Assalammualaikum semua. Terima kasih pada fiksyen shasha sebab sudi post aku punya cerita hidup ni. Moga menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup.
Ok macam ni. Kisah ni jadi 5 tahun lepas yang mana kejadiannya hampir meragut nyawa aku. Pada tahun 2012 aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah IPTS di kuala lumpur. Punya aku seronok nak pergi KL sampai aku tolak tawaran UITM dan beberapa panggilan IPTS lain yang sebenarnya lebih bagus dari IPTS yang aku nak pergi kat KL ni.
Aku ingat lagi, mak aku menangis sebab aku tolak tawaran UITM dan tawaran kejururawatan tu, sebab mak aku nak sangat aku jadi nurse. Aku pulak bagi alasan aku takot jarum. Takut darah. Aku tak nak jadi nurse. Akhirnya, mak aku izinkan aku daftar kat IPTS di KL.
Bermulalah hidup sebagai pelajar. Mula2 aku tinggal di hostel. Penginapan yang disediakan oleh pihak kolej. Tapi aku keluar awal sebab aku buat part time di kl sentral ketika itu untuk cari duit belanja. Mak aku ibu tunggal. Kerja kampung. Jadi aku tak mintak duit dari mak. Apa mak bagi aku terima. Mak tanya ada duit. Aku cakap ada.
Lagi satu, 2 minggu pertama waktu aku daftar masuk penginapan yang disediakan tu, satu hostel kena ganggu, histeria sahut menyahut satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Lebih menyeramkan, bila tengah malam mesti ada dengar macam2 bunyi aneh di luar pintu bilik hostel. Pernah kolej bagi cuti pada pelajar yang tinggal kat penginapan aku tu sebab setiap malam ada gangguan. Paling teruk roommates atas katil aku tu. Dia bedal pegi menggilai tengah2 malam kat balkoni tingkat 4. Seminggu peginapan tu ditutup untuk proses pemulihan.
Itu baru part kat hostel. Sejak aku asyik kena dapat kad merah pasal balik lambat ke hostel. Jadi aku ambik keputusan untuk pindah keluar. Yela hostel boleh balik paling lewat 10.30 malam. Aku keluar dari tempat keje jam 10. Mana nak sempat. Misi aku mencari rumah sewa pun bermula. Apa yang penting dekat dengan kolej dan dekat dengan LRT untuk pergi keje. Jadi cari punya cari, aku dapat sewa rumah di pandan jaya. Memang dekat dengan LRT dan kolej. Lega aku. Masa tu sewa rm 500 tapi uncle rumah tu bagi rm450 sebab aku sorang je waktu tu. Dia kesian kat aku pun sama. Serius rumah tu besar. Tapi aku balik untuk tidur je. Sebab pagi aku kelas smp pukul 5. Pukul 6 aku dah masuk kerja sampai pukul 10.
Bermulalah kisahnya,
Aku ni jenis tak suka berkongsi. Rumah tu ada 3bilik. Aku ambik bilik paling kecik dan paling balakang. Senang aku sorang. Dua lagi bilik besar kat depan tu aku decide nak iklankan kat kolej. Akhirnya tak sampai 2minggu aku duduk sorang kat rumah tu ada 8org student kolej aku yang nak sewa bilik 1 dan 2 tu. So, nak jimat aku pun bagi dorang sewa sekali. Tapi aku bayar 100 sebulan. Yang lebih tu dorg bahagi la 8.
Cuti sem 2 baru mula, aku dan 2 orang housemate je yang tak balik. Yang sorang tu buat part time kat parkson. Yang sorang tu memang tak boleh pakai. Keje duk atur jantan. Utara selatan timur barat semua ada boyfriend dia setiap negeri. Bukan nak syak wasangka ke apa. Memang keluar dari mulut dia macam tu. Aku memang jenis lantak kau lah kan. Janji tak kacau hidup aku sudah.
