dia yang aku nampak benda tu. Sebenarnya salah aku juga sebab keluar rumah time maghrib. hehehe.. Pernah dengar orang tua berpesan, time maghrib lah iblis suka berkeliaran atau waktu senja. Kerna waktu itu yang disukainya.

Kisah ke-3
Mata batin aku terbuka pulak, boleh melihat makhluk alam ghaib dari jarak jauh. Kisah ini bermula, apabila aku sedang leka berbual dengan bf aku, mata aku boleh terlihat pocong. Pocong itu berada di atas dahan pokok berdekatan dengan rumah dia. Rumah bf aku terletak dalam kebun buah-buahan. Muka pocong yang aku tengok tu, warna hitam kelabu. Nampak garang bengis. Bungkusan badan dia memang sama macam kita kafankan orang yang telah mati. Lepas aku tengok tu, aku baca ayat qursi, istighfar dalam hati. Untuk mengurangkan lagi debaran di dalam dada aku. Memang muka pocong tu menyeramkan. Hehe

Kisah ke-4
Kisah ini terjadi apabila aku pulang dari tempat kerja pada pukul 11 malam. Sedang aku leka membonceng motosikal, mata aku boleh terpandang susuk tubuh seseorang lelaki. Berpakaian t-shirt berbelang, seluar pendek paras lutut. Mengejutkan aku lagi, adalah dia tidak mempunyai kepala. Hanya mempunyai badan dan kaki sahaja. Terus aku pecut motor aku. Selepas pulang ke rumah, aku membersihkan tubuh aku, kerna tubuh kita kotor tidak bersih setelah penat bekerja seharian. Aku mempunyai rakan perawat Islam yang biasa melakukan rawatan pada orang lain. Terdetik dalam hati aku untuk terus bertanya pada dia, “Apakah makhluk tadi yang aku terserempak tepi jalan itu?”. Dia mengatakan kemungkinan itu ‘saka’ orang kampung yang tersesat, dia saja nak menguji aku dan menunjukkan tentang kewujudannya di dunia ini , malah mahu aku merasai perasaan takut atau tidak takut apabila dapat melihat jelmaan dia.

Kisah ke-5
Aku diuji dengan kehadiran belalang pelesit, salah satu proses menghantar sihir kepada mangsanya. Belalang pelesit kebiasaannya mata dia bermata merah macam biji saga, seperti belalang padi tubuhnya warna hijau & berkaki lima kerna telah dibuang oleh Tuan penghantarnya. Dalam tubuh belalang pelesit ini, ada sehelai rambut. Jika tidak ada sehelai rambut dalam tubuh belalang pelesit, itu bukan pelesit okay. Belalang pelesit biasanya akan menyerang mangsa dia apabila mangsa terlalu leka dan dia menghisap darah mangsa dia. Setelah itu, untuk menjaga keselamatan diriku, aku meminta kawan aku mengajar aku tentang ilmu perubatan dari dia. Dia bersetuju dan mengajar aku tentang cara menghapuskan belalang pelesit.

Begini caranya, aku meludah air liur aku kat belalang itu sambil dalam hatiku membaca surah ayat qursi, seribu dinar, Bismillah 5, selawat Rasulullah SAW. Boleh tabur garam sedikit bagi dia rasa panas. Kalau ada garam bukit lagi bagus. Garam bukit ramai perubatan Islam guna untuk dilakukan sebagai rawatan. Next, niat di dalam hati kita supaya dia tidak datang menganggu diri kita lagi dan pulanglah ke tempat Tuanmu semula. Lepas selesai aku buat apa yang disuruh, aku ambil penyapu. Sapu-sapu belalang pelesit tu ke luar kawasan rumah. Jangan dibiarkan dia berada di dalam kawasan rumah. Bahaya!

Kisah ke-6
Kisah ini sudah lama terjadi semenjak aku berumur 8tahun. Ketika itu pembinaan shopping mall tesco KB belum wujud lagi. Aku dengan sepupu-sepupuku mengayuh basikal pergi meronda dikawasan kampung dia kat Lembah Sireh. Waktu yang senja, aku mengayuh basikal sambil mataku meliar memandang sana sini. Sedang aku memerhati kat kawasan semak samun, aku melihat seekor beruk (kera) besar duduk mencankung di atas batang kayu, matanya berwarna merah biji saga, sebesar saiz tempurung. Tepat memandang ke arahku . Aku ingat ini cuma mainan perasaan aku sahaja, dua kali aku pandang masih ada ditempat yang sama. Aku pun mengayuh basikal dengan laju dan meninggalkan sepupuku yang masih ada kat belakang.

Apabila aku dan sepupu aku sampai kat kawasan rumah dia. Dia hairan melihat aku kayuh basikal terlalu laju dan bertanya padaku, “Mengapa tadi kau kayuh basikal laju sangat?”. Aku pun jawablah, “Tadi aku nampak seekor beruk besar sedang pandang ke arah aku, beruk tu lain macam, tidak sama seperti beruk biasa. Akupun rasa tidak sedap hati tentang beruk tu.” Emak saudara aku terdengar perbualan aku dengan anak-anaknya. Emak saudara aku cakap, “Memang dikawasan itu ramai orang yang bela saka. Saka orang tua dahulu kala. Beruk tadi tu merupakan jelmaan saka hantu raya. Tambahan lagi dikawasan tadi itu terdapat banyak pokok-pokok buluh. Bukan kamu seorang je yang terserempak, malah ramai lagi orang kampung yang terjumpa secara tidak sengaja atau sengaja.”

Sekian sahaja cerita pengalaman dari aku ini, maaflah jikalau kamu semua tidak seram dengan kisahku. Sekadar perkongsian bersama sahaja.

Coretan hati,
Hamba Illahi

10 thoughts on “Mataku Tak Berhijab”

  1. jgn salah faham semua.. mintak nk terbuka hijab supaya kita takut akan hukum allah dan kekuasaanya.. tu mintak sngt terbuka hijab sebab saya skrng situasi keadaan dalam kejahilan. kalau dh terbuka dan nmpk bnda2 ni semua baru kita tambah amalan contoh dari tak solat smpai solat x tggal lima waktu dan amalan sunat..
    jgn kecam saya kenapa saya minta begitu kerana dgn cara itu saya dapt berubah darpda jahil ke ke lebih baik.. hamba allah terasa terhina sebab x solat

    Reply
    • erm sory eh.. saya pun jahil jugak.. rasanya x payah mintak terbuka hijab baca Al-Quran kat dalam tu dah banyak cerita mengenai azab, teladan, dan macam2 lagi.. guna imaginasi awak untuk bayangkan semua azab tu.. rasanya tak perlu bukakan hijab untuk tu.. takut awak x mampu tanggung.. ingat Allah bagi ujian mengikut kemampuan seseorang tu. salam sory..

      Reply
    • Sy thu cara nk buka…tpi amalan nie xboleh diajar ssuka hati kpada sesiapa…ada sebab² trtntu knapa Allah mnutup hijab kita…Ingat satu jer…sntiasa dekat dekat dgn Allah..InsyaAllah dgn izin Allah apa yg kamu mntak Allah makbulkan…blajar lhh ilmu agama lbihh mendalam…InshaAllah…Allah akan menunjukkan kbesarannya…

      Reply

Leave a Comment