Sejak kami tinggal betiga je kat rumah tu. Barulah kami sedar bukan kami je yang ada dalam rumah tu. Aku ni jenis sosial jugak. Kawan2 lepak ramai. Aku tak reti kawan dengan lelaki. Kawan2 aku semua pengkid, maknyah, GRO pun ada. Bukan apa, aku takot kawan dengan lelaki. Lagi pun bila kita berkawan ngan spesis kawan2 macam yang aku ada ni. Boleh tahu asal masalah dorg kenapa jadi macam tu.
Start cuti sem tu aku da mula rasa lain macam kat diri aku. Aku tak lalu nak makan. Nasi aku nampak macam ulat sampah yang meloyakan tekak aku. Memang aku tak sentuh nasi. Aku tak makan hampir 4bulan lebih. Hanya bergantung pada air 100plus dan rokok je waktu tu. Berat badan aku turun minggu demi minggu. Dari 58kg tinggal 42kg. Badan terhuyung hayang. Tapi aku pergi keje macam biasa.
Pernah sekali aku balik kerja. Dapat mesej dari housemate suruh tapau nasi ayam. Aku beli 2 bungkus. Bila aku bukak pintu aku nampak dia bercangkung tgak tv.Aku pun tak syak apa sebab housemate aku ni memang buat yoga. So, aku letak nasi ayam atas meja dan masuk bilik nak rehat sejukkan badan sebelum mandi. Dalam 15 minit macam tu. Ada orang ketuk pintu bilik aku. Aku bukak tgak housemate aku buat muka majuk ngan aku. Aku tanya apasal? Dia ckap…” yunk , kalau ko lapa pun jangan la bedal nasi ayam terabur satu hall..”. Aku pegi kat ruang tamu kat meja yang aku letak nasi ayam tu beterabur nasi. Ayam kena gigit makan macam rakus gila. Aku tanya la, kan tadi aku letak kat meja time ko yoga tadi. Housemate aku jawab. ” kejadahnya aku yoga malam2 yunk, aku baru balik ni ha.” Automatik jantung aku nak tercabut, aku terbayang cara dia mencangkung sambil senyum kat aku time aku sampai rumah tadi.
Penderitaan tak abis lagi.
Cuti sem 2 pun berakhir. Sem 3 menjelma, dan budak2 housemate yang 6 orang pun balik ke rumah. Bila jumpa aku, semua macam takot. Sorg housemate aku ni sampai nangis. Tanya kenapa aku kurus gila. Diet nak mati ke apa. Aku cakap aku tak lalu makan. Bila sem 3 dah mula…class makin pack. Aku makin tak larat. Kadang2 aku rasa angin tiup aku pun aku rasa nak melayang dah. Serius tak de tenaga. Aku ambik keputusan behenti kerja. Satu benda besar jadi bila rambut aku gugur. Aku ni rambut pendek. Tapi sebab kemaruk sangat dengan justin bieber time tu, aku punya rambut pun style justin jugak la. Tapi, rambut aku gugur. Bukan sehelai dua. Tapi gugur hampir botak.
Pagi jumaat tu. Class last pada jam 10.30am. Aku nekad pegi botak seinci rambut aku. Boleh imagine tak. Badan kurus macam papan n rambut botak. Muka aku cengkung ya amat. Kemudian kawan aku angah ( bukan nama sebenar) bawak aku ke pantai hospital. Angah ni pengkid, tapi sumpah baik gila. Jumpa pakar, ambik darah semua normal. Tak de penyakit aku ni. Tapi, keadaan fizikal aku macam orang tengah fight cancer tahap 4. So, bila balik hospital. Angah cakap kat aku. ” yunk, aku rasa kau kena buatan orang”. Aku cakap la, sape nak buat aku, aku tak pernah buat jahat kat orang. Tak pernah meminta , tak pernah nyusah orang sape nak buat aku. Angah pun cakap, cuba ko sembahyang yunk, cuba ko dekatkan diri ngan tuhan, dokter tak boleh tolong ko yunk. Allah je boleh.
( time tu aku dengar acuh tak acuh je, ahhhh kau angah.. kau pun lesbian, pandai kau cakap pasal tuhan ngan aku- dalam hati aku la).
Lepas angah anta aku balik…aku turun je dari kereta terus aku rasa angin betul2 tuju ke jantung aku.
Terus aku terduduk. Macam kena tikam. Angah papah aku nak naik tangga. Rumah aku tingkat dua. Lagi sekali aku rasa angin terus ke dada aku. Aku rase kepala kena cucuk. Aku jatuh kat lantai mengerang sakit mcm kena belasah. Angah panik. Jerit mintak tolong orang.
Housemate tingkat dua turun. Angkat aku naik atas. Entah berapa lama duk mengerang. Aku dikatakan duduk besila becakap bahasa nismilan. Angah datang semula time tu bawak ustaz dan 5 org lelaki yang ikut ustaz tu.
Nama ustaz tu aku letak ustaz z.
Ustaz z ni rock sikit muda lagi. Waktu dia masuk rumah kami tu dah siap bersila dah. Entah macam mana aku nak terangkan. Aku rasa aku terpisah dari badan. Roh aku nampak jasad aku dikawal dengan Iblis belaan manusia durjana.
Siap nak bertempur lagaknya. Ustaz z mintak sebatang rokok dan hulurkan pada jasad aku ketika itu. Lagak seperti seorang bomoh. Jasad aku bersila mendabik dada hisap rokok menghembus ke kiri… di sebelah kirinya ada seekor binatang macam gorila terjelir2 lidah bila jasad aku hembus asap rokok kekiri. Jasad aku bersuara parau terus menepuk tangan ke lantai rumah. ” masuk lah kalau ekau berani”.
Ustaz z rilek je… Budak2 rumah dan budak2 laki yang ustaz z bawak mulakan bacaan yasin. Mengelilingi jasad aku. Mulalah jasad jadi kepanasan… Pintu rumah dibuka luas. Tingkap dan pintu balkoni di buka. Ustaz z ambil baldi dari bilik air. Dan perah 3 biji limau dalam baldi. Ustaz z mulakan rukyah. Dibuka kain selempang dibahunya di lapik atas kepala aku yang tak bertudung. Jasad aku bingkas bangun. Menjerit dalam bahasa negeri sembilan. Menjerit melolong memaki hamun ustaz . jasad aku cuba lari keluar dari pintu balkoni. Kalau aku jatuh time tu..mmg bsepailah dari tingkat dua.
Ustaz z suruh 5org lelaki yang dia bawa tadi untuk tangkap aku..mujur cepat. Kawan2 rumah cuba baringkan aku di tengah rumah. Sadisnya, ada yang disepak, dicakar…ustaz z menengking. Cuba pasak kaki jasad aku time tu. Jangan begerak. Sudah di pasak terus dikunci setiap sendi. Dah macam sholin dah. Kalau korang boleh bayangkan. Keadaan jasad aku ketika di pasak dan dikunci. Badan aku melengkung kebelakang. Tapi kepala aku boleh tegak tengok muka ustaz z. berdendam dengan ustaz z gayanya .
Lepas tu, ustaz z arahkan 4 org lelaki berdiri di setiap penjuru rumah. AZAN pekiknya. Kalau kau cetuskan perang atas anak adam ini…maka aku akan perang!!!!.. Kata ustaz z pada jasad aku.. Jasad aku gelak besar masa tu. Yang keluar dari mulut aku. ” ekau nak mampuih silokan la ekau main dengan den”.
Mula saja azan dan semua ahli rumah disuruh bzikir tanpa henti.
Mula je rukyah dibuka kunci terus aku tebaring. Meronta macam setengah mati. Kepanasan. Dari ubun2 kepala ustaz z bacakan rukyah. Mulalah sesi soal jawab dengan iblis.
Ustaz z : kenapa kau ganggu anak adam ni?
Iblis : tuan aku hantar.
Ustaz z : atas tujuan apa?!
Iblis : mati!!! Mati!!! Mati!!!
Ustaz z : kenapa nak bunuh dia !!!?
Iblis : hahahahahahah. Celaka manusia. Celaka manusia. Manusia celaka.
Kepala aku di tekan. Rukyah lebih kuat dari tadi. Zikir masih tak putus, azan sudah habis 5 orang lelaki membantu ustaz z.
Setelah meronta. Menjerit. Mengilai. Akhirnya jasad dilepaskan. Roh aku seolah-olah tertarik masuk ke badan.
Satu badan aku sakit. Tekak aku perit. Badan tak boleh gerak seinci pun. Tiba2 aku rasa kaki aku di cucuk sesuatu. Dari posisi berbaring badan aku terbangun terus muntah dalam baldi. Perit. Darah hitam, ketul darah, rambut, serpihan kaca, miang buluh, paling seksa nak keluar!!! Paku pontianak!!!!
Lepas muntah aku pengsan. Letih. Penat. Ustaz z call ambulance.
Badan aku kurus kering, pucat lesi. Sebelum ambulance sampai ustaz z bagi aku minum segelas air. Aku mampu teguk 2 3 teguk je. Peritnya. Tuhan je yang tahu. Aku tak mampu nak bangun dah. Sampai ambulance je. Terus angkat masuk bawK pegi hospital. Ustaz z dan kawan dia ikut sama.
Dia pesan pada housemate aku. Rumah dah di pagar. Jngan tidur dalam bilik lagi.semua tidur kat hall ramai2.
Aku kena tahan wad 3 hari 2malam. 8 botol air 2 pack darah.
Haru ke 4 dibenarkan balik. Serius aku blur time tu. Yang uruskan aku si ustaz z tu ngan kawan dia. Ada la dia bawak kawan pempuan siap purdah bagai untuk tolong aku salin baju. Sampai rumah aku cakap. Berapa nak kena bayar? Ustaz z kata tak payah dia halalkan.
Aku macam tak best la kan. Pastu dia mintak handfon aku. Time tu aku fikir ooo pengerasnya handfone. Menangis la aku.time tu hot kan blackberry… Tak pe lah…
Tapi, rupanya dia save no dia dalam handfon je..cisss…katanya ada gangguan apa lagi call dia. Ambik masa jugak aku nak baik dari kesan buatan orang ni.. Akhirnya, sekarang aku berubah. Aku takot nak tinggalkan allah. Sebab tu je senjata yang aku ada.
Alhamdulillah. Ninja anak dua dah sekarang. Kesannya, aku hilang ingatan hampir 70% zaman remaja aku, zaman kanak2 aku.kisah hidup aku.. Banyak orang kenangan segala macam aku lupa.
Tamat.
***** doakan al fatihah kat angah. Sebab 4 bulan lepas kes aku ni. Dia eksiden masa balik jb. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Orang yang santau mati aku ni. Sebenarnya seorang budak dari tampin. Yang sakit hati ngan aku sebab aku reject dia banyak kali. Walaupun aku agak pengkid tapi aku tak lesbian. Setengah mati dia ikut aku , anta teddy bear bagai. Anta lunch kalau aku keje sabtu ahad. Hantar dinner act every day. Belikan baju. Every single week ada hadiah. Hadiah itu hadiah ni. Macam mana aku tahu dia buat?
Hari ketujuh solat sunat taubat yang aku buat. Sujud terakhir yang aku mohon keampunan. Di situ aku dapat jawapan.
Apa pun..berhati2 semua. Ingat allah selalu.
Love,
Ninjamom
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
alhamdullilah syukur….
cheers ya ninja…hehehhe
thumbs up ..
alhamdulillah,, syukur selamat semua nya..
Allahuakbar…
Semoga Allah mengampunkan dosa2 angah dan kita semua…
Sedih plak kenangkan angah tu…
ALLAH beri hidayah dengan cara yang tersendiri…..
fuh…kampung den tu Tampin…
Best gile story..thumbs up!
nice story… salute ninjamom 🙂
Berdikarinya ninjamom. Toughnya hidup. Tu lah hikmahnya. Lepas kejadian dkt lagi dngn Allah. Indahnya hidup disyangi Illahi.
awak mesti ensem masa macam penk kan wak?? eh soalan i… hahahaha
dasyatnya penangan dendam manusia ni
seksa hidup klo kena buatan org nie
Sakit yg Allah bagi tu rupanya nk beri hidayah Kat awk..